Tuesday, October 16, 2012



Pada hujung minggu ini Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengatakan adalah “betul” bagi parti politiknya untuk menerima derma berjuta-juta dollar dari penderma yang tidak perlu didedahkan.
Empat tahun yang lalu Ketua Menteri Sabah, Musa Aman telah berusaha menafikan bahawa wang ini ada kaitan dengannya atau mempunyai sebarang kaitan dengan seorang yang benama Michael Chia.

Namun kini, Perdana Menteri telah terpaksa berhadapan dengan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wang itu dikaitkan dengan Musa. Musa seharusnya memohon maaf kerana telah menafikan adanya kaitnya dengan Michael Chia, dan dia juga harus memohon maaf pada Sarawak Report yang telah dituduhnya menerbitkan dokumen-dokumen palsu dan menyebarkan fitnah terhadapnya.
Beralasankan bahawa semua bayaran itu dibuat kepada UMNO telah termusnah kerana bukti-bukti bahawa Michael Chia telah juga membuat pembayaran menggunakan akaun-akaunnya kepada anak-anak Musa selama beberapa tahun mereka menuntut di luar negara.

Adakah pengajian anak-anak Musa di Australia itu ada kepentingan dan kaitan dengan wang UMNO?
Nampaknya Pengerusi UMNO Sabah itu bukan sahaja menggunakan wang itu untuk kepentingan politiknya (sebagaimana dia berikan sebagai alasan) lebih dari kegunaan peribadinya. Wang itu juga turut digunakannya untuk membiayai perbelanjaan ahli-ahli keluarganya.

Nampaknya BN cuba mengatakan bahawa kaedah yang digunakan oleh negara-negara bertamadun yang lain untuk mempastikan keboleh-percayaan tidak dipedulikan oleh BN, kerana kita boleh percaya pada mereka bahawa mereka tidak menerima sebarang wang rasuah!
Lim bersaudara mempunyai banyak lesen dan konsesi yang diterima mereka dari Yayasan Sabah yang dipengerusikan oleh Musa Aman (yang juga Ketua Menteri Sabah dan juga Pengerusi UMNO Sabah). Hasil-hasil kajian kami mendapati bahawa syarikat-syarikat Maxland Sdn. Bhd., Cergas Kenari Sdn. Bhd dikendalikan oleh Priceworth Industries Sdn. Bhd. dimana Andrew Lim merupakan ketua mereka. Lim juga merupakan pengawal dan pengendali bagi banyak syarikat pembalakan di Sabah.

Andrew Lim dan saudaranya Freddy Lim juga berada di sebalik agen-agen pembalakan Wayco Enterprise Ltd, yang berpangkalan di Hong Kong dan syarikat Hillywell Inc adalah pembayar berjuta-juta dollar ke dalam akaun-akaun UBS Michael Chia. Pembayaran-pembayaran ini telah ditimbulkan oleh pihak ICAC Hong Kong dalam siasatan-siasatan mereka.

Jika ianya bukan suatu kesalahan dengan berjuta-juta dollar yang didermakan kepada UMNO Sabah (yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman) diterima daripada kroni-kroni pembalakan yang telah dianugerahkan lesen-lesen pembalakan dari Lembaga Pengarah yayasan Sabah (yang juga dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman), kenapa pula Perdana Menteri membiarkan Sarawak Report menerbitkan semua ini?
Musa seharusnya mengumumkan mengenai para penyumbang dananya dan dia seharusnya merasa bangga bahawa UMNO Sabah mendapat faedah dari berjuta-juta wang sogokan untuk mendapatkan lesen-lesen pembalakan memusnahkan saki-baki hutan dara dan bahawa mereka gembira mengharapkan ketibaan wang yang cuba diseludup masuk ke Sabah oleh Michael Chia (yang mendapat banyak lesen pembalakan dan mempunyai banyak kereta mewah, telah banyak kali mengakui bahawa dirinya adalah seorang yang buta huruf dalam mahkamah).

Syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan kroni pembalakan dari Sarawak, Ting Pek Kiing juga pernah menerima banyak lesen pembalakan dari Yayasan Sabah. Dalam pada itu, syarikat-syarikat lain yang dikaitkan dengan kroni ini juga turut bermurah hati menyumbangkan dana ke dalam akaun-akaun Michael Chia yang menjadi punca kewangan RM40 juta untuk dibawanya kepada Musa dalam tahun 2008.
Simon Ling Ding Dieng adalah sepupu Ting Pek Kiing yang juga rakan niaganya yang turut menerima lesen-lesen pembalakan, dan begitu juga seorang lagi kroni pembalakan yang bernama Ngui Ing Chuan.

Maka, tidak hairanlah bagi Ngui Ing Chuan dan anak Ting Pek Kiing, Peter Ting Sie Huong merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat Borion yang telah menyumbang dana yang besar ke dalam akaun-akaun Michael Chia, yang kemudiannya dikeluarkan untuk dijadikan dana kepada Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman!
Edmond atau Admond Looh Boon Chai adalah Ketua pengarah Eksekutif dalam Java Industries sehingga 2010 dan merupakan penerima banyak lesen dari Yayasan Sabah menerusi banyak syarikatnya.

Looh juga merupakan pengawal atau pengendali banyak syarikat yang telah menyumbangkan banyak dana ke dalam jaringan syarikat-syarikat yang dikendalikan oleh Michael Chia bagi pihak Musa Aman (sebagaimana yang telah diakui). Pihak SPRM kini mempunyai bukti-bukti banyak pembayaran yang dibuat oleh syarikat-syarikat kendalian Looh, lagi pun Looh juga merupakan penerima banyak lesen pembalakan dari Musa Aman dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Yayasan Sabah.

Sebenarnya banyak wang telah dialirkan dari syarikat-syarikat milik Looh ke dalam akaun-akaun Micahel Chia selama beberapa tahun dan semua mahlumat ini ada pada pihak SPRM!
Ini merupakan jawapan pelik Perdana Menteri pada hujung minggu ini:
“Setiap parti politik berhak menerima sumbangan politik,” katanya, katanya, sebagai menambah bahawa sumbangan politik dilakukan dengan cara yang betul.
Perdana Menteri Najib enggan mengulas lebih lanjut punca kewangan itu dan turut menambah bahawa parti pembangkang juga menerima sumbangan dana politik. “Pembangkang juga menerima sumbangan dan mereka tidak mengisytiharkannya,” [New Straits Times]
Pengakuan-pengakuan sedemikian seharusnya diuji di mahkamah.

69 ulasan :

Anonymous said...

Siapa Sarawak Report?

Hinamori said...

kita tahu bahawa aduan asal isu rasuah terhadap Musa telah dibuat oleh ahli politik pembangkang ke ICAC yang telah diwajibkan oleh undang-undang untuk menyiasat aduan itu.

Hinamori said...

hasil siasatan oleh SPRM dan ICAC menunjukkan pembangkang adalah dalang konspirasi.

Unknown said...

hey. Kenapa Musa Aman pula perlu minta maaf ni?nama Musa sudah dibersihkan oleh MACC sebab duit tu tiada kena mengena dengan dia. patut pembangkang yang minta maaf sebab sudah cemarkan imej KM.

Unknown said...

Tunggu sajalah siasatan yang dilaksanakan selanjutnya. biar pihak berkuasa jalankan siasatan hingga pihak yang tidak puas hati ni akan berpuas hati. Jangan bangkitkan isu ni semata2 untuk kepentingan politik sendiri.

Anonymous said...

Tiada2 bah ni Sarawak Report kalau mahu dibandingkan dengan ICAC.

Anonymous said...

Sarawak Report feeling2 like a boss ka ni? Haha

Anonymous said...

Kenapa tidak dipertikaikan individu di sebalik isu 'derma' private jet tu?

Anonymous said...

Kredibiliti SR ini diragui.

Anonymous said...

Sarawak Report pergilah mengadu sama ICAC kalau tak puas hati.

Anonymous said...

Musa tidak akan layan permintaan SR. Banyak lagi tugas perlu diselesaikan.

Anonymous said...

Cukup2 la mainkan isu ini.

mantera said...

ICAC ada ambil tindakan ke pada Musa Aman?

mantera said...

tak da sebab nak minta maaf pada Sarawak report, sepatutnya Sarawak repaort yang meminta maaf kerana byk memfitnah Musa Aman.

mantera said...

ingat bagaimana Sarawak report memberi gambaran palsu mengenai lembah Danum. mengatakan Lembah Danum kawasan yang teruk, dimusnahkan oleh pembalakan.

mantera said...

hakikatnya Lembah danum adalah kawasan yang amat terpelihara, tiada sebarang pembalakan berlaku, ia amat indah dgn alam semulajadi.

mantera said...

Lembah danum merupakan Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum (DVCA) yang memiliki ekosistem bertaraf duniadan menjadi tempat kediaman kira-kira 125 spesies mamalia, lebih 300 unggas, 72 reptilia dan 56 amfibia. ia menyediakan tempat perlindungan yang amat diperlukan oleh hidupan liar Sabah seperti Orang Utan, badak Sumatra, monyet Proboscis, gajah Borneo dan pelbagai jenis unggas, yang amat teruk diancam bahaya kepupusan.

Mumbai said...

apa gunanya dan apa tujuannya Sarawak Report menyimpan bukti2 itu jika tidak diserahkan kepada SPRM atau ICAC sebelum ini??

jika dokumen2 itu benar, Sarawak Report sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk menyerahkan bukti2 itu bagi membantu siasatan badan pencegah rasuah..

Mumbai said...

kenapa hanya selepas siasatan selesai dijalankan baru terhegeh2 dedahkan bukti?? bukankah ini menunjukkan bahawa pembangkang dan Sarawak Report sengaja memerangkan KM Sabah dengan mendedahkan dokumen2 palsu ini?? tapi dalam masa yang sama enggan menyerahkan bukti2 itu kepada pihak berkuasa..

Mumbai said...

sepatutnya Sarawak Report yang perlu meminta maaf kepada Musa Aman dan seluruh rakyat di negeri ini kerana menyebarkan pembohongan di seluruh dunia bagi tujuan menumbangkan kerajaan dan menumbangkan negara/negeri ini..

mantera said...

pasanngan diraja Britain putera william dan kate telah melawat lembah danum. mereka amat gembiria dapat melawat Lembah Danum dan mengiktiraf Lembah Danum kawasan pemuliharaan yang terbaik.

Mumbai said...

sila baca pendedahan penipuan sarawak report di link ini: http://www.negarakita.com/Post-142624-Fatal+Mistake!!!+Sarawak+Report+PEMBOHONG+BESAR!!!

sarawak report juga pernah terkantoi menggunakan dokuman palsu SSM untuk menjatuhkan kerajaan Taib.. bila pembohongan mereka tersembul keluar, mereka beralih pula kepada kerajaan negeri sabah..

Mumbai said...

sebab itu sarawak report enggan menyerahkan bukti2 rasuah musa aman kepada pihak berkuasa.. sebabnya, semua dokumen2 itu diCIPTA oleh pembangkang dan Sarawak Report..

Mumbai said...

memandangkan siasatan terhadap musa aman sudah selesai, eloklah pemimpin politik, orang awam, media dan NGO mengalihkan tumpuan kepada skandal dana asing Pakatan pula..

persoalkan juga bagaimana Anwar boleh memiliki jet eksekutif, bas mewah dua tingkat, treler untuk berkempen, rumah rm7 juta, lain2 kenderaan mewah, pengawal peribadi sampai 7 orang, kos guaman liwat yang hampir mencecah rm10 juta.. mana dia dapat dana2 ini?? menabung sejak kecil?? atau percuma???

Mumbai said...

media2 dan NGO pro Pakatan di Malaysia telah menerima dana dari NED sebanyak rm20 juta sejak 2005 bagi tujuan membantu Pakatan Rakyat merampas kerajaan..

kenapa badan yang mempunyai kaitan dengan penyangak matawang Georga Soros ini begitu bermurah hati terhadap pakatan rakyat?????

Unknown said...

Rasanya ICAC sendiri pun telah menyatakan yang mana Datuk Musa tidak bersalah dalam hal ini dan tidak terlibat langsung.

Unknown said...

Tidak perlulah lagi memberikan yang bukan-bukan tentang perkara ini. Yang pasti semua ini cuma rekaan semata-mata.

Unknown said...

Kita percaya dengan apa yang dilaporkan oleh SPRM.

Unknown said...

Sarawak Report yang perlu meminta maaf sebenarnya. kerana telah menuduh Datuk Musa yang terlibat. Tapi SPRM dan ICAC telah mengesahkan Datuk Musa tidak terlibat.

Unknown said...

Cuma permainan yang direka-reka oleh pihak pembangkang sebenarnya.

Unknown said...

Tidak perlu rasanya memohon maaf dengan Sarawak Report. Kerana portal ini pun sendiri tidak ada bukti kukuh yang boleh mendakwa. Cuma cerita kosong tanpa bukti.

Unknown said...

Yang pasti nama Datuk Musa telah dibersihkan daripada kes yang dikaitkan ini.

Unknown said...

Sekarang tidak perlu lagi cuba untuk memutar belitkan cerita mengenai perkara ini.

Unknown said...

Pengubahan Wang haram dikaitkan dengan Datuk musa ini tidak benar sama sekali. Terjawab juga akhirnya akan perkara ini.

Unknown said...

Pembangunan Negeri Sabah ini lebih penting untuk dipastikan terus kehadapan berbanding daripada melayan khabar angin daripada pembangkang ini.

Anonymous said...

Betul..Tidak payahlah DAtuk Musa mahu memohon maaf daripada Sarawak report.

Anonymous said...

Bukan salah Datuk Musa juga. Orang yang menuduh beliau itulah yang sepatutnya meminta maaf dengan beliau.

Anonymous said...

Tidak perlu lagi isu ini cuba untuk diputar belitkan lagi.

Anonymous said...

Kita tengok Sabah dahulu dan sekarang ini? Banyak perubahan telah dilakukan.

Anonymous said...

Betul..Setakat mana kebenaran yang boleh diberikan oleh Sarawak Report. Kalau ada bukti kenapa tidak serahkan kepada pihak berkuasa. Nampak sangat bukti rekaan semata-mata.

Unknown said...

Sungguh menghairankan kenapa pula Datuk Musa perlu meminta maaf. Tidak patut.

Unknown said...

Datuk Musa yang menjadi mangsa keadaan jadi seharusnya yang menuduh itu yang perlu meminta maaf.

Anonymous said...

Kalau kita lihat SPRM sendiri telah mengatakan yang mana Datuk Musa bersih daripada tuduhan tersebut. Ini bermakna Datuk Musa tidak bersalah. Tapi pelbagai tuduhan sebelum ini cuba untuk menyalahkan DAtuk Musa.

Unknown said...

Teruskan siasatan untuk menyelesaikan kes Micheal Chia ini.

Anonymous said...

Teruskan usaha membangunkan Negeri Sabah ini. Kerajaan BN Sabah dibawah Datuk Musa Aman pasti akan mampu melakukan yang terbaik untuk penduduk Sabah ini.

thinaj said...

Who is actually behind sarawak report?

thinaj said...

Sarawak report should focus on their own state problem.

thinaj said...

The opposition purposely use this issue as a way to confuse the people.

thinaj said...

There is no evidence that could link MA with micheal chia. Move on already Sarawak report!

thinaj said...

The way i see it, sarawak report is the one who suppose to apologize for making such allegation.

thinaj said...

THe documents that was "found" by sarawak report should be given to SPRM and ICAC.

drako drakonius said...

Datuk Seri Najib Razak brushed suggestions that a RM40 million political donation received by Sabah Umno had been smuggled into the country.

drako drakonius said...

Datuk Seri Najib Razak brushed suggestions that a RM40 million political donation received by Sabah Umno had been smuggled into the country.

drako drakonius said...


The Umno president was asked by reporters if there was any basis to the suggestion by Pakatan Rakyat (PR) leaders that the money was brought in illicitly.

drako drakonius said...

“No. No. It was already explained in Parliament,” he said when asked about the smuggling allegations.

drako drakonius said...


The Barisan Nasional (BN) government continued to defend Sabah Umno’s RM40 million political contribution from an unknown source, with an Umno minister telling opposition lawmakers to refer to Hong Kong’s anti-graft agency if they opposed the contribution.

drako drakonius said...

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, in deflecting criticisms against Sabah Chief Minister Datuk Musa Aman in the Dewan Rakyat, told the House that it was not an offence for a political party to receive donations from any individual.

drako drakonius said...


“Political donations are not any offence. If we wanted to say it is an offence, we would have enacted laws against it,” he said to uproar from the opposition bench.

drako drakonius said...


“If people want to contribute, let them contribute. What is the problem there?”

drako drakonius said...

Parliament was told the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) had cleared Musa of graft and money-laundering allegations after finding that the over S$16 million (RM40 million) allegedly channelled to the Sabah chief minister through corrupt means was meant for Sabah Umno’s use.

drako drakonius said...


Nazri also said the Attorney-General’s Chambers had shelved the matter after finding no element of corruption in the case, which was first raised by whistleblower site Sarawak Report earlier this year.

drako drakonius said...

In April this year, Sarawak Report had revealed documents allegedly from the Hong Kong’s Independent Commission Against Corruption (ICAC) showing that a Sabah lawyer was holding some US$30 million in a Swiss bank account for Musa.

drako drakonius said...


The report also claimed that a paper trail showed that the millions of euros as well as US, Hong Kong and Singapore dollars had been channelled from several firms managed by Hong Kong-based timber trader Michael Chia to a number of British Virgin Islands companies and subsequently to the Chia’s Swiss account.

drako drakonius said...


Musa has since denied any link with Chia, who was arrested and charged with money laundering after attempting to smuggle S$16 million (RM40 million) back to Malaysia in 2008.

drako drakonius said...


According to media reports, Chia had at the time allegedly told the Hong Kong authorities that the money belonged to Musa.

drako drakonius said...


Musa had previously accused Sarawak Report of defaming him, claiming the graft allegations were likely part of a conspiracy by his detractors who wanted to topple BN in the east Malaysian state.

drako drakonius said...

He had said he would offer full co-operation to the authorities if he were required to but stressed that in the meantime, his focus was on serving the state instead of “entertaining these frivolous allegations”.

drako drakonius said...

Last week, Najib also refused to disclose the source of the political donation received by Sabah Umno.

drako drakonius said...

“It is a political donation. All parties have a right to receive political donations. As long as it is through the right channels, it is not an offence,” the Umno president had told reporters after chairing a BN supreme council meeting