Hanya Datuk Rahman Dahlan yang berani memberikan response apabila Musli Oli bertindak keluar dari UMNO dan sertai PKR. DARD dalam FCB nya mengiktiraf kredibiliti pemikiran Musli Oli tetapi memberi signal bahawa hak demokrasi di Malaysia membenarkan sesiapa juga menentukan kapal mana dia mahu belayar, parti mana dia mahu berjuang. Namun bila DARD memaparkan isu berkaitan kredibiliti parti PKR yang dikatakannya sebagai "planet Of The Apes", pelbagai hujah pengunjung FCB itu dikemukakan termasuk juga Kelapa Mawar.
Apa yang menjadi isu seterusnya ialah apabila Musli Oli menganggap bahawa beberapa isu yang DARD tulios dalam wallnya adalah satu sindiran besar kepadanya. Lantas Musli Oli mencabar supaya Datuk Rahman Dahlan berdebat dengannya mengenai beberapa isu termasuk 20 perkara.
" Dalam Wallnya MP Kota Belud Abdul Rahman Dahlan tulis berikut : Saya pelik juga , dia bilang UMNO itu parti "Malaya" dan menjajah Sabah. Jadi PKR itu parti dari Mana? Planet Of The Apes?Confirm salah masuk parti ni.Di wall saya ini saya ulangi cabaran saya untuk debat isu ini dengan DARD mengenai hak-hak Sabah,isu royalti,otonomi dan 20 Perkara,dia sebagai MP boleh cakap 1 jam dan saya hanya 30 minit.Tentukan tarikh dan tempat di mana sahaja...KB,KK atau KL.."
Begitulah antara kata-kata Musli Oli mengenai perkara itu. Kita tunggu sejauhmanakah DARD rasa perlu menerima cabaran Musli Oli ini?
39 ulasan :
Sdr Musli mesti lawan debat. Jgn mudah kalah gertak. Saya yakin kebolehan sdr Musli. Jika debat ini dikenakan bayaran masuk. Saya sanggup beli kerana ayam tambatan saya sdr musli perlu sokongan dan dokongan. Jika lawanpun Parlimen dalam pru k-13, saya tetap kempen untuk sdr Musli.
sdr Masbak..
saya offer jadi moderetor kalau boleh..
Sdr Kelapa Mawar. Tiada masalah tawaran tersebut. Asalkan hasrat debat Sdr Musli dengan Sdr Rahman dapat diteruskan dengan semangat perdebatan bukan pergeseran.
Rasa rasa Sdr Rahman tidak akan memilih untuk berdebat dgn sdr Musli.
Taji sdr Musli lebih panjang dan tajam berbanding sdr Rahman. Dalam gelanggang perdebatan kelak,taji sdr Musli mudah melukai lawanya.
Sdr Rahman ayam import dari Tuaran, akan mungkin mudah rebah dalam gelanggang perdebatan nanti. Kerana tidak lombag.
Ayam sdr musli cukup kental dan cukup pelihara. Ayam anak jati Kota Belud ini memang sudah biasa berdebat. Sebagai seorang Novelis. Seorang Bloger. Sebagai seorang pengkritik tetap akan dapat menewaskan lawanya.
Kita tunggu sama sama.
Km- Datuk Rahman patut sahut cabaran Musli...Datuk Rahman pun bukan juga calang2...
Ramalan ramai pemimpin akan menjadi katak. Tapi kalau ada debat mesti mahu ikut perkembangan juga ni.
Sudah tentu pertunjukan yang menarik.
ktia tgk adakah Rahman akan sahut cabaran debat tersebut.
dulu kawan, sekarang lawan pula..
kalau Datuk Rahman gentleman, silalah berdebat dengan Musli Oli. tapi jangan sampai bercakaran pula. berdebatpun biarlah untuk isu2 yang berkepentingan untuk rakyat Sabah.
Debat..debat..debat..tiada apa yang perlu digentarkan jika berada di pihak yang benar.
A debate is a good way to determine which leader we should support.
Datuk Rahman should accept his challenge to debate. No harm done anyway.
I hope to see a debate between this two leaders. All the best!
Soal import mengemport, patut tidak timbul dimana konsep 1 malaysia yang di laung-laungkan..
Bikin pening juga politik ni nda lama oo.. huhuhu
Jika kedua-duanya ikhlas untuk meleraikan kekusustan yang berlaku, rasanya tak salah debat itu diadakan.
Namun biasalah politik, ada saja yang timbul. Entah lepas ni apa lagi yang akan berlaku.
Apapun, terpulanglah pada setiap individu untuk membuat penialaian. Yang penting buat apa yang patut dan jangan tersalah nilai sudahlah:P hehe
Apapun, kita nantikan saja bila tiba masanya. Semuanya akan terdedah juga tu. hehe
biarlah rakyat menentukan siapa yang mereka pilih dalam PRU nanti
dan kita nantikan sahaja pengumuman samada DARD akan bertanding di PRU-13 nanti
membawa aib sahaja jika nama beliau langsung tidak dicalonkan
kemungkinan besar Dt. Salleh akan dicalonkan dan bukannya DARD dlm PRU akan datang nanti
berharap rakyat menjadi matang dan mampu membuat pilihan yang betul bila tiba musim PRU nanti
Pasti sengit kalau betul2 debat ini dianjurkan...tapi kenapa kebanyakan blogger KB tak boleh terima Rahman sebagai MP mereka hanya kerana dia orang Tuaran?dekat saja pun Tuaran & KB?
Pasti sengit kalau betul2 debat ini dianjurkan...tapi kenapa kebanyakan blogger KB tak boleh terima Rahman sebagai MP mereka hanya kerana dia orang Tuaran?dekat saja pun Tuaran & KB?
debat lagi kah? sekarang bukan masa untuk debat tetapi masa untuk bertindak..masa untuk debat sudah lama berlalu..
'perang mulut' atau debat ini tidak akan membawa sabah ke mana2..yang mendapat untung ialah siapa yang menang debat..itu saja..
daripada berdebat, adalah lebih baik musli oli fokus kepada perkara yang lebih besar..dan tidak perlu mencari publisiti murah..
apa2 pun, terpulang kepada tuan punya badan..
terserah kepada DARD untuk menerima cabaran ini atau tidak.
apa pun, lebih baik jika semua pihak fokus terhadap menunaikan tanggungjawb kepada rakyat. itu lebih penting.
tunggu dan lihat sajalah sama ada debat akan berlangsung atau tidak.
A debate is good to clear things up so that the people will be able to judge wisely.
Will Datuk Rahman accept Musli Oli's challenge for this debate?
debat adalah jalan pintas, adil dan berkesan dalam menjelaskan sesuatu perkara bagi mempertahankan pendirian masing2, dan debat juga merupakan jalan pintas untuk merundumkan reputasi sendiri.. so bersedia la fizikal dan mental sebelum menghadiri debat..
Itu adalah benar..Terpulang dengan seseorang itu untuk ikut parti mana yang mereka mahukan. Tidak ada larangan jika mahu keluar masuk parti. Tapi nama sendiri yang akan tercemar.
Pastikan calon yang ada pada PRU 13 adalah calon yang masih relevan kepada penduduk.
Post a Comment