“PEMIMPIN” kalaupun di tafsirkan pada makna yang mendalam, ia tetap membawa makna sebagai ‘KETUA’, yang bezanya hanyalah situasi di mana PEMIMPIN itu dilahirkan. Kalau dalam keluarga, PEMIMPIN itu adalah KETUA keluarga, kalau dalam sesebuah masyarkat dan bangsa, PEMIMPIN itu adalah KETUA kepada bangsa berkenaan. Melihat dari sudut yang lebih besar, PEMIMPIN sesebuah Negeri dan Negara, juga adalah KETUA kepada Kedualatannya. Ertinya PEMIMPIN setiap masa dan waktu, dilahirkan untuk menjadi KETUA. Sama ada “KEKETUAANNYA” mendapat restu dan sanjungan, itu perkara kedua dan seterusnya, kerana PEMIMPIN itu sendiri adalah manusia biasa, yang jelas tidak akan lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Itu realitinya ! dan itu jugalah yang perlu diakui oleh kebanyakkan kita, supaya fitrah kemanusiaan dalam jiwa akan memanusiakan kita.
Memberi teguran, kritikan dan ungkapan penyesalan bagi seorang rakyat biasa kepada seorang yang bergelar PEMIMPIN adalah lumrah. Kerana rakyat biasa itu juga adalah MANUSIA BIASA, hati dan nalurinya bergetar kuat bila apa yang dikatakan PEMIMPIN ATAU KETUA itu membahaskan isu yang gagal ditanganinya ketika PEMIMPIN itu menjadi KETUA kepadanya. Namun, Kemanusiaan itu jugalah yang membuatkan kita berfikir jutaan kali untuk memberikan teguran. Bagaimana..? Macam Mana…? Bila..? dan Di mana..? itu persoalan tanda Tanya yang tidak tahu bila ada jawabnya. Rakyat menggunakan “hak’ sekecilnya menegur PEMIMPIN, BUKAN kerana BENCI, BUKAN kerana mencaci, BUKAN kerana dengki, BUKAN kerana iri hati, BUKAN kerana sakit hati, BUKAN kerana tunjuk diri, BUKAN kerana ego atau sombong diri, …JAUH SEKALI UNTUK MENYAKITKAN HATI..
TEGURAN adalah keikhlasan yang abadi…HANYA bila teguran diberi secara terbuka, ia tidak akan lari dari terasa..dan PEMIMPIN terpaksa pasrah. Kerana adalah tidak manis kalau semua ‘menghargai idea PEMIMPIN dengan angguk sahaja, Juga tidak ada serinya kalau yang semua diterima tanpa bertanya…TERINGAT saya zaman feudal, di mana ‘HAMBA’ diberikan tanah sekangkang kera untuk diusaha. Tiada pertukaran idea dan bicara..’HAMBA’ tadi diberi upah berupa makan, minum, pakai sahaja…KETUA ADALAH BAYANGAN TUHAN PADA ZAMAN SI HAMBA.
SELEPAS itu zaman Monarki juga menjanjikan Kuasa PEMIMPIN ADALAH mutlak, rakyat adalah manusia biasa yang tidak bisa bersuara..Titah adalah perintah, engkar adalah derhaka membawa padah. Rakyat tidak terbela. Kehendak dan idea rakyat dianggap sebagai tidak sempurna. Hang Jebat membela sahabat tercinta, dianggap Pengkritik dan derhaka. Idea Hang Nadim berkubukan batang pisang ketika Todak menyerang Singapura dilabel sebagai menggugat kuasa. Percambahan idea dan minda dicantas supaya tidak tumbuh melata.
Kini zaman sudah berubah. Ketika berlaku Renaissance di Eropah, factor pencepatnya ialah terbinanya mesin cetak yang membawa penyebaran maklumat dan idea. Rakyat Eropah berkejaran mencari dan menimba ilmu di dada. Puluhan malahan ribuan ratusan tahun, baru ICT sampai kepada kita. Rakyat yang juga manusia biasa sudah mula celik dan terjaga. Banyak isu, juga cerita tidak lagi di kedai kopi dan warung semata. Rakyat mendengar ketika lena…Rakyat melihat ketika tertutup matanya…Rakyat berfikir ketika menghadapi suasana semasa…Rakyat tidak sudah dibuai angan dan dusta. SEBAB itulah PEMIMPIN YANG JUGA MANUSIA BIASA ..menjadi terang biarpun bercahaya. PENDEKAR, PANGLIMA,HULUBALANG DAN SATRIA bukan lagi ukurannya… kerana yang lebih penting dan bermaruah ialah bila kita sebagai manusia biasa, tanpa ada rasa KETUA ATAU HAMBA mengakui keterlanjuran mengkhianti bangsa, bertaubat dan menerima itu semua tidak sampai kita terus terhina…yang perlu ialah belajar dari yang lalu, mengajar pada yang baru, mendaulatkan kembali apa yang jatuh….TERINGAT SAYA LAGU DAHULUKALA…’KITA SERUPA’..
Pinta generasi pewaris ilmu sakti..kembalikan ‘janji’ yang sudah lama tidak berseri…ikhlasnya kita bukan minta dipuji..sabarnya kita jangan minta diuji…bijaknya kita tidak perlu diukur..lemahnya kita jangan sampai berkubur…kitalah manusia biasa yang sama merintih, menangis,melaung,merenggek,mendenggus,dan kadangkala berkongsi tawa…bila semua maruah bangsa terangkat bukan dibahu seorang ketua, bukan dijunjung dijemala seorang hamba…tetapi atas sifat dan sikap bersama…bahawa tiada beza…antara KETUA DAN HAMBA..KITA ADALAH MANUSIA BIASA.
6 ulasan :
Salam Kelapa Mawar,
Satu penulisan yang baik, cuma saya belum ada idea bagaimana memberi komen tentang ini. Sebenarnya ketua adalah juga pemimpin. Ketua yang baik ialah apabila dia telah melaksanakan tugasnya sebagai ketua dengan baik dan berkesan.
salam sdr abu..
Thanks dgn kunjungan sdr yg tidak putus-putus..saya amat menghargainya...kita adalah ketua dan ketua itu sama juga dengan kita, MANUSIA BIASA. Jangan terasa bila ditegur...kerana seorang ketua itu sebenarnya adalah hamba yang berkelana..
Ma kasih sekali lagi. Saya doakan semoga sdr sukses selalu.wassalam
Salam,
Menjadi pemimpin biarlah betul-betul. Kalau seseorang pemimpin tidak sanggup ditegur baik pergi masuk hutan memimpin kera, harimau, gajah dan buaya. Kalau memimpin sang kancil rasanya tak layak kerana sang kancil ni haiwan yang cerdik.
salam sdri KM..
PEMIMPIN ITU BESAR TUGASNYA.RAKYAT JELATA JUGA BESAR PERANANNYA. JADI BERBAIKLAH UNTUK KEHARMONIAN BERSAMA
salam Pendikarkebenaran..
ma kasih dgn kunjungan sdr..
Pemimpin yang takut ditegur adalah pemimpin pengecut yang berjuang utk diri dan keluarganya sahaja.
salam sdr depu-depu..
Kedua-dua golongan ini perlu ada kerjasama yang erat barulah dapat membangun bersama. Ini pemimpin dengan agendanya, rakyat terus terbiar dan tidak terbela.
ma kasih dgn pandangan sdr..
Post a Comment