Tuesday, April 28, 2015

Perkembangan terkini 'pertembungan' antara PM DSN dengan Mantan PM Tun M, nampak gayanya tidak akan menemui titik noktah dalam masa terdekat ini. Tun M dilihat 'menyerang' DSN dengan sangat ketara. Tidak lagi menggunakan senjata tumpul tetapi mula meledakkan bom-bom jangka yang terpasang sekian lama. Pelbagai kelemahan dan isu berangkai yang mengelilingi DSN mula di'awamkan' oleh mantan PM selama 22 tahun ini. Tidak cukup dengan Isu kehilangan 42b yang dihutang oleh 1MDB dan kes pembunuhan warga Monggolia Al-Tantuya, Tun M mula mempersoalkan kehidupan mewah DSN sekeluarga.

Bermula dengan pengelibatan Anak Tiri DSN dalam pelaburan Filem di Hollowyod dan pembelian Kondominium berharga berjuta ringgi, Tun M mula melebarkan kritikannya kepada majlis resepi perkahwinan anak DSN yang digelarnya sebagai "perkahwinan abad ini". Kerana diadakan gilang gemilang sehingga dikatakan majlis di Kazakhstan itu dihadiri oleh 300 orang rombongan Najib dari Malaysia.
Pembelian Jet kerajaan dan Pemberian Brim juga adalah antara yang tidak memuaskan hati Tun M.

Najib lebih suka menyendiri dan mendiamkan diri, penerangan yang diberikan melalui rakaman TV3, nyata tidak memuaskan hati Tun M, malah ramai yang beranggapan isu-isu berbangkit tidak dijawab dengan tuntas dan menyeluruh. Tun M mula menjelajah, menghadiri beberapa program penerangan , memberi info dan maklumat mengapa beliau mahukan Najib turun dari jawatan PM.

Beberapa menteri dan orang-orang politiktermasuk Pak Lah berpendapat Najib harus menjawab isu yang dibangkitkan. Desakan demi desakan dan kritikan tidak langsung melemahkan kredibiliti Najib, malah PM itu masih dilihat bersukaria meraikan majlis perkahwinan anaknya di Kazakhstan. Video yang menjadi viral di media memaparkan Najib dan Isteri menari dalam majlis berkenaan.

Jika dilihat dari tanda-tanda ini, Najib tidak akan menjadi seperti Pak Lah. Malah daripada kenyataannya dalam ucapannya ketika melancarkan laporan Tahun 2014 Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), Najib yakin kebenaran akan tiba dan ketika itu katanya ia akan menangkis segala nista dan tohmahan pihak tertentu.

" walaupun dilintang dengan seribu aral, biarpun kita diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku PM, bersama-sama TPM dan didukung pula para menteri serta rakan-rakan anggota pentadbiran, tidak akan sesekali berganjakatau menyerah kalah, malah akan tetap beristiqamah dan terus berjuang merintis sejuta lagi jalan baharu demi kebaktian kepada rakyat dan negara" kata Najib.

Jika ini berlaku, bererti Najib dan Tun M akan berada pada blok pertentangan. Masing-masing punya agenda dan ketekunan politik mahukan yang terbaik bagi rakyat dan negara. Jika benar keduanya tidak mempunyai agenda peribadi, maka resolusi sistem demokrasi perlu diambil, yakni mengadakan PRU14 awal dari tarikh yang sepatutnya di mana dijangka berakhirnya Parlimen pada 2018.

Bagi sesetengah pihak, dengan mengadakan PRU14, ia akan menuntut penggunaan wang rakyat yang banyak. namun pada saya itu adalah bayaran yang harus dilunaskan untuk mententeramkan dua gajah yang bertelagah supaya tidak banyak kerosakan yang berlaku. Dengan PRU14, ia bukan sahaja akan menyelamatkan Najib jika mencatat kemenangan bergaya dan menjawab segala tuduhan Tun M, tetapi juga ia akan dilihat mengukuhkan parti BN terutama UMNO.

Jika pengawalan PRU14 ini dilihat sebagai agenda pembangkang, rakyat harus berlapang dada, kerana jikapun pembangkang berjaya membentuk kerajaan, maka satu sistem baru akan diperkenalkan. Kepincangan sistem lama akan berakhir. Sama ada sisitem baru itu nanti lebih berupaya menyelamatkan kengsengsaraan rakyat dengan bebenan kos sara hidup dan cukai GST, itu hanya masa yang menentukan. Namun prinsip demokrasi harus disuburkan dan bajanya adalah Pilihanraya.