Thursday, October 22, 2009


Tidak ada siapa yang dapat menggambarkan bagaimana ‘nasib’ bumiputera Islam di Sabah, apakala Usno dibubarkan. Juga tidak ada yang melukiskan keghairahan jiwa para pemimpin dan politikus di negeri bawah bayu ini apabila UMNO hidup di atas batu nisan USNO. Rakyat tidak ada lain harapan hanyasanya nasib dan kehidupan mereka terus terbela. Para pemimpin politik pula, terbahagi kepada beberapa kelompok. Ada yang menerima UMNO seluruhnya, ada yang masih cuba meniupkan roh USNO,ada yang berbekalkan semangat BERJAYA, tidak kurang juga yang meninggalkan PBS, atas banyak faktor selain terpesona dengan ganjaran dan perlindungan politik yang bakal di perolehi.

Setelah 18 tahun UMNO di Sabah, tidak sangat nampak, betapa signifikannya UMNO di negeri ini kalau dilihat dari persepsi orang kampung.ketidakstabilan politik Sabah, nyata menjadi ‘tuba’ buat UMNO. Dalam era Dr. Mahathir, UMNO terpaksa mententeramkan gelora politik itu dengan memperkenalkan “penggiliran ketua Menteri” yang disifatkan sebagai “marry-go-round”.Biarpun ramai yang mempertikaikan kemujaraban dasar yang tidak pernah difikirkan oleh rakyat dan pemimpin Sabah. Di sepanjang tempoh pemerintahan Tun Mahathir, Umno di Sabah hanya bersikap “meredakan dan mententeram” politik. Biarpun pembangunan berjalan rancak, tetapi banyak tuntutan yang pernah disuarakan oleh PBS yang dikatakan sebagai ‘hak’ Sabah ketika menyertai Persekutuan Malaysia, nyata didiamkan.

Kemudiannya apabila Pak Lah menjadi PM, UMNO di sabah juga masih seperti zaman Tun Mahathir.Pak Lah juga nampak lebih mengutamakan negeri-negeri di semenanjung daripada mendengar rintihan dan tuntutan rakyat sabah terutama berkaitan dengan Pendatang Tanpa Izin (PATI), yang begitu menjadi duri dalam daging . Kemenangan dalam PRU 2004, menyaksikan kemenangan besar UMNO dan BN, sehingga ‘kebajikan’ rakyat sabah masih belum jelas pada kaca mata UMNO.Dan pak Lah diangkat sebagai ‘hero’ bagi Umno dan BN, Sehinggalah PRU 12, bila mana UMNO dimalukan oleh orang melayu di semenanjung, sehingga satu-satunya penyelamat ialah UMNO dan Rakyat Sabah dan sarawak. Maka berlaku peralihan kuasa..Pak Lah ‘diturunkan’ atas kesilapan besar itu..Dan Pak Najib akhirnya ditabalkan menjadi PM yang baru..

Atas kesilapan,tidak mengendahkan suara beberapa pemimpin di sabah seperti PBS dan SAPP, maka Pak Najib melihat bahawa Sabah perlu diberikan ruang dan peluang untuk sama-sama berada pada satu perahu biarpun sudah 18 tahun berada pada kapal perjuangan yang sama. Sabah adalah ‘fixed deposit’ bagi UMNO dan BN. Kerana itu, pemimpin Sabah diberikan peluang..Datuk Shafie Afdal merupakan satu-satu pemimpin dari Sabah yang berkesempatan merasa manisnya kerusi Naib Presiden UMNO, parti yang sudah menjangkau lebih 60 tahun jangkahayatnya itu. UMNO Pusat turut memberikan portfolio Kementerian Pembangunan Luar bandar dan wilayah sebagai peluang untuk membangunkan sabah yang jauh ketinggalan. Namun persoalan yang hingga kini bermain dan bersarang dalam majoriti penduduk Sabah ialah, adakah Datuk Shafie di berikan ruang untuk menjadi Tim. Presiden Umno..? Nyata besar sekali jawapan yang bakal kita dengar..

UMNO mula insaf dan sedar akan kesilapanya di sabah. Tidak cukup dengan menebus dosa itu, beberapa pemimpin di Sabah juga dilantik sebagai menteri penuh dan timb. Menteri, termasuklah Ketua Puteri Umno yang dilantik sebagai tim. Menteri. Pak Najib mula memberi tumpuan kepada UMNO Sabah, dengan menyedari bahawa jika sebaliknya, DSAI dan PAS tentu akan berpeluang memancing para pemimpin di sabah yang banyak disinonimkan dengan budaya ‘Lompat si katak lompat”.

Terbaru ialah apabila Pak Najib bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa peringkat kabinet tentang kepentingan bumiputera Sabah dan sarawak. Jawatankuasa itu dipengerusikan sendiri oleh Pak Najib yang menekankan perihal pencapaian dan pembangunan kaum bumiputera ini. Perhatian terus dan berkala ini akan memberikan kesan besar keatas rakyat Sabah. Terutama dalam menyalurkan bantuan dan peruntukan pembangunan di kawasan-kawasan pedalaman selain daripada beberapa isu hak milik tanah dan taraf kewarganegaran yang selama ini menjadi masalah masyarakat bumiputera di sabah.

Adalah sesuatu yang mengejutkan bagi rakyat sabah, apabila Pak Najib, akhirnya mengumumkan cuti umum pada 16 Sept. Setiap Tahun sebagai ‘menghormati’ hari Malaysia yang menyaksikan Sabah menyertai Malaysia. Tuntutan mengisytiharkan 16 Sept.sebagai “hari Malaysia’ sudah lama dikumandangkan, tetapi UMNO Pusat masih ‘mengutamakan” 31 Ogos sebagai hari kemerdekaan bagi Malaya. Keputusan mengiktiraf tarikh 16 sept. Ini membuktikan bahawa UMNO semakin Insaf dan Sedar akan ketepatan tarikh yang demikian. 1 Malaysia mungkin besar bagi gagasan pemimpin, tetapi lebih bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia, apabila hak-hak sepatutnya dianugerahkan kembali kepada yang empunya haknya.Dan UMNO hari ini semakin dewasa menghadapi badai politik pembangkang. Apakah sedikit masa lagi, akan ada pengumuman tentang PATI di Sabah yang dianggarkan sudah mencecah 600 ribu orang..?

13 ulasan :

Watababai said...

Akum kak KM,

Kesedaran Umno sebagai sebuah parti dominan di Sabah, memang patut dan wajar diteruskan..banyak isu yang perlu diselesaikan..

1. Kebanjiran warga Indonesia dan Filipina di sabah

2. Masalah royalti Petronas

3. Masalah Bumiputera dan Pribumi dlm hal pemilikan tanah adat

4. Status Pulau Labuan yang tidak dibangunkan biarpun puluhan tahun sudah berada dlm kuasa Pusat

5. Dan lain-lain spti yg terkandung dlm 20 perkara.

anri said...

salam...

acapkali kita selalu mengingati pengalaman yang lama kelamaan akan menjadi sejarah.(tapi kita masih mudah lupa...)

acapkali kita terlupa melihat pada mata burung kerana kita lebih suka melihat di bawah temporong.

acapkali kita jauh kebelakang, alangkah seronoknya pantai sentiasa berubah pabila dipukul badai.

apakah benar kita sudah berubah?,
masak nasi pun masih mentah

apakah benar kita sudah berjaya?,
anak2 masih madi di perigi buta

apakah benar kita sudah merdeka?,
diberi cuti sehari sepi berabad lama

benarkah kita?,
bersuara tanpa bunyi...

sengaja berhujah

watasikadi said...

Salam kak KM,
Posting yang agak umum untuk diulas,Satu nukilan yang agak mempersonakan dari anri. intipati nukilan anri harus difikirkan kita masyarakat KB. Parti yang diagungkan separuh abad harus bertanggungjawab. wajarkah rakyat mandi perigi buta sedangkan orang atasan berguling dalam jakuzee dan kadang kala ada peneman lagi.
Umno Sabah mula mengorak langkah bila UMNO semenanjung hampir hancur. namun apa yang harus kita fikirkan ialah dalam UMNO mengorak langkah rakyat harus mendapat faedah. bukan hanya ahli dan kroni sahaja mendapat faedahnya. belajarlah dari kesilapan MIC dan MCA jangan hanya mempergaduhkan pakatan rakyat. lihatlah MIC masih lagi samy vellu yang pegang. walaupun mendapat kepercayaan ahlinya tetapi pasti tidak masyarakat india seluruhnya. MCA pulak berpresidenkan orang yang tidak mendapat kepercayaan perwakilannya sendiri. maka sekuat manapun UMNO pasti BN akan hancur PRU13 nanti dengan kekalahan komponennya. apa yang watababai tulis itu benar, 20 perkara harus dilihat pusat sebagai objektif mereka kini. dan 8 perkara SAPP juga harus ditunaikan. sudah ada perkara yang mula ditunaikan persekutuan tanpa menampakan ianya tuntutan SAPP tapi lebih menampakkan kebijaksanaan mereka. tapi ndak apalah asalkan rakyat mendapat manfaat. Pertimbangkanlah graduan sabah supaya boleh berkhidmat dinegeri sendiri jangan menganggur ditempat sendiri namun melihat sahaja orang semenanjung menduduki jawatan yang layak kita duduki. Kalau hal ini berpanjangan sudah masanya orang sabah mempertimbangkan untuk keluar dari malaysia, kita tengok siapa punya negara maju dan siapa punya minyak laku dijual keluarnegara, hasil bumi siapa lebih berkualiti. PAS tetap dihati. aku menulis bukan kerna nama.

Ajin b. Gagah said...

Salam kelapa Mawar dan kalian.

Kesedaran UMNO di semenanjung secara logik nya, ditujukan khas kepada orang-orang Melayu. Kerana disana secara am nya hanya terdapat tiga rumpun bangsa yang memainkan peranaan dalam apa juga aktiviti Negara. Ia itu, Melayu, Cina dan India.

Namun di Sabah, cerita nya berlainan. Kerana Penduduk bumiputera disini, terdiri dari berbilang-bilang ethnic dan ugama. Ini berarti kalau ada perubahan UMNO disini, impak nya terpaksa juga dirasakan oleh semua suku kaum bumiputera dan rakyat Sabah yang lain secara menyeluruh.

Walau pun pada hakikat nya mereka mempunyai parti-parti yang lain yang berdomainkan suku kaum bukan Islam, namun saperti yang kita tahu , parti UMNO juga yang memainkan peranan sebagai ‘leader’, pemantau dan seterusnya sebagai contoh.
Maksud nya, apa jua jenis peluang yang disalurkan kepada Negeri Sabah, ia nya tidak lepas dari tapisan agensi yang ada hubung kait dengan UMNO (selaku parti induk dalam Kerajaan).

So, kalau perubahan-perubahan ini tidak sampai kepada golongan yang disebutkan tadi, pasti nya akan timbul tidak keseimbangan dan tidak keadilan di kalangan bumiputera di Sabah.
Justru itu, ia nya akan melahirkan perkara yang tidak sehat dan pasti nya akan menimbulkan perasan prasangka dan iri hati serta perpecahan di kalangan kaum di Negeri Di Bawah Bayu ini.

Mala dalam kajian, kebanyakan nya orang-orang cina Sabah juga menerima nasib susah seperti suku kaum Bumiputera yang tidak bernasib baik. Tidak saperti yang kita sangka kan selama ini.

So harapan kita, perubahan UMNO di Sabah ini nanti, sepatut nya di buat secara menyeluruh lagi serius tanpa mengira kaum, bangsa dan ugama.

Dalam usaha ini nanti kita akan lihat sejauh mana kah credibility Pemimpin-Pemimpin UMNO Sabah yang sedia ada berhadapan dengan cabaran dalam mentadbir, RAKYAT, PARTI DAN NEGARA.
Soal nya; boleh kah tidak ? sama-sama lah kita nantikan…

KingMalaya said...

TO WATASIKADI...

APAKAH PAKATAN RAKYAT PERCAYA KEPADA KEBOLEHAN ANAK SABAH??? LIHAT SAJA APA YG PKR LAKUKAN. MELANTIK AZMIN ALI MENJADI PENGERUSI PERHUBUNGAN SABAH SEDANGKAN BYK LAGI ANAK SABAH YANG LAYAK... JIKA ITU PUN PAKATAN X MAMPU LAKUKAN APAKAH JAMINAN PAKATAN AKAN MELANTIK ANAK SABAH SEBAGAI KETUA MENTERI... LIHAT SAJA PULAU PINANG (LGE DARI MELAKA)... KERAJAAN BN TELAH BYK BERJASA MENDIDIK ANAK2 SABAH YANG SEBELUM INI TERPINGGIR UNTUK MENDAPATKAN PEKERJAAN LEBIH BAIK... PENUBUHAN BEBERAPA INSTITUSI LATIHAN SEPERTI IKM, ILP ADALAH BERTUJUAN MENYEDIAKAN GENERASI SABAH YANG BERKEMAHIRAN... SEMUA ITU MENGAMBIL MASA... HASILNYA DAPAT DILIHAT SEKARANG APABILA RAMAI ANAK SABAH MAMPU TERLIBAT DALAM BIDANG KONTRAKTOR...

SOALAN SY KEPADA WATASIKADI,
APA YG PAS WAT DI KELANTAN SETELAH HAMPIR 20 TAHUN MEMERINTAH??? APAKAH STATISTIK ANAK KELANTAN SERAMAI +70% MERANTAU MENCARI KERJA DI LUAR ITU BOLEH DIBANGGAKAN??? APAKAH RUNGUTAN SETIAP ANAK2 KELANTAN LEPASAN U ITU SEBAGAI PUJIAN??? AKHIRAT MMG DIUTAMAKAN... TETAPI ALLAH SWT JUGA BERPESAN SEIMBANGKAN DENGAN DUNIAWI...

MAKA CERMINLAH DIRI SENDIRI... JANGAN JAGA KAIN ORANG KAIN SENDIRI YANG TERSELAK...

watasikadi said...

salam kak KM,mohon laluan kak,
alamak kena kondemlah saya punya posting oleh saudaraku kingmalaya ni. mahu tidak mahu terpaksalah saya menjawab juga. sebelum menjawab saya kasi mananglah dulu saudara kingmalaya ni. saya akun kalahlah sedia...hehe..
saya tidak jugalah terlampau tahu tentang kelantan ni, tapi saya adalah pengetahun sedikit setelah lima tahun di UMT(terengganu) mengenai kelantan. kita ikutlah kata kingmalaya ni +70% perantau dari kelantan kerana kerajaan negeri kononnya tidak mewujudkan peluang pekerjaan. Macamanala bah mau wujudkan peluang pekerjaan kalau kerajaan pusat mengamalkan diskriminasi tentang pembahagian peruntukan, peruntukan dari pusat bukan kepada kerajaan negeri tetapi kepada badan perhubungan UMNO negeri lepas tu PAS lah disalahkan. Sedangkan sumber minyak pun kerajaan pusat tidak mahu bagi royalty kepada kelantan sehingga sanggup berkongsi hasil minyak dengan Thailand bah. Sedangkan pelantar tersebut paling hampir dengan kelantan, cuba rujuk dib log YB husam musa tentang sukatannya dan gambar yang berkaitan. Sekarang ni baru mula bagi ketelusan konon lepas apa jadi di PRU-12. kena belasah bah 39-6..hehe..baru faham macamana pun sogokan UMNO rakyat rasa sendiri keamanan dibawah pemerintahan PAS. 39-6 adalah hasil rungutan anak kelantan saudaraku. Lupa pulak jawab soalan pertama, PAS sudah berjaya memberi kelantan tempat pertama dalam senarai pelajar Universiti paling ramai.Inilah antara negeri berjaya dalam melahirkan modal insan. Tapi saya pun berfikir kenapa saya mahu tulis pasal kelantan panjang-panjang pulak, sedangkan kawan-kawan saya masih ramai kawan graduan menganggur, sedangkan saya sendiri masih kerja kontrak, mungkin kami tidak layak kali lah jadi pekerja tetap. Tapi saya tetap sabar menanti. Hairan juga bila tengok guru-guru disabah ni ramai betul orang semenanjung, tidak layak bah orang sabah mengajar kali atau graduan sabah tidak boleh jadi guru..hehehe. baru-baru ni saya terpaksa jual laptop bah demi mencuba nasib menjadi akauntan w41 ditanjung malim. Kenapa sampai ditanjung malim aaa assesmentnya? Parti mana bah perintah ni.. Baru-baru ni mohon guru sandaran tidak terlatih-KDC untuk sekolah agama bantuan kerajaan pun borang dihantar ke pusat di KL. Bagus bakar jak sektor pendidikan islam, JPN sabah tu, bukan ada gunapun.hehe.. Bila tahu lagi keputusan nampaklah orang-orang seberang ni jadi guru disini. Terfikir lagi siapa perintah pusat siapa perintah sabah, pemimpin diam-diam jak asal ada sikit masuk pukit. Akhir sekali saya minta maaf kepada kak KM kerana menjawan disini panjang..sorry kak. Saya akun kalah lah saudaraku kingmalaya. KAU MANANGLAH!! Hehehe.. Saya tatap PAS. Aku menulis bukan kerna nama.

anri said...

salam...

terima kasih watasikadi.

bagi saya,

"mapia a mama ataua mama a mapia"?,
tidak penting kita persoalkan.

bukan siapa berubah atau yang mengubah,

berjaya untuk diri sendiri bukan bermakna ada perubahan,

kejayaan membawa nama bangsa itulah kejayaan sebenar

nah.. apakah benar wadah kita adalah bangsa?,

naik setinggi kinabalu lupa tanam padi huma.

sengaja berhujah

Watababai said...

salam kembali kak KM..

Saya mau kingsi ulasan dgn sdr watasikadi..

Ada kebenarnya juga apa yg sdr katakan itu..kita ni bukannya nak besar-besarkan pun..tapi itulah kenyataannya berapa ramai orang Sabah yg berkelayakan tetapi tidak mendapat tempat di Pejabat kerajaan..?

kalau cerita gutu2 ni..kita di sabah melambak bah dgn guru2 semenajung..terlampau ramai sampai kat sekolah ada 10-120 org..bayangkanlah..sedangakan ramai budak2 di sabah yg lulusan U masih menganggur.

Dah lah tu dapat lagi habuan..gaji dapat elaun Perumahan..kalau DG29=RM730 kalau DG41 =RM 830, orang Sabah pula, biar jadi guru di luar daerah tetap juiga elaun perumahan RM 190, tak adil langsung..dah lah tu dapat tiket free tiap2 tahun pulak..Kita di Sabah apa dapat..?

Aku bukannya mengomel tapi itu kenyataan..para pemimpin kita semua ni mati kayu...tiodak beranoi bersuara..dicucuk hidung takut hilang kuasa..kalau begitu UMNO berubahlah sampai kiamat tidak akan dpt sokongan dari org muda mcm saya nie..

bye Kak KM..

kelapa mawar said...

Salam Kembali sdri watababai..

Ma kasih atas kunjungan sdri saya amat menghargainya..

Pandangan sdri ada kebenarnya,kita memerlukan perhatian dan peruntukan yang seimbang dari kerajaan Ousat yg ditadbir oleh UMNO..

Kebanjiran PATI di Sabah cukup meresahkan dan ini perlu ada langkah berterusan dr kerajaan bukan setakat bermusim..Krisis PATI ini sudah semakin parah..harap2 dlm masa terdekat kerajaan akan memikirkan permasalahan ini. Wassalam.

kelapa mawar said...

Salam juga sdr anri..
Ma kasih atas hujah2 sdr yang berkias dan mendalam itu..rasanya wajar difikirkan kerana setiap perubahan memerlukan pengorbanan dan kesanggupan..apakah kesanggupan itu ada atau sebaliknya? hanya mrk yang mengetahuinya..termasuklah kepuraan utk mengamit hati rakyat..

Ma kasih atas pandangan sdr itu.semoga sdr sukses.wassalam

kelapa mawar said...

Salam juga Sdr Watasikadi..

Memang benar apa yg sdr katakan itu bahawa atas nama perubahan perlu bermula pada diri dan pendekatan terhadap masyarakat bawahan..jangan kita menjangkan perubahan umum akan diterima rakyat seperti yg dirancang..mungkin jangkaan itu akan meleset..

ma ksh kerana memberikan pandangan.

kelapa mawar said...

Salam kembali sdr Solymone..

Ma kasih atas kunjungan dan pandangan sdr. Saya amat suka membaca ulasan sdr yang melangkaui dari apa yang sepatutnya saya paparkan...

Secara ikhlasnya saya dari dulu amat sangat untuk bersemuka sdgn sdr membicarakan isu-isu politik di sabah, Insyallah jika ada kesempatan, kita akan bersua juga..Bagi saya sdr mempunyai pemikiran yang mendepani isu politik nasional..

Perubahan dan pendekatan UMNo di Sabah juah dari apa yang septutnya dilakukan di Semenanjung kerana Di Sabah kita pelbagai suku dan etnik pun begitu, adalah mustahil utk memuaskan hati setiap suku atau bangsa..

Kaum Cina mempunyai idea politik yg selalu berkepentingan..mengaitkan segala sesuatu dgn keuntungan dan jarang utk bangsa kalau adapun hanya menjaga kepentingan bangsa dari sudut ekonomi..dan itu yg membezakan kita dengan mereka.

Perubahan UMNO dan kesedarannya ini memberikan saya satu persepsi bahawa akan berjayakah UMNO membawa rakyat berubah sama..?Bersama kita fikirkan.

Salam hormat dari KM.

kelapa mawar said...

Salam..KING MALAYA

Suasana politik di Sabah dgn di semenanjung agak berbeza terutama dari segi keberanian menerima perubahan..dan itu melebarkan jurang pemikiran rakyat di Sabah dan di Semenanjung..tapi ini bukan bermakan tidak ada persamaan..dan persamaan itulah yang akan menentukan halatuju politik negera.
'
Ma kasih atas kunjungan dan pandangan sdr.wassalam