Datuk Rahman Dahlan sekali lagi dicalonkan BN di P169 Kota Belud. Pencalonan ini rata-rata tidak mendapat perkenan rakyat Kota Belud. Itulah penilaian awal saya, walaupun DARD dipilih tetapi itu pilihan Pemimpin atasan dan bukan pilihan rakyat. Adakah beliau WC atau calon boleh menang? Jawabnya ya, pada hemat saya. TETAPI apakah Wainable Candidate itu cukup bagi rakyat Kota Belud? Jawapnya Tidak, pada hemat saya. Apa yang rakyat KB mahukan? jawapnya calon WC anak tempatan. Itu realitinya! Jika yang demikian apakah yang akan berlaku pada hari pengundian nanti?
Pada pandangan saya akan berlaku dua perkara seperti yang saya letakkan pada judul artikel ini iaitu SABOTAJ DAN UNDI PROTES!
Sabotaj setiap kali PRU pasti berlaku. Sabotaj tidak semestinya dari pihak lawan tetapi juga boleh berlaku di pihak sendiri.
Saya menjangkakan sabotaj akan berlaku ke atas DARD atas faktor bukan pilihan kami!.kemudian trend pengundi masa kini juga sudah berubah. Pengundi sudah tidak takut atau teragak-agak mengalihkan sokongan jika calon yang diketengahkan bukan pilihan mereka.
Jika itu berlaku maka, undi protes akan terjadi. Saya meramalkan undi protes akan kebanyakkan datang dari suku Iranun dan bajau. manakala di sebelah Kadamaian..jika undi tidak menyokong DARD ia hanya sebagai undi tidak mahu yang beraliran pembangkang.
Keadaan itu akan menyulitkan kemenangan kepada DARD. Kerana suku Iranun dan bajau adalah penentu undi kepada kemenangan calon di P169.
Pola pengundian pada 5.hb Mei nanti akan menyaksikan satu bentuk keluk yang menjunam.membesar di bahagian bawahnya sebagai lambang pengundian protes berlaku. Pengundi-pengundi ini adalah orang BN/UMNO yang merasa denyut nadi dan kemahuan mereka tidak dipenuhi.
Undi protes ini berlaku pada peringkat DUN yang kemudiannya disalurkan ke peringkat Parlimen.
Majoriti undi pembangkang akan melonjak.! dan undi rosak akan bertambah!

1 ulasan :
Post a Comment