Setelah hampir 30 tahun penduduk Kota Belud menghadapi masalah mendapatkan bekalan air bersih, terutama di kampung-kampung berdekatan, akhirnya penantian itu bakal berakhir dengan pengumuman daripada ahli Parlimen kota Belud, Datuk Rahman Dahlan bahawa masalah ini akan dapati diatasi menjelang 2010 iaitu setahun dari sekarang , apabila peruntukan dari kerajaan pusat sebanyak RM 30 Juta bakal disalurkan ke daerah ini untuk menanam dan membaiki paip-paip usang yang di sambung ke loji penapisan air di Kampung Bayayat.
Pastinya berita ini adalah berita yang cukup mengembirakan, kerana bekalan air bersih akan dapat diperolehi. Inilah antara puluhan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Kota Belud yang gagal di selesaikan oleh para pemimpin sebelum ini. Inilah juga antara sebab berlakunya protes golongan muda berpendidikan kepada pemimpin lama yang disifatkan oleh mereka sebagai “gagal’ membangunkan Kota Belud. Daripada Jawatan KETUA MENTERI,TIMBALAN KETUA MENTERI ,MENTERI KEWANGAN Juga puluhan tahun menjadi ADUN USUKAN DAN MP KOTA BELUD, DATUK SALLEH TUN SAID, telah ‘gagal’menyelesaikan permasalahan air bersih ini. Begitu juga dengan TAN SRI PANDIKAR AMIN, yang beberapa kali menganggotai cabinet Negeri Dan Persekutuan, juga dilihat gagal mengusahakan bekalan air bersih ke kampung-kampung dalam DUN TEMPASUK yang mana dia pernah menjadi wakil rakyat di kawasan itu, apatah lagi perkampungan suku Iranun dimana dia diangkat sebagai pemimpin suku ini,puluhan tahun.
Sesuatu yang mengembirakan kerana akhirnya, apa yang dikatakan sebagai “orang luar’ , bertindak untuk mengatasi permasalahan ini. Dan andainya benar, maka masyarakat Kota Belud Perlu memikirkan untuk terus memilih orang luar mewakili mereka daripada orang Kota Belud sendiri yang dilihat mengkesampingkan keperluan-keperluan asas mereka selama ini. Pemimpin bukan sahaja timbul pada waktu pilihanraya tetapi juga perlu mengamalkan 3 budaya seperti kata Datuk seri NAJIB iaitu Mendengar, Berkhidmat dan menyelesaikan masalah rakyat.
32 ulasan :
Tahniah untuk Kelapa Mawar dan Datuk Rahman...
Salam Kelapa Mawar,
Pembetulan fakta sebenar projek air bayayat bukanlah projek yang diusahakan oleh YB Datuk Rahman, akan tetapi ianya telah lama dirancang dan dilaksanakan sebelum pilihanraya ke 12 yang lalu. Datuk Rahman jangan bangga dengan pengumuman projek itu. ianya bekas tangan DSSK dan TSP. Kalau mahu cari projek megah yang betul-betul idea dan usahanya sendiri. Barulah dikatakan YB yang berkhidmat.
salam sdr Musli..
Ma kasih dgn kunjungan dan npandangan ringkas sdr.
Salam sdr abu..
ma kasih dgn kunjungan sdr, cumanya sdr agak tersilap..kerana saya tidak katakan projek air Bayayat DT. Rahman yg usahakan..saya katakan bahawa DT.RAHMAN mengusahakan peruntukkan membaiki dan menanam paip-paip air yang usang yang disambungkan di Kg. Bayayat.
Paip2 ini tidak dapat menampung tekanan yang tinggi apabila air dari loji Bayayat ini dilepaskan, kerana paip2 berkenaan terlalu usang..
Kalau benar Projek penapisan air kg Bayayat atas usaha DSSK dan TSP , Tahniah buat mereka..tetapi kenapa dibiarkan begitu sahaja? tanpa memberi manfaat kepADA penduduk KB..? sepatutnya hal ini perlu diselesaikan tanpa menunggu DT RAHMAN..wassalam
salam...
apa2 pun kredit kepada DT.Rahman..
doa saya jadi la pemimpin yang di mahukan rakyat...
pilihanraya da nak dekat...
jgn kerna pilihanraya nak dekat baru nak dekat2 dgn rakyat
tq
salam sdr Risktaker..
susahnya sebut nama sdr ni..
ma kasih dgn pandangan sdr...kita sebagai rakyat biasa ni berterima kasih dgn berita ini..
salam sdri KM..
saya ada post isu ini di blog saya..TQ
Lagu utk KM,
Berapa lama mesti ku nanti
sinar cahaya mata mu
menyinari malam
malam yg menutupi diri ku
berapa lama perlu ku tunggu
lontaran suara dari bibir mu..
baru sekarang paip di ganti
tu pun kami kena tunggu 2010
entah betul kah tidak
kami harap betul la.......
salam rojokobog..
saudara ada masa buat la lirik lagu sebagai kerja part time...
sungguh membawa maksud lirik sdr cipta..
hehehehhe
ada la ngilu gg lepas nie...hehehehhe
Inilah kesilapan bangsa kita. Kita di majukan oleh "orang luar"..Yang difikirkan mereka "projek" saja..Nasib baik YB DARD ada..banyak perubahan yang dibawa oleh DARD..
Terima Kasih DARD..
Salam kelapamawar,
I dont know what make u change ur mind about DARD. In ur previous articles u seems to dislike all YBs/WR of Kota Belud. U r always try to find/analyze their weaknesses. But now u ve a different opinion/view.. Anyway.. I hope there are no hidden agendas behind it.. Jangan2 da kena beli.. Sori jangan mare..
Salam sdr depu-depu..
Ma kasih dengan lawatan sdr..Saya juga mengharapkan agar permasalahan bekalan air bersih di daerah KB dapat selesai...Thanks
salam Rojokobog...
Ma kasih dgn lirik lagu itu...bolehlah sdr rojokobog menyanyikan lagu tu kepada saya...
saya suka ulasan sdr. Kita tunggulah keputusannya menjelang 2010. Wassalam
salam sdr Risktaker..
ma kasih dgn lawatan dan pandangan sdr itu..rasanya sdr dah dengar lagu sdr Rojokobog tu...apa lagi sdr lah pula cipta lagu....
wassalam
Salam Sirengit,
Selamat menyambut bulan Ramadahan Al Mubarak. Wasalam.
Salam Kelapa Mawar,
Saya amat berterima kasih kepada YB Datuk Rahman kerana berusaha menyelesaikan masalah kita di KB yang berlarutan sejak merdeka lagi. Syabas YB, tapi jangan kontraknya nanti orang kanan kau pula si Tajuddin dan partner dia si Aking Cina improt itu yang dapat.
Salam sdr abu..
thanks! kerana melawat sekali lagi...
I know what you mean. I think in politics, not all which made by the leader be personal interest and crony. As critic, I see good stuff also need told. Where know, clean water supply in KB district are going to work out.
Thank you on your opinion.
salam labilabulabi..
ma kasih dgn kunjungan sdr walaupun agaknya sdr tersilap sbb sdr renggit lama sudah tak ke udara...wassalam
Salam nyawa dan Badan..
Ma kasih dengan pandangan serta kunjungan sdr yang pertama kalinya..saya amat menghargainya.wassalam
Salam Kelapa Mawar,
Saudara telah berjaya mempaparkan satu blog yang boleh membawa percambahan pemikiran dikalangan bloger KB. teruskan usaha ini, saya terus terang akan sentiasa memberi pandangan jika ada kelapangan.
salam sdr abu..
ma kasih dgn pandangan sdr..perhatian sdr sangat saya hargai.wassalam
Mahu tanya bah...betulkah DARD tu ego?
salam tudung duang..
Pada pendapat saya, setiap manusia itu semestinya ada ego tersendiri, be it positive or negative.
In my opinion DARD tu seorang yg terlalu bercita2 tinggi, berusaha kuat untuk mempotraykan dirinya seolah2 sebagai pemimpin yg sejati yg konon2 nya sangat prihatin trhadap masalah rakyat..Pendeknya, Nak jadi FAMOUS & POPULAR.. Hero lah katakan.
Salam Abu,
Jangan terlalu ego, kerana ego yang berlebihan membawa kita kekufuran. Apa tidak asyik tembirang sahaja kita. Bila bercakap orang lain tidak boleh potong jalan, dikedai kopi macam Si Farman Kemad lah itu gayanya hai abu-abu hari nak hujan. sory!!!!!!.
salam...
Maaflah sebab lama dah tak keudara...banyak garuda yang datang mengoda...nasib baik lah rajawali terus gah melawannya....maklumlah si rengit cuma makhluk yang kecil tapi berbisa tau....
satu posting yang menarik...perlu diteruskan agar membuka mataminda pemimpin yang lain...tq
Salam Datu Pidtailan..
Hai datu-datu.. kalau hari nak hujan.. sediakan payung atau raincoat, takut nanti basah..dapat selesema.. nanti orang kata kena H1N1 pulak..
salam Tudung Duang..
makasih kerana berkunjung..pertanyaan sdr rasanya sudah di jawab oleh sdr abu..harap berpuas hati..wassalam
salam sdr Pidtailan..dan sdr abu..
aii jadi medan debat pulak blog saya nie ye,...tapi tak apa, saya suka situasi ini...supaya sdr berdua dapat mencari titik penyelesaiannya..teruskan perdebatan sdr...
mak kasih dengan kunjungan dannpandangan sdr berdua..wassalam
salam sdr Renggit..
kasi gigit bah garuda itu...masuk dlm telinganya..baru dia tau...selama si renggit bergaduh dgn garuda itu..banyak burung2 lain yg muncul..berterbangan ke sini sana...
ma kasih dengankunjungan sdr...saya hargainya..
Salam Abu,
Hujan hujan juga, jangan lupa kejap lagi kemarau nie. Kemarau juga boleh bawa masalah, jangankan H1N1 penyakit macam-macam pun ada nanti dari penyakit hati ke penyakit mata. Tunggulah apa yang berlaku nanti. Wasalam
Datuk Rahman Dahlan bahawa masalah ini akan dapati diatasi menjelang 2010.
Sekarang ini Ogos 2009. Tinggak 4 bulan lagi 2010. Masalah air di KB bukanlah semata-mata tiadanya Loji Penapisan Air. Loji Buyayat nanti akan berdepan dengan masalah "sistem perpaipan" menuju pekan dan kampung-kampung. Masalah paip dipekan sendiri ialah kecilnya batang paip. Dulu apabila kapasiti air di pump dengan maksima, paip-paip bawah tanah tidak dapat menampung tekanan dan kemungkinan akan pecah. Tambahan paip-paip bawah tanah ini perlu untuk menjamin bekalan dapat disalurkan ke kampung kampung sekitar. Ini memakan masa dan proses yang panjang. Rasanya 4 bulan hingga setahunpun belum pasti dapat melengkapkan keperluan-keperluan ini. Kita berdoa saja agar ianya dapat dilaksana dengan baik dan teratur.
salam sdr minda 1merdeka..
saya juga turut bersetuju dgn pandangan sdr...bolehkah dalam tempoh 4-6 bulan bekalan air bersih dapat diselesaikan..? kita lihat dan tunggu keadaan ini..
Post a Comment