Wednesday, August 20, 2014

Setelah beberapa pemimpin kanan UMNO mengeluarkan kenyataan mempertikai kewajaran mantan PM Tun M mengkritik Najib secara terbuka dalam blog dan media, namun tidak ada seorang pun yang menunjukkan 'pembelaan' wajar kepada Najib melainkan hanya meragui kewajaran Tun M membuat teguran kepada PM, Najib Razak.Isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun M, tidak diulas, bahkan hanya membidas kesesuaian masa dan ketika pada era kedua-dua PM itu.

Di Sabah hari ini mantan Ketua Manteri Sabah ketika era penggiliran idea Mahathir, Datuk Salleh Tun Said menyelar tindakan Tun M menegur Najib dalam blognya.

Hari ini, selepas menyepi beberapa bulan, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengecam kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Salah satu intipati kritikan itu ialah dakwaan keterbergantungan negara kepada import.

NAJIB


Dalam tempoh 12 bulan yang lepas, import Malaysia dianggarkan bernilai antara RM48 dan RM59 bilion manakala nilai eksport menjangkau RM67 bilion. Selama bertahun-tahun, eksport negara ini melebihi import.

Bagaimana pula keadaan ini diterjemahkan kepada keterbergantungan kepada import?

Satu perkara yang kita perlu terima ialah kita tidak boleh mengharapkan negara-negara lain untuk membeli dari kita jika kita pun tidak membeli dari mereka. Tidak ada satu negara di dunia yang mengeksport tanpa mengimport. Kita perlu pastikan yang kita jual melebihi apa yang kita beli, dan inilah apa yang Malaysia lakukan.

Bagaimana kita mengurangkan import? Dengan meningkatkan cukai ke atas import? Jika kita menaikkan cukai ke atas import maka negara-negara lain akan "membalas" dengan meningkatkan cukai ke atas import barangan Malaysia ke negara mereka, sekali gus menjadikan barangan Malaysia tidak kompetitif.

Tambahan pula, tidak kah kenaikan cukai import ini membebankan lagi pengguna Malaysia yang

mungkin menyebabkan mereka mengalihkan sokongan terhadap kerajaan? Bagaimana Barisan Nasional (BN) boleh mencapai keputusan yang lebih baik pada pilihan raya umum akan datang jika semua pengundi marah dengan kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan yang diimport?

Satu daripada rungutan utama pembayar cukai ialah lebuh raya bertol,terutama di Selangor yang merupakan kubu kuat pembangkang. Maka ada baiknya kita berbicara tentang isu tersebut yang jelas sekali dieksploitasi oleh pembangkang untuk kepentingan politik.

Rakyat negara ini tidak mahu membayar tol di lebuh raya yang mereka gunakan. Rata-rata mereka mahu lebuh raya bebas tol seperti yang dinikmati oleh rakyat di United Kingdom di mana mereka boleh memandu dari Dover ke Scotland tanpa membayar sesen pun.

Adakah ini yang Najib harus lakukan, memansuhkan bayaran tol di lebuh raya? Siapakah yang akan membayar kos untuk membina dan menyelenggara lebuh raya? Siapakah yang akan membayar balik kepada syarikat swasta yang membelanjakan berbilion-bilion untuk membina lebuh raya? Adakah kerajaan yang membayar?

Jika kerajaan memberi pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya bagi membolehkan orang ramai menggunakan atau memandu di lebuh raya yang bebas tol atau percuma. Adakah ini bermakna kerajaan akan membelanjakan wang ringgit yang banyak? Bukankah ini yang Dr Mahathir kecewa...wang kerajaan yang banyak dibelanjakan (untuk tujuan itu)?

Apa yang jelas ialah penswastaan lebuh raya dan membenarkan syarikat-syarikat swasta membina lebuh raya dan seterusnya mengutip tol merupakan idea yang Dr Mahathir sendiri ilhamkan. Alasannya ialah untuk mengelak kerajaan membelanjakan wang dan sebaliknya mengharap orang-orang yang mahu menggunakan lebuh raya membayarnya.

Jadi adakah Dr Mahathir sekarang mengatakan beliau melakukan kesilapan?

Dr Mahathir berkata rakyat perlu mengkritik pemimpin mereka. Dr Mahathir menegaskan beliau pernah mengkritik pemimpin lampau negara sejak zaman pemerintahan Tunku hinggalah zaman Pak Lah. Itu mungkin benar tetapi keadaan waktu itu berbeza.

Dr Mahathir mengkritik Tunku kerana dia terlalu 'lembut' kepada orang Cina. Begitulah ungkapan Dr Mahathir pada ketika itu yang terkandung dalam surat yang ditulisnya kepada Tunku, yang mengakibatkan Dr Mahathir dipecat dari UMNO. Tidak lama selepas pilihan raya umum Mei tahun lepas, Dr Mahathir mengajukan perkara yang sama terhadap Najib.

Adakah kita sekarang kembali ke era politik "13 Mei" yang dilihat sebagai isu yang terlalu perkauman? Ini tidak lagi sepatutnya dilihat sebagai isu perbalahan antara orang Melayu dan Cina kerana ia tidak akan membantu BN sedikitpun melainkan Umno mahu meninggalkan BN dan bertanding sendirian pilihan raya umum yang akan datang.

Secara bersendirian, Umno tidak mungkin dapat membentuk kerajaan dan kita semua tahu perkara ini. Umno memerlukan sokong bukan Melayu untuk berkuasa. Ini adalah satu realiti yang perlu kita terima. Umno tidak boleh menggangu ketenteraman bukan Melayu terutama di Sabah dan Sarawak. Umno seharusnya memujuk atau melayan dengan baik orang bukan Melayu kerana ini satu-satunya cara Umno boleh kekal berkuasa.

Pada pilihan raya umum tahun 2004, BN mencatatkan kemenangan cemerlang dalam sejarah politik negara. Tiada Perdana Menteri yang pernah memenangi pilihan raya dengan majoriti sebaik itu sejak Merdeka. Namun Dr Mahathir masih tidak gembira atau berpuas hati dengan Pak Lah, dan pada tahun 2006 beliau memulakan kecaman terhadap Perdana Menteri pada ketika itu yang akhirnya menyaksikan BN mencapai keputusan paling buruk dalam pilihan raya umum 2008.

Sama ada suka atau tidak, lebih daripada 70 peratus pengundi lahir selepas Merdeka atau selepas 13 Mei 1969. Kini rakyat Malaysia yang berumur 10 tahun pun tahu menggunakan internet dan mempunyai akaun Facebook, Twitter dan Instagram mereka sendiri. Ini bukan lagi rakyat Malaysia bermentaliti tahun 1950-an atau 1960-an.

Oleh itu, kita tidak boleh menggunakan strategi politik tahun 1950-an atau 1960-an untuk memenangi hati dan fikiran mereka. Najib tahu perubahan ini namun Dr Mahathir masih kelihatan berpegang strategi lapuk itu. Jadi, biarkan Najib membereskan tugas yang diamanahkan kepadanya. Najib serba mengetahui apa yang muda mahu dan tahu bahawa golongan muda bakal penentu siapa yang membentuk kerajaan pada masa akan datang.

Kita seharusnya merenung perkara ini daripada sudut positif atau bersedia kehilangan kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum yang akan datang.
Walaupun sudah ada beberapa pemimpin kanan UMNO tampil menyanggah teguran Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Najib Razak yang dimuatkan dalam blognya semalam, tetapi malangnya tiada satu pun di antara mereka berhujah memberi jawapan tentang persoalan yang ditimbulkan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Sebaliknya, rata-rata mempersoalkan kenapa Mahathir melakukan teguran itu sambil cuba membodek serta mengampu Najib dan bukannya menjawab intipati teguran yang dibangkitkan.

Jika dilihat dalam teguran Mahathir itu, beliau membangkitkan mengenai sikap Najib yang suka melayan permintaan musuh seperti menghapuskan ISA dan undang-undang buang daerah, terlalu merendah diri kepada negara jiran, menggunakan wang kerajaan untuk mempengaruhi sokongan rakyat sehingga mereka terlalu bergantung kepada kerajaan, import barangan digalakkan tetapi industri tempatan diabaikan, menambah cuti, menaikkan gaji minimum tanpa mengambil kira kenaikan kos dan sebagainya.

Selain kesal kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada keputusan buruk pilihanraya 2013 berbanding 2008 yang menjadikannya lebih lemah berbandung Abdullah Badawi, Mahathir juga kecewa kerana Najib terlalu lembut, tiada respon, senyap dan tidak bertindak walaupun ada masalah.

Bagi Mahathir, banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib merosakkan hubungan antara kaum, ekonomi dan kewangan negara.

Tetapi tiada satu persoalan-persoalan yang dibangkitkan Mahathir ini dijawab atau cuba dijelaskan oleh mana-mana pemimpin UMNO. Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi hanya menepis kritikan itu dengan mengatakan Najib bukan saja perlu dihormati oleh rakyat tetapi juga oleh bekas pemimpin di negara ini. 

Ini kerana, tambah beliau, Najib sudah diberi mandat mentadbir negara dan berhak pula menuntut kesetiaan daripada rakyatnya.

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor pula meminta Mahathir supaya tidak memberi teguran secara terbuka berhubung masalah parti dan kepimpinan, sebaliknya mahu sebarang teguran atau pandangan dilakukan secara tertutup.

Begitu juga dengan Shahidan Kassim yang mengatakan perbezaan pendapat antara pemimpin UMNO dan BN yang dibuat secara terbuka hanya memberi ruang kepada pembangkang untuk mengambil kesempatan, sambil menyifatkan teguran melulu juga tidak wajar di ketika negara sedang berhadapan dengan situasi genting melibatkan pesawat MH370 dan MH17 sekarang ini.

Sepupu Najib, Hishammuddin Hussein lebih tersasar hujahnya dalam mempertahankan Najib daripada kritikan Mahathir dengan menyifatkan Najib sebagai pemimpin yang lebih berani berbanding Presiden Amerika, Barack Obama dan Presiden Rusia, Vladimir Putin berdasarkan kejayaan berunding dengan ketua kumpulan pemisah Ukraine berhubung tragedi MH17.

Bagi Hishamuddin, apa yang dilakukan Najib itu tidak mampu dilakukan baik oleh Obama mahupun Putin.

Soalnya, apakah kejayaan berunding dengan ketua puak pemisah itu boleh membuatkan kita semua redha atau menghalalkan saja semua kesilapan dan kepincangan yang dilakukan Najib sebelum ini sebagaimana yang dibangkitkan oleh Mahathir itu?

Ternampak jelas bahawa Hishammuddin hanya mahu membodek dan mengampu Najib berbanding menjelaskan apa yang Mahathir bangkitkan dalam tegurannya.

Sekali lagi, baik Zahid, Tengku Adnan, Shahidan mahupun Hishammuddin, mereka hanya cuba mempertahankan Najib dan mempertikaikan tindakan Mahathir yang membuat teguran terbuka dengan diselitkan elemen-elemen mengampu Perdana Menteri tanpa cuba sedikit pun menjawab isu-isu yang menjadi kerisauan bekas Perdana Menteri itu.

Bagaimanapun dalam semua kenyataan oleh para pemimpin UMNO setakat ini, apa yang disuarakan oleh Hishammuddin paling menarik kerana ia hanya menunjukkan betapa tingginya tahap keghairahannya mahu mengampu dan membodek Perdana Menteri.

Jika beberapa hari lalu Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mencabar UMNO bahagian-bahagian agar tampil mengemukakan idea-idea luar biasa dan mempunyai faktor wow ke arah memastikan UMNO terus relevan dan diterima ramai, sambil menawarkan ganjaran RM10 ribu, tidak syak lagi apa yang disuarakan Hishammuddin inilah paling layak memenangi tawaran itu.

Berikan saja ganjaran RM10 ribu kepada Hishammuddin dan UMNO Bahagian Sembrong yang diketuainya.

Inilah sebenarnya idea paling bernas dan luar biasa yang wajar dikempenkan kepada semua rakyat, terutama makcik-makcik di kampung dan pakcik-pakcik peneroka Felda di seluruh negara. Dengan memberitahu bahawa Najib lebih hebat daripada Obama dan Putin, tentunya terpesona semua mereka bahawa selama ini tanpa disedari Najiblah pemimpin paling hebat di alam maya ini.

Kalau sudah lebih hebat daripada Obama dan Putin, bermakna Najib adalah pemimpin nombor satu dunia walaupun Malaysia hanya mempunyai 30 juta penduduk, sebuah negara membangun dan mempunyai kadar hutang yang kian meningkat tahun demi tahun.

Melalui penyebar-luasan penghebahan bahawa Najib lebih hebat daripada Obama dan Putin, ia juga bermakna suatu kejayaan UMNO yang tiada tolok bandingnya sehingga mampu melahirkan pemimpin sehebat itu. Maka kempen UMNO agar diterima rakyat selepas ini hanyalah dengan mengagung-agungkan Najib sebagai pemimpin nombor satu dunia yang lebih hebat daripada Obama dan Putin saja. Tidak perlu yang lain-lain lagi.

Akhirnya, melalui puji-pujian dan kekaguman terhadap Najib itu, berbondong-bondonglah rakyat, tua muda, bandar, luar bandar, petani, nelayan, profesional dan sebagainya kembali menyokong UMNO dan terus relevanlah parti itu untuk tempoh beberapa puluh tahun lagi.

UMNO juga bolehlah mengabaikan terus segala teguran Mahathir selepas ini kerana jawapan untuk memastikan UMNO terus relevan, diterima rakyat dan menang pilihanraya sudah pun berjaya dijelmakan oleh Hishammuddin.

Tuesday, August 19, 2014








Ada kemungkinan Malaysia akan mendapat Perdana menteri ke 7 dalam beberapa bulan atau tahun mendatang. Ini berikutan perkembangan politik negara semasa yang makin membingungkan. Kritikan secara terbuka mantan PM Tun M kepada Pentadbiran Najib akan memberikan satu landskap politik kepimpinan di negara ini. Walaupun Tun M dalam kenyataannya kepada media menyatakan tidak meminta Najib meletakkan jawatan seperti yang beliau lakukan kepada mantan PM yang ke5 , Tun Abdullah Badawi, namun ramai saintis politik meramalkan, satu tekanan politik akan mengisi vakum yang semakin kontang itu. Ledakan umpama bom jangka yang boleh meletup bila-bila masa.

Ada dua opsyen yang akan dan boleh dilakukan oleh Najib untuk memastikan peristiwa kelam Pak Lah tidak berlaku kepadanya. pertama menerima kritikan Tun M dan memastikan segala kemahuan mantan PM itu dapat dilaksanakan dan diperbaiki. Kedua Najib melakukan rombakan kepada pemikir dan menteri kabinetnya untuk menyuntik idea-idea baru yang lebih diterima oleh rakyat.

Dalam UMNO, ada dua nama yang paling sinonim untuk menaiki kerusi PM selepas Najib iaitu sama ada Muhyuddin Yassin atau zahid Hamidi. Siapa kedua ini yang bakal menjadi PM jika Najib berjaya diketepikan??

Berikutan teguran Tun Mahathir kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pemimpin DAP Lim Kit Siang menganggap perbuatan Tun Mahathir tersebut sebagai tindakan aneh. Kit Siang menyifatkan teguran Tun Mahathir terhadap Najib itu pelik dan tidak berasas kerana menurut tokoh veteran DAP itu, Tun Mahathir merupakan mentor kepada Najib.


"Ramai yang berminat melihat langkah terbaru Mahathir, iaitu ‘perang’ terbukanya terhadap Najib. Terutama apabila Mahathir menggunakan dua kisah kanak-kanak untuk menunjukkan rasa bencinya terhadap Najib.


"Amat pelik dan luar biasa apabila Perdana Menteri sekarang dituduh oleh bekas Perdana Menteri keempat dan mentornya sendiri sebagai ‘Raja Tanpa Pakaian’ dan (Raja Denmark) Canute yang merasakan dirinya boleh mengawal pasang surut air," katanya semalam. Kedua-dua kisah itu menunjukkan betapa pembesar-pembesar yang mengelilingi raja tidak memberikan teguran, walaupun perbuatan raja itu jelas salah.


Terdahulu didalam tulisan terbaru di blognya, Tun Mahathir memetik dua kisah terkenal itu bagi menegur Najib yang kononnya tidak pernah dikritik menteri-menterinya, serta mendakwa kegagalan Najib membuat perubahan terutama selepas Pilihanraya Umum ke-13.



Speaker Dewan Undangan negeri Sabah yang juga merangkap timbalan ketua perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said meminta pihak berkuasa yang berkaitan memantau penggunaan  laman sosial di Sabah ini berikutan terdapat pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan agenda songsang mempengaruhi penduduk Sabah untuk bertindak keluar dari Malaysia. Laporan BERNAMA:


Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said meminta pihak berkuasa memantau kegiatan individu dan kumpulan tertentu yang menggunakan media sosial untuk menghasut rakyat membawa
Sabah keluar dari Malaysia.

Beliau berkata fahaman ekstrim berkenaan yang dibawa oleh pihak tertentu menerusi Facebook dan Twitter itu amat berbahaya dan boleh menggugat kestabilan dan mengancam keselamatan negara.

"Saya lihat di Sabah ini, melalui 'posting' dalam Facebook, Twitter dan lain-lain, ada usaha kumpulan dan individu tertentu menanam semangat (supaya) Sabah keluar dari Malaysia," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Penerangan di Wisma Dang Bandang di sini hari ini.

Salleh, yang juga Timbalan Ketua Perhubungan Umno Negeri, mendakwa individu atau kumpulan ini menggunakan istilah 'self determination' yang menjurus kepada mempersoalkan pembentukan Malaysia serta mempertikaikan kewujudan Malaysia selepas Singapura tidak lagi berada dalam Persekutuan.

Katanya ada juga 'suara' yang mengajak rakyat untuk mengibarkan bendera Sabah sahaja dan tidak Jalur Gemilang, mempersoalkan kontrak pembentukan negara serta ingin membawa isu-isu Sabah ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Salleh berkata slogan dan suara-suara seperti itu boleh menanamkan semangat benci, memberontak dan pengkhianatan kepada negara.

Justeru, beliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis mengambil tindakan tegas terhadap individu atau kumpulan yang menggunakan media sosial untuk menanam semangat benci, memberontak dan pengkhianatan kepada negara.



Monday, August 18, 2014


Mantan PM, Tun Mahathir Mohamad dalam blog rasminya http://chedet.cc/ mengakui bahawa beliau sudah berada dilandasan tidak bersetuju dengan kepimpinan PM, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sambil mengingatkan bahawa  pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya. Tun Mahathir mula mengulangi sejarah peribadinya dengan mengkritik Tun Abdullah sebelum itu yang semua orang tahu adalah pilihannya dalam peralihan kuasa sebagai PM Malaysia.

Boleh dikatakan semua rakyat tahu bahawa Tun Mahathirlah yang memilih Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pewaris kerusi Perdana Menteri. Baca sahaja komentar media, dalam dan luar negara, masing-masing menyebut frasa ‘pemimpin yang dipilih dan dilantik oleh Mahathir sebagai PM’ apabila merujuk kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (misalnya Reuters menulis: “Mahathir Mohamad, who handpicked Abdullah as his successor in 2003…”).

Namun apakah Tun Mahathir juga yang wajar dan berkuasa memaksa Abdullah meletakkan jawatan? Jika ada kesilapan, maka di hujung justifikasinya ialah orang yang melantik Abdullah itulah yang harus dipersalahkan. Namun tidak ada siapa yang berani menuding jari mengatakan Tun telah melakukan kesilapan besar ketika mengumumkan pelantikan Abdullah sebagai penggantinya pada tahun 2003 dahulu.

Malah apabila BN memenangi Pilihan Raya 2004 dengan cemerlang, ramai yang mengatakan pilihan Tun itu adalah tepat dan Tun sendiri amat bangga. Terlanjur di situ ramai pemerhati politik yang mengatakan bahawa kemenangan BN pada Pilihan Raya 2004 adalah ‘Abdullah’s factor’, namun ada juga yang meneropongnya sebagai ‘Mahathir’s factor’. Kemenangan itu adalah ‘Mahathir’s factor’ kerana katanya ramai rakyat yang sudah bosan dengan Tun.


Ramai saintis politik melihat Tun sebagai diktator (sila baca Vorys 1975; Munro-Kua 1996; Heryanto dan Mandal 2003, Human Rights Watch 1998, Asian Human Rights Commission 1999 dan Human Rights Watch 1999). Ramai yang melihat apa yang telah berlaku pada Tun Hussein Onn, Tan Sri Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Abdullah Badawi sendiri, Anwar Ibrahim, dan kali ini giliran Abdullah lagi sekali walaupun beliau sudah diangkatnya menjadi PM, sebagai sikap autoritarian pemimpin tertinggi negara ketika itu.

Malah di kalangan penggiat media ramai juga yang diminta meletakkan jawatan: lihat sahaja Kadir Jasin, Johan Jaafar, Nazri Abdullah dan ramai lagi yang tak perlu disebut. Pada zaman Tun ramai ahli akademik di IPTA menutup rapat mulut mereka dalam hal komentar dan kritikan terhadap kepimpinan negara. Lebih malang lagi dalam isu Pindaan Perlembagaan, institusi Raja juga telah dibisukan.

Kita tahu bahawa Tun Mahathir amat berpengaruh dan beliau amat berani untuk berkata apa sahaja yang beliau suka sama ada secara langsung atau secara sarkastik; bukan itu sahaja malah beliau akan bertindak keras jika arahannya tidak dipatuhi. Dengan itu juga terdapat media yang melihat Tun Mahathir seperti doktor bedah (misalnya kata The Star Dr Mahathir likened the radical action to “removing gangrene” to ensure survival); dia akan bedah, potong dan buang apa sahaja untuk menyelamatkan nyawa, tetapi kadangkala dia terlupa apa yang dipotong itu menjadi penentu kepada kesinambungan nyawa.

Ramai doktor bedah yang telah membunuh pesakit kerana kesilapan mereka dengan niat asalnya mahu menyelamatkan nyawa.Tun Mahathir pernah riuh dan gamat menyalahkan George Soros ketika negara dilanda bencana ekonomi 1997-1998. Namun kemudiannya dalam pertemuan beliau dengan George Soros, pendiriannya berubah, seperti tersirat kata-kata mohon maaf beliau kepada Soros.

Suatu ketika beliau mahu Dato Seri Najib mengambil alih jawatan PM daripada Pak Lah dan akhir-akhir ini setelah Najib menjadi PM dan melalui beberapa fasa PRU, beliau mula tidak lagi berkenan kepada  Najib. Kalau bukan Najib siapa? Dirinya sendiri atau anaknya? Bila ditanya wartawan, Tun sendiri tidak tahu siapa atau dia tahu tetapi malu untuk berkata. Sebenarnya apa yang ingin saya katakan ialah Tun Mahathir bukan sempurna, dia juga terdedah kepada kesilapan. Dan pada usia tua sedemikian, dalam sfera politik yang menolak polisinya yang terdahulu, dia dilihat seperti ‘senile’

Apakah Najib juga persis seperti Abdullah yang bertindak 'ganas' merubah hala tuju dan landasan kepimpinan negara yang dirintis puluhan tahun oleh Tun M? Atau adakah Najib juga sedangkal Pak Lah yang menutup ribuan peluang ekonomi tinggalan Tun M?

Perubahan besar yang telah Pak Lah lakukan ialah ‘beliau tidak mahu tunduk pada arahan Tun Mahathir lagi’. Ada beberapa perubahan besar (jika kita tidak mahu mengatakan banyak) yang telah Pak Lah laksanakan. Antaranya ialah kes-kes rasuah dan kegenjotan institusi kehakiman negara yang melibatkan zaman ketika Tun Mahathir sendiri berkuasa. Pak Lah tidak menyekat pihak BPR untuk menyiasat kes-kes elit negara. Lihat sahaja bagaimana Ketua Polis Negara sendiri disiasat dan Timbalan Menteri Dalam Negeri sendiri disiasat.

Kes VK Linggam secara langsung mendedahkan kegenjotan pentadbiran Tun sebagai PM. Dan pada hari ini media di negara ini tidak lagi seperti zaman sebelum Pak Lah. Media arus perdana sendiri sudah berani membuat komentar dan mengkritik kerajaan tanpa gentarkan pengampangnya, malah majalah-majalah yang tertakluk kepada Akta Penerbitan dan Mesin Cetak sudah bebas menjadikan musuh politik BN sebagai fokus dan memberi ‘positive depiction’ kepada mereka. Itulah ketelusan dalam konteks yang membina.

Walau bagaimanapun apabila berbual dengan intelektual yang condong kepada teologi Islam, terdapat yang mengatakan bahawa senario UMNO hari ini ada hikmahnya dan ada yang melihatnya sebagai balasan Allah terhadap pemimpinnya yang telah menganiayai orang lain; kata mereka lagi “doa orang yang teraniaya itu makbul”. Saya cuba bertanya siapakah yang dianiayai?

Mereka menjawab Anwar Ibrahim, mantan Timbalan PM. Namun mereka juga bersetuju bahawa Anwar sendiri bukanlah manusia sempurna yang bebas daripada dosa. Dia juga telah melakukan banyak kesilapan, cuma dalam konteks ‘penganiayaan ini’ hukuman yang dia terima tidak setimpal dengan dakwaan terhadapnya. Dan saya bertanya lagi siapakah yang sebenarnya yang telah menganiayai Anwar? Mereka menjawab: “Siapa lagi kalau bukan Tun Mahathir?”

Dan saya cuba bertanya pula bilakah Anwar dibebaskan, siapakah yang memegang tampuk kerusi PM ketika Anwar dibebaskan? Kata mereka, jawablah sendiri.Adakah semuanya ini bukan perubahan besar yang dilakukan oleh Pak Lah? Dan perubahan besar inilah yang dilihat menjadi punca konflik Mahathir-Pak Lah. Jika Tun mahu semua ahli UMNO beramai-ramai meninggalkan UMNO; saya percaya orang yang pertama sekali yang harus mengikut jejak Tun Mahathir ialah anak lelakinya sendiri, jika Tun benar-benar masih berpengaruh. Namun ramai pula rakan-rakan saintis politik mengatakan bahawa “apa hairannya jika Tun meninggalkan UMNO, kerana UMNO yang tulen telah lama berkubur, dikuburkan oleh siapa? Jawablah sendiri.”

Jangan lupa bahawa yang wujud hari ini ialah UMNO ciptaan Tun sendiri – ‘UMNO Baru’ dan itulah nama yang telah digazetkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Dan isu ini jugalah yang dilihat membangkitkan kemelut konflik Mahathir-Hakim Negara pada suatu ketika itu. Pada hari ini isu institusi kehakiman negara berbangkit lagi melalui kes video VK Linggam. Mungkin kerana Tun rasa bersalah, makan Tun mahu keluar daripada UMNO, itulah yang dilihat oleh Karpal Singh (sila baca NST 20 Mei, Karpal said, "In fact, his resignation may well reflect his guilt").


Kenyataan Tun M dalam Blognya :

Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.

Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.

Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.

Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.
 Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.

Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.
 Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.

Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.

Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan import.

Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.
Tindakan PAS u-turn dan mengumumkan persetujuan kepada percaturan PKR meletakkan Wan Azizah sebagai MB Selangor menggantikan Khalid Ibrahim dilihat wajar dari kaca mata politik kepartian. Situasi ini amat janggal jika diteropong dari sudut pendirian politik berasingan kerana sebelum ini PAS sudah beberapakali melalui tapisan maklumat dan membuat pendirian menyokong kepimpinan Khalid Ibrahim. Namun setelah dihujung mesyuarat pendirian itu berubah dan beranjak besar kepada mengikut naluri dan kepercayaan PKR dan DAP mahu menggantikan Khalid Ibrahim.

Tindakan ini wajar bagi sebuah Pakatan yang mahu menewaskan sekutu politik mereka iaitu BN dan UMNO. Setidak-tidaknya, dengan keputusan ini yang akhirnya akan kembali kepada kesepakatan gabungan Pakatan Rakyat - PAS, PKR dan DAP, maka ia akan menyelesaikan kemelut dan krisis yang berlarutan hampir 3 bulan itu.


Langkah Pas itu bermakna berakhirnya sokongan mereka kepada Abdul Khalid biarpun mereka akan terus berada dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pulang pada 27 Ogos nanti.

Tetapi apa lebih dinanti-nantikan oleh pelbagai pihak, apakah langkah yang akan diambil Abdul Khalid? Jika berdasarkan kepada pendirian PKR, Pas dan DAP sudah jelas, beliau sudah kehilangan sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Malah kalaupun Pas semalam membuat keputusan menyokong beliau, ia tidak akan membawa apa-apa makna kerana jumlah kerusi masih belum mencukupi untuk mempertahankan beliau.

Tambahan pula daripada 15 kerusi yang dimiliki oleh Pas ia boleh dikatakan berkurangan kepada 13 kerusi berikutan tindakan dua ADUN parti itu, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menyokong Wan Azizah.

Malah sokongan daripada UMNO sebanyak 12 kerusi pun tidak mampu menolong Abdul Khalid kerana keseluruhannya baru 26 kerusi (termasuk kerusi beliau).





Oleh itu mahu tidak mahu Abdul Khalid terpaksa akur dengan keputusan Pas dan perlu menghadap Sultan Selangor untuk langkah seterusnya.

Apa yang perlu diketahui `peluru akhir' masih ada di tangan Abdul Khalid iaitu membubarkan DUN, itupun jika beliau boleh meyakinkan baginda untuk berbuat demikian atas alasan pemilihan Wan Azizah atau Azmin tetap akan mencetuskan konflik politik di Selangor.

Bukanlah rahsia lagi, Wan Azizah kini sudah menjadi musuh politik Abdul Khalid kerana terlalu mendengar perancangan politik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakala pemilihan Azmin oleh Pas, ibarat gunung berapi yang memuntahkah laharnya setelah sekian lama ia membuak-buak sejak Abdul Khalid menjadi Menteri Besar pada 2008. Konflik yang tercetus kini juga dikatakan bermula daripada konflik antara kedua-dua mereka.

Sudah tentulah Abdul Khalid tidak sanggup melihat musuh-musuh politiknya itu menggantikan beliau, tetapi dalam masa sama, Abdul Khalid akan menghadapi kesukaran untuk berbuat demikian jika salah satu calon itu mendapat sokongan majoriti ADUN.

Sebab itulah, biarpun 'peluru akhir' masih di tangan Abdul Khalid, namun ia belum tentu berkesan kecuali beliau mempunyai alasan kukuh untuk memastikan 'peluru' tersebut walaupun akan mengakhiri tugasnya sebagai Menteri Besar tetapi juga turut 'mendatangkan kecederaan parah' khususnya kepada PKR dan DAP.

Namun apa yang pasti, langkah politik Abdul Khalid sepanjang isu Menteri Besar Selangor telah banyak membantu rakyat untuk mengenali hati budi pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan Pas.

Paling penting, beliau membuktikan kepada rakyat betapa hipokritnya politik pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya sanggup melakukan apa sahaja demi merebut kuasa waima mempermainkan demokrasi sekalipun!

Tuesday, August 12, 2014

Anwar Ibrahim harus mengumumkan bahawa "Move kajang" gagal dan diberhentikan serta merta. Anwar wajar mengakui bahawa beliau melakukan kekhilafan politik atas percaturan peribadi rakus beliau. Anwar patut menasihatkan orang-orang dalam PKR yang sudah terjajah minda mereka dengan isme-anwarisme menghentikan serangan dan kedegilan mereka terhadap wibawa MB Selangor Khalid Ibrahim.

 Anwar sepatutnya meminta isterinya Wan Azizah, berhenti menjadi boneka kepentingan politik beliau, sebaliknya menumpukan kepada tugas-tugas rumahtangga mereka. Anwar harus menghentikan setiausaha politik PKR, Saifudin Natioun dan Rafizi Ramli , pengarah strategik parti itu membuat road show membuka pekung parti mereka kepada rakyat dan media. Dan Anwar harus berani menarik balik pemecatan Khalid Ibrahim ahli seumur hidup PKR dari parti itu dan mengakui keputusan lembaga displin parti itu memecat Khalid Ibrahim berkuat kuasa serta merta adalah kekhilafan dan kesilapan yang dibuat secara luar sedar akibat desakan dan tekanan politik semasa.

Jika ini yang dapat dilakukan oleh ketua Umum PKR itu dalam waktu terdekat ini, krisis kepimpinan MB Selangor ini akan dapat diselesaikan dengan penuh berhemah. Sekaligus krisis ini akan berakhir dan populariti Anwar dan PR akan kembali di hati rakyat.

Namun jika Anwar terus dengan kedegilan politiknya dan mahu menyelamatkan beberapa kroni dan mengotakan strategi politik peribadinya, maka krisis MB Selangor ini akan berlarutan. Kesannya sangat besar dan impaknya kepada imej PR terutama PKR akan terasa. Sokongan rakyat akan merudum, musuh politik akan tersenyum.

Monday, August 11, 2014





Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia, sebuah parti bersedia membuka pekung atau 'membasuh dosa' pemimpin sendiri secara terbuka. Tetapi seperti dimaklumi semua, tiada apa yang mustahil atau aneh dalam politik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Itulah yang berlaku kini dalam keghairahan pucuk pimpinan PKR untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar (MB) Selangor. PKR bersedia mengarahkan Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan beberapa urusan perniagaan dan pentadbiran di bawah Abdul Khalid bagi menimbulkan soal integriti.

Walaupun perkara itu sudah dibangkit dan pernah dipersoalkan oleh UMNO termasuk dalam Dewan Rakyat namun Abdul Khalid dipertahankan bermati-matian oleh pucuk pimpinan PKR ketika itu, sebaliknya UMNO dan Barisan Nasional (BN) dituduh cuba merosakkan reputasi dan integriti Abdul Khalid.

Kini ternyata, 'peluru-peluru' itu juga yang kembali digunakan oleh PKR bertujuan menjatuhkan beliau dalam usaha mencapai cita-cita Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

Namun Abdul Khalid yang mungkin sudah masak dengan permainan politik kotor dalam PKR tegas mempertahankan diri dengan menyifatkan dakwaan Saifuddin sebagai tuduhan liar yang bermotif politik dan berniat jahat semata-mata, malah beliau `mempersilakan' Saifuddin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Bank Negara.



Dalam pertemuan penulis dengan beberapa pemimpin Pas dan PKR serta UMNO, rata-rata kagum dengan `keberanian' Abdul Khalid. Biarpun diserang kiri kanan oleh pemimpin dan parti sendiri namun beliau dilihat stabil dan tidak tergugat.

Bagi Abdul Khalid, apa yang berlaku sekarang sekadar perebutan kuasa politik dalam PKR sedangkan beliau mempunyai mandat untuk memimpin negeri dan memikul amanah rakyat.

Malangnya, fakta ini tidak pernah difikirkan oleh para pemimpin PKR khususnya Anwar dan konco-konconya. Mereka tidak mampu melelapkan mata dan seolah-olah tidak merasai nikmat Aidilfitri apabila asyik memikirkan pasal Abdul Khalid.

Justeru mahu atau tidak, setuju atau tidak, biar apa pun terjadi, Abdul Khalid mesti diturunkan dari takhta pemerintah negeri Selangor yang kaya-raya. Setelah usaha secara lembut termasuklah merancang pilihan raya kecil 'paling memualkan' di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, gagal 'memujuk' Abdul Khalid, maka usaha secara tidak terhormat pula dirancang.

Kepimpinan PKR dilihat mula melaksanakan politik paksaan dengan cara menimbulkan isu bagi menjejaskan reputasi dan integriti Abdul Khalid, dimulai dengan menghantar surat tunjuk sebab kerana keengganan beliau berundur daripada jawatan MB.




Sebenarnya, PKR tidak ada alasan kukuh untuk menjatuhkan Abdul Khalid. Apa yang ada dalam tangan mereka ialah kerakusan untuk meletakkan Wan Azizah sebagai MB.

Atas sebab itulah juga, sekutu-sekutu PKR terutamanya Pas melihat, apa yang dilakukan oleh PKR sudah melampaui batas dan parti itu tidak mahu bersekongkol dalam perebutan kuasa dalaman PKR.

Para pemimpin Pas mahu alasan kukuh kenapa Abdul Khalid perlu mengosongkan kerusi MB dan mengapa PKR tidak berunding terlebih dahulu dengan mereka sebelum mengambil langkah politik yang besar seperti itu.

Hakikatnya segala-galanya diatur Anwar. PKR terus dan sengaja melupakan bahawa kerusi MB Selangor bukan hak mutlak mereka. Sebab itulah ramai yang ketawa apabila Saifuddin dengan penuh yakin menyatakan kerusi itu hak multak PKR. Biarpun beliau dikenali seorang yang sering bercakap berdasarkan fakta dan angka tetapi kali ini Saifuddin bagaikan bermimpi di siang hari, bercakap seolah-olah mengikut perasaan serta terperangkap dengan keghairahan untuk menyingkirkan Abdul Khalid.

Semua orang tahu, PKR menguasai kerusi MB atas ihsan Pas dan DAP. Malah parti paling layak ialah Pas bukan PKR. Fakta ini sudah berulang-ulang kali dinyatakan, malangnya Saifuddin bagai `buta mata, pekak telinga dan tertutup hatinya' untuk menerima hakikat ini.

Berikutan itulah para pemimpin Pas 'melenting' kerana menganggap PKR telah mengkhianati kesepakatan dan tidak tahu menghormati orang yang membuat ihsan kepada mereka.

PKR rancang segala-galanya berhubung kedudukan MB Selangor sehingga langsung tidak pernah mengajak Pas berunding. Tetapi apabila merasakan perancangan tersebut terbantut, mereka cuba menagih simpati Pas untuk bersekongkol.

Namun walau sekeras manapun tindakan atau tekanan oleh kepimpinan PKR terhadap Abdul Khalid, belum tentu mampu mencapai cita-cita mereka khususnya Anwar untuk menyingkirkan beliau. Ini kerana Abdul Khalid mempunyai banyak cara untuk menghalang niat tersebut termasuklah membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

"Membubarkan DUN adalah pilihan terakhir yang ada pada Abdul Khalid jika kepimpinan PKR terus 'menyerang' beliau dan kita bersedia menghadapi situasi tersebut,'' kata seorang pemimpin Pas Selangor ketika dihubungi.

Walaupun Abdul Khalid mungkin menyedari tidak akan menduduki lagi kerusi MB selepas itu, tetapi itulah cara terbaik mengatasi polemik yang dicipta oleh kepimpinan PKR ini. Abdul Khalid mungkin lebih rela mengembalikan mandat kepada rakyat, yang diperolehinya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 selepas `dikhianati' oleh 'rakan' pemimpin dalam parti sendiri demi merebut kerusi MB.

Rakyat Selangor memberikan mandat untuk penggal kedua kepada pakatan pembangkang kerana percayakan kemampuan Abdul Khalid, ekoran rekod baik semasa penggal pertama. Jika tidak, sudah pasti awal-awal lagi mereka akan menolak pakatan tersebut.




Mungkin inilah cara terbaik. Serahkan kembali mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan siapa yang mereka mahu menerajui pentadbiran kerajaan negeri. Tidak perlulah rakyat diheret sama dalam percaturan politik dan perebutan kuasa PKR yang semakin membosankan ini.

Sementara itu, apa yang boleh dibuat adalah menunggu selama manakah Abdul Khalid mampu bertahan dan melihat bagaimana dahsyatnya politik PKR yang sanggup memusnahkan reputasi pemimpin sendiri semata-mata mahu memenuhi nafsu politik pemimpin-pemimpin kanan mereka.

Bayangkanlah, kalau Abdul Khalid yang sebelum ini dijulang sebagai wira oleh PKR kini sanggup dilayan bagaikan musuh oleh partinya sendiri, apa pula nasib para pemimpin lain yang tidak sehebat beliau? Atau jika Abdul Khalid yang dianggap bersih boleh dilayan sebegini, bagaimana pula dengan para pemimpin lain yang mempunyai 'fail' atau 'rekod' rahsia tersendiri?

Mungkinkah fail dan rekod itu suatu hari akan dijadikan 'senjata' oleh kepimpinan PKR untuk menjatuhkan mereka?

Paling penting untuk ditanya, apakah segala dakwaan yang sebelum ini melibatkan pemimpin PKR adalah satu kebenaran tetapi dinafikan kerana pemimpin itu masih belum bermusuh dengan pucuk pimpinan parti?

Krisis politik di Selangor yang melibatkan perebutan kuasa dalam PKR mendedahkan betapa buruknya amalan politik dalam parti itu dan malang sekali Abdul Khalid menjadi 'mangsanya'.

Apa pun, sama-samalah kita nanti kesudahan perebutan kuasa politik PKR di Selangor, sama ada Abdul Khalid mempunyai ketahanan diri atau mengundur diri, yang pasti rakyat Selangor tidak berhak menyaksikan negeri itu ditadbir oleh mereka yang tiada kredibiliti.

Oleh : Zulkiflee Bakar

Sunday, August 10, 2014


Perpustakan negeri cawangan Kota belud yang dimulakan pembinaannya pada 25.Februari.2010 mengikut papan tanda kontraktor binaan ternyata menghadapi masalah besar apabila projek yang dijadualkan siap pada 24 November 2011 itu, sehingga kini gagal beroperasi walaupun pada mata kasarnya bangunan itu telah siap sepenuh meskipun lewat daripada tarikh yang ditentukan.

Bangunan Perpustakan baru ini dikendalikan oleh kontraktor Syarikat INTIJAYA ENTERPRISE dan dibawah pegawai penguasa Pengarah Kerja Raya Sabah dimana mewakilkan kepada Jurutera Daerah JKR Kota belud. Dari carian Google mendapati Syarikat ini beralamat di Block C, Lot 2, 3rd Floor, Donggonggon New Township, Penampang, 88100 Kota Kinabalu.

Bangunan ini nampaknya masih tidak beroperasi walaupun sudah 2 tahun berlalu dari tarikh sepatutnya disiapkan. Dan sehingga artikel ini ditulis, ,masyarakat KB masih tidak tahu apakah punca perpustakan ini gagal beroperasi.


Bank Islam dilaporkan terlebih dahulu memulakan tawaran supaya urusan hutang membabitkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama perbankan itu diselesaikan di luar mahkamah ekoran rundingan pertama tidak membuahkan hasil.

Bekas Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata dirinya terbabit secara langsung dalam rundingan penyelesaian itu selepas diarahkan bekas majikannya pada tahun 2008 iaitu sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) menang di Selangor.

Katanya, disebabkan rundingan itu tidak berjaya, maka kes itu dibawa sehingga ke Mahkamah Tinggi dan Persekutuan untuk dibicarakan.

“Selepas menghubungi pihak menteri besar, beliau datang ke ibu pejabat Bank Islam di Bukit Damansara dan ada beberapa siri perbincangan serta rundingan tetapi nampaknya Tan Sri Abdul Khalid tidak bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan pada masa itu.

“Sebab itu ia dibawa sehingga ke Mahkamah Tinggi dan Persekutuan selepas rundingan pertama untuk capai kesepakatan itu gagal.

“Sehingga awal tahun ini, kes berkenaan tidak lagi disebut di mahkamah disebabkan dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya di luar mahkamah,” katanya yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Ekonomi dan Kewangan Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata demikian pada Forum Krisis Selangor : Khalid Ibrahim belot Pakatan? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, baru-baru ini.

Azrul berkata, selepas beberapa kali kes itu dibawah ke mahkamah, akhirnya Bank Islam bersetuju supaya kes berkenaan diselesaikan melalui tawaran skim perjanjian jual beli (BBA) yang dihidupkan kembali sebuah institut perbankan Islam dari Timur Tengah.

Katanya, kaedah yang dianggap sebagai kontroversi daripada sudut kontrak perbankan Islam itu hanya diterima di beberapa buah negara di rantau Asia iaitu Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

“Syarikat perbankan Islam itu berjumpa dengan pihak terbabit dan menawarkan satu kertas kerja, yang mana mereka akan membayar jumlah dihutangkan Tan Sri Abdul Khalid kepada Bank Islam bagi mengelakkan impak besar kepada industri perbankan Malaysia dan BBA jika kes itu gagal menang.

“Institusi ini cuba hidupkan BBA, jadi masing-masing setuju dan Tan Sri Abdul Khalid hanya perlu bayar sedikit sahaja nilai hutang itu,” katanya.

Azrul berkata, melalui kaedah itu kes hutang berkenaan selesai sepenuhnya pada 24 Julai lalu.

Mengulas dakwaan bahawa peguam kedua-dua pihak tidak dimaklumkan berkenaan penyelesaian luar mahkamah itu, beliau berkata, ia adalah normal bagi sebarang kes.

Katanya, adalah menjadi hak pihak terbabit untuk menyingkirkan peguam yang dilantik jika mereka berpendapat ia boleh diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

“Ia adalah perkara normal bagi sebarang kes penyelesaian luar mahkamah tidak diketahui pihak peguam atau tidak dimaklumkan.

“Itu adalah hak kepada pihak berkenaan untuk singkirkan peguam mereka atau menggunakannya, jadi bukan sesuatu yang tidak normal untuk peguam tidak terbabit,” katanya.
Kes pemecatan MB Selangor dari PKR berkuat serta-merta menimbulkan kesangsian melampau. Ahli seumur hidup PKR itu, seharusnya diberikan ruang seluas-luasnya sebelum sebarang tindakan luar dari norma kepartian diambil. Dengan mengingati kembali sumbangan serta komitmen padu Khalid ketika PKR berasa dalam longgokan sampah politik kuasa di negara ini, setidak-tidaknya meredakan agenda sesetengah pihak yang kehausan kuasa menduduki kerusi MB negeri terkaya di Malaysia itu.

Berdasarkan kenyataan akhbar yang diedarkan, nyata pimpinan PKR yang sebelum ini mendabik dada sebagai manusia politik yang berintegriti dan menjunjung prinsip demokrasi beralaskan kemanusian sejagat, akhirnya terbongkar belang bilamana melupakan seketika teropong mata rakyat dengan mengambil keputusan menjatuhkan MB Selangor yang diberikan kepercayaan parti sendiri dengan alasan yang paling longgar dan boleh dipertikaikan.


KENYATAAN AKHBAR
PRESS RELEASE

PARTI KEADILAN RAKYAT

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor).
Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.

Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.

Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.

Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:

• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:

o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;

o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;

• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;

• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;

• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.

DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT

9 OGOS 2014

Wednesday, August 6, 2014



Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan punca yang mendorong PKR untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar sekaligus menjawab persoalan yang bermain di minda rakyat Selangor, khususnya ahli PKR sendiri.

Menurutnya, pada tahun 1994, Khalid telah meninggalkan jawatannya di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan diberikan keistimewaan untuk membeli lima peratus saham Guthrie serta keistimewaan untuk membuat pinjaman dari Bank Islam berjumlah RM214.7 juta bagi membeli saham tersebut.

“Bila Bank Islam minta Tan Sri Khalid membayar ikut perjanjian, beliau tak boleh bayar,” katanya dalam Forum Krisis Selangor-Pakatan Berpecah di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Jelas Rafizi lagi, oleh kerana Khalid tidak dapat membayar hutang tersebut, pada tahun 1998, Khalid telah menulis surat kepada Bank Islam.

“Surat pertama ditulis pada 16 Oktober 1998 dan surat kedua ditulis pada 20 Oktober 1999. Beliau menulis kepada Bank Islam menyatakan bahawa beliau tidak boleh bayar hutang itu,” ujar Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan.

Pada tahun 2001, disebabkan tidak dapat membayar hutang tersebut, Khalid kemudiannya telah menandatangani satu perjanjian dengan Bank Islam bagi membuat penstrukturan semula hutangnya yang berjumlah RM214.7 juta itu dengan cara menjualkan sahamnya kepada Bank Islam.

Penjualan saham itu adalah sebagai cagaran kepada Bank Islam dan sekiranya Khalid gagal membayar seperti yang sepatutnya, Bank Islam akan menjual saham tersebut bagi melunaskan hutangnya.

Pada tahun 2003, beliau masih tidak mampu untuk membayar hutang tersebut dan pada tahun 2003 atau 2004, Bank Islam telah menjual sahamnya. Setelah dijual, ia masih lagi tidak mampu untuk membayar hutang yang dipinjam sebanyak RM214.7 juta itu dan masih berbaki RM59.5 juta setakat 13 November 2006.

“Anda kena faham satu perkara, bahawa kita sedaya upaya cuba untuk tidak cerita kerana ia tidak elok,” katanya yang juga menjawab persoalan rakyat mengapa isu pertukaran Khalid dimulakan pada awal tahun ini dan bukannya selepas PRU13.

Pada 10 Mei 2007, Khalid Ibrahim telah mengeluarkan saman terhadap Bank Islam apabila beliau diminta melunaskan baki hutang termasuk cukai.

“Anggaran hutang termasuk cukai beliau pada tahun 2006 adalah sebanyak RM70 juta,” jelas Rafizi.

Kata Rafizi lagi, ADUN Pelabuhan Klang itu pada Januari 2014 telah menggunakan khidmat orang tengah bagi menyelesaikan bebanan hutangnya, dipercayai seorang tokoh korporat yang rapat dengan Umno iaitu Tan Sri Rashid Manaf.

Malah, ia menimbulkan keraguan apabila Khalid dengan Bank Islam mencapai penyelesaian hutang di luar mahkamah lebih awal dari tarikh yang telah ditetapkan, 12 Februari 2014.

“Pada mula Kajang Move itu adalah petanda bahawa kita akan menggantikan Khalid dan seawal 25 Januari kita sudah maklumkan bahawa kita berhasrat untuk menukar menteri besar,” katanya.

Jelasnya lagi, pada 12 Februari 2014, ia adalah kunci utama kepada semua perkara.

“Pada 12 Februari itu adalah dimana keputusan mahkamah persekutuan menyatakan sama ada Khalid perlu atau tidak membayar hutangnya kepada Bank Islam. Bila Khalid sampai di mahkamah, hakim yang pertama telah membuat ‘summary judgement’.

“Hakim tersebut menjelaskan, pada tahun 2009, ‘you’ hutang banyak ni, ‘you’ bayar banyak ni dan Khalid tidak bersetuju dan meminta untuk ‘trial’ dan setelah pergi ke ‘trial’, Khalid meminta untuk tidak mahu dengan hakim yang pertama dan meminta hakim lain.” katanya.

Jelasnya, setelah diberikan hakim yang lain, sewaktu tempoh ‘full trial’, penghujahan Khalid tentang kenapa beliau tidak mahu bayar hutang tersebut adalah kerana hutang Islamic Banking itu tidak cukup Islamic kerana ‘profit element’ yang perlu dibayar adalah riba.

“Oleh kerana Khaid kata perjanjian itu tidak cukup Islamic, maka Khalid meminta mahkamah memutuskan mengikut Akta Perbankan Islam 1993 bahawa Bank Islam tidak mempunyai hak untuk memeterai perjanjian itu dan Bank Islam telah melanggar syarat serta meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa baki hutang tersebut tidak perlu dibayar,” ujarnya.

Kata Rafizi, pada 12 Februari, peguam Bank Islam pun ternganga apabila pihak Khalid dan Bank Islam telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini secara ‘out of the box’.

“Peguam Bank Islam langsung tidak dimaklumkan tentang perkara itu,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Rafizi, kira-kira sebulan selepas Bank Islam bersetuju menggugurkan tuntutan baki hutang di mahkamah, Ecoworld Berhad iaitu syarikat pemaju yang berhubungkait dengan Tan Sri Rashid Manaf memeterai perjanjian-perjanjian melibatkan projek dan hartanah kerajaan Selangor bernilai ratusan juta ringgit.

“Daripada bulan Mac lagi kita minta dia (Khalid) terangkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat mengenai hutang Bank Islam,” kata Rafizi sambil menambah Khalid gagal melakukan yang demikian.

Rafizi juga mencabar Khalid untuk mengemukakan saman terhadapnya sekiranya merasakan fakta yang didedahkan itu sebagai fitnah.

“Ini adalah keputusan yang sukar, tapi saya rela. Kita boleh hilang kerajaan, tidak mengapa kerana kita boleh dapat bentuk kerajaan baru kemudian.

Tetapi jika sekali hilang moral, kepercayaan rakyat, anda tak boleh bina kembali,” ujarnya lagi walau mengakui Pakatan berdepan dengan kesukaran sekiranya benar Dewan Undangan Negeri Selangor bakal dibubarkan bagi mengatasi kemelut jawatan tersebut.

Forum tersebut turut menampilkan tiga panelis lain antaranya Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Aktivis Bersih, Hishamuddin Rais dengan kesemuanya bersetuju agar pemimpin tersebut digugurkan segera.

Monday, August 4, 2014



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Insya-Allah, itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan Pas akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi Pas bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya yang ditemui pemberita di rumahnya di Rusila di sini hari ini.

Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam Pas mahupun pihak luar, didapati majoriti rakyat Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya, kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam pakatan pembangkang.

Sebelum ini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.





Abdul Hadi berkata, alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.

"Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal.

"Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," tegasnya.

Anwar mungkin ada sebab kenapa beliau perlukan pengganti Khalid itu secepat yang mungkin. Biarlah itu diketahui olehnya sendiri walaupun ramai yang faham kenapa beliau tergesa-gesa untuk memberhentikan Khalid. Mungkin Khalid sendiri tahu sebabnya dan kita tidak layak untuk memberitahu sebab yang sebenarnya.

Tetapi jika Khalid memilih untuk memberitahu sebab-sebab sebenarnya itu adalah satu perkara yang agak baik untuk pengetahuan ahli-ahli parti dan rakyat Selangor. Ramai yang tertanya-tanya kenapa hendak diberhentikan Khalid dengan tergesa-gesa? Kenapa hendak gantikan selepas Aidilfitri? Kenapa tidak selepas Hari Raya Korban misalnya. Kenapa tidak selepas Hari Christmas atau selepas Deepavali September ini?

Semua persoalan ini biarlah berada dalam benak dan dalam diri Anwar sendiri. Tindakan tergesa-gesa ini tentu bersebab. Anwar tidak akan memberitahu sebab sebenarnya dalam usaha membersarakan Khalid sebagai Menteri Besar itu.


Tetapi ramai juga rakyat yang mempunyai pandangan yang sebab utamanya ialah kerana masalah yang beliau (Anwar) sedang hadapi sekarang.Ditanya sama ada keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, beliau berkata: "Itu perkara mendatang dan kita boleh berbincang dan berunding. PAS akan terus bersama pakatan dan pendapat berbeza itu sudah biasa sejak dahulu lagi".

Apabila diajukan soalan bahawa pendirian beliau itu menunjukkan Pas seolah-olah cuba menghalang apa yang didakwa sebagai jalan terakhir untuk Anwar ke Putrajaya, Abdul Hadi menyangkalnya sambil menyatakan perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi perjuangan untuk rakyat.

Ditanya adakah Pas berhasrat mengajak Abdul Khalid menyertai parti itu, beliau berkata, pihaknya tidak berhasrat berbuat sedemikian.

"Itu bukan cara kita dan sejak awal lagi walaupun kita (Pas) punyai 15 kerusi DUN, yang lebih daripada PKR, kita (PAS) beri kepada PKR (kerusi MB di Selangor) kerana kita sudah ada Kelantan (diperintah oleh PAS),' katanya sambil menyatakan kesihatannya kini semakin baik dan tetap mengikuti perkembangan politik semasa.

Abdul Hadi sebelum ini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas.

Ketika ini Pas mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15).