Tuesday, April 30, 2013

Sepanjang kempen Datuk Salleh kali ini, secara peribadi saya katakan tidak ada sesuatu yang baru yang boleh dikongsi oleh lebih 60 ribu penduduk Kota Belud, melainkan janjinya ketika berkempen di Kg Bobot Semalam, bahawa beliau akan mengembalikan kegemilangan era pembangunan di Kota Belud, jika beliau diberikan mandat oleh rakyat menjadi ADUN di Usukan.

Janji ini diteropong oleh pemerhati politik dari dua sudut yang berbeza. Pertama 'janji; dan tekad itu adalah antara yang menjadi harapan rakyat KB sejak sekian lama, sejak DSSK menjadi MP KB dan ADUN di Usukan 15 tahun yang lepas. Janji DSSK sudah menunjukkan, bahawa mantan Ketua Menteri Sabah ini sudah mula merubah pendekatan politiknya. Paradigma kepimpinan juga seakan mula menunjukkan perkembangan yang positif. Jika dibandingkan dengan pendekatan politik DSSK sebelum ini, 70-90% adalah kepada politik peribadi. Selebihnya barangkali baru untuk rakyat. Jika benar bahawa pemimpin paling berpengaruh di KB ini diberikan mandat semula, terdetik juga dalam hati dan sanubari kita, Percaturan politik DSSK kali ini bukan kepalang. Antara hidup dan mati, ertinya DSSK ada visi dan Misi yang jauh lebih besar dari apa yang tergambar dalam minda pengundi di KB. Betulkah? Atau jawatan paling kanan dan utama menjadi idaman DSSK di Sabah?

Kedua , janji dan tekad ini harus juga diteropong dari sudut yang negatif. Kebarangkalian, kemungkinan dan juga ketidakwajaran. Ini kerana mungkin  janji ini untuk menggamit sokongan pengundi semata-mata, kerana untuk menang dan mahu menang. Janji itu akan terkubur bersama kemenangan yang diperolehi? Apa jaminan DSSK bahawa janji itu akan tertunai, sedang UMNO KB sendiri dalam kemelut yang dahsyat. Ketua Wanita UMNO KB dgn kepinggirannya, Ketua Pemuda UMNO dengan tingkahlaku pak turutnya, dan macam-maca lagi yang tidak boleh diselasikan dengan sekelip mata tetapi memerlukan masa yang panjang.

Pengundi pada era PRU 13 ini harus menyaring segala janji dan maklumat yang diberikan,.Menerima secara bulat-bulat dan menelannya dengan segera sudah lama berlalu. Perhitungkan janji itu pada pemberatan akal dan minda yang sihat. Jika tidak sekali lagi KB akan menyaksikan janji tinggal janji dan 'membalas' untuk 5 tahun akan datang nampaknya sudah tidak relevan lagi. Fikirkanlah!





4 ulasan :

Anonymous said...

fikirkan sektika, calon terbaik harus dipilih, kerajaan yang terbaik juga harus dipilih. Dalam masa tinggal beberapa hari untuk membuang undi ini, jangan fikirkan calon dahulu, fikirkan apa yang akan berlaku jika pertukaran kerajaan akan berlaku.

apapun, kami tak peduli itu semua. itu kerja siapa yang ada jiwa kepimpinan.

Apa yang penting, kami mahu Br1m diberikan setiap tahun, begitu juga elaun bulanan kepada warga emas dan mereka yang memerlukan.


Jika kerajaan ini kalilah tidak mampu memberi ini semua, maka serang dan perang ini kali pasti akan berlaku.

Anonymous said...

Tidak pyh bg janji palsu la yb. Byk sdh peluang kmi bg sama kau tp habuk pun tiada. Ini kalilah!

Anonymous said...

Saya harap Datuk pernah dengar lagu dangdut Shida yang permulaan dia tu "aku sudah tidak percaya padamu lagi". Saya mau tujukan lagu tu utk. Datuk bahhhh. bosan sudah kamisama janji-janji manismu.

Anonymous said...

Adalah satu perkara gila untuk mengharapkan perubahan dengan mengundi “status quo” seperti kata Albert Einstein, “Gila itu adalah melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali, dan mengharapkan keputusan yang berbeza.”

Jadi jangan undi dia ni lagi. Sudah banyak kali kasi peluang tapi tidak boleh deliver