Benarkah USBO tidak mendapat restu Musa Aman..? Benarkah USBO adalah bayangan sebuah parti baru di sabah..? Benarkah USBO adalah semangat yang lahir dari parti USNO..? Benarkah USBO digunakan untuk menakutkan Musa Aman..? Atau soalan terakhirnya, benarkah USBO hanya sebuah pertubuhan social dan budaya semata-mata..?
Itulah antara beberapa persoalan yang menjadi “buletin utama” di kampung-kampung atau desa seluruh Sabah. Dari cerita orang politik di Pantai Barat, hingga cerita orang Bajau di pantai Timur, juga menjadi ‘edisi khas’ orang Bugis di Tawau dan orang Timur di Sandakan dan keningau. Begitu kuatnya ‘dongengan politik’ini. Kalau di lihat dari saf kepimpinan USBO, maka tidak syak lagi, pemimpinnya ialah mereka-mereka yang tidak ‘tercalon’ pada PRU-12. Angkara siapa..? bukan lagi rahsia, bahkan semua orang sudah mengetahuinya…MUSA AMAN tidak memilih para pemimpin USBO ini untuk di selection sebagai ‘calon’ wakil rakyat di tempat masing-masing. Terkecuali Datuk Shafie Afdal..yang lebih dulu ‘afdhal’ di Semenanjung. Seorang tokoh yang dilihat mempunyai kaitan rapat dengan pimpinan Kuala Lumpur. Mahu atau tidak, suka atau sebaliknya, MUSA AMAN memilih Shafie Afdal menjadi calon di Parlimen Semporna.
Di Kota Belud, Parlimen nya diberikan kepada Datuk Rahman Dahlan, orang Tuaran yang sesetengah pendapat mengatakan bahawa Datuk Rahman ditolak dari kepimpinan Tuaran. Datuk Salleh tidak dipilih sebagai calon parlimen mahupun DUN. Begitu juga Tan Sri Pandikar turut tidak dicalonkan Dalam PRU-12 yang lalu. Apakah factor kepada ketidak pemilihan mereka ini?. Walhal seperti kata Halik Zaman, bahawa tokoh-tokoh inilah yang antara lain penyumbang kepada kemenangan bergaya UMNO/BN di Sabah pada PRU-12. Apakah kerana ‘kegagalan’ para pemimpin ini di kawasan yang mereka wakili sebelum ini..? atau ada sebab peribadi yang tersembunyi..? atau juga kerana pengaruh para pemimpin ini yang dilihat lebih sudu dari kuah..? begitulah resam politik, keputusan hari ini, belum tentu menjadi dasar besok hari… begitu juga Datuk Amir Kahar turut ‘dicatur’ politiknya..
Kini, apabila USBO digerakkan, oleh tokoh-tokoh dari golongan suku bumiputera Islam ini..MUSA AMAN mula duduk beralas kaca, bila-bila masa akan pecah..begitu kata orang politik. Betulkah? Atau dengan USBO, MUSA AMAN makin kenal musuh politiknya?..Sejak dulu lagi, dalam scenario politik Sabah, Bumiputera Kadazan Dusun Murut (KDM) dan Bumiputera Islam (Bajau dll ) yang kini disinonimkan dengan USBO mendominasi kepimpinan Sabah. Terkecuali Datuk Hariss Salleh dan MUSA AMAN yang diistilahkan oleh Halik Zaman sebagai menempel di Sibuga, Sandakan. Pemimpin Cina pun, hanya menjadi KM setelah berlakunya penggiliran jawatan itu. Maka, di manakah MUSA AMAN dalam kepimpinan USBO…? Kerana sebagai pertubuhan social ( Persatuan Bajau bersatu sabah ), sewajarnya USBO mendapat sokongan pemimpin negeri..Selebihnya saya serahkan kepada penilaian anda!!!
14 ulasan :
Salam Sdri Kelapa Mawar,
Sebagai mengimbang balik lawatan dan komen sdri dalam blog saya, maka saya akan cuba memberi analisis singkat yang berhubung kait dengan tajuk yang sdri utara kan. Apa-apa pun Thanks.
However, saya hanya sentuhkan benda-benda yang rasional dan andaian yang saya tahu. Dengan itu banyak persoalan sdri yang saya tidak mampu jawab atau huraikan.
Dalam blog saya, telah ulaskan bahawa USBO yang saya maksudkan ada lah gagasan rumpun yang ada hubung kait dengan kaum Bajau. Bukan hanya setakat persatuan USBO sapertimana yang sdri sangkakan.
Maksud nya arti kata ringkas yang melambangkan senarai-senarai suku kaum yang sewaktu dengan suku kaum Bajau.
Mohon maaf, Saya tidak mahu membuang masa untuk menghuraikan dengan lebih detail semata-semata untuk ‘validation’.
Sama ada kalian setuju atau pun tidak, kalian kena lah fikirkan sendiri, kerana itu bukan isu pokok.
Saperti yang KP huraikan ( mungkin saya akan post di blog saya) pada mula nya semua orang tahu, bahawa DSMA merasakan pemimpin politik yang ada kaitan dengan USBO ini ada lah musuh dalam selimut beliau.
Justru itu, beliau telah menidakkan kehadiran mereka-mereka ini dalam senarai untuk dicalunkan pada PRU12 lalu. Apa lagi bila mengingatkan hubungan rapat beliau dengan Pak Lah dan Khairy.
Hal saperti ini sungguh jelas tidak menyenangkan bukan sahaja pemimpin yang terlibat tetapi juga golongan elite USBO, termasuk saya dan lain-lain yang sewaktu dengan perjuangan saya.
Tetapi, apa nak di kate? Siapa lah kita kalau di banding dengan kuasa yang ada pada DSMA pada ketika itu.
Now, satu anjakan perubahan telah berlaku. Najib telah dinobatkan sebagai PM baru. Dengan itu, networking Pak Lah termasuk DSMA merasa goyah.
Apa lagi bilamana Najib lantik TSP sebagai Speaker Dewan Rakyat dan DSSK selaku Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah ( petanda kuasa mutlak DSMA di Sabah ‘ is running out’).
Menurut sumber, Najib melantik DSSK berdasarkan lapuran bahawa DSSK lebih disenangi oleh kebanyakan pemimpin BN dari DSMA.
Di samping itu, Najib telah mengambil perkiraan, bahawa DSMA akan melemahkan kekuatan BN Sabah kalau di biarkan sewenang-wenang mentadbir Sabah dengan beriktibarkan “Ala Tuju” yang tidak bertujuan..
Disamping itu, Najib lebih memikirkan betapa penting nya kemenangan BN di Sabah daripada kemenangan peribadi DSMA.. Kalau DSMA kalah, ini ada lah kecil dikira dari segi logistic kalau di bandingkan dengan kekalahan BN secara umum...kata nya.
Bagi saya pula, saya memikirkan USBO sebagai platform untuk semua, bukan setakat gelanggang permainan politik pemimpin yang sedia ada.
Apa lah berdosa atau bersalah saya pada bangsa dan agama, walau pun di lahir kan dari suku kaum Warisan USBO, tetapi dalam masa yang sama, saya tidak menyertai UMNO? Fikir-fikir kan lah,
Salam dan kalau ada salah, mohon maafkan
Salam.buat Kelapa Mawar.
USBO perlu lebih telus dan berkesedaran tinggi dalam membina kekuatannya andainya keadaan sudah terpaksa memerlukannya untuk membentuk sebuah parti politik.
USBO juga perlu jelas dengan halatujunya dan kepentingan serta gagasan penubuhannya. Perkara yg paling asas ialah penyatuan seluruh mesyarakat bajau di sabah. sebagai anak bajau,saya amat hairan dan terkejut apabila membaca satu komen dalam sebuah blog daripada fella bloggers yg begitu angkuh menyatakan bahawasanya hanya kaum sama kota belud sahaja bajau tulin dan asli di sabah dan bajau selainnya terutamanya pantai timur (semporna,kunak,L.datu) adalah kaum pendatang.
Andaian saya, sekiranya persepsi sebagini masih ada pada mesyarakat bajau di sabah USBO kena berfikir lebih jauh lagi sebelum meneruskan agenda mempolitikkan USBO. USBO mungkin gah pada sebilangan tokoh2 politik bajau tetapi tanpa dokongan semua kaum bajau yg bersatu akhirnya kaum bajau tetap terpinggir akibat kejahilan mereka.
USBO perlu mengerakkan agendanya dalam penyatuan ini bermula dari sekarang andainya tokoh2 politik bajau ingin melihat mesyarakat bajau ingin dipandang dan berkeupayaan dan tidak terus dipinggirkan.
USBO ada kekuatan, Musa Aman menyedari hakikat
ini. Tetapi USBO bukanlah ancaman kepada politik Musa Aman andainya kelemahan ini (penyatuan) gagal dihidu kepimpinan USBO.
Salam,
Benar Dtk Musa Aman tidak merestui USBO, USBO mungkin akan didaftarkan sebagai parti politik jika percaturan "ngam" ketika itu.70% semangat USBO lahir dari adik ipar sebelah bapa dia iaitu USNO..Dtk Musa Aman rasanya tidak takut dgn kehadiran USBO..tapi USBO hanya peng"GERTAK" Dtk Musa saja..USBO memang pertubuhan sosial tapi ada agenda disebaliknya....tapi ada sesetengah pemimpin dan pengikut fanatik dlm USBO menyifatkan USBO ini sebagai " JI SIN " atau dlm bahasa Azerbaijan " BOUYIK MEHEBET "..sekian jak la.
Salam Kelapa Mawar,
USBO adalah satu kesatuan suku kaum bumiputra yang ada dinegeri sabah. Pada pendapat saya ianya ditubuhkan semata-mata untuk menjaga kebajikan seluruh suku kaum yang menganggotinya. Walau bagaimanapun USBO digambarkan merupakan landasan kepada pemimpin yang dikecewakan oleh Musa Aman kerana rata-ratanya pemimpin persatuan ini diketepikan oleh Musa semasa PRU12, mereka tidak dipilih sebagai calun pilihanraya masa itu. Wal hal mereka ini masa itu, masih merupakan pemimpin yang masih berbisa, siapa? yang tidak kenal Datuk Salleh, Pandikar Amin, Datu Amir Kahar dan lain-lain lagi.
Secara teorinya, jika Musa memberi peluang kepada mereka, ditakuti akan berlaku seperti yang berlaku di Negeri Perlis. Wakil rakyat sendiri yang berpakat memilih Ketua Menteri, tanpa mendengar saranan kerajaan Pusat. Jika dilihat dari segi lojiknya, mana? ada jalan seorang yang tidak tahu keturunannya diangkat menjadi Ketua Menteri, kemudian menjadi leader kepada golongan mejoriti. Dari segi demokrasi ianya tidak adil, dan menidakkan golongan mejoriti. Justeru itu USBO ditubuhkan lebih mengambarkan sebagai satu kesatuan yang menuntut supaya Ketua Menteri itu biarlah dikalangan golongan mejoriti dalam suku kaum yang menjadi ahli UMNO, pendek kata orang Bajau. Dari segi pengaruh, Musa Aman bukan lah seorang yang amat berpengaruh di Sabah, sehingga setanding dengan TUN MUSTAPAH. Justeru itu Kuala Lumpur seharusnya memandang berat perkara ini, jika ingin melihat UMNO atau BN masih berkuasa di Sabah. Kalau tidak, rakyat sabah akan memberi undinya kepada PR semasa PRU13 nanti. Wasalam
Salam sdr solymone..
Pertamanya thanks kerana memberi idea yang cukup bernas pada pandangan saya..
Biarpun begitu, dalam tulisan sdr ada menyentuh tentang USBO yg dilihat dari dimensi berbeza..lebih kepada rumpun suku dan budaya, namun diakhirnya sdr juga membicarakan tentang sejarah kepimpinan di sabah yang disifatkan sebagai di dominan oleh suku KDM dan USBO ( Rumpun sebangsa)..
Barangkali sebagai AJK, sdr masih terikat dgn pandangan pertubuhan,dan sebagai pemerhati politik tempatan sdr juga mempunyai kebebasan mutlak utk memperkatakan perihal politik di sabah. Satu situasi yang berbeza dan memerlukan kebijaksanaan..dan itu sdr telah membuktikannya..Tahniah!..
Dalam penulisan saya ini, saya mengecilkan konteks USBO sebagai serumpun budaya bangsa, sebaliknya meluaskan skop USBO kepada ruang kepolitikkan..kerana penglibatan tokoh2 politik telah mewarnai USBO itu sendiri..maka sebagai rakyat biasa, kita melihat isu ini secara timbang tara..melabelkan USBO sebagai pertubuhan sosial atau melihat dari kaca mata politik.Justeru saya mengambil jalan yang demikian...melihat USBO dan kaitannya dengan landskap politik di Sabah.
Ma kasih dengan pandangan sdr itu dan saya amat-amat menghargainya. Ulasan sdr saya jadikan sebagai responde utama saya. TQ.
salam...
USBO...satu nama yang cukup penting ketika ini...pada saya, USBO batu loncatan oleh pemimpin-pemimpin yang rakus...sombong...rasuah..egoistik...logistik...itik...macam2 lagi tik..nya...untuk mencapai hajat dan kesinambungan kuasa mereka...Mungkin ya mungkin kelompok ini ingat IZrail tak kan datang menjemput mereka.....berbuat baik lah...cukuplah kebencian masyarakat pada mereka-mereka ini...jangan gila kuasa sangat...
Semua ulasan rakan-rakan bloger yakin pasti ada udang disebalik mee di kedai keling....IRanun bajau juga ke...? Dalam buku saudara Asree Bajau suku lain dan Iranun suku lain... USBO apa nama melayunya....???
Soal Musa suka atau tidak...itulah dunia politik, dulu masa salleh jd Ketua menteri sama sahaja....yang hidup kroni2nya....Saya yakin pru13 pasti satu kejutan pasti berlaku di sabah...tanyalah Intelagent politik masing2... Kota Belud...salah percaturan pasti ada kejutan...tunggu dan lihat sahaja...
Salam kembali anak bajau semporna.
Ma kasih dengan kunjungan dan pandangan sdr..dan saya merasakan yang demikian juga. langkah menjadikan USBO sebagai sebuah parti politik adalah langkah kecemasan yang sangat terdesak..sekarang USBO masih sebuah pertubuhan sosial dan budaya...cuma itu!..namun melihat bahawa USBO sebagai wadah penyatuan adalah sangat-sangat relevan.
Keunikkan Sabah ialah kerana kepelbagaian etnik dan budaya dan ini memerlukan satu wadah, saya melihat buat masa ini USBO boleh dijadikan landasan, cumanya penglibatan tokoh-tokoh politik dalam kepimpinan USBO secara seluruhnya, akan merosakkan landasan itu..terutama dalam pandangan dunia golongan belia pelbagai suku dan budaya ini..
Krisis tuduhan sama ada pendatang dan asli seperti sdr nyatakan seharusnya tidak lagi timbul..dan kalau ada pun, harus dikikis secepat mungkin..kerana dalam USBO, saya difahamkan semua pertubuhan yang bernaung dibawahnya adalah sama rata...namun kita harus sedari bahawa penyatuan bangsa bukan sesuatu yang mudah...malahan perlu banyak kedewasaan..
Salam sdr rojokobog..
Ma kasih dengan pandangan sdr..dan seperti yg saya utarakan bahawa USBO dipergunakan utk kepentingan politik bukannya tujuan utk penyatuan ummah..bersandarkan kepada pandangan dunia golongan belia yang berada atas pagar politik di sabah.
Namun yang dem,ikian mengganggap bahawa USBO adalah Ji Sin seperti yg sdr katakan adalah anggapan pribadi..dan tidak mendasari perjuangan USBO. harus diingat tanggapan bahawa USBO adalah malaikat penyelamat kepada golongan politik adalah satu tanda kehancuran USBO. Thanks.
salam...
TSPA, DSSK,DHMJ, DRD,DJ...udah-udah lah tu, simpan lah impian kalian semua tu...jangan tamak kuasa sangat...merana diri nanti...
Berkurang kerusi UBN kat sabah nanti salah kalian lah...pemimpin UMNO khususnya dan khasnya di Kota Belud semuanya perasuah...gila kuasa...sombong gila babi....Masyarakat sengsara...TSPA dan DSSk...berikan sumbangan kalian dalam membantu bangsa kamu...mana dia????
salamsdr Abu..
satu pandangan yang bersandarkan kepada realiti politik semasa..Tahniah!..
Bairpun begitu, dalam politik pertimbangan hari inibukan sebagai dasar nkeputusan hari..kerana secara tersuratnya USBO punya agenda menyatukan suku bumiputera Islam di sabah...namun tersiratnya ialah menjaga kepentingan politik golongan tertentu..
katakanlah jika USBO dijadikan parti politik dan ditakdirkan memenangi PRU-13, siapakah yang patut menjadi KM ?...
dan kalau andaian bahawa MUSA Aman tidak berpengaruh...berbanding dgn pemimpin USBO yg lain...Bagaimanakah datuk Shafie Afdal berjaya menjadi Naib Presiden UMNO?..
thanks..
Salam sdr renggit..
Kunjungan sdr juga dihargai seperti blogger yg lain. Ma kasih dengan pandangan 'panas' sdr..
Senario politik di semenanjung tidak sama dgn di Sabah. Di KL, politk bangsa mendominasi landskap politik. Di Sabah ruangnya lebih kecil ,politik kesukuan kurang berjaya, mesti ada kerjasama dan pertalian dengan suku-suku lain..dan inilahnyg difikirkan oleh USBO...
menyatukan suku lain dengan satu wadah perjuangan politik golongan tertentu.
Mungkinkah satu perubahan dan transforamsi politik berlaku di Sabah pada PRU-13, seperti yang sdr katakan...secara dasarnya saya mengiyakan itu...dan Kota Belud juga bakal ditransformasikan terutama dengan kehadiran pemimpin luar. kita akan saksikan tranformasi itu....
salam sdr Kapuos..
ma kasih dengan pandangan emosi sdr itu..
saya rasa, dalam dunia politik, pertimbangan dan percaturan secara lebih kritis diperlukan untuk melakukan satu trnformasi bergaya yang dikatakan oleh datuk Najib. Dan itu akan berjaya jika pemimpin juga turut berubah,,,thanks..
Didoakan semuga kita menjadi umat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T akal, ilmu dan iman yang mampu memandu kita dalam merungkai permasalahan sosio-ekonomi dan politik ummat keseluruhannya.
salam sdr MSG..
Ma kasih dengan doa dan kunjungan sdr. Semoga harapan itu menjadi kenyataan.
Post a Comment