Tuesday, October 13, 2009



Ramai yang menyatakan bahawa Datuk Musbah adalah pemimpin alternatif bagi masyarakat KB. Mereka menyandarkan 'harapan' keberjayaan projek Agropolitan. Biarpun bermacam-macam tekanan politik dan peribadi, Datuk Musbah masih 'keinginan' menjenguk serata ceruk rantau kawasan Tempasuk, mendengar dan merasai sendiri denyut nadi kepayahan masyarakat yang berusaha keras meletakkanya di kedudukan seperti sekarang. Hanya dengan coretan pena waktu pilihanraya, akhirnya Datuk Musbah diberikan mandat menjadi wakil rakyat mereka.


Tentunya rakyat tidak mengharapkan ‘balasan’ berupa wang ringgit dan harta menggunung untuk dijadikan imbalan, hanya rasanya sekadar memperolehi ‘wakil rakyat’ yang begitu perihatin terhadap kehidupan mereka. Dari sepintas lalu dan jika bersandarkan kepada maklumat dalam blog pemimpin Bajau dan kelahiran Taun Gusi ini , rakyat begitu mendambakan kehadirannya. Seorang yang begitu mementingkan kerja dan sentiasa turun ke peringkat akar umbi. Mengingatkan kita akan senario di Bagan Pinang, seorang pemimpin yang akrab dengan akar umbi, berjaya menebus maruah dan populariti UMNO dan BN di saat parti perikatan terbesar ini mengundang banyak ‘malapetaka’ terhadap sokongan rakyat.Apakah senario UMNO Sabah dan UMNO KB akan memikirkan bahawa, adalah sampai masa dan ketikanya ,pemimpin yang diperlukan oleh akar umbi, harus terus diberikan peluang..? Apakah sudah tiba masanya popular dalam parti Umno KB, tidak akan menjamin kemenangan berlipat ganda apabila pilihanraya nanti..?


Jika memikirkan bahawa akan ada sokongan yang melimpah kepada pemimpin yang rapat dengan akar umbi, justeru kita menantikan saat itu. Datuk Musbah dengan projek agropolitannya,mencanangkan jika perancangan ini berjaya, dianggarkan sebanyak RM 200 juta akan berlegar di kawasan Kota belud setiap tahun dengan mengambil kira hasil yang diperolehi dan juga peluang pekerjaan yang tersedia. Rasanya amat asing jika kita menyatakan bahawa pemimpin sebelum ini, bisa juga berbuat demikian. Datuk salleh ketika menjadi KM, telah membawa pembangunan dari segi perhubungan Jalan raya. Dikhabarkan lebuhraya Tuaran-Kota belud juga menelan perbelanjaan yang tinggi hampir RM 170 juta. Manakala TSP yang juga pernah menjawat beberapa kementerian ‘masih’ gagal dicari sumbangan besarnya kepada penduduk Kota belud, terutama dari segi pembangunan fizikal. Harus bagaimana kita memperkatakan hal ini..?


Paparan dalam blog Datuk Musbah, banyak berkisar tentang aktiviti kemasyarakatannya dan senario terkini percaturan politik dan gagasan pembangunan yang turut serta setiap kali beliau turun padang. Ramai blogger yang juga rata-rata adalah golongan berkemahiran dalam ICT dan berpendidikan tinggi, menyanjung tinggi keterbukaan Datuk Musbah ini. Berlainan dengan Datuk Salleh yang banyak memaparkan aktiviti bermusimnya, cerita perjalanannya, cerita kehidupan peribadinya dan bermacam lagi aktiviti yang dipaparkan hanya berperanan sebagai ‘santapan’ rohaninya. Paparan mengenai aktiviti kemasyarakatan yang dilakukannya di kawasan Kota belud tidak kelihatan. Biarpun beliau bukan, wakil rakyat, tetapi ternyata rakyat di KB masih mendambakan kepimpinannya. Mengapa situasi ini tidak dipertimbangkan oleh DSSK.Apalah salahnya jika aktiviti seumpamanya dipaparkan. Bukan bertujuan untuk mendabik dada, tetapi sebagai tanda ‘pemimpin’ dekat dengan hati rakyat.


Dalam bulan yang lepas, apabila berlaku musibah kepada penduduk tempatan iaitu kebakaran rumah mereka seperti yang berlaku di kg. Tamau dan Taun Gusi, hanya Datuk Rahman dan Datuk Musbah yang masih setia melawat dan turun padang, sedangkan Datuk Salleh dan TSP tidak kelihatan. Mungkin berita tidak sampai kepada mereka..tetapi sebagai pemimpin masyarakat, kedua-duanya ini tidak harus berlagak hanya sebagai pemimpin parti sahaja. Jiwa dan naluri mereka harus berada dekat dengan jiwa dan naluri rakyat. Apakah DSSK merasakan biarpun tidak turun padang, beliau akan tetap mendapat undi yang mencurah dalam Pilihanraya..? Atau kerana terpaksa menangkis dan mencatur perjalanan politik peribadinya, justeru hal sedemikian rupa terlepas pandang..?.Mungkin keadaan sudah berubah berbanding dahulu. Sebut saja nama pemimpin, rakyat akan berpusu-pusu untuk memangkahnya, sehingga ada yang ‘berbekal’ lambang BN ketika waktu mengundi. Sesungguhnya zaman telah berubah, pemimpin sudah mula diperhatikan dan dirobek fikrah kepimpinannya.Dan ini harus disedari oleh DSSK.


Membaca paparan sdr PALINGBERANI, seorang rakan blogger dari suku Bajau, saya merasa terpanggil untuk mengulas isu ini,apabila beliau melabelkan blog DSSK sebagai “buku teks” yang memaparkan maklumat sahaja tetapi tidak mewujudkan ruang percambahan pemikiran.seingat saya KELAPA MAWAR pernah juga memaparkan permasalahan ini. Kenapa gagasan yang dipaparkan tidak dapat dirungkai oleh para pembaca dan pelawat..? Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai pengalaman luas, adalah amat membimbangkan jika trend tidak suka berkongsi pandangan masih lagi berlaku dalam ‘kamus’ politik DSSK. Amat malang sekali bila pemimpin seperti DSSK terlalu takut membaca pandangan oranglain yang tidak sehaluan dengan beliau.Kenapa seharusnya, masih wujud rasa sangsi dan ragu dengan rakyat biasa. Bukankah rakyat inilah yang berhempas pulas memerdekakan DSSK dari percaturan musuh politiknya..? Rakyat tidak perlu diajar dengan sikap ‘opportunisme” dan ‘kegagalan minda’ .Rakyat bukan lagi seperti dulu, para pemimpin seharusnya berlapang dada dan membuka seluas-luasnya ruang untuk menyatakan suara hati rakyat yang mengangkat mereka sebagai pemimpin. Jika hanya berharapkan “Faecbook” dan “Twitter”, berapa ramai yang memiliki kemudahan sebegitu. Maka satu-satunya alternatif ialah melalui dunia blog yang percuma.Dan ini tidak dipergunakan oleh DSSK dengan sebaik-baiknya.Kenapa..?


Setelah digugurkan sebagai calon pada PRU-12 yang lalu, TSP semakin jauh dari suku Iranun, sebelumnya pun pemimpin yang berjaya politik peribadinya ini, menjadi kritikan bangsanya yang gagal memberikan apa yang sepatutnya diberikan ketika TSP berada dalam kerajaan dan parti. Tetapi nampaknya kegagalan itu tidak cuba ditebus dengan memperbanyakkan aktiviti turun padang dan menemui masyarakat Iranun. Politik di Sabah tidak sangat mencontohi politik di tanah besar semananjung,kerana di sana, bila pemimpin tidak dilantik memegang jawatan dalam kerajaan, mereka akan menumpukan kepada kawasan yang diwakili mereka. Kita di KB, sepatutnya bila TSP tidak tercalon , tidak ada jawatan dalam kerajaan ( hanya speaker Dewan rakyat) maka banyaklah aktiviti kemasyarakatan yang seharusnya dihadiri oleh pemimpin iranun ini. Bukan hanya soal yang bersangkutan dengan hal-hal yang mahu ‘dirasmikan’ tetapi lebih kepada hal-hal lain seperti kematian, perkahwinan, dan musibah atau malapetaka yang menimpa masyarakat. Rakyat bukan sangat mengharapkan sumbangan yang diberikan, kerana sebelum inipun berapa sangat sahaja sumbangan yang ada. Tetapi mereka mahukan ‘kehadiran’ pemimpin ini untuk memberikan mereka semangat dan kekuatan meneruskan kehidupan, Maklumlah pemimpin bila datang, akan membawa barakah yang tidak bisa diterangkan.Teringat saya kata-kata peribahasa ‘Ular tidak akan hilang bisanya jika menyusur pada akar”. Dimanakah hala tuju politik TSP jika keadaan ini tidak berubah..? Hanya beliau yang boleh menjawab persoalan ini.

9 ulasan :

dayangwulan said...

salam. Lama saya tak berkunjung. Namun saya suka berkongsi pengalaman dengan sdri. Apa kah bezanya antara dekat dan jauh? bagi pemimpin dan rakyat.Dalam kempimpinan mana yang Penting sosok tubuhnya kah perjuangannya? Dalam parti mana yang penting nama parti itu kah Dasar parti itu?. Dalam kehidupan peribahasa: sambil menyelam sambil minum air, menembak 2 burung dengan satu peluru, terlaku susah dilakukan.

Bagi saya menilai kepimpinan itu bukan pada sosok tubuhnya tapi apa yang diperjuangkan. Dalam memimpin terlalu banyak faktor dan kaedah digunakan, ada yang tersirat dan yang tersurat. Menggali kubur 7 kakipun perlu masa, ini kan pula membangun. Pembangunan ada dua cara: pembangunan jangka pendek dan panjang. Jangka pendek misalnya mebangun jalan kampung, manakala jangka panjang melibatkan polisi. Bukan bulan YB, tetapi polisi kerajaan secara keseluruhan. Pembanguan pertanian, misalnya ada polisi, pelajaran misalnya ada polisi, seorang sosok tubuh pemimpin tidak akan mampu mengeluarkan polisi, polisi melibat seluruh nadi kerajaan termasuklah penjawat awam dan orang politik.

TSP pandikar semasa menjadi YB dan menteri, polisi pembasmian kemiskinan pada masa itu brsifat jangka pendek, ertinya hanya sambung nyawa, belum ada polisi kerajaan secara menyeluruh. Namun setelah Abdullah Badawi mengambil alih kempinan, barulah polisi membasmi kemiskian dijelaskan melalui pengabdian kepada Tanah dan laut. Semasa Tun mahathir pembasmian kemiskian melalui penyediaan infrastruktur, kerana tanpa adanya infra, maka movment hasil tanah dan laut akan terbantut, dan tidak akan mendapat nilai tambah yang tinggi dan terpaksa dijual paras harga yang murah.

Jadi menyalahkan pemimpin.. adalah tidak sesuai,kita perlu melihat zaman, masa, dan tempat.sama-sama kita berfikir

Pendekar Tua said...

salam Kelapa Mawar..

lama tak berkunjung, maklumlah mata dan rabun telinga pun dah kurang pendengarnya, tulah tak berapa faham sangat dengan ucapan najib kat Perhimpunan Umno..but..is okey..ada perubahanlah..

rasanya kalau di kb, DSSK tengah nenyak tidur dgn blognya lagi...bak kata mahathir...Selama ini orang UMNO hanya mengharapkan pengaruh kuasa utk menawan hati rakyat, sekarang sudan berubah.." Apa perubahannya itu..? kalau Blog DSSK macam " buku teks" hahahahaha..pandai juga Kelapa Mawar..

TSP, sejak jadi Tuan speaker ini tersibuklah sangat..lagi sibuk drp jdi menteri senator..tulah di kgnya pun tak sempat tengok...apalagi lah kalau kebakaran di kg Tamau n Taun gusi tu...sibuk bah TSP menyambut Tangan Musa Aman..sampai taklepas-lepas lagi..


DHMJ pula, sibuk dgn Agropolitannya...ke sana ke sini diwar-warkannya..walhal hanya 10% saja yg bermula itupun baru ratakan tanah..ai datuk, dah berangan-angan nak dapatkan RM 200 juta ke?

Watababai said...

salam sdri KM

Posting kali ini memang tepat dgn isu merakyatkan UMNO, pemimpin di Kb khususnya perlu lebih bertindak sebagai rakyat dan bukannya pemimpin..

selalu turun padang nyata akan mendekatkan mereka dgn pengundi dan akar umbi..

Saya juga ada melayari blog DSSK dan memang benar macam buku teks..hahahha.

Salam hormat buat sdri..KM.

palingberani said...

salam sdri Kelapa Mawar..

Lama tak berkunjung dan membaca posting sdri..sekali terkejut kerana nama Palingberani ada juga termaktub..TQ kerana perihatin dgn tulisan saya..memang saya merasakan blog DSSK macam buku teks..dgn tidak membenarkan kita membuat ulasan dan memberikan komen tentang pemikirannya..

mengikuti perhimpunan UMNO di Tv membuatkan saya berfikir bagaimana budaya UMNO boleh berubah kalau pemimpinnya sprti DSSK yang tkaut mendengar keluhan dan pandangan rakyat biasa.

Saya setuju dgn idea KM, kerana tidak semua memiliki facebook dan twiter..

Moga2 dgn perubahan UMNO kali ini, para pemimpin di KB akan turut berubah. UMNO perlu dirakyatkan semula.
TQ.

kelapa mawar said...

salam kembali kak Dayangwulan..

Lama tak bersua di alam maya ini..Kak dywulan pun sekarang tak lagi menulis tentang politik Kb..kenapa agaknya?

Ma kasih atas kesudian memberikan pandangan dan saya hargainya..

Pada asasnya saya bersetuju dengan pandangan itu kerana kita tidak patut menyalahkan pemimpin..dan itu saya sedari..tetapi bagi saya menegur pemimpin dengan memberitahu akan kelemahannya supaya dapat diperbaiki..kerana mereka diperlukan di daerah ini.

Mungkin persekitaran dan kehendak pada zaman ini tidak samadgnzaman mrk dulu...setidak-tidaknya mereka perlu berubahutk mengetuai perubahan yang mrk tuntut sendiri.
'
Salam hormat buat Kak Dywulan.

kelapa mawar said...

Sdr Pendekartua..

Biarpun sdr tua tapi berkesempatan memberikan idea dlm bentuk sindiran. Ma kasih atas pandangan sdr itu. Perubahan menuntut kita sentiasa bersedia. Semoga berkunjung lagi.

kelapa mawar said...

Salam watababai..

ma kasih atas pandangan sdri itu..isu merakyatkan umno akan saya paparkan dlm posting seterusnya jagan ketinggalan. Ma kasih sekali lagi.

kelapa mawar said...

Salam sdr palingberani..

ma kasih dgn kunjungan sdr yg tidak putus2. saya juga sentiasa mengikuti blog sdr. Semoga sukses.wassalam.

watasikadi said...

salam sdri klapa mawar lama saya tidak berkunjung keruangan saudari. Posting kali ini bagi saya seperti posting yang biasa di utarakan saudari KM. pokok pangkalnya DSSK dan TSP juga akan disalahkan walaupun cuba berselindung dengan pelbagai kiasan. apapun tajuk posting hujungnya tetap menyalahkan kedua pemimpin 'otai' ini. Saya bersetuju dengan dayang wulan tidak guna kita menyalahkan pemimpin. kita harus cuba membantu pemimpin demi masyarakat KB. Dibandingkan pulak dengan TSI di bagan pinang, DHMJ jauh panggang dari api. TSI menang semua peti undi tapi DHMJ banyak juga kalah. jika TSP tidak membantu ketika PRU12 saya pasti kami pembangkang memegang kerusi tempasuk. sedangkan TSI walaupun disabotaj oleh mohamed hasan tetap menambah majoriti. sedangkan di peti undi yang dijaga orang harapannya baghdad pun hanya menang tipis. mujurlah KDM memberi sokongan kepada timbangan bila arahan dari huguon siau mereka DSPK mengundi dacing. dan perkara ini terjadi pada DARD juga apabila tewas diusukan tetapi menang besar dikadamaian juga atas pertolongan huguon siau. Bagi saya yang bakal menjadi TSI ialah DJA yang turut dikenakan tindakan rasuah tetapi sentiasa dekat dengan pengundi usukan dan tidak putus khidmat walaupun belum mempunyai blog sendiri. tidak perlu sebenarnya menayangkan khidmat bakti kepada rakyat, rakyat sentiasa tahu apa yang kita lakukan dan sumbangkan. Beginilah resam dalam UMNO. rakyat juga menentukan. saya tatap PAS!!