Friday, April 12, 2013

Belumpun senarai lengkap calon BN diumumkan oleh pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, sudah ada dua orang presiden parti komponen yang membuat pengisytiharan awal tidak akan bertanding pada PRU 13 ini. Semacam memperlihatkan kelemahan Najib mengurus tadbir kemahuan parti-parti komponen Bn di semenanjung, Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek mengumumkan beliau tidak akan bertanding pada PRU 13 ini. Sekaligus pengumuman Chua ini akan dilihat memberi impak besar ke atas sokongan kaum Cina pada PRU 13 ini. Begitu juga denbgan Presiden GERAKAN Tan Sri Khoo Tsu Kon yang juga turut mengumumkan tidak akan bertanding pada PRU 13.

Tidak pernah terjadi dalam politik BN, dua orang presiden utama parti berasaskan kaum Cina tidak bertanding melainkan ia menjadi satu masalah besar untuk meraih sokongan kaum yang menjadi penentu setiap kali musim pilihanraya itu.

Lagi mengejutkan apabila di Sabah Presiden PBS Tan Sri Pairin Kitingan pula mengumumkan akan mempertahankan dua kawasan iaitu Parlimen Keningau dan DUN Tambunan. Pairin yang juga timbalan ketua menteri kouta KDM dengan yakin akan dicalonkan di kedua-dua kawasan berkenaan , sekalipun senarai lengkap calon BN belum diumumkan oleh PM.

Tindakan Pairin unutk tidak melepaskan satu daripada dua kawasan itu dilihat sangat tidak realistik kepada partyi-parti komponen BN di Sabah. Seharusnya Pairin memberikan peluang muka baru di salah satu kawasan berkenaan.

1 ulasan :

mantera said...

mereka tidak bertanding kerana ingin memberi peluang kepada muka2 baru