Tinggal seminggu lagi, masa berkempen akan tamat, suasana politik di Kota Belud, masih tidak kelihatan panasnya. Parti-parti politik masih sibuk berkempen seperti yang telah dirancang. Namun yang mewarnai iklim politik Kota belud sejak dua menjak ini adalah acara lompat parti. Bukan sahaja pemimpin parti PKR yang lompat parti kembali memberi sokongan kepada BN/UMNO tetapi rakyat biasa pun bertindak keluar parti BN/UMNO dan menyertai PR.
Gejala lompat parti ini bukanlah jaminan akan mendapat undi, kerana biasanya pengundi akan membuat pertimbangan di saat-saat akhir sebelum hari pengundian. Justeru itu, para penyokong parti-parti politik jangan terlalu ghairah 'menawan' musuh kerana selain dari ada kemungkinan berpatah balik, munkgin juga adalah mata-mata gelap parti-parti politik tertentu yang sedang menyusun strategi untuk mengekalkan kuasa dan yang mahukan kuasa.
ibarat lagu lompat si katak lompat, lompat lah tinggi-tinggi....mungkin lompatan diakhir ini akan lebih jauh dari lompatan sebelum RU 13.

0 ulasan :
Post a Comment