Kenyataan PM Datuk Seri Najib dalam lawatannya ke Kudat 3 hari lepas antara lain membayangkan persetujuan awal kerajaan Pusat dalam pembinaan Lebuh Raya Kudat-Tuaran di sepanjang pesisir pantai menimbulkan kegirangan sama ada di kalangan pemimpon politik mahupun rakyat Sabah yang mendiami daerah-daerah yang menjadi laluan lebuh raya itu kelak.
Sebagai ketua UMNO KB, Datuk Salleh Tun Said dipetik sebagai berkata bahawa pembinaan lebuh raya itu kelak akan mentransformasikan ekonomi negeri Sabah khasnya dan penduduk yang terlibat amnya.Di samping memudahkan perjalanan ke Kudat dari Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota belud. Ulasan Datuk salleh itu mengingatkan saya juga kepada kenyataan beliau ketika pembinaan jalan raya Bypass Kudat-Kota Belud yang menjadi sangat kontovesi apabila sehingga kini dikatakan lebih daripada 25% pampasan tanah kepada penduduk sekitar kamung Wakap dan Kg Labuan tidak dilunaskan.
Ketika pembinaan Jalanraya Bypass Kudat- Kota belud, Datuk Salleh juga mendakwa ia akan membawa kemajuan ekonomi kepada perkampungan sekitar jalan raya tersebut di samping mengurangkan kesesakan menuju pekan Kota belud.Siapakah yang mendapat anugerah projek Bypass Kudat- Kota belud ini??? Dan siapakah orang penting yang terlibat??? rasanya masyarakat Kota belud telahpun sedia tahu.
Justeru itu saya tidak terkejut dengan kenyataan Datuk Salleh kerana pada asasnya adalah benar dan boleh diterima atas minda yang waras, namun perlaksanaannya harus dilakukan dengan tidak berkepentingan dan bersifat telus mata dan telus hati.
Membicarakan kawasan pesisir pantai yang dijangka terlibat dalam pembinaan lebuhraya seperti yang diumumkan oleh Najib itu, terbayang diruang mata saya berkenaan nasib masyarakat yang mendiami kawasan pantai ini. Kalau di Kota belud, majoriti yang mendiami kawasan ini ialah Suku Iranun. Dari kg Liang, pantai emas, Tamau, Pintasan, nanamun, kayu putih, Rampayan , Sarang, Dudar, kebanyakkannya adalah suku Iranun dan sedikit suku bajau dan Dusun.
Jika projek lebuhraya pesisir pantai ini terlaksana di Kota belud, secara adil, telus dan berwawasan, maka ia kan menjadi satu limpahan rehmat buat penduduk di kawasan berkenaan. namun yang mengusarkan saya ialah kawasan-kawasan di pesisir pantai ini bukan hak individu dan bergeran, namun telah lama di diami oleh penduduk. Di Kg Tamau dan Pintasan misalnya , kawasan pensisir pantai dijadikan kawasan 'wakaf' untuk tanah perkuburan. Malahan tanah datuk salleh yang dibangunkan sebagai kawasan permainan padang golf juga terletak di kawasan pensisir pantai dan dikatakan adalah kawasan bergeran.
Apa yang terbayang di benak saya agar apa yang berlaku di Kg wakaf dan kg Labuan ketika pembinaan Jalanraya bypass Kudat-kota belud tidak akan berlaku ketika pembinaan lebuh raya ini kelak.

2 ulasan :
jalan ini akan memudahkan perhubungan antara Kudat dan Tuaran.
Ketua Menteri menggariskan 6 objektif utama yang akan dicapai di bawah bajet negeri, termasuk mengukuhkan kedudukan kewangan negeri, untuk meningkatkan infrastruktur asas dan kemudahan awam dan untuk mempercepatkan pencapaian Halatuju.
Post a Comment