Friday, May 31, 2013

Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyokong penuh keputusan kerajaan negeri meminta Pengarah Jabatan Imigresen Negeri menghalang naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar memasuki Sabah semalam.


Beliau berkata kuasa menghalang seseorang daripada memasuki Sabah disebut dengan jelas oleh Seksyen 66 Akta Imigresen.


"Bagaimanapun, peruntukan undang-undang berupa rayuan, sentiasa ada bagi Nurul Izzah. Saya percaya keputusan ini bukan bersifat politik, tetapi untuk menjaga kepentingan dan kestabilan Sabah.


"Sabah perlu menyekat kemasukan mana-mana ahli politik dari luar negeri ini tanpa mengira kecenderungan politik mereka, yang datang ke negeri kami dengan niat untuk menanam perasaan curiga dan benci dalam kalangan rakyat kami," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.


Sambil menegaskan bahawa rakyat Sabah tidak mahu mengamalkan budaya politik 'pecah dan perintah' seperti yang terdapat di tempat lain, Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata Sabah merupakan sebuah negeri yang sentiasa aman serta harmoni dan "kami berbangga dengan perpaduan dalam kepelbagaian kami".


"Kami tidak boleh membiarkan kepentingan Sabah dipermainkan oleh ahli politik tidak jujur dari Semenanjung Malaysia yang ingin memburu kemegahan politik peribadi," katanya.

Politik negara ini pasca PRU13 menyaksikan satu trend baru apabila parti pemerintah dan parti pembangkang masing-masing mula menunjukkan keraguan tentang keputusan PRU yang lalu, apabila masing-masing berkeinginan untuk memohon penyemakan semula keputusan kawasan-kawasan tertentu mengikut perkiraan parti-parti berkenaan.

PR pada khabarnya akan memfailkan petisyen di 27 kawasan pilihanraya, manakala pada hari ini BN pula mewar-warkan akan memfailkan  lebih 50 petisyen membabitkan sekurangkurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Petisyen itu bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke13 (PRU13) yang memihak kepada pembangkang. Petisyen itu akan difailkan sebelum 11 Jun.


Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, berkata semua petisyen itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum tarikh akhir 11 Jun ini, iaitu 21 hari selepas keputusan PRU13 diwartakan.

Najib berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tertinggi (MT) UMNO selepas PRU13 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan mengheret Kerajaan Sabah ke mahkamah bagi mencabar tindakannya yang menghalang beliau daripada memasuki negeri bawah bayu itu semalam.

MP Penampang, Darrell Leiking, akan mengetuai sebuah jawatankuasa guaman di Sabah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri yang akan difailkan di Kota Kinabalu kelak.

PKR juga akan menghantar surat rasmi ke Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk mengemukakan aduan rasmi serta mendapatkan penjelasan sepenuhnya mengenai tindakan itu.

Parti itu juga akan meminta senarai nama-nama mereka yang dihalang memasuki Sabah, serta sebab-sebab mereka dihalang, kata Nurul Izzah di sebuah sidang media di sini.

“Isu keselamatan negara dan persempadanan tidak boleh sama sekali dipolitikkan.

“Tindakan menghalang saya daripada masuk ke Negeri di Bawah Bayu ini berlaku di kala Sabah berhadapan dengan kebolosan sempadan.

“Termasuklah pengeluaran kad pengenalan secara haram seperti yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah.

“Seharusnya tumpuan kerajaan negeri adalah mengawal selia masalah kebolosan yang mendesak ini,

“Bukan menyalahgunakan kuasa dengan menafikan hak demokrasi dan aktiviti politik pimpinan Pakatan Rakyat demi mempertahan kedudukan UMNO mahupun BN,” kata Nurul Izzah.

Nurul Izzah ditahan di pintu masuk imegresen di Lapangan Terbang Kota Kinabalu semalam apabila beliau tiba di Sabah. Kad pengenalannya dirampas dan beliau diarah pulang.

Nurul Izzah mendakwa tindakan tersebut adalah arahan daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Beliau pergi ke Sabah bagi meraikan pesta menuai Kaamatan bersama warga tempatan yang akan berlangsung Sabtu ini.

Nurul Izzah berkata Kerajaan Sabah telah melanggar undang-undang negara kerana menghalang seorang warganegara memasuki negeri mengikut Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/1963.

Thursday, May 30, 2013

Penulis dan penganalisis politik tanah air Mohd. Sayuti Omar dalam blognya Merah Tinta, mengungkap perkataan "kuasa Gila" sebagai respone spontannya terhadap nasib MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang tidak dibenarkan memasuki Sabah semalam. Ulasan Sayuti Omar itu adalah seperti berikut:

UBN Sabah masih lagi dibayangi seruan "Ini kalilah" yang merupakan seruan pembangkang Sabah untuk menumbangkan kerajaan UBN Sabah dalam pilihan raya lalu. Walaupuan seruan itu tidak menjadi, bila mana Pakatan Rakyat gagal menguasai Sabah tetapi ia seakan-akan terus mengusik perasaan pemimpin UBN Sabah.

Mengapa tidak, semalam Imigresen Sabah bertindak mengalang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dari memasuki ke negeri berkenaan. Izzah dihalang dan diminta pulang semula ke Kuala Lumpur sebaik tiba di lapangan terbang Sabah.

Izzah katanya dalam rangka mengadakan lawatan ke negeri berkenaan untuk menyertai pesta Keamatan yang sedang berlangsung kini.


Setiba di lapangan terbang Sabah beliau tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Pemakluman penahanan beliau dibuat menerusi twiternya, antara lain Izzah menulis; "Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN".

Sebelum ini Imigresen Sabah menghalang Tian Chua dan seorang pembantu Mohamed Azmin Ali dari memasuki ke negeri berkenaan tahun lepas.

Jelas tindakan itu menggambarkan kerajaan UBN pimpinan Musa Aman masih lagi dikejar bayang-bayangan ketakutan ekoran kebangkitan rakyat Sabah secara menyeluruh menjelang pilihan raya lalu.

Sekiranya tidak berlaku tragedi serangan ke atas Lahad Datu sudah tentu Sabah sudah luruh dalam pilihan raya lalu. Tragedi Lahad Datu yang masih menjadi misteri sampai kini, dipercayai menjadi faktor sokongan (tipu) bagi mengekalkan kerajaan UBN Sabah.

Persoalan juga timbul di sebalik penahanan Nurul Izzah dan beberapa ahli politik lain di Sabah itu, apakah 'kuasa gila' itu akan terus dibenarkan. Kuasa gila itu jelas sekali bertentangan dengan semangat penubuhan Malaysia 1963 walaupun Sabah adalah sebahagian dari persekutuan Malaysia tetapi ia masih mempunyai kuasa otonomi gila tersendiri untuk menghalang sesiapa saja rakyat Malaysia dari memasuki ke negeri berkenaan.

Sudah sampai masanya kuas gila yang dimiliki Sabah dan Sarawak dimansuhkan kalau tidak kewujudan mereka dalam Malaysia tidak membawa apa-apa erti khasnya bagi rakyat Semenanjung. Ketidakadilan juga nampak, rakyat kedua buah negeri itu bebas untuk ke Semenanjung tetapi tidak sebaliknya.

Dalam perkembangan lain penahanan Nurul Izzah itu menimbulkan kemarahan kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin yang menyifatkan ianya satu masalah besar.

Kata Bung penghalangan itu satu kesilapan besar dan juga malapetaka. Nada Bung Mokhtar Radin itu agak sumbang sedikit dan apakah ianya merupakan penzahiran rasa kurang senang Bung Mokhtar ke atas Musa Aman?

Ketiadaan Bung Mokhtar di dalam senarai kabinet yang dibentuk Najib Razak baru-baru ini khabarnya timbul rasa kurang puas di kalangan pengikut Bung Mokhtar. Mereka kesal mengapa Bung Mokhtar yang sudah berkhidmat sebagai ahli parlimen lebih dua penggal tidak dilantik menjadi anggota kabinet berbanding dengan mereka yang hanya menang baru sepenggal sudah menjadi menteri.

Apakah penghalangan Nurul Izzah memasuki Sabah itu akan menjadi titik mula kepada Bung Mokhat untuk melancarkan serangan mortar ke atas Musa Aman dan Sabah?
keputusan Mahkamah rayuan mengekalkan sabitan ke atas mantan Menteri Besar Selangor Datuk Khir Toyo telah menggemparkan politik tanahair. Mantan MB Selangor itu di dakwa atas kesalahan membeli dua lot tanah dan seunit rumah banglo mewah dengan harga di bawah pasaran. Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan aset tersebut disita.

Berikut adalah responde Khir Toyo mengenai keptusan mahkamah rayuan itu:

1. Semalam, Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan sebulat suara menolak rayuan saya.

2. Saya akan merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan ini tapi saya tidak mengharapkan peluang untuk dibebaskan secerah semasa kes ini di Mahkamah Rayuan.

3. Saya hadir ke Mahkamah Rayuan dengan harapan yang tinggi kerana saya percaya saya tidak melakukan apa-apa kesalahan rasuah mahu pun pecah amanah.

4. Saya membeli rumah dengan harga pasaran. Saya tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada Shamsudin Haryoni berbanding syarikat-syarikat lain yang melakukan usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

5. Saya dimaklumkan bahawa tuduhan ke atas saya di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Dengan kata lain, apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga yang tidak mencukupi daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

6. Saya tidak pasti bagaimana mahu membeli rumah kerana hampir kebanyakan "developer" mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai Menteri Besar Selangor.

7. Sudah tentu ada yang berkata belilah rumah mengikut harga sebenar. Saya bersetuju dengan pandangan tersebut. Sebab itu saya minta diadakan penilaian ke atas rumah separuh siap yang mahu dijual oleh Shamsuddin kepada saya.

8. Rahim and Co dan HSBC menilai rumah tersebut pada harga RM 3.5 juta. Penilai Rahim and Co memberi keterangan terperinci dalam Mahkamah mengenai cara penilaian dibuat. Keterangan beliau tidak dicabar oleh Pendakwa Raya. Malangnya ia tidak diambil pakai oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

9. Sepanjang tempoh perbicaraan ini terdapat 4 nilai harga rumah tersebut dibawa oleh pendakwa raya. Pertama ialah harga RM 6.5 juta, harga yang dibeli oleh Shamsuddin daripada pemilik pertama. Harga kedua, ialah RM 5.2 juta yang kononnya dibuat oleh Trans Asia atas permintaan Shamsuddin sebelum pembelian dilakukan. Shamsuddin tidak pernah menunjukkan kepada saya laporan tersebut dan ini diakui sendiri oleh beliau di dalam Mahkamah.

10. Pendakwa raya juga membentangkan laporan oleh Henry Butcher yang dibuat pada 2009, iaitu hampir 3 tahun selepas rumah tersebut saya beli dan siapkan.

11. Peguambela saya membentangkan dua nilaian. Satu daripada Irhamy and Co yang menilai rumah tersebut sebanyak RM 4.3 juta semasa Shamsudin membeli rumah tersebut pada 2005. Nilaian ini dibuat setelah Shamsuddin memohon untuk melakukan pinjaman cagaran ke atas kediaman tersebut dengan Maybank.

12. Nilaian kedua adalah nilaian Rahim and Co sebanyak RM 3.5 juta yang dilakukan ketika saya membeli rumah tersebut yang separuh siap apabila Shamsuddin meroboh dan membina semula.

13. Saya masih ingat tulisan dan pertanyaan seorang penulis sebuah portal yang menulis artikel bertajuk Adakah Anda Bergurau Tuan Hakim? Saya tidak pasti jika hakim menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut.

14. Semalam, peguam saya, Datuk Seri Shafee Abdullah bangun mengemukakan pertanyaan kepada tiga orang panel hakim hari ini, "Apakah benchmark atau tanda aras untuk menyatakan pembelian ini merupakan satu pembalasan yang tidak mencukupi."

15. Pertanyaaan ini bukan sahaja tidak dijawab oleh Hakim Mahkamah Tinggi tetapi juga oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan. Ini bermakna saya tidak mungkin mendapat sebarang perbicaraan yang munasabah pada akal logik.

16. Panel Hakim menyatakan hakikat saya mengetahui rumah tersebut sebelumnya ditawarkan kepada saya RM 7 juta dan Shamsuddin membeli dengan harga RM 6.5 juta menunjukkan saya mengetahui balasan yang saya berikan tidak mencukupi.

17. Apakah masuk akal untuk saya membeli rumah separuh siap dengan harga rumah yang siap bersama perabot dan kolam renang yang dibeli Shamsuddin pada 2005? Jika berdasarkan pertuduhan inilah kesalahan saya. Namun sehingga dua Mahkamah saya lalui, tiada satu pun bukti menunjukkan harga RM 6.5 juta tersebut merupakan harga pasaran yang sebenar.

18. Empat orang hakim masih tidak boleh memberi saya tanda aras apa yang sepatutnya saya guna untuk membeli rumah tersebut. Jadi bagaimana saya seorang yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai undang-undang boleh membuat keputusan yang tidak menyalahi undang-undang?

19. Dan jika nilaian oleh penilai bebas yang bertaraf antarabangsa seperti Rahim and Co dan bank antarabangsa seperti HSBC tidak boleh diterima pakai oleh Undang-undang dalam menentukan nilai sebenar hartanah tersebut, keadilan apa lagi yang mahu kita cari?

20. Saya percaya saya akan tetap bersalah walau apa pun bukti dibawa. Cuma saya berharap panel lima hakim akan datang menyatakan dengan jelas apakah tanda aras sebenar balasan tidak mencukupi tersebut.

21. Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya.

22. Tapi sekurang-kurangnya saya berharap para Hakim akan memberi penghakiman yang jelas agar tidak ada lagi penjawat awam menjadi seperti saya - mangsa yang boleh dimanipulasi untuk kepentingan politik!

Rasuah

23. Walau apa pun tanggapan mereka yang tidak suka dengan saya, tapi hakikatnya saya tidak melakukan rasuah. Sepanjang perbicaraan, keterangan pegawai PKNS jelas menunjukkan saya menyokong puluhan surat cadangan memajukan tanah PKNS secara usahasama. Ada sokongan saya yang diluluskan dan yang ditolak oleh jawatan kuasa teknikal.

24. Sebab tu saya dituduh melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun SPRM dengan bangganya menyatakan bahawa kejayaan pendakwaan ke atas saya merupakan bukti kerajaan serius membanteras rasuah.

25. Rasuah apa? Sokongan saya terhadap cadangan memajukan tanah secara usahasama ke atas syarikat milik Shamsuddin dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal yang saya tidak ketuai. Malah keterangan pegawai PKNS menunjukkan banyak sokongan saya juga ditolak.

26. Shamsuddin memohon pengecualian Bon dan disokong oleh saya tetapi ditolak oleh PKNS. Jadi untuk apa Shamsuddin merasuah saya?

27. Malahan dalam keterangan Shamsuddin, beliau sendiri mengakui bahawa beliau yang menawarkan untuk menjualnya kepada saya, bukannya saya yang meminta untuk membeli.

28. Memanglah ada "rempah ratus" pendakwa raya dari saksi-saksi yang bermusuhan dengan saya atau terpaksa kerana telah didakwa bersama saya terlebih dahulu. Namun hakikat utama dalam kes ini bahawa saya membeli rumah dengan balasan tidak mencukupi masih merupakan satu kenyataan yang sangat kabur.

29. Saya bangga sekurang-kurangnya saya membeli rumah dengan titik peluh saya bukan menggunakan wang kerajaan.


Tindakan Pejabat Ketua Menteri Sabah mengeluarkan arahan menghalang Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah ,mendapat reaksi pelbagai pihak. Dalam laman fb, walaupun ramai yang mengakui bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa imigresen seperti yang diperuntukkan dalam 20 perkara syarat istimewa Sabah menyertai pembentukan Malaysia 1963, namun peruntukan undang-undang itu harus dilaksanakan dengan adil dan bukan faktor kepentingan politik.

MP KINABATANGAN , Datuk Bung Moktar Radin dalam tweetnya menganggap penghalangan Nurul Izzah dari memasuki Sabah sebagai satu kesilapan besar dan perlu diperbetulkan. Malahan dalam tweet MP Kinabatangan itu yang dilinkkan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman menganggap insiden itu sebagai satu kesilapan dan malapetaka.

Nurul Izzah yang dalam rangka lawatannya ke Sabah, dihalang memasuki negeri itu di Lapangan terbang Kota Kinabalu dan dilarang menemui penguamnya yang juga MP Penampang.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah tidak dibenarkan oleh pihak imigresen Sabah memasuki negeri ini.

Menurut ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang mengatur untuk menghantarnya pulang.

"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30 petang ini.

Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

Nurul Izzah adalah naib presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Sebelum ini, naib presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua disenaraihitam oleh imigresen Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad Datu berlaku pada bulan Februari.

"Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah.

Sebelum ini, Hilman Idham, pembantu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, juga tidak dibenarkan memasuki negeri ini, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Syukri Razab, yang berasal Sabah.

Pada kira-kira 8.20 malam, Nurul menulis dalam twitter bahawa beliau tidak dibenarkan bertemu peguamnya dan diiringi tiga pegawai imigresen Sabah menaiki kapal terbang.

“If you say no, it is not a question of introducing a new act to replace or to amend,”

Dalam politik 'kerahsiaan' bukanlah motifnya, TETAPI kuasa dan kerakusan adalah permainan politik. Itulah yang boleh dikatakan, apabila dua pemimpin yang sebelum ini dilihat pada mata kasar bersifat seteru, akhirnya secara diam rupanya 'kawan' makan 'kawan'. PM Datuk Seri Najib dan ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengadakan perjanjian sulit pada April sebelum PRU 13 berlangsung. Perjanjian itu didakwa oleh Jusof Kalla sebagai satu perjanjian yang perlu dihormati oleh kedua belah pihak.

Namun yang berlaku ialah 'pencabulan' isi perjanjian itu. Siapa yang menipu siapa mula berkumandang kini. Lihatlah kenyataan DSAI ini:


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuduh Barisan Nasional (BN) melanggar beberapa syarat semasa perjanjian damai pada April lalu dimana naib presiden Indonesia Jusuf Kalla menjadi orang tengah antara beliau dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tersebut berhujah dalam menghormati perjanjian itu yang mensyaratkan kedua-dua pihak menerima sebarang keputusan pada Pilihan Raya 2013, terdapat beberapa syarat awal yang mesti dipenuhi terlebih dahulu.

“Terdapat beberapa parameter yang dipersetujui. Pertama, etika dalam mengendalikan kempen dan cara hal ehwal media dikendalikan oleh kerajaan supaya tidak dipergunakan untuk menyerang pembangkang... ini tidak berlaku.”

“Syarat kedua pilihan raya yang adil dan bebas termasuk akses kepada media, seperti dituntut Bersih, tapi tidak dipenuhi,” kata ketua umum PKR tersebut kepada wartawan sebaik berakhir Kongres Nasional Ke-9 disini, serta mendakwa penipuan pilihan raya telah terbukti.

“Dan ketiga, adalah kebergantungan semasa menerima syarat itu, pendirian kami adalah menerima keputusan tersebut,” tambah bekas timbalan perdana menteri lagi.

Kenyataan Anwar tersebut hadir selepas laporan Wall Street Journal memetik Jusuf menuduh beliau memungkiri perjanjian damai dengan membantah keputusan pilihan raya tersebut.

Akhbar antarabangsa tersebut mengeluarkan wawancara dengan ketiga-tiga pihak mengesahkan kewujudan perjanjian damai itu, serta memetik Jusuf mendakwa telah menelefon Anwar sehari selepas pilihan raya 5 Mei lalu dan menggesa ketua pembangkang tersebut menghormati komitmen tersebut dan “melihat realiti”

Wednesday, May 29, 2013

Kegagalan Barisan Nasional mencapai kemenangan yang memberangsangkan pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu adalah kerana strategi yang silap oleh penasihat Perdana Menteri dan peranan media arus perdana, kata pemimpin veteran Umno Tan Sri Zainuddin Maidin.

Contohnya, kata Zainuddin yang juga adalah bekas Menteri Penerangan semasa kempen pilihan raya itu, Datuk Seri Najib Razak ditunjukan minum makan bersama rakyat, tetapi pada hakikatnya rakyat tidak pernah terserempak dengan perdana menteri Najib di tempat-tempat seumpama itu.

"Najib ditunjukan minum makan bersama rakyat di kedai-kedai lepak rakyat biasa di sana sini, di gerai, di kafe di kedai mamak dan sebagainya.

"Penasihatnya berfikir bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah 'luar biasa' kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di tempat-tempat begini," katanya melalui tulisan di blognya.

Menurut Zainuddin, lebih luar biasa apabila hakikatnya, Najib sentiasa dilihat diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi.

Keadaan itu katanya hanya menunjukkan satu kepura-puraan.

"Penasihatnya berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan. Inilah penasihat yang patut disingkirkan," katanya.

Zainuddin juga berkata beliau menyokong pendapat seorang rakannya bahawa sepanduk atau poster "I Love PM" sebagai menjijikkan. Katanya, Najib seharusnya memaparkan diri beliau sebagai seorang negarawan dan bukannya pemimpin pelajar.

Beliau juga membidas akhbar The Star yang dakwanya membuat laporan tanpa pengesahan pihak berkuasa.

"Negara belum keluar dari keruncingan politik; keselamatan diancam oleh communist surrogate, tiap hari ada tunjuk perasaan cina baju hitam cemarkan pilihan raya yang sah, berbagai laporan palsu polis dibuat; blackout, dakwat padam.

"The Star dramatised berita 'light got out during black 505 rally in Tapah' selama 10 minit seolah-olah baru berlaku dan benar-benar berlaku, cuma atas dakwaan pembangkang tanpa pengesahan sesiapapun. Hebat sekali Journalisme The Star...," katanya.

Pemimpin veteran Umno itu berkata semakin banyak laporan sama dibuat setiap hari semakin ramai orang percaya yang akan mempercayai strategi pembangkang itu.

"Dalam keadaan menghadapi pelbagai cabaran dari raja lawak dan kepala cauvanisme Cina, tiba-tiba muncul pula cerita hendak jadikan BN sebagai satu parti tunggal pelbagai kaum dengan membubarkan semua parti komponen.

"Sesuatu cadangan yang serius patut dikemukakan dalam keadaan tenang bukan dalam keadaan masih ribut. Tidakkah ini menunjukan pemimpin-pemimpin Umno berada dalam keadaan panik?" soalnya.

Menurut Zainuddin sekalipun jika mahu menguji tahap penerimaan rakyat berhubung perkara berkenaan, sekarang bukan masa yang sesuai kerana hanya akan memberi gambaran seolah-olah Umno kini tertekan dan panik.

Tuesday, May 28, 2013

Keputusan PRU 13, walaupun memihak kepada BN dan UMNO, namun pada kenyataan sebenarnya parti itu merosot dari segi sokongan rakyat. Bukan sahaja gagal memulihkan sokongan 2/3 di Dewan Rakyat, malah UBN juga sebenarnya mencatat penurunan undi yang sangat ketara.

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak telah silap strategi, yang menyebabkan kerugian kepada parti itu dalam pilihan raya umum lalu.

Satu lagi sebab utama yang merugikan Barisan adalah pergaduhan dari dalam parti, kata Daim dalam satu temu bual dengan akhbar Cina, yang telah turut dipetik oleh blog seorang wartawan veteran Datuk Abdul Kadir Jasin.Temuduga tersebut kemudiannya diterbitkan semula dalam beberapa portal berita.

Daim, yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Najib banyak bergantung pada populariti peribadinya untuk membantu Barisan mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang hilang pada tahun 2008."Ini adalah satu pilihan raya parlimen, bukan pilihan raya presiden."Penasihat PM harus dipecat.
Jika anda berkata undi BN adalah sebagai undi untuk dia (Najib), maka keputusan teruk yang dicapai BN turut terpalit pada dirinya juga," kata Daim, sambil menambah parti itu cuba untuk melawan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kehadiran orang ramai yang lebih besar dalam setiap program BN.

"Ia adalah urusan yang serius dalam memilih kerajaan, jadi biarkan saja strategi itu hanya dibuat oleh badut sahaja dan jangan ikut cara permainan mereka," kata Daim, yang juga menyalahkan kegagalan BN kerana isu peruntukan sumber dalam usaha untuk menawan kerusi bandar dan majoriti Cina."Kawasan-kawasan majoriti Cina merupakan kawasan hitam, BN sepatutnya tidak membuang masa dan wang kepada kerusi-kerusi ini tetapi lebih menumpukan kepada kawasan-kawasan yang mereka kalah dengan majoriti tipis pada tahun 2008 dan mengukuhkan kerusi yang mereka menangi pada tahun 2008.

"Terlalu banyak masa dan wang juga yang disia-siakan di kawasan bandar kerana keputusan di situ hampir pasti (kalah),"kata Daim, mengulas mengenai perbelanjaan yang besar untuk majlis makan malam percuma dan persembahan konsert bertaraf bintang anjuran Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang pada minggu-minggu sebelum hari pengundian.

Daim berkata BN sepatutnya memberi tumpuan kepada isu-isu yang dekat di hati rakyat, seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar inflasi, penduduk miskin di bandar dan graduan muda.

Beliau menyifatkan keputusan teruk BNdi Selangor kerana masalah perbalahan dan sabotaj, sehingga menyebabkan banyak pemilihan calon-calon yang tersilap telah dipilih.Barisan memenangi 12 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, kurang daripada kemenangan 2008 iaitu sebanyak 20 kerusi.

Monday, May 27, 2013

Penyisihan Datuk Salleh dalam kabinet negeri Sabah pasca PRU13 dilihat tidak menguntungkan sosiopolitik Sabah khasnya dan politik KB amnya, kerana pengalaman dan kewibawaan ADUN USUKAN ini dalam menangani tempias politik pembangkang adalah sangat-sangat berguna, apatah lagi selepas PRU 13, Sabah kehilanganm 12 DUN yang jatuh ketangan pembangkang.

Ketiadaan Datuk Salleh dalam kabinet negeri, walaupun menjawat Speaker Dewan Undangan negeri akan merencatkan tindakbalas BN dan UMNO kepada kebangkitan pembangkang di Sabah 5 tahun akan datang iaitu pada PRU 14 yang dijangka berdasarkan mandat berakhir pada 2018.

Jika dilihat dari Sejarah politik Sabah, Datuk Salleh Tun Said adalah satu-satunya mantan KETUA MENTERI SABAH yang masih lantang dan tegas dalam memberikan sokongan padu kepada UMNO dan BN di Sabah.

Antara mantan Ketua Menteri Sabah adalah seperti Datuk Haris Salleh (1976-1985) yang bersara dalam politik setelah kekalahan teruk parti BERSEKUTU pada PRU 2004, Datuk Joseph Kitingan (1985-1994), yangt kini menjawat Timbalan ketua Menteri Sabah, bagi Kouta KDM mewakili parti PBS. Tun Sakaran Dandai (Mac 1994-Dis.1994) kini telah bersara dalam politik, Datuk Salleh Tun Said (Dis.1994-1996), Datuk Yong Teck Lee (1996-1998),Benerd Dompok (1998-1999), Datuk Osu Sukam (1999-2001),juga bersara dari politik. Datuk Chong Kah Kiat ( 2001-2003) ,Presiden LDP yang juga telah bersara dalam politik.

Berpandukan kepada catatan sejarah itu, hanya Datuk Salleh yang masih berada dalam politik UMNO, selebihnya telahpun bersara. Justeru itu, penyisihan jawatan kepada Datuk Salleh akan dilihat sebagai kurang praktikal jika mengambilkira jawatan dan pengalaman beliau. Apatah lagi kedudukannya sebagai timbalan perhubungan negeri yang sepatutnya diberikan keutamaan untuk sama-sama mencurahkan khidmat kepada keutuhan dan pembangunan negeri Sabah.


Friday, May 17, 2013

PRU 2008, adalah PRU yang paling tragis bagi rakyat Kota Belud. ada PRU itu dua gergasi politik KB, iaitu Datuk Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar Amin telah tidak dicalonkan. Berikutnya itu juga berlaku undi protes dalam kalangan penyokong BN terutama di kalangan pengundi Bumiputers Islam di KB yang terdiri dariada suku Iranun dan bajau.Undi popular calon-calon BN merosot hampir ke semua peti undi bumiputera Islam.

PRU 13 yang baru saja melabuhkan tirainya, juga menjadi kejutan paling besar pada rakyat KB. Walaupun Datuk Salleh dilihat kembali menganas di Usukan, namun Tan Sri Pandikar masih berada pada bangku Simpanan. Datuk Salleh yang disebut-sebut akan menyertai kabinet Musa Aman tidak kesampaian. Bukan sahaja tidak dilantik, malah Datuk Salleh mencatat sejarah hitamnya apabila bertindak selaku ADUN dan pada waktu yang sama selaku Speaker Dewan Undangan Negeri. Pertindihan tugas dan peranan ini akan membuatkan beliau dalam dilema sebagai wakil rakyat di Usukan.

Tan Sri Pandikar Amin, sehingga kini masih berada di awang-awangan. Masih menanti aakah tugas yang bakal diberikan kepadanya, atau adakah YDP Dewan Rakyat akan dikembalikan semula kepadanya.

Sebagai pemerhati politik , kelapamawar menjangkakan ianilah saat-saat kejatuhan populariti kedua-dua pemimpin politik ini. Percaturan awal mereka mengadakan roadshow USBO suatu ketika dulu, adalah kesilapan paling besar dalam kerjaya politik mereka. Mendominasi politik rumpun kaum terbesar, menjadikan kedua pemimpin politik KB ini ibarat 'melukut ditepi gantang'. Selagi Musa Aman ketua menteri Sabah, selagi itu pada ramalan saya kedua mereka ini akan dipinggirkan dalam politik Sabah.

Sudah mula berlaku tanda-tanda kejatuhan, meskipun Datuk Salleh dilihat cuba memulihkan kerdibilitinya menjadi Calon di Usukan, namun itu tidak bermakna, kerana tidak ada jawatan yang diberikan kepada beliau. Tan Sri pandikar pula hanya sebagai penempel kepada jawatan-jawatan yang dirasakan tidak memberi impak kepada pervaturan politik di Sabah.

Suatu ketika ketika sambutan HariRaya di Rampayan,KB, jutaan manusia membanjiri kampung halaman TSP itu bersama tetamu kehormat PM, Datuk Seri Najib, namun itu langsung tidak membuka  mata Musa Aman unutk memgiktiraf kekuatan moral dan sokongan kepada TSP dan DSSK. Akibatnya mereka sekali lagi disisihkan dan dijangka akan terus disisihkan berikutan percaturan politik mereka yang dilihat "mengancam' kedudukan orang lain dalam politiik.

Selain daripada itu kemunculan Sdr Lamsil Hamidsur selaku calon BEBAS pada PRU 13 yang lepas merncalitkan kehitaman pada populariti DSSK. Ada yang mengatakan ia ditaja oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Datuk Rahman yang merupakan orang kuat Musa Aman di KB. KINI DARD dilantik menteri penuh, manakala TSP dan DSSK masih dibayangi kesilapan lampau.

Wednesday, May 15, 2013

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan senarai anggota jemaah menterinya, yang disifatkannya sebagai “kabinet berimbang”.

Antara yang menjadi perhatian adalah pelantikan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebagai menteri belia dan sukan serta, pemimpin Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri di jabatan perdana menteri.

Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan Najib

Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Jabatan Perdana menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Bahrom
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Tan Sri Joseph Kurup
Puan Hajah Nancy Shukri
Joseph Entulu
Paul low Seng Kuan
Datuk Seri Shahidan Kassim

Timbalan Menteri di JPM
Datuk Razali Ibrahim
P Waythamoorthy
Menteri Kewangan 1:
Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri Kewangan II:
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Ahmad Maslan

Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
Menteri 1: Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Menteri 2: Tan Sri Idris Jusoh
Timbalan Menteri:
Yap Kain Ching
P Kamalanathan

Menteri Pertahanan:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan: Datuk Rahim Bakri

Menteri Dalam Negeri:
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar

Menteri Pengangkutan:
Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)

Menteri Pelancongan:
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz

Menteri Luar Negeri:
Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri Luar:
Datuk Hamzah Zainudddin

Menteri Kerja Raya:
Datuk Fadhilah Yusof
Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Menteri Kesihatan:
Datuk Dr S Subramaniam

Menteri Belia dan Sukan:
Khairy Jamaluddin
Timbalan menteri:
Datuk M Saravanan

Menteri Sumber Manusia:
Datuk Richard Riot

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal-Ehwal Pengguna:
Datuk Hassan Malek

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Mustapa Mohamad

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Ewon Ebin
Timbalan: Datuk Abu Bakar Mohd Diah

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli:
Datuk Seri G Palanivel

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:
Datuk Seri Maximus Ongkili

Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar:
Datuk Shafie Apdal

Menteri Industri Perladangan dan Komoditi:
Datuk Douglas Uggah Embas

Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar:
Datuk Abdul Rahman Dahlan

Perdagangan Perdagangan Antarabangsa dan Industri:Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Hamim Samuri

Menteri Komunikasi dan multimedia:
Datuk Seri Ahmad Shabery

Menteri Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan: Loga Balamohan

Menteri Pembangunan Wanita:
Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun

Friday, May 10, 2013

Senarai kabinet negeri Sabah yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan TYT negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin , petang tadi sangat-sangat memeranjatkan pemerhati politik Sabah. Situasi panik seketika itu berlaku berikutan dua situasi yang diluar jangkaan umum.

Pertama ialah senarai kabinet negeri Sabah pasca PRU13 ini tidak tersenarai ADUN USUKAN, YB Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said yang sebelum ini disebut-sebut akan kembali menyertai kabinet Datuk Musa Aman setelah dicalonkan semula pada PRU 13 lepas dan mencatat majoriti besar di DUN USUKAN. Datuk Salleh adalah merupakan nama paling popular bersandarkan kedudukannya sebagai timbalan pengerusi Perhubungan negeri. Selain itu, Datuk Salleh juga dilihat antara yang paling kuat dan lantang mempertahankan kepimpinan Datuk Musa Aman tatkala menghadapi krisis kepercayaan dari parti-parti komponen BN Sabah terutama LDP. Datuk Salleh adalah antara bekas Ketua Menteri Sabah era sistem penggiliran dan juga mantan menteri Kewangan Sabah. Jika dilihat kepada pengalaman luas beliau dalam kabinet, adalah diluar jangkaan Datuk Salleh tidak dibawa masuk dalam kabinet negeri.


Kedua yang 'menggemparkan' senarai kabinet negeri Sabah 2013 ini ialah pengguguran timbalan menteri di jabatan ketua Menteri iaitu Datuk Nasir Tun Sakaran. pada PRU 13 yang lepas Datuk Nasir juga mencatat kemenangan majoriti besar di DUN SENALLANG.

Biasanya barisan kabinet yang dibentuk adalah mencerminkan satu teamwork yang boleh berkerjasama. Sayugia dingatkan bahawa pasukan kerja adalah sangat penting terutama berkaitan dengan kesetiaan dan kepatuhan kepada ketua.

KOTA KINABALU: Lima muka baru dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri Sabah yang menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini hari ini.

Mereka ialah Datuk Teo Chee Kang, Datuk Radin Malleh, Datuk Siringan Gubat, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mendahului istiadat penyerahan watikah pelantikan dan angkat sumpah, diikuti Datuk Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Anggota Jemaah Menteri yang dikekalkan ialah Datuk Hajiji Mohd Noor dan Datuk Masidi Manjun.
Mereka mengangkat sumpah di hadapan Juhar disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi P. Ravinthran.

Turun mengangkat sumpah ialah barisan pembantu menteri seramai 18 orang.

Sembilan muka baharu dilantik sebagai pembantu menteri ialah Datuk Arifin Mohd Arif, Masiung Banah, Datuk Ramlee Marahaban, Datuk Zakaria Idris, Datuk Joachim Gunsalam, Datuk Hamisa Samad, Datuk Nilwan Kabang, Datuk Kamarlin Ombi dan Anita Baranting.

Pembantu menteri yang dikekalkan ialah Datuk Edward Yong Oui Fah, Datuk Ellron Angin, Datuk Michael Asang, Datuk Bobbey Ahfang Suan, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Datuk Sirin Karno, Datuk Musbah Jamli, Datuk Bolkiah Ismail dan Pang Yuk Ming.

BN Sabah melakar kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan BN mengekalkan kuasa dengan majoriti dua pertiga, memperoleh 48 daripada 60 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang memenangi 12 kerusi berbanding tiga pada 2008.

Berikutan itu Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah jawatan buat penggal keempat Isnin lepas.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Norlidah RMJasnidan Musa serta isteri Datin Seri Faridah Tusin.

Thursday, May 2, 2013

Marilah kita berfikir secara waras . Berfikir sejenak apa yang akan berlaku jika apa yang dikatakan oleh pemimpin PR itu bahawa gelombang PERUBAHAN BESAR sedang melanda semenanjung Tanah Melayu benar-benar berlaku? Jangan kita terlalu membiarkan minda kita hidup dalam separa sedar tentang kemungkinan-kemungkinan itu?

Beberapa ramalan akan terjadi jika PR menjadi kerajaan pada 6 hb Mei nanti.

1. Rakyat KB tidak akan dapat tidur lena kerana ada dua sebab, pertama calon 'bakal' Ketua Menteri yang mereka sokong dan dokong tidak akan dapat memberikan apa-apa kerana kalau BN/UMNO pun masih kerajaan di Sabah, ia akan menjadi negeri pembangkang. Kedua, setiausaha BN Sabah yang "menang" itupun tidak akan berdaya apa-apa.

2. Calon-calon PR yang kalah di KB, akan menjadi pemenangnya. Mereka bersorak, biarlah kampung tergadai ,kerana yang tukang pajaknya sudah berjaya membentuk kerajaan.

3. Rakyat di kampung-kampung akan menderita kerana projek air tergendala. Sudahlah dijanjikan penghujung Mac, sekarang bulai Mei,dan kalau PR jadi kerajaan, Mei akan menjadi Julai,ogos,September, November dan Disember kerana Sabah akan jadi negeri pembangkang

4. Akan toplah lagu "katak sikatak lompat". Mereka yang melompat ketika temoh berkempen, baik dari PR ke BN atau BN ke R atau BEBAS dari PR dan BN, akan merasa menyesal. Tentu mereka menanyi bersama-sama.

5. Pekan KB akan bertambah sesak, sebab janji PR akan turunkan harga kereta. Kalau skrg Kancil digunakan untuk "berpirate", bila PR memerintah, Kancil tidak laku lagi kerana masyarakat KB boleh beli  kereta Malaysia ikut suka hati mereka. R bagi 20% royalti minyak kepada Sabah, tambahlah anak-anak muda beli kereta, banyak betul minyak dan murah harganya.

6.Anak-anak muda di KB, tidak akan berhutang lagi sebab PR nak hapuskan PTPTN, sebaliknya mereka ramai akan menceburi kerja sebagai CETI, buka kedai  pinjaman pendidikan, al maklumlah TTN sudah tidak ada.

7. Yang ini tentu ramai yang suka, pertambahan kelahiran luar jangka akan berlaku di Kota belud, kerana bila PR jadi kerajaan, anak-anak muda yang berkahwin akan diberikan bantuan RM2000 seorang, maka berpusu-pusulah majlis kahwin di Kb termasuk yang sudah kawin pun ,mahu menambah lagi, macam pemberian BR1M, berbaris nak dapatkan RM500 ringgit setahun, orang dah pulun habis lebih 40 tahun, dah kaya raya pun.

8. Yayasan Pendidikan KB tak akan berfungsi lagi sebab bila PR jadi kerajaan semua sekolah rendah, menengah, prasekolah, IPT adalah free.nak bantu macam na lagi. Akhirnya, anak-anak muda mula memikirkan aktiviti baru mereka.

Jadi siapa yang menderita????




LAPORAN orang perseorangan bahawa ramai rakyat Sabah yang berada di Semenanjung dibekalkan tiket percuma unutk mereka balik mengundi ada PRU 13 ternyata benar. Bas-bas yang menunggu di Lapangan terbang Antarbangsa Kota Kinabalu petang tadi dalam anggaran lebih 20 buah.

Tidak dapat dipastikan adakah mereka ini benar-benar orang Sabah? dan apakah benar mereka ini daat tiket percuma unutk mengundi parti tertentu?


Apabila menjadi pendekar bermusim



Pemimpin politik KB paling sedikit mendapat liputan pada PRU 13 ini adalah Tan Sri Pandikar Amin. Yang Dipertua Dewan Rakyat ini, nampaknya bukan ‘neutral’ sepertimana dalam lagaknya di Dewan Rakyat. Kerana terbukti melepaskan jawatan sebagai ketua UMNO Bahagian Kota Marudu sejurus dilantik ke Jawatan itu, bukan gambaran TSP menjadi benar-benar “berkecuali”. Buktinya pada PRU 13 ini beliau turun dari pertapaannya ‘menggunakan’ segala ilmu pecak silat pendekar Cahaya untuk membantu rakan-rakan calon BN/UMNO di KB yang sedang ‘gering’ dengan pelbagai kaeranh pengundi terutamanya pengundi muda.



Malam tadi TSP turun ke Kg Tamau, kampong petempatan Iranun yang membuak-buak keiltizaman politik masyarakatnya, baik politik BN atau pun politik PR. Dan pada malam itu juga TSP melihat dengan matanya sendiri Bangunan SK Tamau yang terlewat lebih 3 tahun. Sebelum ini TSP tidak pernah turun melihat permasalahan ini. Hanya dengar dari mulut ke mulut, kerana TSP terlalu sibuk menjaga pelakon-pelakon politik di Dewan Rakyat hingga asas pendidikan masyarakat Iranun ini sudah tidak terpeduli lagi.

Kelapamawar difahamkan tempat TSP memberikan ceramah hanya lebih kurang dua ela dari bangunan SK Tamau yang terbengkalai itu. Tidak ada rasa mahabah langsung untuk menyentuh isu itu. Tidak menarik! Bahkan tidak tertarik dengan permasalahan anak-anak Iranun yang mendiami kawasan ini lebih dari 5 perkampungan sekitar purata 5-6 ribu penduduk. Alahai ! pendekar cahaya yang bermusim kembali dengan auranya , !



Dalam ceramahnya TSP sekali lagi mengingatkan masyarakat Iranun untuk memberikan sokongan kepada UMNO dan BN. “ Jangan ambil seorang, dan tolak yang seorang” itu antara ungkapan TSP. Ungkapan itu bermakna jangan sahaja menyokong Datuk Musbah jamli sebagai calon Tempasuk tetapi menolak Datuk rahman sebagai calon parlimen.



Dan ketika majlis bersurai kedengaran anak-anak muda berkata “ Ini lah masanya membalas budi TSP “...Apa maknnya itu? Berbudikah kita atau dia yang berbudi kepada kita? Tinggal dengan persoalan itu.



















































Wednesday, May 1, 2013

Seorang Pegawai TUDM Mejar Zaidi Ahmad, membuat laporan polis ekoran dakwat yang dicalit dijarinya sewaktu mengundi awal semalam, hilang apabila dibasuh.

Zaidi yang bertugas sebagai Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara DiRaja Malaysia Butterworth, berkata, beliau terkejut apabila mendapati dakwat di jari telunjuk tangan kirinya luntur dan kemudianya hilang apabila dibasuh dengan air sabun.

Begitu juga dakwat yang dicalit pada tangan isterinya Shafinah Abdul Hamid turut luntur apabil dibasuh dengan sebuk pencuci pinggan magkuk.

Mereka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai, Seberang Perai Utara pada pukul 10.58 pagi tadi.

Seorang lagi yang turut membuat laporan polis ekoran kejadian serupa adalah Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim.

"Selepas menjalankan amanah sebagai pengundi pada pukul 12.30 tengahari dan balik mencuci untuk melihat sendiri adakah dakwat tersebut kekal ataupun tidak. Dalam pukul 1.00 tengahari ianya terjawab, " katanya pada media.


Calon Parlimen P169 Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan mula kepanasan. Tinggal beberapa hari lagi, kurang dari seminggu rakyat Kota belud akan memutuskan untung nasibnya. Sama ada diterima atau ditolak. Pagi tadi Datuk Rahman Dahlan mengunjungi Masjid Pekan Kota belud dalam satu lagi acara kempennya untuk menarik sokongaan orang ramai memberikan undi kepada beliau.

Sasarannya kali ini ialah dengan kelompok guru-guru KAFA. Datuk Rahman Dahlan dengan tidak segan silunya meminta, agar guru-guru KAFA ini memberikan undi kepada beliau dan memberikan peluang sekali lagi kepadanya sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen.

Datuk Rahman Dahlan kali ini, nampak lebih tertekan berdasarkan perubahan minda dan tahap sokongan anak-anak muda di KB. Rahman seakan terputus talian hayatnya apabila usaha membawa PM Datuk Seri Najib ke KB sebagai membantu acara kempennya terpaksa dibatalkan atas faktor cuaca. Begitu juga, dengan harapannya membawa Datuk Musa Aman ke Kota belud yang dikhabarkan petang tadi adalah untuk membantu beliau . Daripada laporan risikan politik jelas menunjukkan bahawa DARD adalah antara calon yang diramalkan KALAH pada PRU kali ini. Justeru itu majlsi pagi tadi di Masjid Pekan, bukan sahaja mendapat reaksi yang sangat negatif dari para belia tetapi juga beberapa orang guru KAFA yang sempat ditemui melahirkan kegusaran bahawa INI KALI LAH apa yang terbuku dalam hati mereka akan dilepaskan. Apakah maknanya itu? Hanya DARD yang tahu kerana selama 5 tahun yang lepas terlalu banyak yang boleh dijadikan alasan.