Monday, August 31, 2009


Penulisan saya sebelum ini PANDIKAR-HJ MUSBAH : TEMAN SEPERMAINAN, mengupas dilema politik suku Iranun yang dikatakan BERPECAH BELAH dalam beberapa aliran fahaman politik. Dan sebab besar kepada perpecahan itu dikaitkan dengan ketokohan pemimpin TSP. Itulah anggapan di peringkat akar umbi masyarakat Iranun..Mereka menyalahkan TSP sehingga tidak ada lagi ruang untuk ‘memohon’ penjelasan. Ketika bersembang dengan beberapa masyarakat Iranun, juga mereka menyatakan perkara yang sama..”PERPECAHAN IRANUN BERTAMBAH PARAH APABILA AKAR DIBUBARKAN”..Itulah kata mereka. Justeru itu..Fahaman dan tanggapan ini perlu diperhalusi semula atas dasar kerana “penyatuan bangsa Iranun”.. Maka itulah saya rasa perlu diadakan “SATU MAJLIS ATAU PERJUMPAAN SUKU IRANUN” secara terbuka untuk menghimpunkan para cerdikpandai suku Iranun atas nama dan semangat ‘penyatuan bangsa Iranun”.”PERJUMPAAN DAN MAJLIS PENYATUAN BANGSA INI PERLU Semoga segala yang kabur akan diterangkan, segala yang kusut akan diuraikan, segala yang kering akan dibasahkan.. Dan tugas itu amat sesuai kalau dimulakan oleh TSP sendiri sebagai pemimpin Iranun yang berpengalaman. Melupakan sebarang persengketaan, juga merungkai segala apa yang tersemat di dada. Balik kepada kerukunan bangsa. Kerana dari apa yang dikatakan oleh TSP dalam komen terdahulu, saya merasakan masih banyak perkara yang perlu diperjelaskan kepada pemimpin Iranun muda yang dikatakan oleh TSP sendiri sebagai golongan yang cerdik pandai. Tanggapan negative selama ini, adalah lahir atas kerana kurangnya penjelasan dan tertutupnya mata dan minda masyarakat Iranun sehingga gagal ‘membaca’ buku politik suku bangsa mereka.

Perjumpaan dibuat atas dasar kerana memikirkan hala tuju bangsa Iranun. Mengenepikan segala perasaan dendam kesumat, perasaan marah, perasaan ‘sentiasa merasa benar” ,perasaan sakit hati, perasaan dengki dan seribu lagi perasaan mazmumah yang selama ini bersarang dijiwa pemimpin muda Iranun. Bangsa Iranun perlu diangkat semula, perlu disanjung semula, dan perlu bersatu semula. (barangkali si renggit pun boleh dijemput bersama,...) Segala teguran dan pandangan perlu diusulkan SECARA BERHEMAH supaya wujud ‘persefahaman suku secara semulajadi”.Maka itu sebagai "BABAI" berdarah Iranun sebelah bapa, saya mengusulkan cadangan ini, sekurang-kurangnya atas nama PISBA (tidak tahu..apa perkembangannya..?) ataupun atas nama PAGIDSA ( juga ..tidak tahu apa ceritanya..?).. SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS PENJELASAN TSP SEBAGAI USAHA MENJERNIHKAN SEMULA TANGGAPAN SELAMA INI.Sebagai tatapan bersama inilah penerangan daripada TSP sendiri untuk menjelaskan apa yang berlaku..Dan semoga ianya memberikan kefahaman yang jitu kepada bangsa Iranun…SEADANYA..


Kelapa Mawar,

Tulisan baik. Tapi fakta tidak betul, Dalam tulisan seolah-olah TSP yang bersalah semua.

Ringkasnya begini. Dulu TSP dalam AKAR. Dan AKAR dalam BN. Gagasannya ialah untuk menyatuhpadukan Iranun dalam satu perjuangan supaya 'sentiasa' ada kuota dalam daerah KB - Tempasuk.

Tapi, pemimpin muda dalam Iranun semua pandai-pandai dan tentang TSP. Datu Bandira masuk Pas dan lawan TSP. Razak Rakunman masuk PBS. Apabila tidak di Calonkan oleh PBS bertanding atas tiket bebas. Dan macam-macam lagi karenah pemimpin muda.

Atas sebab itu - Iranun tidak nampak gagasannya-TSP bubar AKAR sebab dia tak tahan tampung 22 Bahagian AKAR yang aktif dan cuma Tempasuk saja yg boleh dimenangkan.

TSP masuklah pula UMNO walaupun tunggu 2 tahun baru diterima.

Tapi, bukan semua Iranun pula masuk UMNO untuk kuatkan pasukan - masih berpecah lagi. Ada dalam PBS, ada dalam SAPP. Ada dalam PKR. Ada dalam PAS dan macam-macam lagi.

Bagi TSP senang saja. Ditempat orang pun dia diterima. Kota Merudu pun dia kena terima. Yang bermasalah pemimpin Iranun muda-muda yang belum tajam taji sudah tunjuk kekuatan. Itu lah semua kalah. Bercalon G7 pun semua kalah. Sebab semua pandai tulis dan cakap saja, tapi tidak pandai berpolitik.

Hakikatnya Iranun cuma pandai satu hal. Bercakap dan berpecah.

Kelapa Mawar,

Dalam soal bercakap dan berpecah ini pula, bukan Iranun saja. Semua suku dalam rumpun USBO suka berpecah. Atas sebab itu, biarpun rumpun ini majoriti di Sabah, rumpun lain yang berkuasa. Saya nak tanya, apa guna berpolitik dalam negeri sendiri, dimana rumpun itu majoriti tapi orang lain yang perintah. kalau gitu bilang orang Bajau, 'beranti kiti 'pakau'.

Maka atas sebab kesilapan besar ini, DSSK dan TSP dan pemimpin lain dalam rumpun ini, berkumpul lah pula dalam satu wadah USBO. Gagasan ini diselaraskan dgn maksud pepatah' Sesat dihujung jalan, balik kepangkal jalan'.

Apabila pula ini dibuat, timbullah pula satu lagi perpecahan - Persatuan SAMA - yang di ketuai oleh pemimpin KB timbul. Dan jelas orang lain yang 'perkudakan' SAMA untuk mempertahankan kuasanya dalam negeri ini.

Oh!, begitu rupanya, kalau orang lain yang mahu pertahankan kuasa dengan menggunakan bangsa kita dibolehkan oleh Iranun dan Bajau. Tapi kalau DSSK dan TSP buat gagasan baru untuk menyelamatkan maruah rumpun, kononnya ini untuk 'menyelamatkan' politik mereka yang telah berkubur.

Kelapa Mawar,

Hakikat yang sebenar, pepecahan di Kota Belud ialah, semuanya ingin BERCALON dan jadi YB semata.

Bagi DSSK dan TSP, masa untuk bercalon dan jadi YB semata sudah bukan soal lagi. Tanpa gelaran YB pun mereka berdua ini sudah ada nama di dalam negara Malaysia.

Na, dlam pilihan raya ke 12, DSSK dan TSP tidak diturun untuk bertanding sebab politik mereka dicantas oleh orang lain yang menganggap mereka ini sebagai persaingan. Bukan persaingan nak rebut jawatan G7 atau Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO KB dan sebagainya, Tapi persaingan jawatan KM dan jawatan lain yang lebih berkuasa. Kalau nak berebut jawatan di Bahagian saja, Perdan dan Barul pun boleh.

Apabila DSSK tidak dipilih, orang luar pula yang di calonkan dalam kawasan Parlimen KB. Apakah maknanya ini, Kelapa Mawar? Maknanya, belum ada pemimpin di Kota Belud yang layak atau pemimpin KB tidak boleh dipercayai (sebab persaingan), atau yang di berikan tempat pemimpin yang 'tumpang tuah' saja.

Kalau nak jadi pemimpin 'tumpang tuah' pula, DSSK pun boleh kasih tumpang bah, kalau dia jadi pemandu 'bas yang besar'.

Tapi begitu lah halnya, Iranun dan Bajau KB tidak mahu ikut bas yang dipandu oleh driver sendiri.

Kelapa Mawar,

Ekoran dari digugurkan sewaktu PRU12, DSSK dan TSP sememangnya sudah pun memikirkan untuk bersarah dalam politi. Tapi setelah difikirkan baik-baik, itu bukan satu tindakan yang bijaksana sebab mereka ini belum 'mengenal pasti' lagi pemimpin pelapis yang boleh diketengah keperingkat, bukan saja dalam negeri, tapi sampai peringkat negara dan antarabnagsa.

Bukan senang buat kerja ini. Kalau tanya pula kepada pemimpin-pemimpin KB secara beramai, saya pasti semua ikut angkat tangan mahu dijadikan pengganti, walaupun pada hakikatnya mereka itu cuma layak jadu Ketua bahagian saja.

Maka untuk kearah tujuan, 'Balik ke Pangkal Jalan', DSSK dan TSP telah bergabung tenaga dan fikiran untuk ambil balik Bahagian KB, agar dengan kedudukan sebagai Ketua Bahagian, DSSK boleh bersuara kembali.

Gagasan ini berbaloi dan DSSK kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

Manakala TSP pula, selepas pilihanraya dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat...Hakikatnya ialah TSP memang tiada harga satu sen pun dimata masyarakat Iranun dan pemimpin-pemimpin Iranun di KB, Tapi di ada guna dan harga di mata orang lain.

Lantikan TSP sebagai speaker pun di bilang salah sebab dia meninggalkan sukunya di KB. Tapi dulu sewaktu dia pimpin AKAR semuanya pemimpin muda dalam suku ini bilang gagasannya salah. Gagasan yang betul masuk PAS atau PBS atau PKR atau UMNO dan sebagainya.

Na, semua dah ikut kehendak hati sendiri dan masuk parti-parti besar, tapi sewaktu bertanding merebut jawatan semua kalah, itu pula salah TSP. Tapi dulu sewaktu AKAR ada krisis kepimpinan dan dia hendak dibuang dari AKAR oleh suku majoriti dia dapat bertahan sehingga dia bubar AKAR.

Dari semua bukti ini sebenarnya TSP ini manapun boleh hidup dan diterima. Pemimpin muda dari suku Iranun perlu rapat dan belajar dengan caranya. Tapi, manalah mereka ini mahu sebab dimata mereka TSP itu 'Tahi Kun, Bodoh, Dunguh, dan sebagainya.

Tapi apabila TSP tidak berada dalam politik, semua pula cari TSP......Apa ini semua?

Kelapa Mawar, banyak lagi cerita TSP ini yang perlu mungkin didedahkan satu persatu,....untuk menyedar Rumpun USBO....

Buat sementara waktu....TSP memantau dari cyber dan dilapagan...

Tapi, yang pasti TSP dan DSSK akan mengenalpasti bakal-bakal pengganti, kalau perlu caranya mungkin dibuat seperti cara Akademi Fantasia.

Salam hormat,


Saturday, August 29, 2009


Ketika TSP diangkat sebagai menteri di JPM di Putrajaya, dalam era Tun Mahathir, kawasan Tempasuk "diserah rela" kepada Hj.Musbah, yang juga calon UMNO/BN. Dan waktu itu seluruhnya masyarakat Iranun "terkena kejutan elektrik' yang maha dahsyat. Ramai penyokong AKAR, kehilangan arah. Bagaikan anak baru kematian ibu dan bapa. Benar-benar yatim piatu. Apa tidaknya TSP "dihantar" jauh meninggalkan mereka. TEMPASUK yang menjadi 'gelanggang politik terakhir " suku Iranun turut tergadai. Suatu ketika IRANUN-AKAR, menangisi kepemergian TSP ke Putrajaya. Dan ketika diumumkan bahawa TSP tidak dipilih sebagai calon di TEMPASUK, ribuan IRANUN-AKAR, IRANUN-UMNO membanjiri kediaman TSP di Marampayan...kata mereka..bagaimanalah nasib badan kita...?Tidak kurang juga yang bersorak riang kerana bagi mereka "ayam tambatan' Iranun ini tidak perlu ke gelenggang lawan lagi..sudah diberikan kemenangan awal-awal..bukankah Jawatan Senator-Menteri penuh Di JPM itu adalah tanda kemenangan..? Berbisik lagi rakan dan taulan..."bila habis di Putrajaya..TSP akan mengambil alih TEMPASUK semula." Begitulah mudahnya politik orang kampung...yang tidak langsung memikirkan nasib dan kesudahan bangsanya..




Tambah kuat dan bersemangat IRANUN-AKAR dan IRANUN-UMNO ialah bila TSP sendiri turun padang berkempen untuk memastikan kemenangan Datuk Hj.Musbah. Segala ceruk rantau perkampungan Iranun dilawati...Kata-kata "HJ MUSBAH ITU SAYA.., SAYA MACAM JUGA HJ.MUSBAH" masih segar dalam ingatan semua. Kata orang TSP dan HJ MUSBAH ada 'persefahaman semulajadi' iaitu tolak-ansur yang tinggi dan saling mengenali. Kata-kata itu juga menguatkan IRANUN AKAR DAN IRANUN UMNO, bahawa selepas HJ.Musbah..TSP akan kembali ke TEMPASUK. Apa kata orang pada waktu itu, TSP DAN HAJI MUSBAH ADALAH TEMAN SEPERMAINAN.



Setelah AKAR dibubarkan, IRANUN-AKAR kembali gelisah...Aii kata mereka apa pula TSP buat dengan kita..? dulu kita jauh ditinggalkan tidak beribu tidak berbapa..sekarang, rumah pusaka kita pula dirobohkannya..Menyahut IRANUN UMNO.."Jangan bimbang, TSP seorang yang jauh pandangan, dibawa kalian ke rumah tumpangan, sementara menunggu reda ribut dan taufan.."Kata IRANUN-AKAR, "apa lagi yang di mahu TSP, kami ni dah tak berbaju..malu kepada sahabat yang lama sudah dalam UMNO.." Di Jawab oleh IRANUN-UMNO.." Isssk..nak malu apa, TSP kan bersama-sama, hanya itu cara menyatukan kita semua...bubar AKAR, Masuk UMNO, TEMPASUK akan ditandingi masa pilihanraya.."..Seksta itu dibiarkan berlalu begitu sahaja..kerana apabila AKAR di bubarkan..ramai-ramai IRANUN-AKAR berpusu-pusu memohon menjadi ahli UMNO.



Setelah tamat jawatan Menteri Di JPM, Putrajaya..TSP menjadi rakyat biasa seketika...melihat ke kiri, melihat ke kanan..di mana pula tempat meneruskan perjuangan...Sebagai politikus berpengalaman, kehadiran TSP di daerah kelahiran, mengusarkan banyak pihak, terutama HJ MUSBAH..terbayang-bayangnya, TEMPASUK akan berpindah tangan. Katanya.."kalau begini, Teman sepermainan, nak kan balik TEMPASUK ini.." Di kumpul ahli fikir bagaimana kesudahannya pula...maka kata yang tak bersekolah...HJ..lobilah dengan KM, Musa Aman, minta dia 'amankan' Datuk di TEMPASUK...habis cerita..Maka masuklah di kepala HJ.MUSBAH..



Sedang TSP, masih teraba-raba membaca liciknya politik di KB. Maka katanya..kalau beginilah 'haru-biru'nya UMNO di KB, bagus saya bertandang di luar daerah..uji ilmu kependekaran bangsa, di tempat asing lagi bermaruah...LALU..UMNO KOTA MARUDU tempat tujuan..dan benar atas benar TSP menjadi ketua di sana. IRANUN -UMNO, DAN BEKAS IRANUN AKAR, sekali lagi merah muka, aiiiiiii...kata mereka..ke mana pula TSP sudah..? bilangnya dulu.."kamu tunggu, selepas aku bertapa, kita ambil balik TEMPASUK, dan saya berikan kepada kamu sebagai hadiah...Kata IRANUN SEMUA.. " YA ALALH, APA SUDAH JADI DENGAN BANGSA KAMI, MEREMPAT TAK SUDAH, KAMI SUDAH TAK BERIBU DAN TAK BERBAPA, SEKARANG KAMI DITINGGAL , AYAH KAMI BERISTERI DUA..'



Berkata IRANUN -UMNO yang dulu, .."biarkan TSP itu menyusun strateginya, bila PRU-12, tu baliklah dia.."Waktu inilah golongan fikir dan berpendidikan di kalangan IRANUN -AKAR DAN IRANUN-UMNO, mula dilanda rasa tidak puas hati...macam-macam tanggapan dilontar dan diberi...Kata mereka .." kenapa TSP hanya pandai mengurus diri..? bangsa kecil dibiar sendiri...? kami yang mendukung dari dulu sampai nak mati..tak pula di simpan di dalam hati..." Lihat! kata mereka..TSP lari dari kita...waktu, dia di Putrajaya, kita tidak tahu ditaruh di mana..? Kesian bapa dan ibu kita...mereka menyokong TSP sampai ke tua, jangankan...mereka terbela..Kampung kita pun, semua tak ada...mana elektriknya..? mana Air Bersihnya..? kamu tengok Kg.Marampayan tu, baru sahaja dapat di aspal jalanrayanya..? Maka benar kata orang dengan "pendidikan' orang mula sedar, dengan pendidikan orang mula menuntut perubahan. Dengan pendidikan juga manusia sukar diperbodohkan.



Akhirnya, PRU-12 pun datang....Dan Sah ! TSP tidak tercalon di mana-mana. TEMPASUK kekal kepada TEMAN SEPERMAINAN nya..Kata Golongan muda berlimu Iranun UMNO dan bekas Iranun Akar...kalau begini tak boleh jadi..apa kita tunggu lagi...mana panglima muda kita..? mana hulubalang sekerat dua..? mana panglima satu matanya..? berjuang kita...jangan sampai anak-cucu kita meludah di pusara kita, kerana kita tidak menjaga maruah mereka.."Sekali lagi TSP turun berkempen..memenangkan TEMAN SEPERMAINANNYA.. Iranun mula muak, iranun mula benci, Iranun mula marah kepada TSP..mereka kata..apalah TSP ini, tidak putus-putus di perkuda, Iranun tergadai semuanya. Lalu bangunlah golongan muda Iranun, "lawan tetap lawan' kata mereka..Bangunlah mereka dengan PKR nya, Bangkis mereka dengan PAS nya, tidak kurang yang kecewa, menjadi tali barut pemimpin sedia ada...



Nah...sekarang TSP sudah dilantik menjadi Tuan Speaker, mengenang jasanya membantu TEMAN SEPERMAINANNYA dari UMNO untuk kembali berkuasa. IRANUN KEMBALI terhakis kuasa politiknya..Iranun menangis, Iranun merintih, Iranun terkupas bahunya...Apa yang diperolehi...'MENANG JADI ARANG, KALAH JADI ABU'..IRANUN TERUS BERPECAH.Kapan Bila ?..tak tahu lagi...masih menjadi tanda tanya.

Friday, August 28, 2009


Siapa tidak kenal Tan Sri Pandikar Amin..seorang politikus dari suku Iranun yang banyak mengalami ‘jatuh bangun’ dari pesada politik Negara. Sekarang aktif menulis sebagai blogger di samping jawatannya sebagai Speaker Dewan Rakyat. Apa yang uniknya tokoh dari suku minoriti ini ialah dia sentiasa menjadi ‘perhatian’ bangsanya. Banyak cerita dan kritikan yang dilemparkan..sama ada oleh golongan yang berumur yang sama-sama mendukung perjuangannya dulu,kini dan selamanya..atau tidak kurang juga dari golongan muda berpendidikan dari suku Iranun. Antara isu yang dibangkitkan ialah tokoh ini dikatakan gagal menyediakan pemimpin pelapis muda dari kalangan suku Iranun. Di samping dikatakan seorang politikus yang tidak suka memberikan “restu” kepada pelapis dari sukunya sendiri. Sama ada benar atau sebaliknya…pelbagai hujah kita dengar. Namun jika kita menyelami pemikiran tokoh ini melalui penulisannya, maka ternyata banyak perkara yang harus menjadi pertimbangan sekiranya ‘melabelkan’ tokoh ini dengan pelbagai tanggapan. Kerana perlu diakui, pengalaman dan pengetahuan yang mendalam dalam hal-hal kepolitikkan di Sabah ,menjadikan tokoh ini tetap manis diperkatakan. Antara terbaru yang dilontarkan oleh TSP ialah perlunya politik ‘persefahaman dan kesamaan yang didasari oleh tolak ansur yang tinggi “ diaplikasikan di daerah Kota Belud.

Konsep perkongsian kuasa yang diamalkan oleh BN sejak dulu lagi memastikan setiap bangsa di Negara ini diagihkan tempat dan kuasa. Begitu antara lain hujah yang diberikan oleh TSP, dan jika pun diselusuri perjalanan politik di KB, ternyata ada kebenarannya. Kerana jika dulu Kawasan Tempasuk diberikan kepada suku Iranun ,atas semangat kesetiakawanan dan juga persefahaman semulajadi para pemimpin BN di daerah ini, sekarang keadaan itu tidak lagi berlaku. DUN USUKAN diwakili oleh suku Bajau iaitu YB Japlin Akim, DUN TEMPASUK, juga suku Bajau..YB HJ. MUSBAH JAMLI,DUN USUKAN kepada suku kadazandusun, YB TIMBUN LAGADAN..manakala PARLIMEN kepada YB RAHMAN DAHLAN juga dari suku Bajau, Tuaran. Sebelum ini DSSK adalah ahli Parlimen Kota Belud. Maka jika yang demikian, haruskah IRANUN diberikan “tempat dan kuasa” seperti suku-suku lain di Kota Belud..? kalau perlu SIAPA yang layak diketengahkan..?

Biarpun Formula 2:1:1 yang dikemukakan oleh TSP ini dilihat lebih kepada politik kesukuan, dimana setiap suku diberikan hak dan kuasa, namun ada juga yang berpendapat…apalah sangat kepada politik kesukuan itu…alangkah baiknya kalau SESIAPA SAJA TANPA MENGIRA SUKU MANA..? yang penting diterima sebagai pemimpin bersama. Ada juga yang ‘nakal’ mengatakan…Kalaupun 2 atau 3 orang dari suku yang sama, namun gagal membangunkan bangsa dan daerahnya…juga tidak bermakna.. Secara lebih kritisnya, pendapat-pendapat sebegini memang lojik dan memerlukan ‘keterbukaan’ ..apa yang paling penting ialah saling menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Namun jika berpaksikan kepada formula TSP itu, juga ada kelebihannya. “keharmonian” antara bangsa yang mendiami daerah KB akan lebih terserlah. Alangkah moleknya jika berat sama-sama dipikul dan ringan sama-sama dijinjing. Mungkin dengan terlaksananya formula ini, persengketaan lama akan terus dilupakan. Sebagai seorang tokoh lama dalam politik ,TSP tahu apa yang dimaksudkannya. Cumanya kita rakyat biasa ini perlu merubah minda, membahaskan formula itu satu hal, yang paling penting ialah ‘SUDAHKAH KITA BERSEDIA MELAKSANAKANNYA”?.. Kerana idea yang baik pun jika perlaksanaannya tempang, maka akan tiada faedahnya juga.

Idea perkongsian kuasa ini seharusnya diperbincangkan dulu diperingkat pimpinan parti dan daerah. Kalau dari persepsi UMNO, maka idea ini perlu disampaikan kepada DSSK kerana beliau adalah ketua bahagian UMNO juga timbalan ketua perhubungan negeri. Selain itu “keakraban’ kedua-duak pemimpin ini ( Pandikar-Salleh ) sejak kebelakangan ini bukan lagi cerita basi tetapi sudah diketahui oleh ramai rakan dan kenalan. Pergerakan dalam USBO adalah buktinya. DSSK adalah presiden USBO dan Timbalannya ialah TSP sendiri. Justeru adalah “manis’ jika formula itu dibincangkan di peringkat ‘kepimpinan tertinggi” di samping boleh ditimbulkan dalam ‘sembang-sembang senja’ antara dua pemimpin Kota Belud ini.


Setakat ini idea formula itu tidak ke mana,kerana DSSK ternyata masih ‘membisu’ sedangkan masa semakin suntuk mendekati PRU-13. Ada baiknya jika kesediaan itu diumumkan lebih awal supaya jentera pemimpin dapat berganding bahu lebih rapat dan kuat serta melupakan anasir-anasir yang tidak sepatutnya. Kedudukan Iranun dalam UMNO di KB, ibarat “melukut di tepi gantang”..SALAH SIAPA..? Bukan lagi mendasarinya,kerana yang paling penting setelah berlalunya G7, IRANUN perlu merapatkan kembali safnya untuk mengangkat satu lagi sekurang-kurangnya TOKOH MUDA’ IRANUN yang berkrisma dan berwibawa. Tidak ada siapa yang dapat berbuat yang demikian kecuali..ANDA YANG BERDARAH IRANUN..Fikirkanlah!!!..

Thursday, August 27, 2009


Barangkali kata-kata diatas, sekali pandang hanya membawa makna kepada seseorang dan tidak melibatkan satu situasi politik dan organisasi besar Seperti Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Namun dua kali pandang ada kebarangkalian..”minda yang baik berada dalam tubuh yang sihat..” Lazimnya bila melibatkan minda kelas pertama, factor terdekatnya ialah kecederasan fikiran dan kecergasan fizikal tubuh badan. Dalam dunia politik, “minda atau pemikiran pemimpin” berkaitan dengan “parti’ yang diwakili. Kalau sesebuah parti itu bergolak dan diselubungi oleh pelbagai krisis moral dan akhlak..maka bagaimana melahirkan pemimpin yang menjadi pilihan rakyat. Mana-mana pun, dan sampai bila pun, sesebuah parti adalah cerminan yang paling dekat kepada pemimpin…Biarpun kadangkala berlaku kemelesetan tanggapan ini..namun rata-ratanya begitulah..

Barisan Nasional bolehlah kita ibaratnya sebagai sesusuk tubuh yang mula dijangkiti penyakit-penyakit berisiko tinggi seperti buah pinggang, jantung, tinggi darah dan kalau dibiarkan boleh sampai ke tahap Stroke. Inilah yang sebenarnya berlaku..tetapi yang empunya diri masih berpura-pura mengatakan bahawa dia masih sihat dan bertenaga seperti 30-40 tahun yang lalu. Menafikan bahawa BN tidak sakit, akan membawa kepada satu tanggapan bahawa BN tidak perlu menjalani “rawatan’ mahupun Diagnosis mengenalpasti masalah kesihatan yang dihadapi. Walhal PUNYA ramai ‘specialist’ di dalam BN. Semuanya gagal memberikan cadangan untuk merawat parti perikatan terbesar dalam sejarah Negara sejak dimerdekaan 52 tahun yang lalu.

Pergolakkan parti UMNO yang merupakan parti dominan dalam BN, memang sejak dari dulu lagi..Puncanya hanya satu “perebutan’ kuasa peribadi politik. Sejarahpun sejak dulu,banyak menceritakan bahawa Orang Melayu acapkali bersengketa gara-gara ingin sangat menjadi ketua. Hasad dengki, fitnah dan penting diri…sudah menjadi ‘hidangan’ isitimewa dalam UMNO. 1987, politik tanahair menyaksikan satu perebutan kuasa terbesar pernah berlaku dalam UMNO….biarpun sebelum itu ada juga penyingkiran pemimpin berlaku..seperti Tun Mahathir pernah dipecat dari UMNO dalam era Tunku lagi..tetapi 1987 inilah yang ‘menjahanamkan’ UMNO sehingga diharamkan. Sejak itu..team-team dan kelompok mula tumbuh melata dalam UMNO..memperjuangkan politik peribadi pemimpin tertentu…apa yang lebih dahsyat, Politik wang dan adu domba berleluasa…”yang penting kuasa. Dong”.kata orang Indonesia.Tokoh-tokoh sekarang yang masih mendiami UMNO adalah tokoh yang pernah ‘hidup’ berpuak-puak dan berkelompok. Rais Yatim, Sabri chek, Zahid Hamidi,Tan Sri Muhyiddin yassin, hatta PM Datuk Najib pun pernah melaluinya.


Justeru itu..budaya dalam UMNO ini sukar dipisahkan…pemecatan DSAI juga bukan membawa kebaikan kesihatan kepada UMNO, malahan menjadikan UMNO tambah berisiko menghidap penyakit kronik…Hingga kini..ramai lagi rakan dan taulan DSAI yang masih duduk diam dalam UMNO..sukar diramalkan..sama ada sebagai ‘mata-mata’ atau memang sudah melupakan DSAI…inilah yang menjadikan UMNO tidak sepopular seperti 40 tahun yang lalu. Rakyat mula sedar bahawa ‘badan’ UMNO sudah dijangkiti ‘panau’ yang sukar diubati.Maka bagaimana kata mereka pemimpin dalam UMNO merawat ‘panau’ rakyat, kalau mereka sendiripun menghidap penyakit yang sama,malahan lebih teruk lagi. Nah kan “A sound mind in a sound body”..Akibatnya UMNO /BN terus ditolak oleh rakyat sejak PRU-12 yang lepas..biarpun sudah banyak PRK diadakan selepas itu.

Penyakit UMNO juga dihidapi sama oleh MCA..mulanya peralihan kuasa yang berlaku dalam kepimpinan MCA di era Dt.Seri Liong sik..nampak berhemah..tetapi juga sudah mula berpuak-puak dalam parti terbesar dan tertua kaum Cina itu..satu generasi kepimpinan, wabak kudis mula Nampak..akhirnya..kini “kudis dan panau” bertambah parah dan bernanah. Pemecatan Datuk Chua Soi Lek dua hari yang lepas..juga malapetaka kepada MCA. Skandal Presidennya Ong Tee Kiat berkenaan penerimaan wang 10 juta daripada BN parlimen Bintulu…tambah memporakperandakan kepimpinan MCA..Rakyat menjadi ‘hakim’ yang telus…MCA mula ditolak..dan apa yang peliknya seperti juga UMNO tidak ada usaha merawat MCA. Malang sekali…

MIC juga masih menjadi hero kaum india dengan Dinasti Monarki yang mampu bertahan lebih 30 tahun…Datuk Samy Vellu..masih bertenaga menyusun orang-orang pilihannya dalam MIC, untuk siapa..? dan Untuk apa..? suatu ketika dulu MIC juga bergolak dengan perebutan kuasa peringkat tertinggi..sehingga Samy Velu beberapa kali dicabar tetapi ada saja yang tak kena..seolah-olah ada kuasa mistik yang melindungi pemimpin paling lama menerajui sebuah parti politik itu. Terbaru..Samy Vellu memutuskan hubungan kekeluargaan politiknya dengan datuk S. Sothinathan kerana dikatakan engkar kepada titah perintahnya supaya menyokong penyandang jawatan Tim. Presiden G. Palanival. Sebaliknya datuk S.Sothinathan bertindak merebut jawatan Tim.Presiden….Bercelaru dan berkecamuk parti MIC, selagi Samy Vellu tidak berundur dengan rela dan melepaskan kepimpinan kepada pelapis pemimpin MIC dan membiarkan mereka sendiri yang mencorakkannya..

Parti-parti lain dalam BN turut bermasalah. PPP berpecah kepada dua kelompok besar..Datuk T.Murugiah dipecat kerana dikatakan merancang komplot menjatuhkan presiden Datuk M. keyveas..GERAKAN juga masih dirundung krisis kepimpinan yang sukar dirungkai..nyatanya BN semacam “Body” yang tidak mampu melahirkan minda yang baik dan bernas.

Di peringkat PAKATAN , juga mula dihinggapi penyakit..cumanya..penyakit itu baru bermula dan masih diperingkat awal…DSAI kadang-kadang menjadi “bidan’ untuk merawat DAP yang masih ‘berpantang’ daripada perbuatan PAS. Dalam sesetengah hal…DSAI pula menjadi “Mertua” yang menasihati PAS supaya menjaga hubungan “kahwin mutaah’ dengan DAP. Lagi-lagi DSAI menjadi “menantu” kepada DAP dan PAS, hingga PKR meenjadi buah hati, pengarang jantung kepada PAKATAN RAKYAT. Banyak juga isu-isu yang menimpa PR. Di Kedah silih berganti dari kes Kandang Babi, hingga kepada hilang kepercayaan kepada pemimpin. DAP keluar PAKATAN, Kini YB PKR keluar menjadi calon bebas. Ada sudah tanda-tanda kudis akan bernanah..tetapi boleh dirawat. Di Selangor juga berlaku perkara yang sama…Kes araknya..penggunaan wang Baitulmal, hingga kepada penyelewangan peruntukan kerajaan tempatan..Kes “lompat dan bunuh diri” masih menghantui PAKATAN Selangor. Di Pulau Pinang..juga tidak terlepas..Kuarinya, Kg.Palanya dan macam-macam lagi.


Tetapi kenapa Rakyat masih memilih Pakatan dalam beberapa PRK yang lalu…bagi saya kerana penyakit Pakatan tidak seteruk penyakit BN..dalam banyak hal..penyakit Pakatan dapat dirawat..sebaliknya BN bertambah parah..Maka rakyat berpendapat.,…daripada memilih’body’ yang menghidap selesema babi bagus pilih ‘body’ yang hanya menghidap selesema burung…confrm ada vaksinnya...