Monday, October 12, 2009




Menceritakan kepimpinan Umno Kb. Kita tidak lari dari tokoh yang paling berpengaruh di deerah ini. Siapa lagi kalau bukan DSSK , mantan KM, mantan tim. KM dan Menteri Kewangan,mantan Pengerusi UMNO Negeri juga mantan MT Umno. Seorang tokoh yang begitu sinonim dengan Usukan dan Parlimen KB, kerana tokoh ini merupakan antara politikus yang paling lama bergelar Wakil Rakyat di Kota Belud. Dan yang paling “afdal’ ialah tokoh ini antara ‘harapan’ besar segelintir pejuang atas nama rumpun USBO. Biarpun gagasan penyatuan rumpun bangsa ini ‘kelam-kabut’ di peringkat akar umbi namun isunya bukan penyatuan tetapi peluang yang akan dinikmati.

Meminjam semangat Transformasi yang berlaku secara besar-besaran terhadap UMNO Pusat juga melihat bahawa slogan “merakyatkan “ UMNO sudah lama kedengaran, dengan diselang-seli konsep “pendemokrasian” UMNO, Pengglokalan” peringkat pimpinan dan akar umbi, maka rasanya amat tepat sekiranya paparan KELAPA MAWAR kali ini mengimbas hala tuju ke hadapan UMNO KB yang selalu diistilahkan oleh ramai pemerhati sebagai “anak sulung” UMNO di sabah. Biasanya anak sulung akan menerima pelbagai bentuk perhatian, belaian, kasih sayang yang melimpah ruah, dan ada juga yang memberikan natijah keinsafan dengan revolusi minda yang lahir dari kesempurnaan pendidikan. Ilmu, pendekatan, sikap, pemikiran, bahkan sudah sampai masanya, UMNO KB menerjah di luar “kotak” kehendak dan pemikiran masyarakat bawahan.

Persidangan UMNO yang akan berlangsung, beberapa hari lagi, membawa satu bentuk perubahan atas prinsip “mendemokrasikan’ UMNO. Perwakilan seramai 60,000 daripada hampir atau lebih 2 juta ahli UMNO akan memikul tugas memilih pimpinan kelas atas, kelas dua, juga melibatkan kelas tiga. Bagaimanakah agaknya perubahan ini diterima oleh pimpinan dan ahli di bahagian UMNO KB..? Nyata persoalan ini membangkitkan keghairahan politik bagi sesetengah orang yang berkepentingan dan berharap dengan harapan besar satu arus kematangan akan mengalir dalam UMNO KB.. Hala tuju dan “meritokrasi Minda” pemimpin peringkat bahagian perlu segera dicerna, dikupas, dikritik,diperhalus bahkan diperdebat secara lebih ‘kelas’ dan bertanggungjawab. Kerana itu UMNO KB, bukan sahaja menerangi perubahan itu dengan rasa buka hati dan redha. Tetapi juga berusaha mengikis Sindrom Rule No. 1 and ,Rule No. 2.

Sindrom kepimpinan yang tidak membenarkan ‘keterbukaan” dan ‘peneguran’ yang bijaksana akan membuatkan UMNO KB ‘mati’ sebelum ajalnya.

Sindrom Rule no. 1 : Boss is always right

Rule no. 2 : If the Boss wrong, see rule no. 1.

Peraturan 1 : Ketua selalunya benar.

Peraturan 2 : Sekiranya ketua silap, lihat peraturan 1.

Mengkritik pemimpin dengan meletakkan kepentingan parti sebagai ‘cagaran’ generasi masa depan adalah sesuatu yang perlu disambut baik. Pencernaan ‘keputusan’ parti peringkat UMNO Bahagian KB ,harus segera dimulakan. Kerana adalah tidak wajar jika ‘keputusan’ yang dibuat akan menghumban parti ke dalam gaung yang maha dalam. Akan perlu ‘kelahiran’ satu golongan yang melihat keputusan parti pada satu jangka panjang dan persepi ‘win-win’. Mentelaah masa silam kemudiannya menerjah masa hadapan , dengan “sikll” dan pemikiran matang akan mendorong aliran kepimpinan Bahagian UMNO lebih cekal, mudah-lentur dan lebih berwawasan.

Kesilapan sebelum ini, yang tidak mengutamakan percaturan masa depan membuatkan UMNO KB menghadapi dilemma kepimpinan. Contohnya,keputusan Bahagian tidak mencalonkan Datuk Seri Najib, kemudiannya Tan Sri Muhyidin dalam persidangan UMNO yang lepas-lepas, bukanlah satu percaturan politik yang matang, kerana natijah kepada itu ialah apabila tidak dipecahkan sindrom yang saya sebutkan tadi. Keputusan tidak diperhalusi dengan sesungguhnya..masih terpengaruh dengan dakyah ‘mentor’ dari Kuala Lumpur, menggelapkan idea peringkat perwakilan dan akar umbi, dan banyak lagi yang akhirnya UMNO KB, di masa akan datang dicap sebagai ‘melepaskan intan belian’ dan sebaliknya ”menggilap mutiara samudera”.

Apabila kita mendengar bahawa UMNO perlu “berubah atau rebah”..kita merasa terpanggil kerana slogan itu,seakan nyata untuk peringkat akar Umbi, sedangkan peringkat pimpinan ‘masih terlepas’ dari cengkaman “sabda” pemimpin atasan. Pergolakan UMNO KB dengan menyaksikan beberapa siri ‘kembali’ pemimpin kelas kedua sehingga membenarkan Sindrom Rule no. 1 dan Rule No. 2 itu akan tambah melenyapkan keyakinan rakyat terhadap UMNO. Gambaran UMNO semakin “nazak’ masih menghantui UMNO KB. Dan renungilah keterbukaan minda ini :

“ Marilah kita bercakap hai kamu org yg terbijak,betapapun buruknya. Berdiam diri adalah lebih buruk. Semua kebenaran yang tidak terucap akan menjadi racun yang berbisa”. Friedrich Wilhelm Nietzsche :

10 ulasan :

Unknown said...

Salam Saudari Kelapa Mawar,

Saya bersetuju posting ini, seseorang yang mengelarkan diri pemimpin perlu ada prinsip dalam menyatakan yang benar. Pada perkara yang benar dan demi kepentingan mejoriti, pemimpin perlu berani menyatakannya kebenaran daripada menyembunyikan sesuatu sehingga ianya menjadi barah suatu ketika.

Wasalam.

palingberani said...

salam dan berjumpa kembali sdri KM..

Posting sdri kali ini nampak lebih meyakinkan dengan memberikan suasana pentransfomasian UMNO..namun syugia dingatkan bahawa membuat pindaan kepada beberapa fasal pelembagaan UMNO tidak sangat mengubah dalaman parti itu..

Ini adalah atas alasan kerana Politik wang adalah kitan kepada sikap, dan roh kepimpinan UMNO..menghapuskan sama sekali sistem kouta akan membuka satu vakum yang luas kp perwakilan utk emmilih pemimpin..
Namun adakah itu menjamin bahawa akan tidak ada politik wang..? apabila medan pertempuran terbuka luas, maka akan berlaku persaingan sengit..dan siap yg berkuasa dri segi wang dan pengaruh,akan terjamin masa depannya..

Ibarat globalisasi, dunia ketiga tak kan mampu bersaing dengan dunia maju..Biarpun peringkat akar umbi dilibatkan, akan tetapi 'pengaruh' ini tidak akan dapat dibendung..kerana itu 'pemimpin' rasuah dan mengamalkan politik wang akan terus dipilih..

ramalan saya, transformasi UMNO ini akan lebih menjadikan parti itu tambah tenat..kerana bukan sistem yang sepatutnya ditarbiyah tetapi ialah sikap dan perangai ahli UMNO dan pemimpinnya sendiri.

palingberani said...

sambungan/

Dalaman UMNO sekarang sudah sampai kepada satu tahap ahli merebut peluang untuk menjadi pemimpin bukan tujuan sebagai mengangkat taraf bangsa tetapi utk kepentingan suku sakat dan diri sendiri. Justeru itu bukalah peluang sebanyak mungkin utk menjadi pemimpin atasan, namun matlamat dan tujuan tidak ..akan berubah.

Penglibatan akar umbi hanyalah mainan politik semata-mata, tidak berlaku seperti yg sepatutnya. Jika sesungguhnya UMNO ikhlas, maka mengubah paradigma sedia ada harus menjadi keutamaan. Terapkan nilai-nilai mulia dan keislaman yang hakiki seperti yg dibuat oleh PAS..babitkan pemimpin dgn aktiviti keagamaan..Jangan tonjolkan pemimpin dgn unsur kemewahan..Insyallah akan berjaya.

dalam konteks UMNO kB..budaya pemimpin berkepentingan amat signifikan..ada yang mengumpul harta ,kereta mewah, rumah banglo dan hartanah lain..tuduhan pengubahan wang haram dikatakan masih dalam siasatan...

Perlukah UMNO relevan sedekad akan datang sedangkan berlaku keruntuhan moral dan kebendaan dikalangan para pemimpinnya..? Lebih baik utk PAS ..TAKBIR!!!!

Watababai said...

kak KelApa Mawar..

Isu besar dan memerlukan penelitian yang tajam dan mendalam. saya merasakan UMNO KB kena sentiasa peka dengan kehendak masyarakat dan ahlinya..saya rasa Datuk saleh sudah menyatakan hal itu..

anri said...

salam....
keterbukaan menjana minda telah hapus oleh tangan2 pecah dan perintah,kata2 ingin melahirkan modal insan kelas pertama lenyap tanpa hujah.

soal rasa ingin berjuang untuk bangsa telah tiada,bersaing untuk menjadi no.1 sangat mudah tercipta.

apakah benar wadah kita adalah bangsa?,naik setinggi kinabalu lupa tanam padi huma.

KB sangat jauh merana,prasarana daif masih berguna,YB2 berbicara banyak berbunga(pokok semalu),katanya anak muda pelapis kita (bukan pewaris/serah tugas kah?),anak muda masih di kampung tanam padi huma,cari ikan haruan di sawah.

nah...bukan siapa berubah atau yang mengubah,berjaya untuk diri sendiri bukan bermakna ada perubahan,kejayaan membawa nama bangsa itulah kejayaan sebenar.
teras inilah yang UMNO ada sampai kepuncak dengan cemerlang

anak2 muda KB,ingat kita sangat jauh kebelakang(mundurlah ba itu),YB2 banyak mencanang idea2 kebangkitan(dari tahun 1994-2008).........?,apa sudah jadi bah.

sengaja berhujah.

kelapa mawar said...

Salam datu panglima Iranun..

Ma kasih atas pandangan dan kunjungan sdr.Semoga sdr diberikan kekuatan utk terus setia bersama KM.wassalam.

kelapa mawar said...

Salam sdr palingberani..

Sdr mempunyai idea yang releven..memperihalkan keutuhan UMNO sbg sebuah parti yang dominan dalam BN..

Pendemokrasian UMNO dgn membuat beberapa pindaan ke atas perlembagaan adalah satu lagi usaha murni utk menggamit rasa rakyat menyokong UMNO. Soal keberkesanan itu terpulang kepada penerimaan masyarakat terhadap perjuangan UMNO.

Ma kasih atas pandangan itu. Hingga berjumpa lagi.salam dari KM.

kelapa mawar said...

Salam watababai..

Ma kasih atas pandangan sdri itu. Biarpun pendek tetapi amat bermakan buat KELAPA MAWAR. semoga sdri berkunjung lagi.Wassalam.

kelapa mawar said...

Buat anri1202,

biarkan minda kita selalu berhujah untuk membuatkan kita selalu berfikir akan apa yang berlaku..

Ma kasih atas pandangan anda. lain kali datang lagi.Wassalam.

Unknown said...

salam perkenalan kelapa mawar....

Boleh tahan juga posting sdr KP ni... oh ya! berbicara tentang umno kota belud amat menjelekkan..bukan kerana parti tetapi penghuni-penghuni kelas pertama yang ada di dalamnya. Walau pun umno KB digelar anak sulung ttp apa yg boleh dibanggakan..sejak saya kenal umno di KB hanya golongan-golongan tertentu sahaja yg menghuni parti keramat itu. Perubahan yg kita lihat apatah lagi tranformasi...tarak!!!.Ketua Bahagian yg sekarang ini pengecut tak mau terima keritikan sb tu dalam blognya tak ada ruang utk komen..blog tu utk syok sendirinya sahaja.