Tuesday, October 6, 2009


"...Kita gembira dan menyokong pendekatan baru yang ditampilkan oleh pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri dan Presiden Umno. Dengan slogan "Berubah atau Rebah", pimpinan tertinggi parti telah membawa pengharapan besar kepada ahli-ahli di setiap peringkat. Ia telah dibuktikan dengan kesediaan mendengar pandangan ahli selain sensitif memenuhi kehendak golongan muda yang begitu lantang dan kritikal.."

Begitu antara sedutan ucapan DSSK sempena masyuarat perwakilan Umno Bahagian kota Belud pada 1 ogos yang lepas. Menjelang awal Oktober ini, bermakna genap dua bulan kata-kata itu berlegar ligat dalam otak pemikiran perwakilan Umno Kb. bagi yang tertutup minda dan hatinya..nada dan intipati ucapan DSSK ini tidak jauh beza dengan ucapan yang lain. Kerana mata mereka terbayang-bayang warna pudar kertas "kepala raja" yang menyilaukan mata. Tapi bagi yang sensitif jiwa dan nuraninya..rangkap ucapan itu membawa pengertian yang sangat besar, bagi sebuah perjuangan yang sangat mahal nilainya di mata generasi akan datang. Namun tidak ramai yang memikirkan yang demikian kerana, sama ada "Berubah atau Rebah" rasanya bukan urusan mereka. Yang sedikit memikirkan, merasakan amat payah untuk menyedarkan kelompok majoriti itu.

Banyak sebab, antara yang paling menarik dibincangkan ialah kerana mentaliti perwakilan yang masih terikat dengan budaya lapuk..memilih pemimpin tidak bersandarkan kepada kepentingan generasi mendatang, tetapi meraih keuntungan jangka pendek. Perwakilan dan ahli Umno KB..masih 'enggan' berkompromi dengan dunia politik matang.. Ramai yang merasakan, siapa juga yang terpilih menerajui kepimpinan Umno Kb, sama sahaja..visi dan misi tetap kekal, nipotisme dan politik peribadi dijunjung setiap masa. Kelompok generasi muda yang ada kesedaran hanya segelintir dan itu tidak mampu mengubah paradigma politik sedia ada.

Lihalah apa yang berlaku apabila kepimpinan Umno bahagian berubah..penyokong dan ahli umno juga dilanda arus perubahan. Bukan berubah menjadi matang dan terpelajar dari segi percaturan, malahan menjadi begitu taksub dan berusaha mendapatkan kepentingan. bukan cerita mitos atau dongengan, apabila ahli yang pernah menyokong datuk Musbah berpaling tadah dan memberikan sokongan kepada DSSK.

ahli Umno Kb, perlu lebih berani bertindak mengubah pemikiran, golongan muda perlu selalu berdiskusi dengan golongan lama dalam Umno Kb. Pemikir lama dan pemikir baru perlu ada penyelarasan. Idea-idea murni harus diketengahkan, disuarakan kepada pimpinan yang ada. ahli Umno Kb, sewajarnya menggelak perpecahan walau apa sebab sekalipun, sama ada disebabkan oleh pemimpin atau suku, atau juga sebab kepentingan lain. Perebutan kepentingan dan jawatan harus ditadbir dengan telus. Kepincangan kepimpinan harus diperbetulkan. zaman Angguk-angguk dan sekali sekala geleng-geleng sudah lama berlalu. Penyatuan bukan setakat rasa bangsa dan pendirian tetapi juga melibatkan fikiran dan gagasan.

Jika tidak, parti Umno Kb yang merupakan 'anak sulung' kepada Umno sabah, akan terus menghadapi krisis kepimpinan yang teruk. Menunggu perubahan yang kononnya dilakukan oleh tangan ghaib sedangkan yang timbul adalah kehancuran dan kucar-kacir yang berpanjangan. Ahli Umno Kb perlu berani berubah.

19 ulasan :

Watababai said...

salam ziarah Sdri KM..

Berani berubah bukan sahaja perlu untuk ahli UMNO KB bahkan UMNO seluruhnya..kerana sikap memilih pemimpin yang tidak bersandarkan kepada kewibawaan boleh menghancurkan UMNO itu sendiri..

terima kasih..

palingberani said...

A'kum Sdri KM..

posting sdri kali ini agak longgar dan lebih berada di tengah-tengah persoalan ahli UMNO.Mungkin sdri tidak cukup maklumat mengenai perkara ini..( mungkin lah )

Tapi seruan utk berubah menjadi ahli yg matang, logik difikirkan. Buat masa ini saya belum sangat mengikuti perkembangan UMNO kb..tapi saya akan cuba mentelaah untuk memberikan response yang lebih baik.

salam hormat.

Idahan said...

salam ziarah buat sdri KM

Apa yang berlaku dalam UMNO KB juga berlaku dalam parti PBS . Di Kadamaian dan di KB, PBS juga memerlukan ahli yang benar2 ikhlas memperjuangkan parti bukan perjunangan peribadi dan kawan2.

Apabila PBS keluar dari BN tahun dulu..ramai pemimpin yg begini bertindakkeluar dari parti lebih awal..

Sekarang pemimpin yg pernah keluar PBS tidak kemana-mana ..kita sudah bijak menilai mana satu yang kita pilih.
Hingga berjumpa lagi ..salam KELAPA MAWAR

Datu pitung said...

salam sdr KM..

berani berubah bkn sahaja kepada keseluruhan pimpinan umno tapi dr segi spiritual kepimpinan itu..pilihan raya tiba bermacam macam janji tapi janji hanya tinggal janji bila pilihan raya habis..itu lah UMNO.

Pendekar Tua said...

salam..sdri KM dan datu Pitung..

Saya amat bersetuju dgn istiliah sdr datu P. "spiritual kepimpinan"...dahsyat ! istilah ni..
harap sdr dapat terangkan dengan lebih mendalam..TQ.

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
Slogan BERANI BERUBAH @ BB ini kalau tdk dipraktik kan ianya tdk membawa makna langsung khususnya kpd ahli UMNO sendiri, melihat kpd skop yang lebih global, slogan ini pernah diutarakan oleh salah seorg calun Ketua Pemuda UMNO M'sia pada PERGUNG awal tahun ini, berubah dari segi mentaliti,sikap dan kepimpinan peringkat Bhg,cawangan dan ahli akar umbi...berbalik kpd UMNO bhg Kota Belud, persoalannya, berapa banyak Cawangan UMNO di seluruh Kota Belud yang ada menubuhkan Ahli Jawatankuasa peringkat Cawangan? Ketua Cawangan, Su cawangan, Bendahari, Jawatankuasanya langsung tidak dilantik, mungkin bagi Ketua Cawangan itu semua perkara remeh, bila tiba mesyuarat Bahagian nanti baru lah Ketua Cawangan akan senaraikan Jawatankuasa yg dimaksudkan, simpan lah saja siapa ahli UMNO di Cawangan tersebut walau pun tanpa pengetahuan si polan, yg penting AJK nya mencukupi utk dihantar ke Pejabat UMNO Bhg, apa ini semua?? ini kerana tidak ada perumahan sikap Ketua Cawangan yg asyik dgn sampul suratnya sepanjamg masa mengejar projek kesana dan kemari...untuk membuat perancangan, menambah keahlian,menyusun aktiviti jauh sekali utk dilaksanakan, 80% daripada Cawangan UMNO Kota Belud mengalami situasi diatas....kepentingan diri mengatasi segala-galanya, kemungkinan besar Ketua Bhg & AJK Bhg tidak menyedari perkara remeh ini terjadi, sebab ianya remeh,maklum lah sebahagian AJK Bhg ini pun sibuk kesana kemari dgn envelope putihnya, tapi harus diingat perkara remeh jika tidak ada yang BERANI MERUBAH nya akhirnya ianya akan rebah sendiri...walawalambisawab

watasikadi said...

posting yang agak umum dari sdri KM. selagi ada ego dan mementingkan diri di kalangan UMNO KB selagi itulah pakistan dari sungai sibuga tersenyum lebar sambil mengurik idungnya yang panjang..hehehe..janganlah kita terlalu mementingkan kehidupan mewah kita melebihi kepentingan rakyat yang kita pimpin. sukar menyatukan UMNO jika semuanya mementingkan diri sahaja. Perlu untuk UMNO berubah demi grassroot KB. bukan tangan ghaib yang diharapkan untuk merubah UMNO tetapi kesepakatan. jika tidak pasti kami di pihak pembangkang ada tangan ghaib menukar pemimpin KB menjadi kerusi kami..satu kota belud, projek diwar-warkan, sampai lagi lain-lain jadi...hehe

Tudung Duang said...

Salam KM...

Selalu saya lontarkan persoalan ini pd rakan2 yg interested dlm politik Umno KB..Betapa Umno KB perlu BERUBAH!..Intipati ucapan DSSK memang dialu-alukan meski pun masih punya ruang untuk orang lain melemparkan pelbagai konotasi rentetan daripada kata-kata tersebut!..."Jangan sekadar retorik"!..itu yang kita bimbangkan!

Saya masih yakin dan percaya sehingga setakat ini, saat ini...detik ini... Lidah dan mulut kita sedang ligat mewar-warkan untuk berubah!!

Sudah berapa lama kita bercakap soal perubahan...??
"Pi mai pi mai tang tu juga"! Di peringkat Umno KB kita masih menunggu bentuk perubahan yang merubah lanskap politik di Kota Belud...

Saya percaya jika DSSK berjaya mencanang satu formula yang realistik, satu idea baru yg kolektif, diterimapakai...yang mampu memandulkan pertelingkahan dan menyimpangkan persengketaan dalam kalangan ahli akar umbi dan pimpinan bahagian maka peratusan kebarangkalian untuk berubah sudah pasti ada!

Diiringi lagi dengan mekanisme dan resepi perjuangan yang sarat dengan keikhlasan dan kejujuran...dengan izin Allah saya percaya Umno KB akan berubah..

Sekurang-kurangnya berubah untuk TAAT SETIA kepada parti walau apa juga berlaku..

Terima kasih KM...
Wassalam...

kelapa mawar said...

salam sdri Watababai..

Ma kasih atas pandangan sdri..
perubahan ini kena bermula dlm diri sendiri,melibatkan semua lapisan kepimpinan danahli biasa. Di peringkat cawangan juga harus berlaku perubahan mentaliti ini. Semoga DSSK berjaya membawa perubahan ini..

Saya amat mengalu-alukan pandangan sdri.harap dapat berkunjung lagi.Wassalam

kelapa mawar said...

Salam sdr Palingberani

Ma kasih atas kunjungan sdr..Saya menantikan pandangan sdr tentang UMNO kita Di KB ini. Wassalam.

kelapa mawar said...

salam sdr Idahan...

ma kasih kerana sdr mula mengikuti blog ini..pandangan sdr saya hargai. Masalah dlm parti dihadapi oleh semua tidak kira PBS atau UMNO..Justeru perubahan kena sentiasa berlaku utk menggelakkan terhentinya perjuangan murni..

Di pihak PBS saya percaya langkah2 berkesan telah dan sedang dijalankan..begitu jugs parti UMNO di KB.. Ucapan DSSK ini wajar diberikan perhatian oleh ahli UMNO KB

kelapa mawar said...

Salam kembali sdr Datu Pitung..

seperti yg sdr Pendekartua katakan..saya juga rasa menarik istilah "spiritual kepimpinan" ini.

Spiritual ini bukan sahaja seharusnya berlaku di peringkat pimpinan tetapi juga di peringkat akar umbi dan ketua-ketua cawangan.

ma kasih atas kunjungan sdr. wassalam

kelapa mawar said...

Salam sdr pendekartua..

saya harap sdr juga dapat memberikan pandangan mengenai perkara ini.

ma kasih atas kunjungan sdr.

kelapa mawar said...

Salam sdr Rojokobog..

pertama sekali ma kasih atas kunjungan sdr dengan pandangan yg begitu bernas dan berwibawa..itulah yg sepetutnya berlaku..peringkat akar umbi dan ketua-ketua cawangan seharusnyamemulakan perubahan itu..penyusunan kepimpinan dan organisasi dengan lebih telus dan terancang dapat memberikan keutuhan kepada parti seluruhnya.

semoga sdr sentiasa sukses dan dapat memeriahkan lagi dunia blog kita .wassalam

kelapa mawar said...

salam watasikadi..

Ma kasih dgn pandangan yg cukup bermakna itu..rasa ego dalam diri manusia sentiasa menjerumuskan manusia dilembah yang keji..

Kepentingan parti seharusnya dikedepankan melebihi kepentingan diri dan peribadi..

semoga sdr sukses selalu dan sila berkunjung lagi memberikan pandangan yang ikhlas.TQ

kelapa mawar said...

Salam sdr Tudung Duang..

membaca komen sdr membuatkan saya terfikir..bahawa sdr bukan calang-calang orangnya..mempunyai wawasan yang jelas..memberikan pandangan atas rasa kepentingan bangsa dan parti..

saya juga merasakan sdr terlibat dalam dunia politik di KB..dgn melayari blog sdr..

Semoga perubahan ini akan berjalan biarpun dgn perlahan. Semoga sdr sukses dan dapat memberikan pandangan di lain masa. Salam hormat dari saya KELAPA MAWAR. wassalam.

Unknown said...

Salam...
Adik KM, tidak perlu berubah kerana kalau bagi saya balik saja ke pangkal jalan, tarima kasih

Unknown said...

Salam...
Adik KM, asyik tulis pasal ini politik, bila mau antar saya punya kidai itu kelapa mawar...

watasikadi said...

thanks KM. saya tidak mengira saudari memihak pada sesiapa. yang penting idea kita sebagai blogger harus digembeleng demi rakyat KB lagi-lagi yang berada dalam golongan miskin tegar.