Wednesday, August 5, 2009


Biarpun Suku kaum bajau di KB, merupakan suku kedua terbanyak selepas suku kaum Dusun/Kadazan, yang mendiami daerah Pantai barat ini, namun suku Kaum bajau di Kota Belud sudah lama melakar sejarah politiknya. TUN SAID KERUAK, adalah antara tokoh dari suku ini yang Berjaya menyandang jawatan Tuan Yang terutama negeri Sabah. Anaknya Datuk Salleh Tun Said juga pernah menjawat jawatan tertinggi , Ketua Menteri Sabah, selain daripada beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Perbincangan kali ini lebih tertumpu kepada prosesisasi dan urbanisasi suku kaum bajau dalam dunia politik di daerah KB serta natijahnya kepad parti berkenaan.

Biarpun suku kaum Dusun/ Kadazan majority di KB, namun daerah ini lebih diikenali sebagai daerah Bajau kerana suku kaum ini ternyata lebih menonjol dari aspek kepimpinan dan kebudayaan. Biarpun begitu, kuasa politik ‘bajau’ dilihat masih diimbangi oleh politik suku kaum Iranun yang hamper-hampir mempunyai budaya yang sama. Kesamaan dari segi agama dan nilai hidup, itu yang mungkin membolehkan dua suku ini bergerak dalam satu aliran mazhab fahaman politik yang sama. Sebab itu sebut saja..UMNO di KB..sinonimnya adalah ‘Bajau”..

Kuasa politik suku kaum Bajau di KB, menyaksikan beberapa orang pemimpin dari suku ini mendominasi UMNO bahagian KB. Datuk Salleh Tun Said, Hj. Musbah Jamli, Japlin Akim, kemudian tokoh baru orang Tuaran, Sdr.Rahman Dahlan..juga adalah dari suku kaum bajau.dan banyak lagi yang masih mencari tapak untuk mendirikan teratak politik peribadi mereka. Antara tokoh yang baru sahaja memenangi pemilihan wakil 7, ialah SDR Serin Dan SDR Idris Nanti yang dikatakan orang kuat DSSK. Akhirnya kita lihat UMNO KB seakan-akan di ‘Bajau’kan, sehingga amat sukar dipecahkan tradisi kepimpinan UMNO KB itu daripada jatuh ke tangan suku kaum lain.

Sekalipun Dua tokoh pemimpin Bajau iaitu DSSK dan Dt. Hj. Musbah sebagai tidak sependapat dan sealiran sehingga bahagain UMNO dikatakan terbahagi kepada beberapa team-team tertentu mengikut kecenderungan kepada pemimpin terbabit, namun ia masih lagi memberikan kekuatan moral kepada suku kaum bajau di Kb ini. DSSK bukan sahaja Berjaya merampas ketua bahagian UMNO KB dengan penuh tragis tetapi juga dikatakan banyak menimbulkan idea-idea perpecahan di kalangan kaum Bajau di KB. Hj. Musbah dicop sebagai orang MUSA AMAN yang turut menyusun strategi menjahanamkan DSSK dan konco-konconya daripada UMNO KB. Sama ada benar atau tidak…sukar untuk kita membahaskannya, kerana permainan politik bukannya seperti permainan Bowrling atau kriket.Apa yang nyata, DSSK sekali lagi diterima perwakilan sehingga mampu menjadi ketua bahagian UMNO KB sekali lagi.

Natijah daripada itu ialah orang-orang kuat DSSK kembali aktif dalam parti UMNO KB. SDR SERIN dan IDRIS NANTI adalah antara tokoh yang dikaitkan secara rapat dengan DSSK. Kemenangan orang-prang ini dalam pemilihan wakil G7 baru-baru ini sekali lagi menjadi buat mulutmasyarakat Kota Belud. Namun yang demikian, ada lagi yang paling mengejutkan iaitu apabila Orang Cina yang diistilahkan oleh Dayang Wulan sebagai “bukan teras’ dalam UMNO juga turut mendapat tempat. Selain daripada kerana kekuatan sampul berkepala raja…kerapatan dengan DSSK juga antara faktornya. Akibat secara langsung dari kemenangan seorang"cina" ini ialah UMNO KB seakan turut di "Cina "kan selain selama ini di " Bajau "kan.


Kalau kesan penjajahan Portugis di Melaka,melahirkan golongan BABA NONYA..mungkin UMNO di Kota Belud pula…mewujudkan golongan BANA ( BA = BAjau, NA = ciNA). Dan kalau dalam bahasa Bajau KB, BANA membawa maksud BENAR/BETUL.

35 ulasan :

SI RENGIT said...

salam...

Semua nie salah TSPA juga...dia yang timbulkan masalah ini pd kaum iranun...macam saduara kata lah...

DEPU-DEPU said...

Salam sdri kelapa Mawar..

Makin hari makin panasssss tulisan sdriii..banyak idea politik KB yang sdrii utarakan..Sekarang pula BANA...betul jugak kata orang bajau di kB..Bana Tik,,,, semoga banyak lgi isu politik yg dapat sdriii utarkan...tahniah

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Penelitian saudara dalam politik KB masi terlalu cetek. Apa yang saudara cakap merupakan sesuatu yang tidak berasas. Saudara kena mengkaji mendalam dan kena resis tentang politik KB sebelum membuat ulasan. Jangan menampakan kelemahan saudara. saudara terlalu dikuasai emosi, buat resis yang seimbang baru dikira orang yang matang.

kelapa mawar said...

Salam sdr renggit..

Tepuk dada tanyalah mereka?...Ma kasih dgn pandangan sdr.

kelapa mawar said...

Salam sdr depu-depu..

Sekarang nie kan musim panasssss..berjerebu lagi...penulisan pun kenalah panasssss..

ma kasih dgn sokongan sdr....

kelapa mawar said...

Salam kembali abu..

Kalau cetek, kita tunggulah time air pasang..boleh pi memancing..

Unknown said...

Salam kelapa,

Perkataan cetek, bukan ditunjukan kepada dalam atau tidak air, tetapi cetek yang dimaksudkan pengetahun saudara tentang politik belum meluas lagi, banyak perkara yang saudara belum tahu.Cetek lebih kurang bentuk metafora bagi menggambarkan sesuatu perkara, ianya bentuk perlambangan yang memerlukan penafsiran yang bijak dan matang dan bukan sembarangan.

Salam.

Unknown said...

salam KP, sebijakmana sekalipun seorang penulis mengolah dan memilih perkataan atau menyusun bait-bait ayat, jika fakta tidak tepat maka tulisan dan analisa itu menjadi dangkal, tawar dan cetek (ayat sdra Abu).


Dikalangan pembaca yg juga pengetahuannya dangkal maka tulisan itu dianggap menarik kerana cara persembahan dan ayat-ayat bombastik yang digunakan.

Saya ambil contoh Serin dan Idris nanti sebagai orang DSSK. Serin asalnya orang kuat datuk musbah. tapi sebagai businessman yang opportunis dan ambitious dalam politik musbah di abandoned setelah Musbah kalah jawatan Ketua UMNO.

Dia mula cium tangan DSSK. tetapi DSSK bukan kecil anak dalam politik. maka DSSK kata pada serin kalau mau kerusi Tempasuk, mestilah popular. Maka Serin yang kaya raya itu belanja 50k untuk menang G7.

Idris orang kuat Dato Rahman Dahlan bukan DSSK. Dia pegawai Perhubungan Parlimen dan tidak pernah sebulu dgn DSSK. mana lah kepala mawar dapat info ini?

Bajau pula adalah backbone USNO maka setelah USNO bubar diganti UMNO maka secara langsung Bajau menjadi backbone dalam UMNO. bukan soal siapa majoriti kerana memang dari dulu KDM adalah penyokong BERJAYA dan selepas itu PBS. Manakala Irranun pula tidak selalunya sekapal dengan BAJAU dalam politik.

ada PEKEMAS, AKAR, BERSIH dan terakhir ramai Irranun menyokong PAS.

kelapa mawar said...

Salam sdr Musli..

Melabelkan seseorg sebagai cetek dan dangkal hanya berdasarkan kepada anlisis politik semasa adalah tidak adil rasanya. Kerana Politik bukan suatu fakta yang diperolehi berdasarkan kajian saintifik, sebaliknya situasi politik adalah sesuatu yang sentiasa berubah-ubah mengikuti persepsi dan pemerhatian sesorang..

Saya masih ingat lagi ketika saya menulis tentag USBO, Sdr Musli juga mempersoalkan kerana kononnya fakta saya tidak benar dan Up to date..apa yang terjadi..akhirnya sdr Musli memohon maaf atas kesilapannya sendiri yg tidak mengikuti perkembangan semasa..sedangkan sdr Musli adalah AJK USBO. amat malang sekali AJK tidak tahu Tim. Presidennya..?

sekarang bila saya menulis tentang politik suku kaum bajau dan UMNO kB...Sdr Musli juga melenting...dan mempersoalkan pandangan politik saya sebagai pemerhati dan penganalisis politik tempatan. agak menghairankan keranasebagai seorang penulis yang mewar-warkan dirinya sebagai satu-satunya penulis sabah yang membicarakan persoalan politik nasional...buta dan kuno dgn perkembangan politik daerahnya sendiri..mungkin kerana terlalu mengembara keluar sehingga lupa kepada kritikan politik daerah kelahirannya.

Pandangan politik sdr Musli ternyata hanya bersifat peribadi tidak melihat secara dalaman...Saya hanya penulis blog sepenuh masa..perbezaan kita ialah sdr penulis buku yang mengampu....Saya tidak ada apa-apa hanya Master dalam Sains Politik UPM, Junior setahun daripada DSSK...

saya cadangkan sdr Musli buat buku mengenai UMNO KB...

Maruf Ismail said...

Salam,

Sebenarnya Kelapa Mawar ni seorang penulis yang baik dan berani mendedahkan sesuatu perkara.
Saya cadangkan agar Kelapa Mawar menggunakan gambar dan nama yang sebenar dalam profile kamu.
T.Q

Ajin b. Gagah said...

Salam Adik kelapa Mawar,
Saya perhatikan blog antara benua saya, Solymone Blog telah di 'highlighted' kan di sini. Thanks.

However, boleh lekatkan Blog "SUARA BEBAS TUARAN' disini kah? rasa nya ia lebih 'releven'. Itu pun, kalau ia nya bukan jadi gangguan...

Perbahasan pendapat dengan sdra Musli, amat menarik, kalau boleh sila teruskan. Dengan itu dapat juga kami kongsi pandangan dari 'Master ke Master '.
Solute

Seliu Liu said...

Sudah tiba masanya kita melahirkan pemimpin untuk semua kaum, bukan kaum sendiri seperti Pairin Kitingan, biarpun Huguon Siou KDM, beliau adalah pemimpin pelbagai kaum dalam PBS dan kejayaannya menjadi CM bukan kerana kaumnya semata-mata.
Begitu juga Tun Mustapha yang kita sayangi dan segani. Mana ada Suluk @ rumpun Bajau kata Usbo di Limbawang.
Usukan didominasi orang Bajau tapi kami boleh menerima Pandikar Amin pada pilihan raya kecil kalau tak silap saya pada 1982 dengan mengorbankan pemimpin masa depan dalam pembikinan ketika itu, Salleh Said Keruak.
Di Tempasuk tanpa undi Bajau Robert Minggir dan Pandikar tidak akan menang.
Maaf saya bukan mengampu SSK sebaliknya mahu mempertahankan fakta.
Tun Mustapha menangis di Kampung Labuan memohon sokong calon USNO pada pilihan raya kecil itu (1982) ketika penyokong Berjaya sudah mahu menyambut kemenangan mereka menawan kubu USNO..

Unknown said...

salam kelapa mawar kerana ada master political sc..mana satu buku saya mengampu saya pun tidak tahu. tapi kalau fakta politik semasa mengenai siapa serin sudah dan idris nanti dah tak betul, macamana pula saya nak kata setuju dengan analisa kelapa mawar walaupun kelapa mawar ada Phd dalam politik.

tentang USBO betullah saya silap kerana mendedahkan maklumat yg belum di umum secara rasmi perubahan dalam barisan USBO sebab itu saya minta maaf. fakta saya betul cuma prosedur mesti presiden yang umum.

saya setuju dengan maruf ismail kenapa ada rasa inferiority complex dan takut mendedahkan identiti. siapa ya ada Msc political sc? tak kenal? kita pun tak tahu siapa. Senanglah boleh baling batu dan sembunyi tangan...orang ada master degree jgnlah buat perangai begitu.

Unknown said...

Salam Untuk Tatapan Semua,

Sesuatu yang susah itu ialah mengakui kesalahan yang dilakukan sendiri. Tetapi perkara yang mudah dilakukan ialah apabila menuduh orang lain melakukan kesalahan. Antara yang membuat ulasan terimalah kelemahan masing-masing. Tiada yang rugi menerima fakta yang benar. Saudara Musli bercakap benar, Serin bukanlah orang DSSK seperti yang dikatakan KM, dia pandai bermuka-muka dgn Dt Musbah dan DSSK. Ibarat talam dua muka tiada pendirian. Manakala si Idris, siapa tidak tahu pegawai perhubungan Parlimen Datuk Rahman. Dia bukan orang DSSK seperti yang disangkakan. Terimalah hakikat bahawa sikap menuduh antara satu sama lain bukan lah jalan penyelesaian sesuatu perkara. Renung-renungkan lah.

Wasalam.

rojokobog said...

Salam semua,
Walau pun KM menyatakan politik Kota Belud didominasikan oleh Bajau, adakah itu satu perkara yg betul 100%, Si Rengit menyalahkan TSP?? tapi apa yg nyata habuan pembangunan terus dinikmati oleh semua kaum di Kota Belud, ini adalah kenyataan dan hakikat yg harus kita terima bersama...pada pendapat saya , siapa pun yg memegang teraju kepimpinan UMNO, Ahli Parlimen, ADUN di Kota Belud apa yg paling penting ialah agihan pembangunan hendaklah di buat dgn adil dan saksama, agar semua kaum dapat menikmati ekenomi yg stabil demi masa depan bersama..bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

Seliu Liu said...

Saudara Kelapa Mawar, saya mahu menganalisis secara positif... pilihan raya umum 2008 adalah bukti kemenangan calon BN berbangsa Bajau tidak dipengaruhi undi etnik Iranun.
Semua kawasan Iranun di KB BN tewas baik DUN mahu pun Parlimen.
Malah NGO's Iranun seperti Pagisa secara terang-terangan mahu masyarakat Iranun mengundi calon dari kaum mereka di DUN Tempasuk.
Begitu juga media yang ada anak Iranun bertugas, saban hari menemuramah pemimpin tertentu yang mempertikaikan pemilihan orang Bajau bertanding di Tempasuk.
Adakah ini bertepatan dengan kenyataan kuasa politik ‘Bajau’ dilihat masih diimbangi oleh politik suku kaum Iranun yang hamper-hampir mempunyai budaya yang sama.
Ini bukan kali pertama berlaku, di Usukan misalnya ketika masyarakat Bajau teguh berjuang bersama Usno tokoh Iranun menyebelahi atau menjadi calon Berjaya, PEKEMAS, AKAR, BERSIH dan PBS.
Antara mereka adalah Raskan Asing, Madri Akong dan Jabar Khan.
Bajau sentiasa berjuang bersendirian dan seperti dalam kenyataan saya sebelum ini, orang Bajau tetap menyokong Pandikar dalam pilihan raya kecil atas faktor USNO.
Dalam pilihan raya umum 1990 pula calon Usno di Tempasuk, Musbah Jamli terpaksa mengharapkan undi Bajau kerana Iranun bersama Pandikar dalam Akar, kesannya bertepatan status Bajau kedua terbesar di Tempasuk ketika itu, Musbah hanya tewas dengan majoriti kecil (di tangga kedua).
Pada pilihan raya umum 1994, kesilapan percaturan PBS sehingga mewujudkan calon Bebas dari kalangan Kadazandusun membolehkan BN diwakili Pandikar menang.
Tanpa undi Bajau.... bolehkah pemimpin agung Iranun itu menang.
Ini berbeza dengan pilihan raya lalu, apabila kemenangan Musbah dipengaruhi undi Bajau dan KDM.
Soal kemenangan calon berbangsa Cina sebagai G7 kononnya mendapat sokongan Bajau itu adalah lumrah dan bukan kali pertama berlaku.
Mungkin saudara Kelapa Mawar tidak tahun nun di atas sebuah bukit menuju ke Pirasan ada sebuah keluarga Cina penyokong kuat Usno dan sekarang Umno.
Apa juga guna Cina bekas ahli Akar dibolehkan masuk Umno jika kita tidak membenarkan mereka menjadi G7.
Ada kekuatan orang yang disindir sinis kononnya kacukan BANA itu yang perlu dikaji sama seperti kekuatan Awadnir Matanggal dan saudara saya Awang Samad (emak kami bersepupu) sehingga boleh bertahan dalam kepemimpinan Umno Kota Belud tanpa ada kekuatan akademik.
Mereka hanya memiliki kekuatan dari segi keterbukaan bersahabat dengan semua kaum tanpa mewar-warkan saya calon mewakili kaum saya.
Marilah kita renungkan semula kegagalan kaum sendiri tanpa menyalahkan kaum lain.

DEPU-DEPU said...

Salam sdri Kelapa Mawar..

Saya rasa pendapat SDR Azrone ini ada benarnya..kerana dalam politk selalu saya katakan penuh dengar m,isteri..

Walau bagaimanpun tahniah juga buat sdri..kerana pandangan dalam politik KB. Sekurang-kurangnya membuatkan kita berfikir semula...dimana kita?
Teruskan.

SI RENGIT said...

salam..KM..

Saya lihat komen rakan kita ini ada benarnya...cuma rojokobog nie mau kena gigit tau...Untuk pengetahuan saduara Rojokobog, TSP mesti bertggjwp atas kesilapan beliau didalam mengolah landskap politik suku iranun...Saya amat akui pembangunan memang berlaku di kota belud tetapi bercorak lembap dan banyak pembangunan yang seakan-akan tidak terancang...Saya sempitkan sedikit soal pembangunan..Apa pembangunan TSPA bawa ketika menjadi Menteri kerjaraya, pertanian untuk kaum Iranun???? Kalau bercakap besar dan temberang dialah orangnya...Sehingga menjawat jawatan skrg...projek untuk kaut untung dan harta adalah....fikirkan lah sendiri....

Soal Kepimpinan...jangan persoalkan dan pertikaikan hak dan kelebihan etnik lain...pada saya semua penting...soal menangis ke apa ke kita tidak tahu dalam hati masing-masing..Saudara azrone..dalam kita menganilsa senario politik kita menggunakan akal. mata dan hati untuk menilainya...setiap pandangan dan pendapat orang lain tidak semestinya kita setuju ... nah...begitu juga analisa saudara tidak semuanya kami setuju dan mempercayainya...lantaran itu pada saya idea dan Pendapat kelapa mawar saya lihat dan berpendapat ada kebenarnya...sila lihat sejarah kita....jangan melihat hanya selembar sejarah sahaja...lihatlah lembaran-lembaran yang lain...Siapa Bajau...Siapa Iranun..siapa KD dalam lankdskap politik KB....Bersikap bias dan tidak profesional dalam penilaian itulah masalah saudara musli dan azrone hadapi...

Tersentuh bab Bajau dah melenting sehingga bertindak seperti anak kecil...Saya agak kecewa dengan saudara berdua kerana banyak melakukan part-part yang hakikatnya bercanggah dengan keperibadian dan pengalaman hidup anda...

Apapun pada saya anda semua adalah yang terbaik...buat lah apa yang patut....takkan semua kita nak bolot...Analisa saya pula...semua pemimpin sekarang terutama di kota belud semua bangkai tidak bernyawa....semuanya tidak bermaruah...Iranun pilih PAS sebab parti ini perjuangkan ISLAM....Iranun sinonim dengn Perkembangan ISlam.....sassssssh...

kelapa mawar said...

Salam sdr maaruf..

Insyallah saya akan fikirkan idea sdr itu...ma kasih kerana berkunjung dan memberikan pandangan.

kelapa mawar said...

Salam Sdr Solymone..

Saya sebenarnya minat dengan blog antara benua sdr..tapi biasanya bila melawat blog itu, saya klik juga dgn blog suara bebas tuaran..dan ada beberapa kali saya buat ulasan..

Sdr adalah antara blogger yang saya tertunggu-tunggu ulasan dan pendapat sdr...kalau tidak keberatan harap sdr dapat memberiakan ulasan selalu di blog saya..

Ma kasih dengan pandangan itu..

kelapa mawar said...

Salam sdr Azrone..ma kasih dengan pandangan itu..
saya berpendapat bahawa senario politik sentiasa berubah-ubah mengikut persekitaran yang menghidupkan pelakon-pelakon politik itu. Sejarah Politik lampau, hanya tinggal sejarah...yang boleh dirjuk sekali-sekala, tetapi tidakboleh dijadikan teras dalam percaturan politik masa depan..kerana ppolitik seperti sdr depu-0depu katakan adalah perjuangan misteri yang memerlukan ketajaman minda dan percaturan...

POenerangan sdr dgn mempertikaikan bahawa Iranun dalah bukan pengimbang [politik bajau di KB..hanya bersandarkan kepada perkembangan politik silam yang berlakusedangkankita memperkatakan tentng politik masa depan... Apakah motif DSSK bersengkokol dgn TSP,Amir Kahar Tun Mustafa dalam USBO?..kalau bukan mewujudkan kembali persefahaman politik dan kerjasama peribadi ....

Siapakah yang menyelamatkan calon Pemuda UMNO kB dari pertandingan dgn SDR Tajul dari suku Iranun?....Kenapakah DSSK menang ketua bahagian UMNO mengalahkan HJ MUsbah (kwn TSP)..? Dimanakah pengaruh TSP dalam hal ini?..Kenapakah Hj Musbah tidak dibawa bersama dalam USBO ?

Itulah antara persoalan yang saya ingin sdr cari jawaban sendiri, selepas itu barulah sdr bersandarkan kepada sejarah politik masa lampau sdr...

kelapa mawar said...

Salam sdr Musli..

Aii sampai nak tahu sapa saya nie..

Beginilah sdr Musli..kita masing-masing ada prinsip!..Saya ada keluarkan post tentang buku sdr..Ulaslah...terangkan kepada blogger lain..

kelapa mawar said...

Salamsdr Abu..

dalam politik kita tidakboleh menuduh orang lain secara membuta tuli sahaja. Melihat luaran tidak semestinya mencerminkan dalaman. Sdr Serin yang sdr dan Musli katakan itu sebagai bermuka-muka juga hanya penilaian luaran dan pandsangan mata sdr berdua..sedangkan realiti dalam mengejar kuasa ialah sejauh mana sesorang politikus itu berjaya menyakinkan perwakilan bahawa dia adalah kroni kepada pemimpin lain...Itulah yg berlaku di KB. Sdr Serin dicap sebagai orang DSSK, sebab itulah tidak menang dlm G7. Sdr Idris pula yang dikatakan sebagai pegawai Parlimen Dt. ahman Dahlan juga..tidaksalah..tetap[i itu bukan menandakan bahawa dia bukan orang DSSK. Dalam politik macam-macam ada, mungkin saja Dt.R. Dahlan ada hubungan politik dgn DSSK. Itulah yang bertiup kencang semasa mesyuarat UMNO lepas..kemungkinan2 inilah yang menjadi percaturan para perwakilan.

Tgk sdr Musli yang tetap menganggap bahawa situasi politik adalah fakta yang hakiki...kalah dalam pertandingan G7 itu...sedangkan sebelum ini beliau menjadi perwakilan ke KL. Menysusun strategi politik kena banyak plan...jangan berpegang dgn pndpt sendiri...lihat dan banyakkan analisis..

kelapa mawar said...

Salam sdr abu..

ada kesilapan.."itulah yg berlaku di Kb,Sdr serin dicap sebagai Orang DSSK..sebab itulah dia menang G7...( Bukan ...sebab itulah tidak...)harap maklum.

kelapa mawar said...

Salam sdr rojokobog..

memang benar manifestasi daripada politik ialah pembangunan..tapi kalaupembangunan yang tidak mementingkan aspirasi rakyat dan hanya untuk kepentingan pemimpin buat apa..

Lihat projek jalan raya kota belud-Kudat..kesannya ialah kepada para petani..tanah sawah mereka terbiar..kerana tiada sistem saliran yang sempurna..siapa yang ambik tahu hal mereka? mana pemimpin yang meluluskan projek ini>

Sekarang ni sdr Rojokobog..daripada maklumat yg saya perolehi..banyak peruntukan pembangunan disalurakan di kawasan Kadamaian daripada Di tempasuk dan Usukan..nah sapa jawab benda ni?

kelapa mawar said...

Salam sdr depu-depu..

Tak kiralah sdr setuju dgn sdr azrone? Sdr Musli sdr tak setuju kah?

apa-apapun ma kasih kerana mengharagi penulisan saya yang sdr sifatkan sebagai membuatkan kita berfikir semula di mana kita....

kelapa mawar said...

Salam sdr renggit..

saya amat-amat bersetuju dengan pandangan sdr...semuanya, !!!! walau tanpa ada sebaris ayat pun...panassssss.....musim jerebu...lah..

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Pandangan saudara tentang politik mengambarkan saudara tidak konsisten dalam berpolitik. Politik yang sihat ialah politik yang real. Bah kata apa yang dikata itulah yang dikota. Kalau setakat hanya meyakinkan perwakilan kepada benda-benda yang tidak nyata ianya merupakan sesuatu penipuan. Tidak ubah seperti kata-kata pemimpin dahulu. Matlamat menghalalkan cara. Apa yang saya cakap masi releven serin memang berpura-pura baik dengan Musbah dan Dssk demi untuk mencapai matlamatnya. Perangai seperti ini saudara yahudi. Wasalam

Anonymous said...

Saya bukan bersandarkan fakta lama, G7 baru berlaku dan keputusannya adalah tradisi Umno. Apa yang berlaku dalam PRU Ke-12 juga adalah warisan keputusan pilihan raya masa silam yang akan dikenang sebagai persahabatan ternoda dek kepentingan antara dua kaum bersaudara yang sering bersengketa. Pengundi Bajau akan berhati-hati kerana takut jasa mereka tidak dikenang bila keadaan memerlukan. Jika mahu membina kerajaan masa depan, ia bermula hari ini, tapi jika hari ini kita bersengketa maka kerajaan masa depan itu juga akan porak poranda dan tidak mustahil menjadi hak orang lain.
Sengketa hari ini wujud akibat perbalahan masa lalu. Dan tindakan mencetuskan lagi propaganda kononnya Iranun adalah pengimbang politik Bajau pada masa depan hanya menyakiti masyarakat kami dan tidak akan membantu membentuk politik Islam yang kukuh pada masa depan.
Ia akan mencacatkan lagi perhubungan yang kita akui ada-ada saja penghalangnya dari dulu, kini dan selamanya... biarpun sudah ada usaha mendekatkannya menerusi Kahwin Campur.
Sebenarnya Serin Sudah dan Idris Nanti bukanlah orang baru dalam G7. Saudara saya Idris adalah calon yang tidak pernah kalah dalam pemilihan Umno baik sayap Pemuda sehingglah `Bapa' (AJK Bahagian). Ingin saya tegaskan orang Bajau sangat setia dalam perjuangan mereka dan saya percaya fakta lama ini akan kekal releven masa kini dan akan datang. Jawapan saya ya akan kekal.
Saudara mengatakan Cina di Bajau kan atau BANA adalah perkara baru sedangkan hubungan antara dua kaum itu sudah lama wujud contohnya peguam tersohor Sabah, Datuk Chau Chin Tang adalah anak angkat Haji Mohd Yassin Sinong di Kampung Labuan, Kota Belud manakala jutawan @ hartawan terkenal, Datuk Sari Nuar adalah anak angkat Datuk Nuar orang Kampung Taun Gusi. Uncle Tan pula adalah tauke Cina yang tabah memasarkan Parang Bajau masa kini kerana menghargai hubungan moyangnya dengan masyarakat Bajau pembuat parang di Siasai.
Anaknya Ivan juga ada idea tersendiri untuk memasarkan Parang Bajau pada masa depan. Ini namanya hubungan silam yang membawa kecemerlangan ke masa depan.
Keputusan PRU Ke-12 biarpun USBO sudah wujud menjadikan pemimpin Bajau berhati-hati kerana ia akan mencorakkan landskap politik masa depan. Apa yang berlaku hari ini adalah penentu survival masa depan sebagaimana BN belajar dari kesilapan mereka.

kelapa mawar said...

Salam sdr Abu..

Saya juga inginmembawa sdr menilai sdr Serin dari perspektif yg berbeza dari anggapan sdr...kerana dalam politk banyak demensi yg perlu dilihat...itu kebenarnnya..

kelapa mawar said...

salam sdr Azrone..

saya akui fakta sdr itu..namun maksud saya BANA itu ialah merujuk kepada senario terkini dalam UMNO KB. Dulu suku bajau dilihat mengetuai UMNO di KB. Sekarang dgn kemenangan "CINA" dlm perwakilan G7, ertinya, ada sudah tanda2 golongan ini diterima dalam UMNO. Di semenanjung, perkara ini tidak berlaku...

Kenapa CINA boleh menang, kenapa suku lain tidak? kalau ada percaturan baru dlm UMNO KB, menandakan bahawa CINA lama-kelamaan akan menguasai UMNO KB. Wujudlah BANA....

Seliu Liu said...

Sebelum ini pun ada orang Cina di KB yang jadi G7... itu bukan perkara baru... Akar sendiri yang menghalalkan Cina masuk Umno selepas parti itu dibubarkan.
Pada masa depan akan wujud hanya satu parti politik menggantikan komponen BN sekarang sejajar konsep 1Malaysia dan siapa yang bijak berpolitik maka merekalah berkuasa.
Kempen kesukuan seharusnya tidak dijadikan isu seperti dilakukan mereka yang menang G7.
Kenapa kita kata orang ayam mati sedangkan agama kita melarang menyamakan manusia dengan binatang.
Sepatutnya kita harus menganalisis kekuatan orang itu kalau mahu menewaskannya.
Saya ulangi, saudara saya Awadnir Matanggal (isterinya anak Arwah Yang Daduh adalah adik sepupu ayah saya - ibu ayah saya orang Dusun Kampung Rosok) diterima etnik Bajau, Iranun, Cina dan kaumnya kerana sikap toleransi yang tinggi tanpa ada prejudis terhadap kaum lain.
Kita harus belajar daripada orang yang tiada kelulusan tapi bijak berpolitik dan bergaul dengan kaum lain seperti beliau.

Seliu Liu said...

Berikut saya hantar kisah Cina Akar masuk Umno.
Document 65 of 163
Publication : BH
Edition : NA
Date : 29/05/2001
Page Number : 25
Headline : Akar dibubar, Umno menjalar
Words : 702
Byline : By Lichong Angkui
Column Name : Dari meja ketua biro
Text :


UMNO Sabah melakar sejarah apabila buat pertama kali membuka pintu
keahlian kepada orang Cina bekas ahli parti Angkatan Keadilan Rakyat
(Akar) yang dibubarkan minggu lalu.
Perkembangan ini adalah evolusi terbaru Umno di Sabah yang sentiasa
mengikut perkembangan dan kehendak masa, susulan daripada langkah awal
terdahulu menerima kemasukan Bumiputera bukan Islam - iaitu kalangan
masyarakat Kadazandusun/Murut.
Disifatkan sebagai proses pendewasaan Umno, langkah membuka pintu
keahlian kepada orang Cina bekas ahli Akar itu bagaimanapun tidak sunyi
daripada bermacam-macam konotasi sinis.
Ada yang bertanya apakah rasional di sebalik keputusan itu? Ada yang
mempersoalkan, apakah Umno kini sudah melupakan teras perjuangannya untuk
membela nasib bangsa Melayu dan agama Islam?
Malah ada yang lantang memperkatakan, Umno menjadikan Sabah sebagai
gelanggang eksperimen evolusinya semata-mata.
Namun semua persoalan itu sememangnya lumrah dalam sistem berpolitik dan
kepartian yang pelbagai di negara ini.
Bersambung...

Seliu Liu said...

Pembangkang akan mengata macam- macam terhadap parti pemerintah. Begitu juga dalam Umno sendiri. Yang
kecewa dan rasa tidak puas hati, pantas menganggap semua keputusan itu
tidak baik.
Yang pasti, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, tentu
mempunyai alasan tersendiri apabila membuat keputusan itu ketika
mengumumkan perisytiharan pembubaran Akar, antara parti komponen Barisan
Nasional (BN) tertua di Sabah, di Kota Kinabalu pada 20 Mei lalu.
Seperti dijelaskan Dr Mahathir, perlembagaan Umno tidak perlu dipinda
kerana kebenaran khas menerima orang Cina bekas ahli Akar itu hanya terhad
kepada negeri Sabah.
Bermakna bukan semua orang Cina di Sabah dibolehkan menyertai Umno.
Sementara di Semenanjung pula, isu berkenaan tidak berbangkit sama-sekali.
Natijahnya, kebenaran kepada Umno Sabah menerima orang Cina bekas ahli
Akar dilihat mampu memperkukuhkan lagi keutuhan Umno di bumi Sabah. Adalah
lebih baik bagi orang Cina dari Akar terus bersama parti komponen BN
daripada berpaling tadah dan menyertai perjuangan pembangkang.
Penganalisis politik tempatan melihat pembubaran Akar dan kemasukan
ahlinya ke dalam Umno akan membawa signifikan besar dalam politik
kepartian di Sabah. Dengan pembubaran itu dan penyertaan ahlinya ke dalam
sebuah parti politik lebih besar, Umno Sabah akan terus menjalar di bumi
Sabah dan memberi keyakinan baru terhadap masa depan lebih cerah.
Penganalisis berpendapat kemasukan orang ahli Akar ke dalam Umno adalah
satu proses menyeimbangkan penguasaan politik dan pengagihan ekonomi
secara lebih adil dan saksama. Bukankah selama ini Umno terkenal sebagai
parti yang sentiasa telus - sementara perjuangannya menjurus kepada
kepentingan Melayu/Bumiputera dan Islam, tetapi pada masa tidak pula
membelakangkan tanggungjawabnya terhadap bukan Bumiputera.
Bersambung...

Seliu Liu said...

Yang jelas, kemasukan orang Cina dari Akar ke dalam Umno yang asal
perjuangannya untuk orang Melayu/Bumiputera akan membawa dimensi baru
dalam senario politik negara. Mungkin dengan penyertaan orang Cina ke
dalam Umno, ia mampu merapatkan jurang penyertaan Bumiputera dan bukan
Bumiputera dalam aktiviti ekonomi dan arus perdana politik negara.
Tambahan pula, Dr Mahathir pernah menyebutkan secara umum Bumiputera lebih
kuat dalam politik dan bukan Bumiputera menguasai arena ekonomi.
Mungkin juga rasional di sebalik penyertaan orang Cina ke dalam Umno
adalah untuk memupuk penyatuan sebuah bangsa Malaysia dan ia satu proses
politik memperkukuh jalinan kerjasama.
Apapun, semua pihak tidak harus melihat perkembangan ini dengan
kecurigaan kerana ia hanya akan mengundang pelbagai kemelut baru.
Yang penting keikhlasan dan ketelusan, sama ada di pihak bekas ahli Akar
mahu pun Umno Sabah sendiri. Janganlah dasar pintu terbuka Umno ini
diambil kesempatan pihak tertentu untuk menyusup masuk ke dalam parti
dengan agenda politik tersendiri.
Sementara pihak Umno Sabah, sewajarnya suatu mekanisme baru menapis
kemasukan orang Cina perlu diadakan. Jika tidak, ia mungkin membawa
masalah kerana sesiapapun boleh mendakwa sebagai bekas ahli Akar di mana-
mana cawangan atau bahagian di Sabah.
Begitu juga di pihak Akar sendiri, ia mestilah berhemat dalam membuat
pengesahan mengenai status keahlian seseorang kerana keputusan itu
menentukan survival politik Umno dan BN dalam jangka masa panjang.
Soal ini penting diberi perhatian kerana selepas ini, semua ahli Akar
yang menyertai Umno akan diberi layanan saksama dan seadilnya sebagaimana
disaran oleh Dr Mahathir sendiri.
Presiden Akar, Datuk Pandikar Amin Mulia dalam ucapan terakhirnya tempoh
hari, memberi analogi Akar sebagai sebuah bahtera kecil belayar di lautan
luas dalam cuaca tidak menentu, justeru perlu diselamatkan.
Beliau berkata, sebelum bahtera itu tenggelam di dasar laut akibat
pukulan ombak, muatan berharganya perlu dipindahkan ke bahtera lebih
besar, selamat, mempunyai peralatan canggih serta nakhoda berpengalaman
dan berkemahiran iaitu Umno.
Hari ini, bermula sudah pelayaran kapal besar itu meredah lautan
politik.
(END)