Thursday, August 13, 2009


Dunia sering berubah, bukan sekadar setiap kali bah, pantainya juga turut berubah, tetapi langit dan awan juga saban kali membawa perubahan. Kalau dulu manusia hidup dalam kepompong, ada juga yang mengistilahkan dengan 'tempurung", menggambarkan terputusnya dunia luar dan maklumat sehingga tidak dapat menganjakkan perubahan diri dan keluarga. Orang sekarang dah mula bercakap tentang bebola kaca dan kristal, menidakkan situasi sebelumnya. Mata, telinga,minda dan seluruh pancaindera berfungsi untuk menuntut perubahan. Inilah impak terbesar dunia teknologi kepada gambaran kepimpinan seseorang 'ketua' bagi sesebuah masyarakat yang majoriti hatta kepada golongan minoriti sekalipun.


kalau dulu, pimpinan bertindak atas dasar naluri dan kehendak, sama ada memperjuangkan bangsa dan masyaraktnya, tanpa adanya 'kritikan' secara telus dan terbuka, dan kalau adapun hanya menggunakan 'wadah lisan' yang terhad kepada 'hubungan sehala dan pesimis", namun sekarang pemimpin terdedah kepada sifat kritikan yang lebih terbuka dan bersifat provokasi.


Pimpinan di Kota Belud, tentunya juga tidak terkecuali, kerana perkembangan ICT tidak ada batasannya. Blog tumbuh seperti cendawan selepas hujan lebat. Ada yang membawa agenda peribadi, ada yang jelas berkongsi nilai dan pengalaman hidup, ada yang mengutarakan idea dan pandangan ,tidak terkecuali blogger yang mengkritik secara terbuka, pimpinan yang sedia ada. Sama ada ada niat politik peribadi atau bermaksud membetulkan apa yang dikatakan sebagai 'kepincangan kepimpinan' bukan itu persoalan pokok, kerana sebagai pemimpin, masyarakat adalah cerminan yang paling sempurna baginya dan ini perlu difikirkan oleh mereka.


Melalui Blog banyak isu-isu yang menjadi kepentingan masyarakat di utarakan tidak kurang yang mempersoalkan kewajaran tindakan para pemimpin dalam mencatur atau memporak prandakan apa yang disifatkan sebagai 'amanah rakyat".


Di Kota belud, hampir kesemua pimpinan sama ada baru atau lama, sudah mempunyai blog sendiri. Menyiarkan aktiviti dan pandangan dalam semua hal untuk tatapan masyarakat yang mengangkat mereka sebagai pemimpin agung..kalau bukan sekarang tetapi suatu ketika dulu.


Datuk Salleh Tun Said, pemimpin yang mempunyai blog yang boleh dikunjungi oleh sesiapa jua. Namun daripada apa yang dipaparkan, semua isu lebih bersifat kepada aktiviti besar dan terancang yang dilakukan oleh tokoh ini, dan jarang memberikan pandangan kepada isu semasa juga isu yang melibatkan pembangunan di Kota Belud. Sebagai bekas KM, juga mantan ADUN USUKAN Dan PARLIMEN KB, tidak ada satu pun isu yang berkaitan dgn perancangan sistematik tokoh ini bagi pembangunan fizikal KB. Apatah lagi hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan modal insan masyarakat sekitarnya. Tugas Sebagai Ketua Bahagian UMNO KB, juga tidak membolehkan DSSK mengutarakan apa yang dikatakan sebagai "Transformasi' UMNO KB. Hanya teks ucapan beliau tetapi bukan dalam bentuk gagasan. Apa yang menyedihkan ialah apabila blog DSSK juga tidak memaparkan slot "ULASAN" untuk membolehkan pengunjung memberikan komen dan ulasan terhadap isu yang diutarakan. Menimbulkan persoalan, sebab dan musabab memadam slot berkenaan?..


AHLI PARLIMEN BARU.. DATUK RAHMAN DAHLAN, juga mempunyai blog yang lambat dikemas kini, memaparkan aktiviti yang dibuat di KB. Agak lebiah baik dari DSSK, kerana pemimpin ini membenarkan slot ULASAN untuk berkongsi dengan pelawatnya. Walaupun ulasan-ulasan yang diberikan KADANG-KADANG tidak diresponse, namun ia cukup baik berbanding dengan DSSK. sekurang-kurangnya, DATUK RAHMAN dapat mengetahui inspirasi masyarakat di KB. Biarpun kadangkala ada kritikan bersifat provokasi dan emosi namun disitulah letaknya 'kemanisan' seorang pemimpin yang menjadi 'tumpuan ' masyarakat. Paling tidak pun beliau dapat mengetahui bahawa tidak semua idea dan pemikirannya disukai oleh orang lain.


MANTAN PEMIMPIN suku Iranun , Tan Sri Pandikar Amin juga mula aktif semula dalam dunia blog. Biarpun sebelum ini sudah menyertai rangkaian informasi ini, tetapi mungkin kerana kesibukkan sebagai ahli politik maka, blog beliau itu 'mati' dan tidak dikemaskini. Sekarang mungkin masih sibuk tetapi beliau kembali dengan PA'MIN, dan menyajikan pelbagai juadah pemikiran dan pengalaman. daripada isu 'berat' hinggalah kepada prinsip dan etika perjuangan beliau selama ini yang disifatkanya sebagai "PENDEKAR CAHAYA'. Tulisan beliau ini ternyata memberikan feedback yang bertubi-tubi, bukan sekadar perbincangan kedai kopi, tetapi saban hari bilangan blogger yang "follow' blog PA'MIN juga bertambah. Menariknya ialah pemimpin Iranun ini juga membenarkan slot ULASAN pada blognya. Setakat ini hanya beberapa orang pelawat yang turut serta dalam dunia perbincangan PA'MIN, yang selebihnya mungkin sekadar menyelami pemikiran beliau. Tidak terkecuali ada juga yang memberikan ulasan dalam bentuk penulisan mereka di blog masing-masing. Persoalannya adakah penulisan itu turut diikuti oleh PA'MIN ? Dan apakah reaksinya?..


Pimpinan di KB, tidak cukup rasanya kalau tidak menyebut DUN USUKAN dan DUN TEMPASUK. Setakat ini ramai blogger tertanya-tanya, mana blog Datuk Japlin?..Mana blog Datuk Haji Musbah..? apakah mereka terlalu sibuk..? atau mereka tidak tahu buat blog..? atau mereka juga tidak mahu di tahu aktivitinya..?Alasan apa..? Dunia politik sekerang sudah berubah, bukan seperti dulu...."lllittttt..." maklumat sudah sampai...semuanya dihujung jari..? Oleh yang demikian,kedua-dua tokoh pimpinan ini perlu memikirkannya,, supaya idea dan pemikiran mereka dapat dikongsi oleh masyarakat yang mengangkat mereka sebagai pemimpin.

Ternyata dengan kehadiran dunia blog, pemimpin semakin terdedah dengan kritikan masyarakat. Sama ada kritikan itu bersifat konstruktif atau sebaliknya, tidak mempunyai kepentingan untuk dibahaskan, kerena provokasi adalah 'pakej' sebagai seorang pemimpin. Hanya yang tinggal, sejauhmana kritikan itu dilihat sebagai ramuan dalam memperjuangkan matlamat politik.

18 ulasan :

rojokobog said...

Salam,
Blog Dtk Musbah dia simpan dirumah, dtg lah rumah beliau kalau nak tengok, semua ulasan dan komen akan dijwp terus oleh Dtk pendek ni...blog Dtk Japlin pula masih on the way utk sampai ke KB..singgah di kelombong agaknya.

Unknown said...

Salam, Dtk Musbah...masih dalam proses belajar komputer...nanti kalau sdh pass baru p blog pula

Unknown said...

Salam Kepala Mawar dan rojokobog,

Kalau bertandang ke rumah Dt. Musbah, jangan lupa makan sahur dulu. Takut nanti mati kelaparan kerana terlalu lama menunggu ceramahnya habis. Sebagai ingatan dan makluman awal saudara rojokobog kena memahmi situasi ini sebelum bertandang di rumah Dt Musabah.

a. Datang pada jam 11.00 pagi

Orang yang berniat berkunjung dengan rumah Dt. musabah dinasihatkan jangan datang lebih awal sebelum waktu jam 11.00 pagi. Salah satu sebabnya ialah Dt. Musbah selalunya bangun lewat dan tetamunya terpaksa menunggu lama.Bukan dtk ni sibuk kalau malam cari makan mcm kelawar kalau siang orang namapk macam mana dia gelojoh makan jadi waktu malam aje dia ada masa.Masa siang datuk musabah banyak dihabiskan cari wang untuk tambah koleksi kereta macam 'dealer' sudah rumah dia dengan koleksi kereta terkini.Beginilah ransam dunia pemimpin kita tapi bukan semua.

rojokobog said...

Salam Abu,
dari cerita sdr nampak mcm pernah mengalami saja..naaujubilaminjalik.

Unknown said...

Salam rojokobog,

bukan itu lagi saudara. Ceramah pertama yang kita dengar ialah bagaimana dia mencipta kekayaan dia, dalam topik ini Dt. Musbah menapikan bahawa kekayaan yang dimilikinya bukan daripada kuasa politik tetapi kepakaran dia berniaga konon. Tapi setahu kita tiada pun syarikat yang dia miliki sekarang. jadi taiko musa aman adalah.

Ceramah kedua tajuknya tidak lari kutuk DT salleh dan konco-konconya. Ceramah memakan masa berjam-jam.

Akhir sekali kalau tak buka mulut, sampai malam pun ceramah dia tak habis. Plaset punya YB. Pendek-pendek linsah juga ya.

kelapa mawar said...

salam sdr rojokobog..

ma kasih dgn kunjungan sdr..dan saya kelucuan membaca ulasan sdr..sangat-sangat masuk akal...

kelapa mawar said...

salam radiamoda..

kalau tak reti pakai komputer..baik tak usah jadi wakil rakyat..lagi baik jadi petani jelapang padi..
ma kasihlah dgn ulasan sdr...

kelapa mawar said...

salam sdr abu..

Nampaknya sdr dah ada jadual waktu Dt. Musbah..ya!..

Aii kalau koleksi kereta mewah tak pa lagi..yg kita takut koleksi bini..lagi parah...pendek bertambah pendek...yang penting besarrrr...

Minda 1Merdeka said...

ASKM. SALAM CYBER.

Tahniah. Semakin hari semakin matang. Teruskan usaha menjadi mata dan medan perjuangan rakyat. Sampai ketemu lagi dengan penulisan yang lebih meluas dan semakin canggih. Wassalam.

kelapa mawar said...

Salam kembali sdr Minda 1merdeka..

Ma kasih dgn kunjungan dan pandangan sdr ..saya amat menghargainya...semoga sdr kerap melawat ke laman saya nie...wassalam

YB Dato' Abdul Rahman Dahlan said...

Setiap pemimpin mempunyai stail sendiri untuk berhubung dengan rakyat. Ada yang buka blog, ada yang suka berceramah dan tidak kurang yang suka duduk di kedai kedai kopi untuk mendengar cerita / khabar angin / gosip yang terkini.

Bagi saya, saya suka menggunakan blog. Cumanya maafkan saya kerana saya tidak update selalu. Sebenarnya, alasan lain ialah saya aktif menggunakan Facebook dan Twitter yang lebih cepat, ringkas dan tepat.

Rajin-rajinlah ke "wall" face book saya (Abdul Rahman Dahlan) dan akaun Twitter saya (mpkotabelud).

Saya selalu membaca blog blog Kota Belud. Banyak yang saya pelajari dan dapat menaafaat daripadanya.

Tkasih.

p/s: Kelapa mawar, I love your blog's background music... so cool!

Hati Seorang Wanita said...

A'kum...

Hebatnya Datuk Musbah berdansa, syok jadinya kalau dapat berpasangan dengan beliau...datuk, saya sedang mencari calon suami kalau berani mai lah p masuk meminang!!!!

kelapa mawar said...

salam YB Datuk Rahman..

Ma kasih dgn ulasan YB yang bagi saya merupakan satu bukti keperhatinan YB dgn isu-isu yg melanda KB, di mana YB adalah ahli Parlimen di kawasan ini.

Kami para blogger di KB ni saban hari melawat laman blog YB..sekurang-kurangnya berkongsi informasi...Semoga YB sukses selalu.

kelapa mawar said...

Salam hati seorang wanita..

Lama tak kedengaran, sibuk ke? kenapa berminat dgn Dt.Musbah? jangan datang jam 11.00 pagi kata sdr abu,Dt.Musbah selalu bangun lewat..

ma kasih dgn pandangan sdri.

Hati Seorang Wanita said...

A'kum...

Saya tak mau datang rumah Datuk Musbah...saya nak tunggu dia datang rumah saya...bila tengok muka dia macam ada bakat, kalau masuk AF dijamin boleh popular dan jadi penyanyi kegilaan remaja...

tawadakan said...

Salam,
Sdri Hati Wanita, penyanyi kegilaan remaja? maaflah permisi dulu...pi muntah sekejap..

kelapa mawar said...

Salam Hati Seorang Wanita..

Bolehkan dia masuk AF tu...Kan si Felix dah masuk..tak usah lah..lagi baik masuk "Jangan Lupa Lirik"...Kot-kot terbaca lirik projek pembangunan di Tempasuk...endak kah heboh itu..

kelapa mawar said...

salam Tawadakan...

Apakah benda muntah-muntah tu..berisi kah?..
ma kasih dgn kunjungan sdr.