Monday, August 10, 2009



Membaca artikel sabahkini tentang MUSA AMAN DAN DATUK SALLEH telah menarik minat saya,keran idea itu dikatakan diutarakan oleh seorang politikus Sabah di zaman USNO dan BERJAYA. Siapa yang tidak kenal dengan HALIK ZAMAN. Memberikan pandangan politik bersandarkan kepada kaca mata dan pengalaman beliau setelah berpuluh tahun dalam dunia politik Sabah. Artikel yang saya maksudkan ialah mengenai MUSA AMAN yang dikatakan tidak ada ‘political base’, sekaligus beliau menyatakan bahawa kemenangan UMNO/BN di Sabah dalam PRU-12 yang lepas adalah atas titik peluh dan kerja kuat beberapa tokoh politik Sabah yang dikatakan masih kuat pengaruhnya. Antara tokoh yang disebut oleh beliau ialah DATUK SALLEH TUN SAID, TAN SRI PANDIKAR AMIN,DATUK ABDUL GHAFFUR SALLEH,DATUK SHAFIE AFDAL DAN beberapa orang lain lagi..Benarkah atas dakwaan HALIK ZAMAN ini ?..Apakah reality dunia politik di Sabah sekarang masih relevan dengan kenyataan itu ..? Inilah antara pandangan politik tokoh veteran ini:

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

UMNO Sabah bukanlah sebuah parti politik yang kuat sangat di Sabah. Musa Aman juga bukanlah seorang pemimpin politik yang berpengaruh sangat dalam UMNO. Kemenangan UMNO Sabah pada PRU12 bukan dari pengaruh Datuk Musa Aman tapi mesti diambil kira dari faktor-faktor di sekeliling Musa Aman.


Faktor utama di Pantai Timur terutama Tawau, jangan lupa Datuk Seri Abdul Ghaffur Salleh masih kuat pengaruhnya. Di Semporna Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal patut diberikan pujian kerana kerja kuatnya. Di Pantai Barat, Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said, seorang yang berketurunan Sama' Bajau, paling disegani dan berpengaruh. Daerah Papar hingga Sipitang orang Melayu Brunei masih kental kepercayaan mereka kepada Rahim Ismail. Faktor ini yang benefitnya Musa Aman dapat dan menjadi Ketua Menteri Sabah hingga sekarang.

Pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Datuk Seri Abdul Ghaffur Salleh, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Rahim Ismail, kerana tanpa mereka, Datuk Seri Musa Aman bukan siapa-siapa.

Tetapi persoalannya berapa lama mereka ini mahu jadi kuda tunggangan? Pengaruh mereka bukan calang-calang. Mereka itu mewakili suku kaum majoriti di Sabah. Sedangkan Musa Aman hanya menempel di kawasan Sibuga Sandakan. Apatah lagi Musa berasal dan turunnya dari Bingkol, Beaufort, iaitu cucu Akhbar Khan.

Memang benar PRU12 UMNO Sabah menang 99.9% tapi kemenangan itu bukan faktor Musa Aman. Ia dari faktor pengaruh Datuk Seri Mohd.Salleh Tun Said, Datuk Seri Pendekar Amin Mulia, walaupun Salleh dan
Pandikar Amin tidak dipilih oleh Musa menjadi calon DUN atau Parlimen tetapi kerana taatnya mereka kepada UMNO, mereka sanggup berkempen untuk kemenangan UMNO Sabah.

Begitupun Datuk Shafie Apdal, Datuk Abdul Ghaffur Salleh, Datuk Lajim Ukin dan Datuk Rahim Ismail, demi UMNO Sabah, mereka berkerja keras untuk kemenangan, tapi bila UMNO Sabah menang, mereka yang benar-benar berjuangpun tidak langsung diberi perhatian oleh Datuk Musa Aman. Datuk Musa hanya jaga kepentingan anak-anak, anak buah dan kroni-kroninya sahaja.

Hari ini, hari demi hari rakyat Sabah pun sudah sedar siapa Musa Aman? Kalau Kerajaan Pusat masih lagi terlalu yakin dengan kepimpinan Datuk Musa sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah dan Ketua Menteri Sabah, jangan terkejut kalau nasib UMNO Sabah sama dengan nasib USNO pimpinan Allahyarham Tun Datuk Mustapha dikalahkan oleh Parti BERJAYA dan sama dengan nasib Parti BERJAYA pimpinan Datuk Harris Mohd. Salleh dikalahkan oleh PBS, terjatuh terkulai layu.

Formula yang paling baik untuk menguatkan UMNO Sabah, tukar sahaja Musa Aman sebelum UMNO para hancur berderai. Lagu-lagu rakyat pun sudah kedengaran, bahawa UMNO Sabah ini sudah menjadi dinasti Musa Aman. Mana tidaknya, anak-anaknya, anak-anak saudaranya, kaum kerabatnya? Ahhhh, susah mahu cakap, tengok sendiri lah, lihat sendiri dan dengar sendirilah kejatuhan UMNO Sabah dalam PRU13 nanti. Kita sama-sama tunggu dan lihat.

12 ulasan :

Maruf Ismail said...

Salam Kelapa Mawar,

Kenapa sunyi sepi? Mana Musli Oli,Azrone,Solymone dan lain-lain? Mana kawan-kawan yang keroyok Musli Oli? Kalau menang tak apa juga. Tapi kena K.O. Musli penulis dan blogger nasional yang di segani. Saya pun bangga kerana dia orang Kota Belud. Bukan soal bajau, irranun, dusun, tapi daerah Kota Belud.

T.Q

PA'MIN said...

Salam Ziarah.
Belum juga tebal betul spek orang tua tuu. Wassalam

kelapa mawar said...

Salamkembali adik A.Maaruf..

Sapa keroyok sapa...?

Sdr Musli yg penulis dan blogger nasional yg disegani tu..dah tak suka pada blog nyamuk konok...si luncai lah tu..

kelapa mawar said...

salam kembali sdr Pa'min..

ma ksih dgn kunjungan ziarah sdr..komen pendek tapi membawa banyak makna..

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar,

Hai! macam nie lain artikel hentam Pandikar dan Salleh. Sekarang nie hentam musa pula dan puji pandikar dan salleh dah kena bayar kah?. nanti bagi kita ah.

SI RENGIT said...

salam...

Kuatnya USBO....matailah kau musa aman...tak kan aman lah hidup engkau...masamana dengan c musbah...bapa pembangunan tempasuk...tk pa dia... tahun-90an dia dah bergelar jutawan da...

Unknown said...

Salam,

Saya fikir...orang tua ni walaupun berpengalaman puluhan tahun tapi mungkin agak nyanyuk sedikit...kemenangan BN Sabah bukan kerana faktor tokoh2 seperti yang disebutkan mahupun Musa Aman yang tidak aman tenteram, sebaliknya cara berpolitik orang sabah masih lagi terkebelakang dari aspek political science.

Kemenangan BN disabah disebabkan tidak ada pembangkang yang kuat. Andainya PBS keluar dari BN, mampukah BN di Sabah mempertahankan penguasaan politik di Sabah. Atau jika terdapat parti2 lain yang boleh memperjuangkan Sabah.

Satu penyesalan kepada kita juga apabila sdra Pak Amin membubarkan AKAR, telah menyebabkan Iranun kehilangan kouta.

Saya sangat menghormati Halik Zaman, namun saya berfikir pandangan beliau tidak lagi releven buat masa sekarang. Untuk pengetahuan saya telah membuat kajian berkaitan politik di Sabah dan dalam proses untuk menerbitkannya. Dalam membuat kajian saya membandingkan politik di Sabah, Sarawak dan semenanjung M'sia.

Musa Aman perlu memperbaiki kepimpinannya dan pendekatan BN di Sabah jika tidak ingin menerima nasib yang sama seperti Pak Lah dan BN pada PRU-12. Sabah perlu bersedia menghadapi kemungkinan pada PRU-13 walaupun gelombangnya tidak terlalu kuat tetapi diramalkan akan ada kejutan buat BN di Sabah.

Jadi kemenangan BN di Sabah bukanlah faktor calon atau mana2 tokoh politik sebaliknya kesedaran politik dan ketiadaan parti politik yang lahir di Sabah yang berasaskan perjuangan untuk membela rakyat Sabah.

Sekian, Terima Kasih.

kelapa mawar said...

salam sdr abu..

artikel ini dari sabahkini,saya post kn utkdptkan pandangan sdr2 blogger yg lain..termasuk sdr abu..
ma kasih kerana berkunjung..

kelapa mawar said...

salam sdr renggit..

kalau ikut sdr Musli penulis nasional dan disegani dan berwibawa lagi disanjungi oleh anak buahnya sdr Maaruf itu, USBO konok bukan parti politik cuma orgnya jak yg berpolitik...

Musa Aman tiada dlm USBO tapi dia tahu sapa orang2 dlm USBO tu..barangkali termasuk Halik Zaman kot...Hj Musbah pun tak ada dlm USBO..sbb dia tu org kuat MUSA Aman kan....

Jutawan kah Hj Musbah tu?...seingat aku, sapa2 yg rapat dgn Musa Aman juga jutawan..ramainya..

kelapa mawar said...

salam sdr radiamoda..

ma kasih dgn pandangan sdr tu..saya tunggulah keputusan kajian yg sdr buat baru komen panjang2..
Tq kerana berkunjung

rojokobog said...

Salam Semua,
Rekod Halik zaman semasa era beliau tidak lah begitu baik (agak kuku besi), masa sekarang ini kalau kita bercerita dgn org yg lebih tua dari kita dan maha mengetahui siapa Halik Zaman kita akan ditertawakan..entah kenapa?? tentang Musbah yg jutawan sila lihat komen saya di 3 budaya kata Najib, ( Bagaimana UMNO Kota Belud )

Dedot said...

good article...
regard from Bali.