Sunday, April 21, 2013

P169 Kota Belud dan Dun sekitarnya terutama N6 Tempasuk dan Dun Usukan , adalah antara kawasan yang tidak sudah selamat buat BN dan UMNO. Strategi PR yang mencalonkan bakal wakil-wakil yang berpendidikan dan golongan profesional membuatkan PM,Datuk Sei Najib tidak dapat tidur dengan lena. Perubahan Mood Pengundi di kawasan-kawasan tersebut juga menunjukkan pertarungan sengit akan berlaku. Justeru itu, Najib tidak menunggu lama, pada hari selasa depan, PM itu akan ke Kota Belud ,membantu kempen piliharaya. Najib dijangka akan ke kawasan Tempasuk di Kg. Taun Gusi, tempat Datuk Musbah Jamli.

Belum terjadi dalam sejarah PRU di Kota belud , seorang yang bertaraf PM, 'mencemar duli' menemui rakyat untuk memastikan kemenangan bagi pihak BN/UMNO. Ini memberi gambaran kepada rakyat bahawa Kota Belud , bukan lagi kawasan selamat buat BN dan UMNO.

Sekaligur kehadiran PM Datuk Seri Najib, menyuntik semangat juang kepada PR di daerah itu untuk terus mendekati rakyat, menawarkan khidmat dan bakti serta membawa oboi PERUBAHAN.

Jika bersandarkan kepada maklum balas dalam dunia cyber, rata-rata pengundi di KB masih memilih 'INI KALI LAH' seolah-olah ingin menunjukkan bahawa ini masanya para pengundi 'membals' budi kepada YB-YB yang mereeka anggap telah selesai menjalankan tugas sama ada sempurna atau sebaliknya itu terpulang ada pengamatan para pengundi.

Keadaan genting di KB, berlaku di kawasan Parlimen di mana Datuk Rahman Dahlan (UMNO/BN) di tentang oleh calon PKR Munirah Majilis beberapa lagi calon dan pemecah undi..tetapi boleh memberi kelebihan kepada PR, apabila undi di kawasan KDM dijangka akan berpecah kepada BN.


13 ulasan :

Anonymous said...

Lawatan Perdana Menteri ke mana-mana kawansa pun adalah untuk membantu jentera pilihanraya BN, bukan kerana takut. Ini juga menunjukan beliau seorang yang berjiwa rakyat.

Anonymous said...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan dua hari ke Sarawak mulai esok, antara siri lawatan ke negeri di Malaysia Timur itu, dan juga Sabah, di mana beliau berikrar akan membangunkan negeri berkenaan setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung.

Anonymous said...

Perdana Menteri mengotakan janji beliau yang dibuat semasa beliau mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri pada April tahun lepas. Beliau membuat susulan dengan siri lawatan ke kedua-dua negeri itu.

Anonymous said...

PM juga akan melawat ke setiap ceruk di Sabah dan Sarawak, menyifatkannya sebagai tempat di mana gagasan 1Malaysia diamalkan.

Anonymous said...

Riot, yang berasal dari kampung itu berkata kekerapan Najib melakukan lawatan ke kawasan pedalaman amat signifikan kepada penduduk luar bandar di Sarawak kerana mereka masih menghadapi masalah daripada segi prasarana asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya.

alim said...

saya yakin penyokong-penyokong kuat BN Sabah di KB masih ramai lagi

alim said...

jadi pasti kubu BN tidak akan tergugat dengan mudah di KB sepertimana yang dispekulasikan

kamre said...

samada benar atau tidak, biarlah PRU13 buktikan kesetiaan penyokong-penyokongnya

kamre said...

jadi gunalah peluang yang seadanya untuk turun mengundi di PRU13 nanti!

Anonymous said...

Seorang penganalisis politik, Salman Nurillah berkata berdasarkan senario politik semasa di negeri ini, dengan perpecahan dan perbelahan di kalangan parti-parti pembangkang, BN seolah-olah mempunyai peluang yang cerah untuk memerintah negeri itu selama lima tahun lagi.

Anonymous said...

Pengomen yg sama hantar komen sokong BN beberapa kali utk tunjukkan masih ramai penyokong BN di KB. Cukup dgn satu komen ini saya katakan di sini bahawa sy antara ribuan lagi pengundi pertama kali yg dgn senang hantinya akan memberikan undi kepada calon-calon PR pada PRU 13 ini. 2 dekad sudah berlalu, paip tidak bagi air jgn cerita. Skrg ada hati lagi mau minta sokongan. Ini kali mesti tukar!!! Ini kali lah.

Anonymous said...

saya sukung kau kawan. mesti kasi ubah. jangan lagi kita kena kasi buduh-buduh saja oleh be end.

Anonymous said...

kerajaan tak perlu tukar, yang perlu tukar pemimpin DUN yang tak pandai mau sampaikan masalah rakyat di perlimen. kita mahu pemimpin yang boleh dengar suara rakyat, bukan sahaja dengar tapi boleh sampaikan masalah rakyat di parlimen. bukan sekadar buat laporan tetapi laporan tak dibentang.. jadi, pilihlah pemimpin yang berjiwa rakyat dan boleh mendengar dan membawa suara2 kita ke pihak yang sepatutnya.