Jika benar seperti yang dikatakan oleh kebanyakkan pemerhati politik di Kota belud bahawa pemimpin USBO bakal menampilkan seorang anak muda sebagai personaliti politik baru mewakili rumpun USBO itu pada PRU 13 di DUN TEMPASUK, maka ia perlu dilihat secara mendalam supaya kecelaruan dapat dirungkai secara lebih teratur dan bernas.
Seperti yang saya postkan dalam artikel terdahulu bahawa semacam ada satu gerakan besar untuk menaikkan sdr Pakharuddin Bian yang juga merupakan pemuda USBO. Pada waktu yang sama daripada sumber yang boleh dipercayai, strategi itu adalah atas saranan dan idea Tan Sri Pandikar dan datuk Salleh Tun said selaku pimpinan teratas USBO. Sama ada isu ini boleh dipercayai atau tidak, ia sudah menjadi isu besar di daerah Kota belud.
Termasuk ramai yang mempertikaikan kewajaran strategi itu kerana ternyata sdr Pkharudin tidak punya rekod atau latarbelakang dalam politik di daerah itu, sekaligus ramai yang percaya itu cuma sandiwara politik golongan tertentu untuk menakutkan golongan yang lain bahawa mereka bakal menghadapi wajah baru dalam mempertahankan atau cuba menguasai kerusi DUN TEMPASUK.
Selain itu ada juga yang percaya bahawa strategi ini sengaja diwar-warkan untuk melihat respones masyarakat setempat termasuk dari segi penerimaan dan kesanggupan berada di belakang pemimpin tertentu. Jika benar TSP dan DSSK memang berniat demikian, apakah mereka tidak sedar bahawa akan menghadapi laluan sukar dan penuh duri berdasarkan iklim politik semasa di daerah itu. Jika sebelum ini ramai yang percaya Datuk Rahman Dahlan bakal kecundang jika dicalonkan semula berlandaskan maklumbalas semasa, maka apakah meletakkan muka baru yang tidak ada outoriti dalam parti dan politik mampu menjulang kemenangan?
Mungkin penggunaan pengaruh peribadi dan wang ringgit sudah tidak relevan lagi di daerah Kota belud. Penglibatan anak-anak muda yang celik politik dan menolak budaya kotor ini dijangka akan menguasai 2/3 daripada peti undi di peringkat DUN dan PARLIMEN.Pendedahan sumber maklumat dalam dunia maya ini juga diramal menjadi antara kriteria dalam menentukan undi untuk siapa pada PRu 13 nanti.
Semenangnya masyarakat tahu bahawa USBO tidak punya pengaruh langsung dalam menentukan cal;on di Tempasuk hatta di mana-mana pun di Sabah , tetapi tidak ada juga yang dapat menafikan kalau berlaku penajaan calon BEBAS untuk tujuan sabotaj dan pecah undi. sesiapapun boleh bertindak demikian lebih-lebih lagi jika gagal mendapat pencalonan dari pucuk pimpinan.Ini diakui sendiri oleh mantan PM Tun Mahathir bahawa BN boleh menang lebih dari 2/3 jika tidak ada unsur sabotaj berlaku.
Banyak tafsiran politik yang boleh kita analisis dari pelbagai sudut berkenaan dengan khabar politik ini. termasuk juga berkemungkinan mempergunakan orang lain untuk tujuan kepentingan politik peribadi. menampilkan orang lain dengan harapan, jika berjaya mendapat tempat maka jasa akan dibayar dengan budi. Bersama kita fikirkan!

2 ulasan :
Memang inilah yang kita harapkan sebenarnya. Wajah baru untuk dicalonkan menjadi calon pada PRU13 akan datang.
kita tgk samada dia akan menjadi calon atau tidak. tapi muka baru mmg perlu diketengahkan.
Post a Comment