Friday, May 31, 2013

MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan mengheret Kerajaan Sabah ke mahkamah bagi mencabar tindakannya yang menghalang beliau daripada memasuki negeri bawah bayu itu semalam.

MP Penampang, Darrell Leiking, akan mengetuai sebuah jawatankuasa guaman di Sabah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri yang akan difailkan di Kota Kinabalu kelak.

PKR juga akan menghantar surat rasmi ke Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk mengemukakan aduan rasmi serta mendapatkan penjelasan sepenuhnya mengenai tindakan itu.

Parti itu juga akan meminta senarai nama-nama mereka yang dihalang memasuki Sabah, serta sebab-sebab mereka dihalang, kata Nurul Izzah di sebuah sidang media di sini.

“Isu keselamatan negara dan persempadanan tidak boleh sama sekali dipolitikkan.

“Tindakan menghalang saya daripada masuk ke Negeri di Bawah Bayu ini berlaku di kala Sabah berhadapan dengan kebolosan sempadan.

“Termasuklah pengeluaran kad pengenalan secara haram seperti yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah.

“Seharusnya tumpuan kerajaan negeri adalah mengawal selia masalah kebolosan yang mendesak ini,

“Bukan menyalahgunakan kuasa dengan menafikan hak demokrasi dan aktiviti politik pimpinan Pakatan Rakyat demi mempertahan kedudukan UMNO mahupun BN,” kata Nurul Izzah.

Nurul Izzah ditahan di pintu masuk imegresen di Lapangan Terbang Kota Kinabalu semalam apabila beliau tiba di Sabah. Kad pengenalannya dirampas dan beliau diarah pulang.

Nurul Izzah mendakwa tindakan tersebut adalah arahan daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Beliau pergi ke Sabah bagi meraikan pesta menuai Kaamatan bersama warga tempatan yang akan berlangsung Sabtu ini.

Nurul Izzah berkata Kerajaan Sabah telah melanggar undang-undang negara kerana menghalang seorang warganegara memasuki negeri mengikut Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/1963.

20 ulasan :

James John said...

Hak Kerajaan Negeri Sabah perlu dihormati dalam usahanya untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian di negeri ini, kata Pemangku Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Sabah, Datuk TC Goh.Rakyat di negeri ini perlu dibenarkan untuk bergerak bebas dalam kehidupan seharian mereka tanpa adanya pihak tertentu yang cuba menggunakan propaganda politik dalam memecah belahkan di kalangan rakyat.

James John said...

Goh menyokong tindakan kerajaan negeri dan gesaan sama oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman sebelum ini.Kerajaan membuat keputusan berdasarkan keperluan untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian berpandukan undang-undang seperti yang termaktub dalam pembentukan Malaysia sejak 1963.

James John said...

Ianya perlu dihormati dan bukan ‘diputar belitkan’ untuk sebab-sebab tertentu.Sabah adalah sebuah negeri yang terus bersatu padu dan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain dalam mewujudkan 1Malaysia yang sebenar.

James John said...

Perkara ini perlu dilindungi dan dikekalkan dengan apa cara sekali pun dan jika kerajaan negeri percaya tindakannya itu perlu, ianya perlu dihormati kerana mereka telah diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini.Seperti apa yang diperkatakan oleh Ketua Menteri masih banyak perkara lagi yang perlu dilakukan, negara perlu ditadbir dengan baik, ekonomi negara perlu dikembangkan dan kebajikan rakyat perlu sentiasa diberikan perhatian.

James John said...

Pilihan telah pun berlalu dan keputusan harus diterima dan kita perlu bergerak maju. Rakyat di negeri ini dan negara sudah cukup dengan isu-isu politik untuk tempoh dua tahun lepas, kebanyakan khabar-khabar angin tentang pilihan raya awal yang semuanya tidak betul.

James John said...

Sekarang semua telah sudah berakhir, kita harus berusaha menumpukan untuk membangunkan negeri dan kita perlu tunggu pilihan raya yang akan datang,” kata Goh.

James John said...

Bagaimana kita hendak menjadi maju menjelang 2020 jikalau kita asyik bertelagah maka pembangunan boleh terjejas. Oleh itu kita harus akur dan terima mandat daripada rakyat dalam pilihan raya kali ini serta bersedia juga untuk yang akan datang.

James John said...

PR jika mahu mengubah pilihanraya lalu bolehlah membuat petisyen seperti yang undang-undang telah benarkan. Jangan pula asyik berhimpun setiap malam.

mantera said...

KEKALUTAN kuasa politik Sabah yang bermula di zaman Syed Kechik telah membarah sejak sekian lama merintis jalan yang panjang kepada UMNO untuk mendirikan tugu kuasa; setelah semua undang-undang untuk Sabah yang ditinggalkan British telah diubah mengikut acuan Malaya, termasuk Imigresen dan autonomi Ketua Menteri Sabah.

mantera said...

Bermula dengan zaman Syed Kechik menukang jejari pusat undang-undang tubuh Sabah termasuk Ordinan Tafsiran Anak Negeri yang memasukkan klausa kelayakan memohon Anak Negeri untuk Orang Malaya, Kepuluan Sulu, Sulawesi dan Singapura daripada kumpulan 'Native' di negara berkenaan sebagai Anak Negeri Sabah; tidak pernah dicabar oleh Kerajaan USNO, Berjaya, PBS dan UMNO.

mantera said...

Ordinan yang dipinda di Zaman Syed Kechik membolehkan sesiapa sahaja boleh menjadi 'Native' termasuk Lian Kee Chu atau Kwan Ngen Wah bersaudara yang tidak mempunyai walau setitik darah 'Native' tetapi mempunyai banyak wang untuk mendapat Sijil Anak Negeri Palsu; dengan kerjasama Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri yang selama ini menjadi pengkhianat kepada Anak Negeri dan menjadikan Mahkamah Anak Negeri sebagai 'Mahkamah Kangaroo'.

mantera said...

Kuasa Istimewa Ketua Menteri yang dimiliki secara 'Mutlak' oleh Al-Marhum Tun Mustapha, seperti Kuasa Imigresen dan ISA telah dihakis secara tidak sedar oleh Kerajaan Persekutuan melalui pelbagai cara termasuk penubuhan Jabatan Imigresen di Zaman Berjaya; Task Force di Zaman PBS dan Pemusatan Kuasa Imigresen di Putrajaya di Zaman UMNO.

mantera said...

Dengan pemusatan kuasa Imigresen di Putrajaya, maka Ketua Menteri Sabah kehilangan autonomi dan kuasa mutlak terhadap kedaulatan Sabah dan hanya tinggal saki baki kuasa Imigresen mengikut Semangat 20 Perkara; iaitu kuasa sekatan terhadap rakyat Semenanjung ke Sabah; sebaliknya tidak langsung mempunyai kuasa imigresen untuk menyekat kemasukan Warga Asing.

mantera said...

Agak bertambah malang, Ketua Menteri Sabah yang kehilangan kuasa mutlak Imigresen diketatkan lagi dengan sekatan Akta Imigresen iaitu Kerajaan Persekutuan tidak boleh menangkap Warga Asing di Sabah melainkan mereka telah mendarat di Sabah.

mantera said...

Kelonggaran undang-undang Imigresen ini telah menyebabkan Kerajaan Negeri hilang kedaulatan ke atas Sabah dan hanya mempunyai kuasa untuk melakukan sekatan terhadap 'Persona Non Grata' iaitu 'Orang yang difikirkan tidak diperlukan di Sabah' termasuk Tian Chua atau Nurul Izzah.

mantera said...

Apakah ruginya rakyat Sabah jika Nurrul Izzah, Tian Chua dan semua Persona Non Grata yang senarainya (rahsia) terdapat di Jabatan Imigresen Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau tidak dapat masuk ke Sabah? Hanya semata-mata mahu menyambut Pesta Kaamatan dan menimbulkan provokasi, kononnya BN Sabah melakukan 'penipuan pilihanraya'?

mantera said...

Persoalannya, kenapa sejak 5 tahun lalu, tidak ada sebarang cadangan pindaan undang-undang untuk mencabar Akta Imigresen dilakukan oleh Nurul Izzah dan puluhan Ahli Parlimen Pembangkang; sebaliknya hanya dijadikan 'libatan liar senjata politik' tanpa motif yang jelas.

mantera said...

Mempersoalkan kuasa mutlak Ketua Menteri, termasuk soal Kuasa Imigresen terhadap 'Persona Non Grata' dan 'Sekatan Pengembangan Agama (selain Islam) terutama dalam Kes Mazu, telah menyebabkan ketenteraman awam di Sabah terancam; apatah lagi tidak ada pihak yang berani menggunakan lunas-lunas undang-undang untuk mendapatkan hak mereka yang kononnya terhakis.

mantera said...

Kuasa Sekatan terhadap 'Persona Non Grata' yang dimiliki Ketua Menteri Sabah adalah 'Senjata Terakhir' yang masih dimiliki secara mutlak oleh Kerajaan Negeri Sabah; jika itu juga tidak dihormati oleh rakyat Sabah, maka apalah ertinya kemerdekaan ini jika Ketua Menteri tidak boleh melaksanakan kuasa autonomi?

mantera said...

Isu Tsunami PATI di antara 1972 hingga 1991, adalah isu yang berbeza kerana Ketua Menteri Sabah tidak mempunyai kuasa Imigresen untuk menghalang warga asing, seperti 'Syaitan Kiram' masuk ke Sabah kerana di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.