Thursday, May 2, 2013

Marilah kita berfikir secara waras . Berfikir sejenak apa yang akan berlaku jika apa yang dikatakan oleh pemimpin PR itu bahawa gelombang PERUBAHAN BESAR sedang melanda semenanjung Tanah Melayu benar-benar berlaku? Jangan kita terlalu membiarkan minda kita hidup dalam separa sedar tentang kemungkinan-kemungkinan itu?

Beberapa ramalan akan terjadi jika PR menjadi kerajaan pada 6 hb Mei nanti.

1. Rakyat KB tidak akan dapat tidur lena kerana ada dua sebab, pertama calon 'bakal' Ketua Menteri yang mereka sokong dan dokong tidak akan dapat memberikan apa-apa kerana kalau BN/UMNO pun masih kerajaan di Sabah, ia akan menjadi negeri pembangkang. Kedua, setiausaha BN Sabah yang "menang" itupun tidak akan berdaya apa-apa.

2. Calon-calon PR yang kalah di KB, akan menjadi pemenangnya. Mereka bersorak, biarlah kampung tergadai ,kerana yang tukang pajaknya sudah berjaya membentuk kerajaan.

3. Rakyat di kampung-kampung akan menderita kerana projek air tergendala. Sudahlah dijanjikan penghujung Mac, sekarang bulai Mei,dan kalau PR jadi kerajaan, Mei akan menjadi Julai,ogos,September, November dan Disember kerana Sabah akan jadi negeri pembangkang

4. Akan toplah lagu "katak sikatak lompat". Mereka yang melompat ketika temoh berkempen, baik dari PR ke BN atau BN ke R atau BEBAS dari PR dan BN, akan merasa menyesal. Tentu mereka menanyi bersama-sama.

5. Pekan KB akan bertambah sesak, sebab janji PR akan turunkan harga kereta. Kalau skrg Kancil digunakan untuk "berpirate", bila PR memerintah, Kancil tidak laku lagi kerana masyarakat KB boleh beli  kereta Malaysia ikut suka hati mereka. R bagi 20% royalti minyak kepada Sabah, tambahlah anak-anak muda beli kereta, banyak betul minyak dan murah harganya.

6.Anak-anak muda di KB, tidak akan berhutang lagi sebab PR nak hapuskan PTPTN, sebaliknya mereka ramai akan menceburi kerja sebagai CETI, buka kedai  pinjaman pendidikan, al maklumlah TTN sudah tidak ada.

7. Yang ini tentu ramai yang suka, pertambahan kelahiran luar jangka akan berlaku di Kota belud, kerana bila PR jadi kerajaan, anak-anak muda yang berkahwin akan diberikan bantuan RM2000 seorang, maka berpusu-pusulah majlis kahwin di Kb termasuk yang sudah kawin pun ,mahu menambah lagi, macam pemberian BR1M, berbaris nak dapatkan RM500 ringgit setahun, orang dah pulun habis lebih 40 tahun, dah kaya raya pun.

8. Yayasan Pendidikan KB tak akan berfungsi lagi sebab bila PR jadi kerajaan semua sekolah rendah, menengah, prasekolah, IPT adalah free.nak bantu macam na lagi. Akhirnya, anak-anak muda mula memikirkan aktiviti baru mereka.

Jadi siapa yang menderita????

8 ulasan :

Anonymous said...

Kasian Penduduk KB, kerana terpaksa impot pemain luar jadi hero KB.

Maknanya ada 2, pertama tiada pemain tempatan yang berstatus pro berbanding pemain impot tuaran itu,

Kedua kerana penduduk KB memang dilahirkan dgn pikiran terbuka atau sebutan sekarang profesional blh menerima siapa saja jadi calon di KB.

Kesan nya: maka lahirlah tulisan atau artikel yg sangat .....di atas....

Ulasan bagi perkara 6, Kasiankan kerana selama ini pemain yempatan dan Impot sekadar ingin menkatak tempurungkan pemikiran KB....sdgkan kawasan dan tanah selaut pandang di KB boleh dijadikan bandar baru atau laluan baru elak kesesakan. Atau memang mau kembali berkuda atau berjalan kaki. Fikir...Ini kali lah

Anonymous said...

Kasian KB kerana perlu impot pemain luar bmain dipadang sendiri.

Dua kemungkinan kenapa impot pemain luar;
1. Belum ada pemain KB yang setara dgn pemain Impot dari Tuaran itu;
2. Pemikiran Penduduk KB memang terbuka atau dgn kata lain berfikiran profesional bersedia menerima siapa sahja yg dicalonkan ke KB tiada sebarang bantahan.Tahniah!

Komen sikit perkara 6. Bedasarkan sejarah Pemimpin lokal atau Impot hanya mengkatak tempurungkan pemikiran setempat; mana mungkin berlaku kesesakan kalau dirancang bandar atau kawasan pekan baru dan laluan jeraya ditanah selaur mata memandang di KB itu. Atau benar lelucon KB suka berkuda atai berjalan kaki lebih baik. Fikir!

Anonymous said...

Pimpinan yang telus mana mungkin membuat rakyatnya menderita.

Anonymous said...

ini kali la..sampai bila-bila pun KB tetap jadi tempat lembu berkeliaran.Syabas BN baru sahaja kehilangan 1 undi.

Anonymous said...

No 7..apakah punca? utama masalah byk zina n anak luar nikah?punca rasuah n riba n mgkn lbih dkt g jenayah curi dlm atau luar ofis?

Anonymous said...

Semua ini baru ramalan kan? Kalau gigi rosak... tampal lagi then rosak... tampal lagi then rosak.... bgs cabut la gigi tu kan drpda terus menerus sakit.... Kalau gigi lain belum tau rosak atau tidak,jangan dicabut gigi2 itu... tidak salah mencuba kalau nama yg diatas cuma RAMALAN dan BUKAN KEPASTIAN...

Anonymous said...

Masa depan ni sesuatu yg tidak pasti... Banyak faktor boleh kta ambl kira. Jgn atas sbb2 yg nyata d mata kta,kta buat kesimpulan sendiri. Kadang2 perkara yg tidak nmpk seperti FITNAH,RASUAH dan penolakan hukum2 Islam seperti hudud (Ini hukum Allah BUKAN hukum manusia) ini lebih besar kesannya.

Anonymous said...

jika 1 org saja yg mahukan kemajuan sebaliknya 100 org rasa selesa dgn yg ada skrg ni mna mungkin kemajuan itu dapat dicapai dlm tempoh yg singkat. Apa yg pting terlalu byk usaha yg memerlukan tindakan bagi mencapai apa yang saudara inginkn. Siapa tidak mahukan kemajuan, tp harus di ingat bg si miskin dapat makan sekali pun alhamdulillah..tp bagi yang mempunyai kelebihan makan lebih dari 3 kali pun masih tidak cukup...banyak memerlukan perubahan dari segi attitude, mind set, malas vs rajin, merebut peluang yang ada agar setanding dengan org lain yang berniaga di pasar malam KB selain dari kurangkan aktiviti di meja billiard @ no ekor dan hidupkan institusi masjid.