Monday, August 24, 2009


Pengumuman menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan Datuk Sabri Ismail beberapa hari yang lalu bahawa kerajaan memperuntukkan subsidi RM 1.3 Juta ke atas penjualan kerosine atau dikalangan masyarakat Sabah dikenali sebagai ‘minyak tanah’ di Sabah, dan di Sarawak sebanyak RM 1.7 Juta, menimbulkan banyak polemic social dan politik kepada masyarakat tentang kewajaran subsidi itu diberikan..Dan apakah subsidi itu benar-benar membantu golongan miskin luar Bandar dan kawasan pedalaman di Sabah..? Alasan memberikan subsidi ini ialah kononnya untuk meringankan beban kehidupan golongan masyarakat misikin yang dikatakan masih menggunakan ‘minyak tanah’ ini, meskipun, orang sekarang sudah mempunyai alternative kepada penggunaan elektrik dan gas..


Sebelum ini pun Kerajaan dilihat ingin sangat membantu rakyat dengan mengumumkan rebet tunai kepada pengguna kenderaan ketika harga minyak dunia melambung tinggi sehingga mencecah US $150 setong. Namun langkah pemberian subsidi itu tidak sampai ke sasarannya, kerana ternyata yang lebih mendapat untung ialah golongan berada yang mempunyai kereta yang banyak. Jika ada 5 buah kereta di darab dengan RM 630 bermakna mereka akan memperolehi lebih RM 3000 ringgit. Rakyat di pedalaman terus tidak mendapat manfaat disebalik pemberian rebet tunai itu. Sekarang Kerajaan mengumumkan subsidi kerosene pula…Apa rasionalnya..?


Jika bersandarkan kepada reality masyarakat pedalaman, Kerosine atau minyak tanah bukanlah satu keperluan asas yang mendesak kerana penggunaannya hanya melibatkan penggunaan lampu Pam minyak tanah atau juga untuk tujuan memasak. Sedangkan keperluan asas lain seperti pembinaan dan naik taraf jalanraya adalah satu keperluan mendesak… Kalaupun kerajaan memberikan hampir separuh harga minyak tanah, tetapi jalan raya yang menjadi nadi perhubungan tidak diperbaiki, maka rakyat pedalaman yang miskin juga akan tetap mengalami masalah… Begitu juga bekalan air bersih dan bekalan elektrik luar Bandar. Keputusan memberikan RM 1.3 juta subsidi adalah lebih baik jika digunakan untuk memberikan peruntukan pembelian Generator atau janakuasa berkapasiti rendah untuk kegunaan penduduk kampung, di samping mungkin dapat memberikan bantuan percuma berupa bekalan alat-alat memasak seperti dapur dan gas. Selain memastikan kawalan harga barangan keperluan sentiasa dipatuhi terutama di kawasan luar Bandar.


Kalau diukur kepada skala stesen menjual minyak tanah ini, kebanyakkannya ialah stesen Shell iaitu syarikat luar dan bukannya Petronas milik penuh dan di bawah pengawasan kerajaan. Daripada 21 buah stesen minyak yang menjual minyak tanah di Sabah sebanyak 19 buah darinya adalah stesen Shell.Ertinya kalau pun diberikan subsidi, yang mendapat untung ialah syarikat Shell, kerana semakin banyak jualan minyak tanah, semakin tinggi keuntungan subsidi yang diperolehi. Sebagai sebuah negeri yang juga mempunyai sumber pendapatannya daripada sumber minyak., Sabah seharusnya mendapat lebih ‘subsidi’ minyak tanah jika di bawah kendalian Petronas..? Kenapa Petronas tidak memainkan peranan social membantu rakyat Sabah di kawasan pedalaman, sedangkan royaliti 3% yang diperolehi rakyat Sabah melalui sumber minyak tidak pernah dinaikkan biarpun sudah puluhan tahun..Kita mengalu-alukan segala bantuan kerajaan kepada rakyat asalkan sampai kepada sasarannya. Jika tidak, yang untung adalah pihak yang tidak sepatutnya..dan rakyat akan tinggal miskin dan terbiar.

11 ulasan :

SI RENGIT said...

salam...

Apa khbar KM...lama dah tak berkunjung ke blog saudari...banyaknya kenduri....tak ingat kita pun na....tapi tak pa lah....kawan punya pasal....tak jemput pun makan saja....

saya amat bersetuju dengan posting saudari....Apa rasionalnya....? pada saya langkah ini tidak terlalu perlu utk dilaksanakan...walhal banyak lagi benda yang perlu kerajaan lakukan....benar seperti saudari katakan...jalanraya....air bersihnya....harga barangnya....mcm2 lagi da.....

apapun thnks dengan posting saudari ini...buka mata dan minda masyarakat kita....semoga suksess(pinjam kata2 Abg Solymone tau).....

Ajin b. Gagah said...

Salam sdri Kelapa mawar, demikian juga kepada pengunjung pertama brader sensasi SI RENGIT.

Sukes perlu untuk mereka yang maseh lagi mencari-cari dimana letak nya kebenaran..saperti saya.

Now, persoalan kenapa kerajaan harus memberi subsidi kepada minyak kerosine, sedangkan kita belum pun menerima komplen atau mendengar, bahan tersebut mahal atau pun kurang di pasaran?

Baru-baru ini, saya telah bercerita dengan sahabat saya Pengurusi CASH Datuk Patrick Sindhu mengenai kenaikan harga barang keperluan secara keseluruhan nya saperti gula dsn.

Namun, beliau tidak menyentuhkan tentang masaalah minyak kerosane. Beliau lebih banyak menceritakan hal yang berkaitan dengan gula.

So, dalam hal ini saya tidak dapat memberi komen selagi belum menerima 'statistic' yang cukup mengenai dengan bahan kerosine ini.

Mungkin kita akan mendenar komen dari blogger yang arif tentang bahan ini, nanti.

However, saya setuju dengan pendapat sdri, kenapa mesti kerajaan bagi 'stimulus' berupa subsidi kepada bahan ini. Sedangkan gula yang patut ditangani dengan serius?

Thanks kerana memberi komen yang menarik di blog saya. Untuk rekod saya sudah pun response.
Saperti biasa, harapan saya semuga sdri dan juga SI RENGIT akan sukses dalam missi dan perjuangan yang bertambah mencabar kini.

kelapa mawar said...

salam sdr renggit..

lama sudah renggit tak berterbangan mencari badan yang boleh di gigit..sekarang nie ada pula kawan baru 'nyawa dan badan' harap dapat gigit brader ni..
Ma kasih dgn pandangan sdr...rasional disebalik pengurangan harga minyak tanah ini hanya kerajaan yg boleh mengkhabarkannya..namun harus diingat rakyat sentiasa meneropong segala langkah yang diambil kononnya utk membantu rakyat. PRU13akan menentukan segala-galanya.
semoga anda sukses.wassalam.

kelapa mawar said...

salam sdr solymone..

ma kasih dgn kunjungan dan pandanagan sdr yang amat menarik. Banyak info yang dapat kita ketahui..terutama kerana sdr ramai kawan yang dapat membantu menrungkai permasalahan rakyat. Misalnya Datuk Patrick yg sdr katakan adalah antara aktivitis sosial di Sabah yang disegani..tahniah sdr..

now, berbalik kepada isu subsidi ini, nyata, kerosine bukanlah barangan yang perlu diberikan subsidi kerana penawaran bahan ini masih ditahap cukup dan tidak terdesak..apalah kiranya kerajaan memperuntukkan subsidi barangan keperluan terutama beras, gula dan tepung khusus utk masyarakat luar bandar dan pendalaman. sedangkan kerajaan ada data terkini bilangan penduduk miskin tegar di sabah dan sarawak. Bukankah ini lebih mendapatangkan kebaikan daripada berselindung di sebalik subsidi yang nyata menguntungkan pengusaha stesen minyak milik asing...?

Thank a lot..kerana komen sdr.Semoga sukses.wassalam

Senjaliza said...

Salam Ramadan Kelapa Mawar...(wangi!).
ASAS SUBSIDI ialah income support. Maknanya untuk "mengurangkan kos perbelanjaan kepada PENGGUNA yg juga bererti adalah bantuan pendapatan kepada PENGGUNA, terutamanya yang berpendapatan rendah. Penjual seperti shell dan Petronas tidak mendapat apa-apa keuntungan dari subsidi ini melainkan dapat meningkatkan jumlah jualan kerana harga kerosine/minyak gas dirasakan murah oleh pengguna kerana adanya subsidi. Inipun jika pengguna meningkatkan penggunaan kerosine bila dirasakan harga kerosine murah. Biasanya permintaan terhadap minyak tanah tidak anjal. Walaupun harga nya murah atau naik jumlah consumptionnya dan permintaanya hampir-hampir sama. Tetapi strategi jualan terus juga meneruskan subsidi.

Orang menggunakan kerosine sebagai pengganti kepada "kuasa letrik". Bila sudah ada kuasa letrik, kerosine berguna kepada kaki pancing untuk lampu pump. Orang yang menggunakan kerosine rasa berterima kasih kerana subsidi diberikan. Orang yang tidak menggunakan kerosine JANGANLAH MENYAMPAH bila subsidi kerosine diberi, ingat hak orang lain yang berhak. Membantu rakyat yg berpendapatan rendah itu kewajiban. Subsisi kerosine diharap meringankan beban mereka.

Kalo kedua-dua, subsidi kerosine dan kemudahan jalan raya ditingkatkan, kan lebih bagus. Bagus bahhh.

Minyak kapal terbang ialah kerosine. Dengan subsisdi kerosine, tambang kapal terbang tidak naik dengan mendadak seperti di negara lain. Oleh kerana itu pengguna (walaupun BUKAN berpendapatan rendah kerana bisa naik kapal TARABANG) TETAPI MEREKA HAPPY KERANA TAMBANG TIDAK NAIK MENDADAK. Harap harap kesenangan hati mereka membuka hati utk bantu golongan yg berpendapatan rendah pula.

Industri munyak tanah besar. Kalo penggunanya kecil maka ianya "tidak cukup pengguna" untuk survive jadi Industri lingkup atau mengalami surplus atau produk yg tidak terjual. Cara menyelamatkan industri ialah meningkatkan penggunaan minyak tanah dengan subsidi yg bererti harganya menjadi murah kepada yg layak menerima subsidi sahaja. Harga jualan TIDAK CONDUSIVE untuk diturunkan..Dari itu pemberian subsidi dilakukan di dalam negara supaya menggunaanya meningkat (jika boleh) manakala harga kerosine luar negara ditetapkan di takok normal.

Allhuwallam
wassalam.

Senjaliza said...

Maaf Kelapa Mawar saka kembali kerana nak komen sikit pasal "MISKIN"

Praktikal: Kalo kemiskinan kerana tiada wang ringgit; cubalah datangilah keluarga yang dikatakan miskin itu secara diam-diam dan tanpa berkata apa-apa. Berikan dia RM10,000.00. Anggaplah sedakah. Selepas 45 hari kembalilah dan buatlah sedikit nota soalan:
1. Perubahan rumahnya-peralatan TV, astro, peti sejuk, rice cooker,
2. Perubahan permakanannya-jenis makanan dipetisejuknya
3. Perubahan perbelanjaannya-apa yg dibelinya dari wang itu
4. Berat badan ahli keluarga yg tinggal di rumahnya dan tahap kesihatan mereka.
5. Last.. apakah harapannya: adakah dia mengharapan akan diberi RM10,000. lagi.

RESOLUSI. Cuba define "Kemiskinan".

DEPU-DEPU said...

salam sdri KM..(memang Wangi..!)

Saya rasa ada kebenarnnya apa yang dikatakan oleh kak Senjaliza kita nie..but..cuba kita bayangkan kalau penerangan inilah yang kita sampaikan kepada masyarakt luar bandar..rasa2nya fahamkah mereka..? Kerana mereka mesti tertanya-tanya betulkah subsidi Minyak tanah ini dilaksanakan utk membantu meraka..? Bagaimana Kak Liza...?

Sapa kata Shell tak untung kalau krajaan bagi subsidi..? kalau krjaan bagi subsidi ertinya harga minyak tanah turun drp hrga asal..Tetapi pada dunia ekonomi..sebenarnya harga itu tidak turun kerana di tanggung oleh kerajaan...kalau sebelum ini harga misalnya 1.95 sen. Kerajaan bagi subsidi 0.95 sen.harga jadi Rm 1.00..sapa yang dapat 0.95 sen itu Kak liza..?

Pentafsiran tentang miskin di negara kita adalah berdasarkan kepada pendapatan perkapita isi rumah...misalnya keluarga yang berpendapatan bawah RM 1000 sebulan adalah dikategorikan sebagai "miskin"..kerana pendapatan yang rendah mencerminkan kuasa beli yang rendah...Maca mana Kak Liza..?

sekadar pandangan .Mohon maaf.wassalam

SABAHKITA said...

Salam Kelapa Mawar dan rakan semua, Solymone dan Lizapun ada. Sorilah pasal kena panggil solymone lawat anak-anak buah.

Assalamualiku "Anak buah" Kelapa Mawar. Selamat Berpuasa.
Saya lihat konsep subsisi lebih kurang begini:
Misalnya: Harga biasa RM 1.95 so kena bayar RM 1.95. Biasalah tetapi oleh kerana subsidi RM1.00, RAKYAT hanya bayar RM0.95. jadi subsidi kerajaan RM1.00 (contoh) jadi DUIT RAKYAT CAMPUR duit subsidi = RM1.95. tiada tambahan bayaran kepada peruncit atau pengusaha masih pada tahap harga RM1.95. Ini kaedah subsidi. Saya Tambah sikit komen Senjaliza (bole kan SL?).. Subsidi di beri apabila pengusaha tidak mampu menurunkan harga kerana ada "chain reaction" misalnya bila harga kerosine turun, orang akan menuntut tambang kapal terbang diturunkan, pekerja industri itu tuntut gaji yang tinggi kerana kos operasi yang rendah. Kos pengangkutan juga dilihat rendah. Jadi pihak yang mengguna khidmat penghantaran minta pula rate rendah.. antarabangsa pula minta harga barang ekspot diturunkan kerana kos penghantaran rendah... dan bermacam lagi reaction. Oleh itu subsidi di beri untuk membantu rakyat miskin manakala harga masih pada tahap yg sama. Pengguna Yang tak miskin yg mengguna kerosine dapatlah tempias dari polisi subsidi itu.

Mengenai kemiskinan: Ukuran pendapatan perkapita banyak masalah dan kelemahan. antaranya jurang perbezaan pendapatan yang besar antara si kaya dan si miskin (apa lagi miskin tegar)dan perbezaan pembangunan (khasnya kemudahan awam) kawasan A dan B yang berbeza. Kawasan A barangkali banyak kemudahan awam, Kawasan B tandas awam dan klinik desapun tiada. Jadi mcm mana menilai Pendapatan perkapita itu sebagai ukuran tahap kemiskinan?. Bagaimanapula kalau kawasan desa tetapi lengkap dengan kemudahan awam?. So Pendapat Perkapita doesnt work properly. Ia di nilai menggunakan tahap keperluan "household" dan kadang di sebut "GINI Coeficient". Kalu kawasan KL standarad of living kena ada RM2000/bulan, apa-apa pendapatan kurang RM2,000. sebulan (Insufficient) atau miskin. Kalo kampung saya Rampayan Laut ada 2,000/Month itu kaya raya. BERAPA PULA MISKIN DI SITU? ala la laa .. tak mau cakaplah.. orang sana tak ada cashpun tak miskin. Sure pendapatan perkapita tak ada kesan langsung...

kelapa mawar said...

salam kembali kak Senjaliza..

Adik Kelapa Mawar mengucapkan bbanyak ma kasih dgn pandangan yg tuntas dan bernas itu..satu pendirian yang jelas..Namun apa yang pasti ialah sekiranya subsidi itu benar2 membantu masyarakat luar bandar dan pedalaman kita menjangkakan akan berlaku ketidaktepatan kepada sasaran..keranamungkin saja orang tengah yang kak Liza katakan tidak sepatutnya menerima subsidi ini akan menggunakan kesempatan ini. Jika berlaku yang demikian..maka tentu tujuan kerajaan tidak akan tercapai.Kenapa tidak..? golongan yang berduit ini akan membolot atau membeli kerosine dgn kuantiti yang banyak..dan kemudian menjual di kawasan pedalaman dgn harga yang mahal sedikit dgn alasan faktor logistik ..bolehkah keadaan ini di kawal. Tentu tidak..

Namun kita mengharapkan agar masyarakt pedalam akan terus terbela. Kemiskinan perlu diukur dari segi keperluan dan kemampuan. sesorang yang perlukan Kereta pacuan 4 roda untuk berulang-alik ke kawasan pedalaman..tentunya tidak memerlukan kereta perdana V6..Wassalam.

kelapa mawar said...

salam sdr depu-depu..

selamat menjalani ibadah puasa. ma kasih atas kunjungan sdr ini. Kalau kita terangkan kepada masyarakat pedalaman seperti yg Kak Liza katakan, memang sukar difahami..tapi itulah hakikat perekonomian..biarpun hanya satu aspek saja yang terlibat ia kan membawa kesan kepada keseluruhannya. Justeru sebelum melaksanakan apa-apa langkah ekonomi..ianya sudah diperhalusi lebih awal termasuk kesan yang akan dan bakal dihadapi..

semoga sdr sukses.wassalam.

kelapa mawar said...

salam kembali "ayahanda Sabahkita"..

Selamat berpuasa dan semoga ayahanda dan keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat..

pertama kali membaca ulasan ayahanda, hati saya berdentum kuat..kerana saya tahu isu subsidi dan ekonomi ini memang kegemaran ayahanda...saya mengharapkan ayahanda dapat memberikan ulasan atas pandang seorang ahli ekonomist dan itu berjaya ayahanda laksanakan..tahniah..sekurang-kurangnya memberikan 'kami' pengetahuan tentang permasalahan ini..tidak ada apa-apa yang saya nak komen atau ulas kembali...kerana ulasan ayahanda telah mejernihkan kembali tanggapan saya..

ma kasih kerana mengunjungi laman yang tak seberapa ini..thanks a lot.Wassalam