Sasarannya kali ini ialah dengan kelompok guru-guru KAFA. Datuk Rahman Dahlan dengan tidak segan silunya meminta, agar guru-guru KAFA ini memberikan undi kepada beliau dan memberikan peluang sekali lagi kepadanya sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen.
Datuk Rahman Dahlan kali ini, nampak lebih tertekan berdasarkan perubahan minda dan tahap sokongan anak-anak muda di KB. Rahman seakan terputus talian hayatnya apabila usaha membawa PM Datuk Seri Najib ke KB sebagai membantu acara kempennya terpaksa dibatalkan atas faktor cuaca. Begitu juga, dengan harapannya membawa Datuk Musa Aman ke Kota belud yang dikhabarkan petang tadi adalah untuk membantu beliau . Daripada laporan risikan politik jelas menunjukkan bahawa DARD adalah antara calon yang diramalkan KALAH pada PRU kali ini. Justeru itu majlsi pagi tadi di Masjid Pekan, bukan sahaja mendapat reaksi yang sangat negatif dari para belia tetapi juga beberapa orang guru KAFA yang sempat ditemui melahirkan kegusaran bahawa INI KALI LAH apa yang terbuku dalam hati mereka akan dilepaskan. Apakah maknanya itu? Hanya DARD yang tahu kerana selama 5 tahun yang lepas terlalu banyak yang boleh dijadikan alasan.
1 ulasan :
DRD memang berkaliber, menggunakan setiap ruang yang ada. Boleh buat program kempen dalam masjid, sbb kebetulan pengarah JAKIM tu sepupunya, kalau ikut cerita-cerita kawan di Tuaran.
Post a Comment