Perebutan kerusi DUN N6 TEMPASUK menyaksikan satu perebutan yang menjadi tumpuan masyarakat Kota belud. Antara calon BN, datuk Musbah Jamli dengan Calon PR Awang Laiman Ikin, Calon STAR Suwah Bulleh dan calon SAPP Abdul Malik Mohed. Ini menunjukkan pertarungan 4 penjuru akan berlaku. Walaubagaimana pun hanya antara Datuk Musbah dan Awang Laiman yang akan menjadi tumpuan kerana selain daripada isu suku yang masih membelenggu politik Kota Belud, isu pertarungan lampau pada 2008 juga berulang kembali. Awang Laiman yang pada ketika itu bukanlah calon pilihan atau underdog tetapi membuat kejutan apabila meraih 4106 undi .Sesuatu yang cukup mengejutkan. Dan daripada analisis yang dibuat mendapati faktor undi protes berlaku ke atas Datuk Musbah.
Kali ini, tahun ini, dan PRU 13 ini, adakah Awang Laiman akan dapat membuat kejutan sekali lagi dengan menundukkan Datuk Musbah? Aatau apakah PRU kali ini akan menyaksikan majoriti kemenangan Datuk Musbah pada PRU 2008 akan menjunam sekaligus menyaksikan kemenangan tipis akan berlaku? Semuanya ini adalah bergantung kepada mood pengundi di N6 Tempasuk.
Jika sebelum ini faktor imbuhan wang pilihanraya kepada pengundi menjadi faktor 'killer' kepada pihak lawan. Kini pada PRU 13, ia menunjukkan tidak sudah relevan kerana, faktor pengundi sekarang bukan bermain ada 'imbuhan' tetapi kepada persepsi. Sejauh mana kepercayaan mereka bahawa di peringkat Pusat akan berlaku perubahan kepimpinan kerajaan, maka sekuat itulah minda para pengundi menentukan siapa bakal menerima pangkahan mereka.
Pada hemat kelapamawar, DUN TEMPASUK akan terus berada pada kedudukan sekarang iaitu calon BN akan menjadi pemenang tetapi pada waktu sama, calon pembangkang akan meraih majoriti yang mendadak.

0 ulasan :
Post a Comment