Sunday, August 9, 2009



Kata Najib, seseorang pemimpin UMNO itu perlu memiliki dan mengamalkan 3 budaya yang menjadi teras bagi seorang pemimpin masyarakat. Saranan itu dikemukakan oleh Najib ketika merasmikan bahagian UMNO Pekan,Pahang beberapa hari yang lalu. 3 Budaya itu ialah:

1. Budaya mendengar, dihuraikan oleh Najib bahawa seseorang pemimpin itu perlu menjadi pendengar yang baik, mendengar rintihan rakyat, mendengar denyut nadi dan kemahuan rakyat, mendengar keluh kesah dan permasalahan rakyat yang menyokong danmengangkat mereka sehingga menjadi seorang pemimpin.

2. Budaya Berkhidmat, dimaksudkan sebagai kesediaan tanpa mengira masa dan ketika oleh pemimpin berkhidmat kepada rakyat dan masyarakat. Tidak bermusim sebaliknya berjadual dan tersusun, tidak hanya kepada suku dan puak tertentu, tetapi lebih menyeluruh dan tanpa batasan agama,bangsa dan fahaman politik.

3. Budaya menyelesaikan masalah rakyat, diertikan pemimpin sebagai tempat rakyat mengadu dan merintih atas segala kerumitan kehidupan yang dialami, seterusnya Pemimpin bertindak dan bertanggungjawab mencari kaedah menyelesaikan masalah rakyat setiap masa, bukan sahaja masalah tertentu tetapi meliputi masalah keperluan asas kehidupan dan juga pembangunan di kawasan mereka.

Realitinya di Kota Belud, Budaya ini masih tidak kenampakkan. Dalam Parlimen Kota Belud, terdapat 3 DUN yang kesemuanya diwakili oleh calon BN. DUN TEMPASUK diwakili oleh DATUK HAJI MUSBAH HAJI JAMLI..dari parti UMNO, DUN USUKAN diwakili oleh DATUK JAPLIN AKIM juga dari UMNO, manakala DUN KADAMAIAN diwakili oleh HERBERT LAGADAAN dari parti PBS/BN. Perbincangan penulisan saya lebih tertumpu kepada dua DUN , TEMPASUK DAN USUKAN yang di wakili oleh UMNO.

Masyarakat di DUN TEMPASUK, rata-ratanya adalah dari suku kaum Bajau dan Iranun, walaupun terdapat juga suku kaum lain seperti Kadazana/ Dusun. Kebanyakkan adalah berkerja sebagai Petani dan Nelayan selain daripada berkerja sendiri sebagai peniaga. DUA isu besar yang dihadapi oleh masyarakat di TEMPASUK iaitu masalah pengairan dan saliran bagi sawah padi yang hingga kini masih menjadi duri dalam daging. Suatu ketika ADUN, HJ MUSBAH telah mengumumkan projek Jelapang Padi Kota Belud, yang dikatakan menelan perbelanjaan ratusan ribu ringgit…antaranya menaiktarafkan system pengairan ini, termasuk juga memberikan subsidi kepada para petani. Projek ini sehingga kini tidak sudah kedengaran…Rakyat tidak pernah diterangkan mengenai “status’ projek ini. Masalah kedua pada tahun ini ialah projek Agropolitan yang kawasan terlibat adalah dalam DUN TEMPASUK…projek ini menjadi ‘panas’; apabila rakyat dibeberapa kawasan perkampungan menuntut hak ke atas Tanah rezab kuala pintasan yang dikatakan hak mereka melalui beberapa dokumen rasmi penyerahan kawasan tersebut. Sehingga kini masih ‘tergantung’ akan kesudahannya.

Kedua-dua masalah besar ini memerlukan PENDENGARAN, BUDAYA BERKHIDMAT, DAN BUDAYA MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT wakil rakyat UMNO di kawasan ini. Sama ada HJ MUSBAH sudah melaksanakan tugasnya atau tidak hanya rakyat di TEMPASUK yang mengetahuinya.

BERBEZA di DUN USUKAN, wakil rakyatnya masih tidak kedengaran potensi dan kebolehannya. Masalah utama yang dihadapi ialah keperluan asas berupa air bersih, yang gagal disempurnakan oleh wakil rakyat sebelum ini. Begitu juga masalah petani dan nelayan masih berlaku. Sistem pengairan dan juga pembinaan Jalan Raya Kota Belud – Kudat dilihat telah menelanjangkan para petani sehingga banyak sawah padi terbiar dan petani kehilangan punca pendapatan. Wakil rakyat gagal memberikan alternative atau pilihan kepada masyarakat yang terjejas pendapatan mereka. Sebaliknya wakil rakyat pula yang banyak menghadapi pelbagai masalah peribadi yang tidak berkesudahan.

Senario masyarakat di kedua-dua DUN milik UMNO ini, ternyata tidak terbela…sama ada kerana kesilapan memilih wakil rakyat atau pun mungkin kerana sikpa masyarakat yang tidak mengendahkan bantuan dan gesaan pemimpin. Apakah 3 budaya yang dikatakan oleh Najib itu baru berakar umbi dalam UMNO KB?..

25 ulasan :

Datu pitung said...

salam sdri kelapa mawar

berdasarkan penerangan yang sdri terangkan,jwpan pada soalan sdri iaitu apakah 3 budaya yg di katakan oelh najib itu baru berakar umbi dlm umno KB? jwpn nya TIDAK.

tiada seorang pun yg wakil rakyat BN mengamalkan 3 konsep teras seorang pemimpin masyarakat. malah wakil rakyat menjadi persoalan kepada rakyat terutama di KB.

tq

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Sesuatu pekerjaan yang kita lakukan itu,memerlukan masa untuk kita melihat hasilnya. Mungkin inilah yang berlaku kini. Dalam penilitan saya di kedua-dua kawasan ini, samaada wakil rakyat tempasuk dan usukan, hanya haji musbah saja yang nampak telah melakukan kerja.Sementara Japlin tidak satu pun yang dia lakukan di Usukan. Dia wajar menyerahkan Adun usukan kepada pemimpin UMNO dikawasan itu. Lagi pun dia tercalar kerana masalah peribadi dan rasuah yang sedang dia hadapi. Berbalik kepada Datuk Musbah, sebenarnya dia telah melakukan sesuatu yang lebih baik berbanding dengan wakil rakyat sebelumnya.Jelapang Padi diusahakannya sewaktu dia menjadi Wakil rakyat 1999 dengan pada waktu itu dia tidak ada sebarang jawatan, kemudian tahun 2008 setelah berjaya menjadi adun tempasuk kembali dengan berjawatan Pembantu Menteri Pertanian Industri Makanan tugas ini diteruskan. Dan saya difahamkan sudah beratus juta ringgit telah dibelanjakan untuk tujuan ini.

Walau bagaimanapun ketiga-tiga budaya yang diminta oleh PM, supaya pemimpin UMNO amalkan, Haji Musbah lebih mengamalkan budaya itu berbanding dengan YB Japlin. Sementara DT Rahman Dahlan SIBUK memperkayakan kroni-kroninya. Tidak kelihatan lansung peranannya sebagai Ahli Parlimen Kota Belud. Mungkin dia memikirkan, inilah kali terakhirnya dia menjadi ahli parlimen KB.

SI RENGIT said...

Salam...

Haji Musbah menjalankan tugas...biar betoi-betoi pak abu... Tugas apa yang beliau lakukan...Jelapang padi....mana dia...? Benda ni macam dah jadi igaun ngeri masyarakat Tempasuk...feedup da...!

Bukan nak menghina tapi inilah realitinya...otak binsnes tak boleh pakai..otak politik pun tak boleh pakai...otak peguam pun lagi tak boleh pakai... Tetapi yang perlu kita ingat diaorang ni semuanya pencacai...t...!

Tak percaya...cuba berjumpa dengan pencacai ini...Tempasuk pasti akan cerita soal kekayaannya, kehebatannya dapat berkawan dengan musa aman, sumbanganya konon pada masyarakat tempasuk...macam2 lagi lah...kesian tengok rakyat yang ingin mengadu tentang masalah mereka...terpaksa jadi orang gila...musbah ketawa rakyat terpaksa ketawa kalau tak jangan harap dapat bantuan...

Jumpa salleh lagi hebat...cerita politik sahaja...dengan suku sakat bincang pasal projek...ini pula cerita pasal kehebatan diri sahaja...keturunan dan macam-macam lagi....jijik kita mendengarnya...Harta banyak tapi otak tak da....

Jumpa Rahman pun sama sahaj...sorang ni sibuk memanjang sahaja...yang ini saya komen sedikit sahaja kerana dia "Orang Luar" yang datang berkunjung....orang yang dia harapkan kan pun ibarat harapakan pagar...pagar makan padi...lihat sahaj projek di Masjid daerah kota belud...apa cerita....

Pandikar pula...lagi hampeh....temberang dengan pistol silvernya sahaja....cakap macam dunia nie dia yang punya....hancur Iranun kerana sistemnya...haprak....!Fikir sendiri lah saudara ABU....Saya nak ulangi sekali lagi...pemimpin sekarang perlu ditukar....rakyat apalah kita ini...sanggup melihat daripada bertindak..sedangkan kuasa ada di tangan kita....

Saya cukup lali dengan perangai YB2 ini...saya dekat dan rapat dengan diaorang sebab itu saya tahu siapa mereka..... bukan marah tapi kecewa...puas dah saya tegur tapi tak mahu dengar...time berkempen cari saya....susah....haprak punya pemimpin...berdiri degan kaki orang lain...kebaikan ditutupi dengan kelemahan dan kedunguan mereka...

kelapa mawar said...

salam sdr datu Pitung..

saya mengandaikan situasi yg sama seperti yg datu katakan..namun, kebenarnnya hanya dipandang sebelah mata..tidak ada yg bergerak untk mengubah sekurang-kurangnya mengatakan tIDAK kepada pemimpin seperti ini.

Ma kasih atas kunjungan datu..

kelapa mawar said...

salam sdr abu..

satu pandangan berani dan ikhlas...
mungkin benar apa yhg sdr abu katakan bahawa natara Hj Musbah dan Japlin..Hj musbah baik sedikit kerana ada juga pembaharuan yg dibuatnya...meskipun ada juga yg masih tidak berpuashati..

Datuk rahman pun demikian..tiadk ada satu program raksasa utk membantu masyarakat di kws parlimen Kb. Asyik-asyik dgn guru-guru jak...ambk pengaruhlah tu..memang beginilah kalau bukan org kB susah berkorban utk daerah KB.

Ma kasihdgn pandangan sdr abu..

kelapa mawar said...

Salam sdr renggit..

Aii mengomel panjang nampak..
Ada pengalaman ke berjumpa dgn yb2 nie?..

Senang saja lah tu sdr ..kalau dah tak minat dengar lagu yb2 nie pakat2 lah jgn bagi undi time pru13. nanti amacam?

SI RENGIT said...

salam...

Kalau saudara ada pengalaman berjumpa dengan diaorang ni...lagi saya pula...pelengkan aki anan pagari...di subai caritan entah...

Saya lagi suka undi PAS....tunggu lah pru13....takbir...PKR k juga tapi dalam pertimbangan....PBS nanti bertembung ari ta utu man...

DEPU-DEPU said...

salam sdri kelapa mawar..

Saya pun ada pengalaman jumpa Yb..tapi di masjid lah...takat tu ok lah

kelapa mawar said...

Salam sdr renggit..

Say nak jumpa jgk dengan YB2 nie..nanti sdr renggit bawa..nak tgk muka mrk dgn dekat...

kelapa mawar said...

salam sdr depu-depu..

kalau jumpa dekat masjid...memanglah..
saya time kat semenanjung dulu..jumpa Tun Mahathir lagi..siap bersalam dan bergambar...ada kat rumah saya simpan...nak tgk datanglah..waktu raya nanti..

SI RENGIT said...

salam...

Jemput saudara depu-depu aje ke...marajuk aku bagini tau...

mbah boleh bah itu kalau kau k saja bah..15hb ni kalau jadi saya p kl...jom lah....bole jumpa pandikar...yang lain tu nanti kita plan lain....

mana bah brotherhood of blogger ni...tak datang2 bah...emput kenduri bah...

nyapuaskan aki bus...manda pakautahkah pen pun mailai sekiran....langa2...bunyagban aki aya...Iranun man....

Unknown said...

Salam,

UMNO KB merapuh...kena masuk kelas orang dewasa...alif mim nun tendang wau...???

kelapa mawar said...

Salam sdr renggit..

aiii..cepat juga sdr p Kl..buat apa?..
Tak apalah sampaikan jak salam kat Pandikar,,,cakap sama dia dari kawan lama-lama bilang..kenal lah dia tu..

kelapa mawar said...

salam sdr Mrakunaman..

komen sdr di tunggu2 sejak sekian lamanya...

'merapuh' kah atau semakin 'rapuh'...?

thanks kerana memberi komen...

Ajin b. Gagah said...

Salam sdri Kelapa mawar,
Isu yang sama saya telah post kan di blog saya..
Namun ada post baru saya berjodol ' UNTUK MU SABAH KU JANGAN JADI TIPAH TERTIPU' yangmana serba sedikti ada hubung kait dengan tajuk ini.

Agak terlalu panjang lebar untuk di kongsi di sini, kalau tiada halangan sila layari blog saya 'Suara Bebas Tuaran', untuk selanjaut nya.
Salam sekali lagi untuk kalian, semuga success selalu.

Unknown said...

Salam Saudara Si Ringgit,

Terima Kasih Saudara siringgit, sependapat dengan saya tentang ketiga-tiga adun ini. Justeru itu saya mencadangkan saudara Si Ringgit sahaja jadi calon Tempasuk, Parlimen Atau Usukan. Boleh Kah?

kelapa mawar said...

Salam sdr solymone..

ma kasih dgn kunjungan sdr..yg dinantikan selalu..
saya dah beri ulasan di blog sdr..ma ksih sekali lagi kerana pendedahan sdr..thanks

kelapa mawar said...

Salam sdr Abu dan sdr Renggit..

Sdr Renggit kena jadi Presiden PISBA dulu lah...

rojokobog said...

Salam Kwn2,
Tidak kah kamu sedar bahawa Musbah telah mendirikan bangunan khidmat ADUN Tempasuk setinggi 15 tingkat di Kg Taun Gusi, tingkat 1 & 2 digunakan oleh beliau sendiri sementara selebihnya digunakan oleh org kg utk latihan berunsai dan betitik..Musbah juga telah membawa pelabur dari Korea utk mendirikan kilang perabot,simen,kasut dan kraftangan tempatan di Kg Kesapang yg membolehkan 600 orang belia dan beliawanis berkerja di kilang tersebut, di Kg Tempasuk 1 & 2 Musbah telah membawa pelabur dari Thailand utk mendirikan kilang padi bermutu tinggi juga bersubsidi, agar petani dpt menjual hasil tuaian kpd bumiputera...di Kg Pandasan satu kilang ceramik dan palpa telah dibina oleh pelabur dari Jerman ditapak seluas 30 hektar dan dapat menampung 250 pekerjaan utk penduduk Pandasan dan sekitarnya..baru2 ini juga Musbah telah menderma kpd AJK Masjid dan surau di seluruh Tempasuk iaitu segala kelengkapan masjid dan surau, berserta wang ringgit 20 ribu disetiap masjid dan surau maklumlah dah dekat nak bulan Ramadhan..Musbah juga telah membiayai semua tanah sawah utk di bajak diseluruh Tempasuk, beliau juga telah menghulurkan bantuan wang ringgit RM5 ribu setiap seorg kpd ibu tunggal,balu, org tua, yatim piatu di seluruh Tempasuk tanpa mengira latar belakang Agama dan bangsa....Setiap sekolah Agama Islam di seluruh Tempasuk telah diperbaiki dan dibekalkan oleh Musbah dgn kerusi meja yg baru dgn belanja RM50 ribu setiap sekolah..di Kg Rampayan Laut Musbah telah membawa pelabur dari Austrlia utk membina hotel dan pusat perlancungan bertaraf 5 bintang setinggi 20 tingkat, yg dijangka boleh mendatangkan peluang pekerjaan kpd warga Tempasuk sekurang-kurangnya 300 org, Alhamdulilah kurang juga pengangguran...itu lah saja yg Musbah telah usahkan dan sumbangkan projek besar yg kita nampak di DUN Tempasuk, yg kecil2 tak perlu lah rasa di bentangkan disini, buat malu saja nanti.

SI RENGIT said...

salam....

oi na.....manyak juga tu tau....buta tuli lah aku ini.....kacian...terim a kasih rojokobog ngan info sedara nie....kalau macm tu ana tarik unta lah...tarik unta....tarik unta....taikniah lah musbah...

Sedara KM kalau saya jadi presiden PISBA gerenti sedara di PAGISA tak le duduk diam tau....hehehe..apapun thnks atas cadangan sedara tu...untuk sedara abu lola, saya rasa sedara Roslan Hj Manshor lagi layak drpda saya...cuma beliau nie mcm malu2 kucing bah... kita tunggu dan lihat aje lah...jiwa saya masih dalam PAS....tq

Unknown said...

Salam Rojokobong,

Saudara nie macam merapuh tengah mimpi kah? apa yang diutarakan tak ada pun. Buat cerita karut kah? Mana ada itu semua mimpi dia adalah.

kelapa mawar said...

salam..rojokobog..

satu yg sdr lupa ialah dia juga buat stadium lengkap dgn akuatik sekali di tepi rumah sdr rojokobog..aiii itupun tak kan perasan kot...

kelapa mawar said...

salam kembali sdr renggit..

PISBA dan PAGISA bukan sama kah? dua-dua persatuan Iranun yg 'mati'...

kelapa mawar said...

salam sdr abu..

kita semua pun pernah mimpi bah..apa nak disibuk-sibukkan...

rojokobog said...

Salam KM,
Rumah aku di Usukan lah, stadium bola tiang gol bambu adalah...agaknya sdra abu tidak pernah ke Tempasuk, tu lah makanya dia tak nampak semua perubahan mendadak tersebut.