Friday, August 21, 2009


Menteri Pembangunan Luar Bandar sabah, Datuk Dr. Ewon Ebin menggesa konsultan, jabatan dan agensi kerajaan terlibat dengan projek Agropolitan Kabintaluan Kemabong mempercepatkan proses pelaksanaan projek tersebut. Segala peruntukan sudah pun disediakan dan hanya tinggal untuk dilaksanakan.

Tegas beliau, jabatan dan agensi yang ber- kaitan perlu menyediakan perancangan masing-masing dengan kadar yang segera bagi membolehkan projek Agropolitan ini dapat dilaksanakan awal tahun depan.


Ewon berkata, projek Agropolitan yang membabitkan kawasan 6,000 ekar itu menelan belanja lebih kurang RM 180 juta untuk membiayai penanaman getah, perumahan peserta, pejabat dan rumah kakitangan agensi pelaksana, kemudahan infrastruktur asas, kemudahan komuniti sosial, kemudahan pendidikan, tempat beribadat, kemudahan kesihatan dan kemudahan riadah atau sukan.


Berlainan dengan apa yang berlaku di Kota Belud, Projek Agropolitan yang dirancang belum tahu lagi bila akan dilaksanakan.Kawasan yang dijangka terlibat ialah kawasan DUN TEMPASUK yang diwakili oleh DATUK HJ.MUSBAH HJ JAMLI. Projek ini menjadi kontrovasi ekoran daripada bantahan masyarakat setempat yang mempersoalkan status tanah kawasan yang dibangunkan. HINGGA kini projek itu masih 'tergantung' dan timbul pertanyaan dari orang kampung : BILA PROJEK AGROPOLITAN KAMI BERMULA DATUK ?

4 ulasan :

DEPU-DEPU said...

salam sdri KM..

dengar2 isu tuntutan itu dah sampai kp Suhakam...betul jugak lama dah tak dengar kesudahan projek Agro ni...tahniah teruskan

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Projek ini memberi manafaat kepada semua pihak, samaada ianya pihak yang pro atau kontra, akan tetapi ianya di panaskan oleh kaki politik. Mereka melakukannya kerana ada agenda disebaliknya.

Saya fikir apa yang dilakukan oleh DHMJ memang baik, tetapi musuh-musuh politiknya tidak senang tentang keadaan ini. Mereka takut jika projek ini berjaya akan memberi impak yang kurang baik kepada politik mereka. Dulu sewaktu mereka memegang berbagai kuasa seperti ketua menteri / menteri pertanian tidak ada pun tinggalan projek yang boleh dibanggakan di Kota Belud.Pendek kata mereka gagal.

Apa pun sebagai rakyat yang masih ketandusan pembangunan khususnya dalam bidang meningkatkan ekonomi perkara seumpama ini perlu disokong sepenuh masa.

Apa macam kelapa mawar dan depu-depu setujuhkah?

kelapa mawar said...

salam sdr depu-depu..

saya setuju dgn pandangan sdr..lama sudah kita tak dengar berita ini..mungkin dibatalkan sudah atau dipindahkan di tempat lain..

ma kasih dgn kunjungan sdr.

kelapa mawar said...

salam sdr Pidtailan..

projek yangmemberikan kebaikan kepada rakyat perlu mendapat sokongandari ahli politik bukannya dijadikan sebagai batu loncatan utk menaikkan imej politik mrerak. DHMJ dikhabarkan menjadi serba salah dgn masalah tuntutan kawasan agropolitan ini..

ma kasih dgn pandangan sdr..saya hargainya