Monday, April 22, 2013


Seperti yang dijangkakan banyak pihak, pencalonan kembali Datuk Rahman Dahlan di P169 Kota Belud, bukanlah satu tindakan wajar yang diambil pucuk pimpinan dengan mengambil kira mood dan sentimen pengundi di daerah Kota Belud. Ini kerana sebelum Parlimen dibubarkan lagi iaitu dalam setahun sebelum itu sudah kedengaran pelbagai kritikan dan keptidapuasan hati masyarakat akar umbi di Kota belud mengenai kepimpinan DARD. Di fcb sahaja, sudah ada pada ketika pengamal media alternatif ini yang jelas identitinya turut tidak bersetuju dengan kepimipinan DARD.

Dan setelah suara hati kebanyakan rakyat KB itu tidak dengari, walaupun Najib selalu mengingatkan perlunya merasai denyut nadi rakyat, akhirnya ketika penamaan calon tempoh hari, Rahman Dahlan disabotaj oleh ahli parti sendiri.

Pencalonan Sdr Lamsil Hamdsur yang juga ahli dan ketua cawangan UMNO peninting KB, dan suami kepada ketua wanita UMNO KB itu sebagai calon BEBAS di kawasan parlimen adalah satu tindakan protes tetapi cukup bermaruah bagai masyarakat KB. Lamsil sesungguhnya tahu dan arif bahawa dengan keputusan mencalonkan diri itu akan membuat beliau dilucutkan keahlian serta merta oleh parti, tetai dengan tekad beliau meneruskan hasratnya. Mungkin dari satu aspek keputusan itu dilihat sebagai tindakan kepentingan politik peribadi, tetapi dari satu segi ia adalah atas  prinsip ketidabersetujuan dengan keputusan arti mencalonkan DARD kembali di KB.

Ini menunjukkan bahawa ada ahli UMNO KB yang secara terang-terangan melakukan sabotaj kepada DARD selaku calon BN dan UMNO pada PRU 13 ini. Dan saya meramalkan dalam keadaan yang senyap masih terdapat ramai yang lagi yang akan melakukan undi protes sekiranya tidak berkemampuan unutk melakukan sabotaj secara terang.

Kehadiran Sdr Lamsil Hamidsur dalam pertarungan 5 penjuru itu akan memberikan kesan undi kepada DARD. Majoriti akan mengurang, kerana akan ada undian terhadap Lamsil, apatah lagi jika sebelum ini ada gerakan yang mahukan beliau dicalonkan sama ada DARD tercalon atau tidak.

Justeru itu, pada hemat saya, kedudukan DARD semakin genting, cabaran datang dari calon PR iaitu Munirah majilis dari PKR tentunya mempunyai penyokong sendiri jika mengambil kira jumlah undi Saidil Simoi pada PRU 2008. Tambah lagi dengan STAR dan SAPP dan BEBAS, nampaknya ada kebenarannya bahawa ini kali lah kerjaya politik DARD akan berkubur di KB.

Tapi bagi dipihak UMNO/BN KB, sudah ada desas desus kononya pencalonan Lamsil adalah atas tajaan Datuk Salleh untuk memecahkan undi  kepada Munirah. Sekaligus akan memberi kemenangan kepada DARD. Pada saya, isu ini tidak relevan, kerana Lamsil akan diundi oleh ahli-ahli UMNO sendiri dan mungkin sedikit bagi golongan atas pagar.

2 ulasan :

UrangKb said...

Saya hadir pada penamaan calon tersebut untuk memberikan sokongan pada calon PR. Mmg syg sekali parti STAR juga bertanding di kerusi parlimen yg akan mengganggu sedikit undi PR. Tapi begitu jg di pihak BN bila org kuat mereka sendiri yg bertanding bebas. Jika satu lawan satu, saya yakin peluang PR cerah untuk menang. Sekarang dgn 5 penjuru, sy harapkan DARD akan tahu rasa kekalahan kali ni. Bendera BN mmg banyak, tapi pusing kiri pusing kanan rata2 urang ini kali lah. Sama2 kita tunggu.

Anonymous said...

Sdra Lamsil, Tahniah kerana orang yang yakin dengan kepercayaan lalu dijadikan destinasi perjuangan saja yang berani menongkah Arus. Teruskan perjuangan. Takbir...