Tuesday, April 9, 2013




Dengan tidak semena-mena ibarat kata pepatah " angin tiada, ribut pun tiada, tiba-tiba hujan pun turun" lahir pula NGO suku Iranun yang nama singkatnya "WARIS" iaitu pertubuhan Wadah Rakyat Iranun Sabah. Pengerusinya adalah Sdr Tadzul Radim, bekas calon Ketua pemuda UMNO KB yang mengalami kekalahan tipis dengan Sdr Barur Sawi. kekalahan beliau itu suatu ketika agak menggemparkan kerana dikatakan berkait dengan percaturan politik pemimpin tertentu di Kota Belud. Kali ini beliau mengetuai WARIS satu NGO politik yang dilaporkan memperjuangkan hak-hak suku Iranun dalam politik di Kota Belud dan negeri Sabah.

Laporan Utusan Borneo bertarikh 7 April 2013 jelas menunjukkan betapa WARIS 'mendesak' kerajaan BN/UMNO dalam soal pemilihan calon PRU 13 dari kalangan suku Iranun. Walaupun ada juga di kalangan anak-anak Iranun yang dengan nada sinis mempersoalkan apa kapasiti WARIS berbuat demikian? Sedangkan usianya baru setahun jagung.

Pada hemat Kelapamawar, penubuhan WARIS tidak ubah seperti 'embun dihujung rumput' bersifat sementara untuk PRU 13. terlalu banyak sekali pertubuhan NGO dalam suku yang begitu minoriti , seakan memberi gambaran bahawa suku Iranun pada lazimnya tidak suka duduk 'diperintah' sebaliknya mahu 'memerintah'.

Jika benar mahukan calon dari suku Iranun , maka apakah WARIS akan memberikan sokongan kepada calon Iranun dari pembangkang?. daripada maklumat tidak rasmi yang diterima oleh kelapamawar, akan ada calon Iranun bertanding pada PRU 13 ini menggunakan tiket pembangkang sama ada di Tempasuk atau di usukan?

Sebelum ini dalam beberapa artikel yang ditulis oleh kelapamawar berkaitan dengan percaturan politik Iranun turut meramalkan sokongan kepada calon Iranun dario pembangkang akan bertambah jika tidak ada calon Iranun dari Bn di turunkan pada PRU 13 ini.

Sebagai rekod Ust. laiman Ikin yang mencuba nasib pada PRU 123 lepas mencatat undi di luar jangkaan sekalipun tidka punya pengalaman luas dalam politik. Bah kan dalam ramalan tidak rasmi Awang Laiman akan dapat menambahkan majoriti pada RU 13 ini jika beliau diturunkan selaku calon pembangkang melawan Datuk Haji Musbah. Sebabnya bukan kerana Datuk Musbah tidak relevan tetapi sokongan itu bertambah kerana suku Iranun protes secara senyap bilamana ketiadaan wakil mereka dalam PRU 13 dari calon BN/UMNO.

0 ulasan :