Monday, April 29, 2013





Siri Lawatan DSAI di Sabah yang merupakan amanat terakhir sebelum pembuangan undi pada 5 mei 2013 ini, sangat-sangat diluar jangkaan, kerana di Lahad Datu, Semporna Dan Tawau, DSAI di sambut dengan lautan manusia. Kebangkitan rakyat kali ini bukan kerana hadir untuk mendapatkan habuan berupa wang dan sebagainya tetapi mereka dengan suka rela menghadirkan diri mendengar, membuat perhitungan sebelum membuat keputusan siapa calon yang bakal mereka pangkah pada PRU13 kali ini.

Malahan sambutan DSAI di Semporna yang berkebetulan daerah itu mengadakan sambutan regata lepa-lepa sangat luar biasa. Ada yang melaporkan bahawa walaupun masyarakat Semporna sibuk dengan sambutan regata lepa-lepa itu tetapi mereka tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan DSAI dan khabarnya Ketiak DSAI berucap, pekan Semporna dalam keadaan lengang seakan-akan tidak ada sambutan Regata lepa-Lepa 2013, sebaliknya rakyat membanjir tempat ceramah DSAI. Adakah ini tanda satu kebangkitan rakyat Sabah telah berlaku?


0 ulasan :