Thursday, May 31, 2012



Jika berpandukan kepada kekerapan menemui rakyat akar umbi menjelang PRU 13 ini, rasanya kelibat Tan Sri Pandikar masih suram dan tidak kenampakan. Kalau juga bersandarkan kepada ciri-ciri ‘boleh menang’ yang diwar-warkan oleh PM Datuk Seri Najib, maka benar jikan andaian besarnya Tan Sri Pandikar tidak akan menjadi calon pada PRU 13 nanti di daerah Kota Belud. Ini kerana jika Tan Sri Pandikar masih ‘keinginan’ untuk dinobatkan sebagai pemimpin politik berstatus ‘waki9l rakyat’ di Kota belud, tentu aka nada gerakan bawahan yang telah dilakukan oleh politikus Iranun itu sejak awal lagi. Malahan daripada beberapa maklumbalas dari penyokong-penyokong tegar Tan Sri Pandikar memaklumkan bahawa mantan ADUN TEMPASUK itu yang kini menjawat YDP Dewan Rakyat setakat ini masih belum ‘mengesahkan’ apa-apa mengenai percaturan politiknya. 


Disaat pemimpin lain melipatgandakan aktiviti menemui rakyat di peringkat akar umbi seperti Datuk Musbah Hj jamli,Datuk Rahman Dahlan, dan Datuk Salleh Tun Said sendiri, Tan Sri Pandikar dilihat ‘keciciran’ dari aktiviti rutin wakil-wakil rakyat tatkala menjelang PRU 13 ini. 


Tan Sri Pandikar bukan sahaja dilihat mendiamkan diri dan bersikap ‘tunggu dan lihat’ tetapi juga dikatakan hanya menyerahkan nasib politiknya kepada percaturan akhir Datuk Musa Aman selaku pengerusi perhubungan UMNO Negeri dan juga percaturan PM Datuk Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Pandikar sebelum ini bersama Datuk Salleh Tun said menghadapi pelbagai rencam pandangan dari rakyat sejurus selepas PRU 2008 yang menyaksikan mereka tidak dicalonkan . 

Mengemudi sebuah NGO Sosial yang diberikan nafas baru kepada nama USBO juga mencetuskan kegelisahan politik di peringkat bawahan apabila Naib Presiden UMNO Datuk Shafie Apdal yang dijadikan “Penaung’ kepada NGO rumpun Bajau itu dikatakan diperkudakan untuk menakutkan Musa Aman. Dengan perkembangan politik “Lawan menjadi Kawan’ Datuk Salleh dan Tan sri Pandikar akhirnya Berjaya menjinakkan Datuk Musa Aman, menyaksikan kedua-dua tokoh politik Kota Belud ini dilantik ke beberapa jawatan penting peringkat persekutuan dan negeri. TSP menjadi YDP Dewan Rakyat dan DSSK menjadi speaker Dewan Undangan negeri walaupun sebelum ini menjadi penasihat Sains kepada ketua Menteri Sabah bertaraf “menteri”. 

Walaupun ada desas-desus TSP akan bertanding di kawasan lain, namun peratusan untuk itu adalah sangat kecil kerana seperti apa yang saya katakana diawal tadi, bahawa setakat ini TSP masih “Diam” dan ‘mengeram”. Belum ada tanda-tanda beliau akan diturunkan pada PRU 13 ini. 

Menyusuri beberapa ulasan dan perdebatan dalam dunia maya ini terutama dalam Fcb dan Blog, sudah kedengaran beberapa idea susulan supaya TSP juga memikirkan untuk ‘rehat’ dengan menumpukan perhatian kepada jawatan yang disandangnya ketika ini iaitu YDP Dewan Rakyat. Dengan harapan supaya TSP akan dilantik semula ke Jawatan itu selepas PRU 13 dengan andaian bahawa BN masih memerintah Putrajaya, TSP dikatakan adalah antara tokoh paling sesuai mengendalikan gelagat pembangkang di Dewan Rakyat. Dengan pengalaman dan kepakaran undang-undang yang dimiliki oleh TSP membuatkan ramai rakyat terpegun dengan ketangkasan dan kelincahan beliau mengendalikan Dewan ketika perbahasan usul berlangsung. 


Adalah lebih tepat jika TSP mula memikirkan pelapis kepimpinan yang boleh dikedepankan sebelum memikirkan untuk bersara terus dalam arena politik negeri dan Negara. Proses peralihan kepimpinan ini harus dilihat dalam konteks yang positif yakni bukan melupakan jasa orang l;ama tetapi kepimpinan harus diberi nafas baru sejajar dengan aspirasi golongan muda yang terdedah kepada liberalisasi dan kolonialisasi alaf baru. 

Setakat ini memang SAH Tan Sri Pandikar tidak akan dicalonkan semula!.







Kritikan Lajim kepada salleh said berkenaan kenyataan salleh mengenai 20 perkara dengan memberikan 10 hari kepada salleh untuk meminta maaf telah mengeruhkan politik sabah sejak kebelakang ini.Akhirnya desas-desus terus melingkari MP Beaufort itu apabila beliau bersama yang nama-nama lain akan bertindak meninggalkan BN dan menyertai PKR .


Laporan media :
KOTA KINABALU: Lajim Ukin, the influential Umno warlord in the south-interior of Sabah, is said to be “definitely” ditching the party to join not the Sabah People’s Front (SPF) as rumoured, but PKR.

Reliable insiders claimed that the Umno supreme council member and MP for Beaufort is preparing for a June 10 exit and that Pakatan Rakyat coalition de facto leader Anwar Ibrahim himself would fly to Sabah to receive not only Lajim but also scores of other Sabah Umno and United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation leaders.

Among the names being mentioned here and in Beaufort as well as in Labuan are Upko’s deputy president Wilfred Bumburing, former deputy chief minister during the Parti Bersatu Sabah (PBS) government, Amir Kahar Datu Mustapha, former federal deputy minister, Yahya Lampong, and the CEO of state-owned Suria Capital, Ibrahim Menudin.

Bumburing, who is the Tuaran MP, was soon after the general election in 2008 linked to a botched effort to get a number of MPs from the ruling party into PKR to give it a simple majority in Parliament and hence the Sept 16, 2008 talk of Pakatan taking over the federal government.

If the switch does take place on June 10, it would add two MPs in the opposition corner.

Meanwhile, Ibrahim’s appearance in the list of persons disenchanted by Barisan Nasional politics ahead of the coming general election is also linked to him being tapped by PKR for the Labuan parliamentary seat.

Yesterday, Lajim, who is also the federal Housing and Local Government Deputy Minister, caused havoc within Umno circles when he launched an attack on Sabah Umno’s number two, Salleh Said Keruak, over his claim that the 20-point agreement accorded Sabah in 1963 was no longer valid as it had been incorporated into the Malaysia Agreement and the Federal Constitution.

Lajim gave Salleh, who also State Legislative Assembly Speaker, 10 days to apologise to Sabahans for declaring the agreement void.

Umno dropping Lajim

Lajim was also quoted by local newspapers as saying that he might organise a peoples’ demonstration in support of Sabah’s rights on the day Prime Minister Najib Tun Razak comes again to Sabah on June 9 for a national Kaamatan and Gawai celebration in Keningau.

His broadside against Salleh astonished many as the tone of the rebuke was harsh and provocative.

The timing of his attack on Salleh Said was also notable given that just last week while on a visit in Sandakan, he denied he was quitting and Umno hit out at those “who would like to see the end of him in politics”.

Insiders, however, claimed at the time that while Lajim was not keen on leaving Umno, it is now the case of Umno leaving Lajim behind.

“There is a difference. What my ‘Janang Gayuh’ (paramount leader in Bisaya) said was always right,” said one of Lajim’s ardent supporters.

Umno leaders said Lajim’s sudden harsh tone could have something to do with resurfacing signals that he is among those to be dropped by Umno.

“Yes, we also have heard the fresh rumour that Lajim and a few others would soon join PKR,” a senior state Umno leader said when contacted today.

Others mentioned as possible crossovers to PKR on June 10 are former chief minister Osu Sukam and former federal Land and Cooperative Minister Kasitah Gadam.

Anwar, Najib wooing Sabah

Meanwhile, a Sabah PKR leader, who spoke on condition of anonymity, said Anwar had initially been scheduled to go to Sandakan during his coming visit to Sabah.

However, the new developments could also see him in Kota Kinabalu while Najib is in town underlining the importance of Sabah’s 25 MP seats to both BN and Pakatan.

In the past, Umno, most notably Dr Mahathir Mohamad, had brushed aside the 25 seats as insignificant for Umno as it commanded a big majority of the 165 peninsular seats.

But the unprecedented gains by the opposition in the 2008 general election has changed the political equation in the country, forcing the ruling coalition to come courting in Sabah and Sarawak.

With a mere six-seat or so differentiating the two political forces in the peninsula, whoever wins the trust of Sabah and Sarawak MPs could form the next government.

Observers are of the opinion that many Sabah and Sarawak MPs would be open to jumping ship either way this time.

Umno is wary of possible turncoats and many names linked to the 2008 Anwar’s effort, including Lajim and Bumburing, most likely will not be renominated for seats.

While many would rather keep a low profile if not renominated, some still influential BN leaders believe they can still win and are raring to prove a point and make a difference in the national political equation.

Political pundits said Lajim and Bumburing belong to this group and their assessment could prove right, judging from the solid support the duo received in the last election in Beaufort and Tuaran respectively.

Lajim still a factor

Many observers believed Lajim, who is a Dusunic Bisaya, could still win handsomely in the Bisaya majority Klias state constituency under any ticket.

He would not be easy to defeat either in his current Beaufort seat if he chooses to retain his parliamentary seat.

The Beaufort seat is said to be being eyed by Anifah Aman, currently Kimanis MP, who is also the younger brother of Chief Minister Musa Aman.

Bumburing’s path in Tuaran or even in the Tamparuli state constituency he once represented, however, may not be as smooth, as the surging State Reform Party (STAR) under Jeffrey Kitingan is now also a power to be reckoned with there as well as in almost all Kadazandusun areas.

June 10, as far as omens go, according to sources, is significant as it is Lajim’s favourite number and would mean that Najib, who reportedly loves the number 11, would read reports about Lajim’s leaving on June 11, a bad sign for BN.

Wednesday, May 30, 2012




Isu 20 perkara semakin 'panas' diperbincangkan di merata media, baik dari blog,Fcb atau Twitter. Kenyataan "tuntas' Datuk Salleh Tun Said selaku speaker Dewan Undangan Negeri Sabah bahawa 20 perkara sudah lama 'lupus', benar-benar mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Setakat artikel ini ditulis, rata-rata yang melahirkan kebimbangan mengenai kenyataan itu ialah dari pemimpin KDM. sama ada dari kalangan parti pembangkang ataupun dari kalangan parti komponen BN sendiri terutama dari pemimpin PBS. Selain itu Datuk Lajim Ukin juga turut bersuara. Namun suara Datuk Lajim itu dikatakan bukan atas kesedaran tinggi mengenai keperluan 20 perkara ditunaikan tetapi hanya sekadar mainan politik.

Rakyat Sabah di serata pelusuk Sabah sudah mula 'memikirkan' tentang 20 perkara ini. Persoalan yang bermain di minda mereka ialah BENARKAH 20 PERKARA ADALAH HAK-HAK SABAH YANG TERTUNDA?

Sebagai penulis blog  dan pengamal sejarah di negara ini, kelapamawar memaparkan sedikit sebanyak fakta sejarah mengenai asal kewujudan 20 perkara yang menjadi isu besar menjelang PRU 13 ini :

Pada fakta awalnya, idea penubuhan MALAYSIA ini dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman dalam satu majlis Jamuan Persatuan Wartawan-wartawan Luar negeri Asia tenggara di Singapura pada 27 Mei 1961. Idea itu kemudiannya berjaya direalisasikan kemudiannya pada 16 september 1963. Penggabungan 11 negeri di Tanah Melayu dan dua buah negeri di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Ini turut menggabungkan pelbagai dokumen termasuk Rang Undang-Undang Malaysia iaitu Akta Malaysia 1963 dan juga syarat-syarat penyertaan dan peraturan perlembangaan terhadap Sabah, sarawak yang dikenali sebagai syarat 20 Perkara. Perjanjian Malaysia juga tertakluk kepada kemahuan negeri-negeri ini bagi membentuk Malaysia yang dianggap sebagai satu gabungan rakan-rakan kongsi yang bersatu padu untuk membentuk sebuah negara baru dengan ciri-ciri masing-masing. 



Namun begitu, sebelum pembentukan Malaysia, satu siri perbincangan dan penyiasatan telah diadakan di antara bulan Mei 1961 dengan tarikh penubuhan Malaysia berhubung denagn syarat-yarat yang sesuai untuk persekutuan bagi menjamin kepentingan negeri-negeri Melayu termasuk Sabah, Sarawak yang pertama kali bergabung dengan Malaysia. Peringkat awal perkara telah dibincangkan oleh para pemimin dari lima buah negeri iaitu Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei dalam Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Serantau yang diadakan di Singapura pada bulan Julai 1961. Ekoran daripada mesyuarat ini, pada bulan Febuari 1962, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia (MSCC) telah mengeluarkan sebuah memorandum yang menyokong Malaysia dan memperlihatkan beberpa syarat am untuk Persekutuan. sebuah suruhanjaya penyiasatan juga telah dibentuk pada Januari 1962 iaitu Suruhanjaya Cobbold berikutan lawatan Tunku Abd. Rahman ke London pada bulan Oktober 1961. Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Cobbld iaitu bekas Gebenor Bank England. Sementara ahli-ahlinya terdiri daripada Dato' Wong Pow Nee dan Mohd Ghazali Shafie yang dilantik oleh kerajaan Tanah Melayu dan Antony Abell serta Watherston bai mewakili kerajaan British. Tujuan penubuhan suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia dan menerima lebih 2200 memorandum dari pelbagai pihak. Mengemukakan laporan pada bulan Jun 1962.


Hasil daripada tugas yang dijalankan ini didapati lebih kurang 80% penduduk Sabah dan Sarawk menyokong penubuhan Malaysia iaitu kebanyakan terdiri daripada Bumiputera dan 20% menenteng. Laporan ini diperolehi setelah suruhanjaya ini Telah menemui 4000 orang dan menerima tidak kurang dari 2200 pucuk surat dan memorandum daripada parti-pati politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, lembaga bandaran, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesauan sekerja dan sebilangan besar orang ramai. Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menertai Malaysia, menerimapakai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, menerima Islam dan bahasa Melayu sebagai agama dan bahasa rasmi.



Suruhanjaya Cobbold telah mengsyorkan supaya Perlembagaan Tanh Melayu yang ada dijadikan asa bagi membentuk perlembagaan Persekutuan Malaysia yang baru. Namun, beberapa pindaan perlu digubal untuk disesuaikan denga kemasukan negeri-negeri baru ke dalam Persekutuan. sehuibungan itu, jaminan-jaminan mustahak perlu dibuat bagi memastikan kepentingan khas negeri-ngeri Borneo terjamin. Oleh itu, negeri Sabah dan Sarawak diminta menyediakan laporan mereka untuk meyertai Malysia. Laporan ini dikaji oleh satu jawatankuasa yang diwakili oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Sabah dan Sarawak. Maka terbentuknya satu jawatankuasa yang dikenali sebagai jawtankuasa Antara-Kerajaan atau Inter-Governmental Ccommittee pada bulan Ogos yang diberi tugas untuk menyusun perlembagaan Persekutuan yang baru dan perlindungan khas untuk Borneo Utara dan Sarawak.

Jawatankuasa ini dipegerusikan oleh Lord Landsdowne dan timbalannya ialah Tun Abdul Razak. Anggota lain terdiri daripada Donald Stephen, Abang Haji Mustaffa, Temenggung Jugah, seorang wakil Britain dan seorang wakil Persekutuan Tanah Melayu. Sebanyak lima buah jawatankuasa kecil berkenaan hal-hal perlembagaan, kewangan, undang-undang, perkhidmatan awam, dan membentuk kerajaan Persekutuan Malaysia diwujudkan untuk mempertimbangkan hal ini. 

Sementara Sabah dan Sarawak mula mengkaji untuk membuat beberapa tuntutan yang munasabah untuk menjaga kepentingan mereka sebagai Bumiputera sebelum memasuki Malaysia. Tuntutan ini dikenali sebagi 20 Perkara Sabah dan ia merupakan syarat-syarat Borneo Utara memesuki Malaysia. Kebanyakan syarat-syarat ini diterima oleh IGC dan telah dimasukkan di dalam Perjanjian Malaysia.



Tuntutan 20 Perkara Sabah Dan Kepentingan Kepada Sabah Dan Sarawak
Tuntutan 20 Perkara Sabah merupakan memorandum MSCC yang diusulkan oleh USNO, UNKO United Parti, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation dan isinya adalah soal perlindunagan dan syarat-syarat Borneo Utara dan Sarawak menyertai Malaysia terutama dalam hal-hal kebebsan agama, bahasa-bahas lain (selain Melayu), migrasi dan kepentingan-kepentingan Bumiputeranya.


Perkara satu - Agama
Di dalam tuntutan 20 perkara disebut:
" walau pun tidak ada banthan terhadap agama Islam menjadi agama rasmi Malaysia, tetapi tidak ada agama rasmi di Sabah dan Sarawk. Oleh itu, hendaklah diadakan jaminan untuk kebebsan agama."

Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menguruskan hal-hal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan bagi maksud-maksud agama dan memperolehi serta memegang dan mentadbir mengikut undang-undang. Semua kebebasan di atas juga tidak membenarkan apa-apa prbuatan yang berlarutan dengan undang-undang atau mengenai ketaatan awam, kesihatan awam atau akhlak. 

Bagi menjamin kebebasan agama ini terdapat undang Persekutuan yang memberi bantuan kewangan kepada Institusi Islam atau pekerjaan Islam, maka peruntukan yang seimbang juga diberikan kepada tujuan-tujuan kebajikan masyarajat di wilayah-wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Perkara dua- Bahasa ( Perkara 152 dalam perlembagaan)
" bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahas Inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari Malaysia. Bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahsa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupun Persekutuan had tempohnya. ( 20 perkara-16)

berdasarkan perkara ini, Bahasa Melayu hendaknya menjadi kebangsaan Persekutuan dan Bahas Inggeris terus digunkan untuk temph sepuluh tahun selepas hari Malaysia di Saah dan Sarawak. Sementara itu juga Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi bagi Sabah dan Sarawak untuk semua tujuan baik di peringkat negeri mahu pun peringkat persekutuan. syarat ini, telah diterima oleh semua IGC dan telah pun mendapat tempat dalam perlembagaan dalam perkara 152. Syarat ini, dikemukakan kerana bahasa boleh digunakan sebagai alat menyatupadukan rakyat pelbgai kaum dan pelbagai sukuan terutama di Sarawak dan Sabah.

Perkata tiga- Imigrasi
" kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawsan di Malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa kerajaan Pusa tetapi kemasukan ke Borneo Utara perlu mendapat kelulusan kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengahklang kemasukan orang ke Borneo Utara untuk tujuan keraja Negeri kecuali atas sebab keselematan. Borneo Utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara , selain daripada yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan di Borneo Utara. (Hlm 30)

imigrasi hendaklah tetap dalam senarai Persekutuan tetapi undang-undang hendaklah digubal oleh Parlimen untuk menentukannya, kecuali perkara-perkara tertentu, seperti permintaan masuk ke negeri-negeri Borneo ini mestilah diluluskan oleh negeri-negeri berkenaan. Undang-undang ini tidak boleh dipindah atau dihapuskan melainkan dengan persetujuan negeri -negeri tersebut. Borneo Utara juga hendaklah mempunayi kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara, selain daripada yang bekerja dengan Persekutuan di Borneo Utara.

Perkara ini dikemukakan demi menjaga kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak supaya peluang-peluang yang terdapat di kedua negeri ini tidak diperolehi oleh orang luar. Ini memberi keuntungan kepada Sabah dan Sarawak kerana peraturan ini akan menyekat kemasukan orang-orang luar dn sesiapa yang mahu memasuki negeri-negeri ini perlu mendapat kebenaran kecuali yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan.

Perkara empat - Pelajaran
" sistem pendidikanyang ada di Borneo Utara sejkarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan di bawah kuasa kerajaan Negeri."

Pelajaran sebenarnya hendaklah djadikan perkara Persekutuan, tetapi polisi dan sistem pentadbiran pelajaran di Sabah dan Sarwak berdasarkanperkara ini dikekalkan sepertimana kemahuan kerajaan negeri-negeri terebut sehinggalah kerajaan ini bersetuju mengubahnya. Dalam hal ini memberi peluang kepada kerajaan negeri menkaji perkara tersebut sebelum mengubahnya tau meminda sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak untuk kepentngan rakyatnya sendiri.

Perkara lima - Perkhidmatan Awam 
" Pengambilan perkhidmatan Awam oleh rakyat Borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin"(hlm 41)

tuntutan 20 perkara menekankan supaya pengambilan pegawai-pegawai baru di Borneo Utara hendaklah diberi keutamaan kepada penduduk di wilayah itu. Ini adalah bertujuan membuka peluiang kepada Bumiputera dan mengelakkan bukan Bumiputera terutama kaum Cina daripada menguasai perkhidmatan ini kerana kaum ini lebih maju dalam pemdidikan berbanding penduduk tempatan .

dalam perkara ini dinyatakan juga pelbagi hal yang menyentuh bidang perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam persekutuan dengan negeri-negeri, pinjaman-pinjaman pegawai-pegawai, sekatan mengenai pembuangan kerja, penurunan pangkat kakitangan awam dan suruhanjaya-suruhanjaya dalam perkhidmatan awam. Selain itu suruhanjaya perkhidmatan awam berasingan hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap negeri. Bagi menjaga kepentingan perkhidmatan awam di negeri-negeri Borneo, pegawai-pegawai yang ada termasuk pegawai-pegawai dagang dinaikkan pangkat untuk ditukarkan ke perkhidmatanPersekutuan, tetapi tidak boleh ditukarkan keluar dari wilayah-wilayah Borneo tanpa persetujuan mereka. 


Perkara enam– Kerakyatan
"saranan-saranan dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold hendaklah merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat Borneo Utara dalam Persekutuan tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut:
a) perenggan kecil (I) tidak harus mengandungi peruntukan menetapkan selama lima tahun.
b) Demi menyelaraskan kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi "tujuh daripada sepuluh tahun" dan bukannya "lapan daripada dua belas tahun"
c) Perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan kewarganegaraan ibu-bapa- seseorang yang lahir di Borneo Utara seleas Malaysia metilah menjadi warganegara Persekutuan. hlm 52

Berdasarkan syarat kerakyatan yang dikemukan ini, tidaklah sewenang-wenangnya untuk menjadi warganegara Sabah dan Sarawak. Syarat ini juga dapat menghad sesiapa yang layak sahaja untuk menjadi warganegara kedua-dua negeri ini.

Perkara tujuh- Dewan Undangan Persekutuan
" ini hendaklah mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga saiz dan pretasinya dan dalam apa keadaan tidak harus kurang daripada Singapura."

Dalam perkara pemilihan dewan Undangan Persekutuan pertimbngan bukan sahaja diberikan ke atas bilangan penduduk, tetapi juga kepada potensi dan prestasi negeri tersebut. Perlantikan juga tidak boleh kurang aripada Singapura, oleh itu tiap-tiap masjlis Undangan di Borneo hendaklah memilih 2 orang ahli Dewan Undangan Negara. Sebagai tambahan, bilangan Dewan Undangan yang dilantik hendaklah ditambah 6 orang lagi kerana kemasukan Sarawak dan Sabah. Ahli-ahli baru yang dipilih dari Sabah ialah 16 orang dan Sarawak seramai 24 orang. (kerusi percantuman di antara Persekutuan dengan Singapura telah diperuntukan 15 kerusi untuk Sinagapuara)

Perkara lapan- Perlembagaan Negeri-negeri.
"ketua -ketua Menteri hendaklah dipilih oleh anggota Majlis Perundangan tidak rasmi. Sistem Menteri yang sempurna hendaklah diwujudkan di Borneo Utara,"

Berdasarkan perkara ini Ketua-ketua negeri Borneo yang pertama hendaklah dilantik oleh baginda Queen dan Paduka Baginda Dipertuan Agung sebelum hari Malaysia untuk bertugas selam dua tahun. Sistem Menteri yang sempurna juga hendaklah dilaksanakan di Borneo Utara. Di Sarawak, ketua negeri telah dikenali sebagai Gabenor dab di Sabah sebagai Yang Dipertuan Negeri. Sementara masalah mengenai Perlembagaan Negeri dan Perlembagann Persekutuan akan ditentukan oleh Mahkamah. Perubahan-perubahan alin yang tertentu berkenan Perlembagaan Negeri Sabah sebagai Majlis tertinggi (Supereme Council) dan Majlis Undangan sebagai Council Negeri.

Perkara sembilan– Kuasa Membuat Undang
Pembahagian kuasa persekutuan dan Negeri seperti tercatat dalam Jadual 9, perlembaggaan Malaysia: 
Senari 1: di bawah Kuasa Persekutuan
Senarai 2: Di bawah Kuasa negeri.
Senarai 2A: Tambhan kepada senarai negeri bagi negeri-negeri di Borneo
Senarai 3: Di bawah kuasa bersama dan
Senarai 3A: Tambahan kepada senarai bersama bagi negeri-negeri Borneo.

Pembahagian kuasa membuat undang-undang dibahagikan kepada Majlis Undangan Persekutuandan Negeri. Majlis Undangan Persekutuan menentukan hal-hal ehwal luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang sivil dan jenayah, peraturan dan pentadbiran keadilan, kerakyatan , jentera kewangan kerajaan, perdagangan, perniagaan dan perusahaan, perkapalan, perhubungan dan pengangkutan, kerja raya dan tenaga, ukur, buruh, koperasi hari-hari kelepasan, surat khabar, dan penyiaran dan syarikat-syarikat kerjasama.

Sementra Majlis Undangan Negeri berperanan dalam perkar-perkara seperti undang-undang Islam, dan adat istiadat orang-orang asli, tanh, pertanian, hutan, kerajaan negeri, penyelidikan, ganti rugi dan sebagainya, bagi perkar-perkara yang termasuk dalam senarai bersama ialah kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar, ternakan, perncangan bandar dan luar bandar, pengemis-pengemis dan penjaja, kesatuan dan kebersihan awam, parit, dan tali air dan pemulihan tanah-tanah lombong.

Perkara sepuluh– Hak Keistemewaan Bumiputera 
Pada prinsipnya suku kaum Bumiputera di Borneo Utara hendalah menikmati hak-hak istimewa seperti yang dinikmati oleh kaum Melayu ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk Borneo Utara.

Hak kedudukan istimewa Bumiputera ini disediakan dalam Perkhidmatan Awam termaktub dalam Artikel 161 A Perlembagaan Persekutuan. dalam Artikel ini memberi kedudukan Bumiputera di Borneo Utatara dengan hak keistimewaan orang Melayu di bawah perkara 153.

Perkara sebelas- Peraturan Dalam Masa Peralihan
"tempoh peralihan hendaklah tujuh tahun, dan dlam tempoh itu kuasa perundangan hendaklah diserahkan pada negeri Borneo Utara oleh Perlembagaan dan tidak sekadar diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan Persekutuan." hlm 82

Perkara ini dimasukkan ke dalam Perjanjian Malaysia atau Perlembgaan Persekutuan. tempoh peralihan diberi selama tujuh tahun dan kuasa perundangan adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri. Tujuan tempoh peralihan ini adalah untuk membolehkan peningkatan kesedaran politik di kalangan rakyat negeri Sabah supaya mereka faham akan tangungjawab mereka sebagai pemimpin kerana mereka belum lagi mempunyai pengalaman dalam mentadbir negeri sendiri sebelum penubuhan Malaysia.

Perkara dua belas- Undang-undang Uasa Kini
"undang -undang mengenai perkara-perkara Persekutuan yang baru sahaja dikuatkusakan dalam sesebuah Borneo sebelum hari Malysia, hendaklah dijalankan dan diteruskan walau pun di dapati tidak sesuai dengn sebarang peruntukan dalam perlembagaan sehingga diubah atau dibatalkan oleh kuasa tertentu."

Perkara ini membincangkan tentang undang-undang Persekutuan yang dikuatkuasa di Borneo Utara sebelum hari Malaysia di negeri -negeri tersebut hendaklah dijalankan walupun diadapati tidak sesuai sehinggalah Perlembgaan diubah atau dipinda oleh mana-mana kusa tertentu.


Kita imbas kembali fasal 6 di atas. Dari situ, seseorang mungkin akan memberikan hujah bahawa justifikasi yang mewajarkan atau membolehkan kita rakyat Sabah dan Sarawak keluar Malaysia adalah kerana Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 telah terbatal disebabkan Kerajaan Pusat bersama Kerajaan Negeri telah tidak mematuhi banyak kehendak dan tuntutan 20 Perkara. Semenjak Sabah (khususnya) bersama negara Sarawak dan negara Persekutuan Tanah Melayumembentuk (bukan menyertai) Persekutuan Malaysia, 20 Perkara telah acapkali diremehkan dan hasilnya sekarang, 20 Perkara bagaikan tidak wujud langsung lagi.

Saya sedikit bersetuju dengan hujah tersebut. Saya fikir, ianya adalah benar dan terpakai jika kita menilai berdasarkan justifikasi moral. Maksudnya, secara moral, 20 Perkara ini telah pupus. Jika kita menilai berdasarkan praktis undang-undang, maka soalan saya; apakah undang-undang yang membatalkan 20 Perkara? Apakah perisytiharan rasmi dari kerajaan - sama ada Pusat atau Negeri - yang 20 Perkara telah tidak diguna pakai lagi?

 Pencabulan sebahagian besar isi kandungan perjanjian 20 Perkara ini telah menimbulkan sentimen "Malaya jajah Sabah". Saya bersetuju dan memang ada benarnya dalam banyak lapangan perkara. Hal ini dapat mudah difahami dengan membandingkan kehendak-kehendak dalam 20 Perkara dan situasi Sabah (khususnya) sejak bermulanya kemasukan United Malay National Organization ke Sabah pada awal 1990-an yang lalu.

 Saya berpendapat, jika kerajaan Pusat benar-benar ikhlas menerima kandungan Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 atau 20 Perkara ini, maka sewajibnya kerajaan Pusat meminda atau menambah mana-mana fasal/klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengambil kira kehendak 20 Perkara tersebut. Bukan sahaja pindaan ini berlaku ke atas Perlembagaan Persekutuan, malah mana-mana undang-undang, akta dan peraturan lainnya (peringkat Jabatan Kerajaan, Kementerian dsb) juga perlu diubahsuai supaya selaras dan memenuhi tuntutan 20 Perkara.

Dr Jeffry Kitingan dijangka tidak akan memudahkan kerjasama pembangkang di Sabah untuk meletakkan cal;on Satu Lawan satu pada PRU 13 akan datang. Dalam video ucapan Dr Jeffry ini, jelas menunjukkan bahawa meskipun beliau pada asasnya mahukan 'kerjasama' politik dan persefahaman dalam meletakkan calon menentang BN dan UMNO di Sabah, namun kerjasama itu bersyarat iaitu beliau mahu kesemua kerusi parlimen di Sabah sebanyak 25 itu harus diserahkan kepada pembangkang tempatan, dan pada waktu yang sama Pakatan Rakyat akan menumpukan seratus peratus kepada kerusi parlimen di semenanjung.

Jika hasrat Dr Jeffry ini tidak tertunai, dijangka kawasan parlimen di Sabah akan menyaksikan pertarungan lebih dari satu lawan satu. Ini pada hemat saya akan menyukarkan pembangkang menawan beberapa kerusi parlimen seterusnya memberi kemenangan kepada BN dan UMNO.




PM Datuk Seri Najib dijangka tidak akan membubarkan parlimen dalam waktu terdekat sepertimana yang diramalkan oleh kebanyakkan pemerhati politik. Najib dalam satu kenyataan, memberikan bayangan bahawa beliau akan membentangkan belanjawan negara 2013 pada 28 September ini. Ini memberi bayangan bahawa, PRU 13 akan hanya berlaku selepas tarikh berkenaan.

Laporan Media : 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Bajet 2013 akan dibentangkan pada 28 September. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Belanjawan 2013 akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain kebajikan rakyat.

"Hari ini saya di sini untuk mendengar pandangan dan saranan anda terhadap isu-isu yang kita hadapi. Dalam perundingan Belanjawan, kita menerima 84 memorandum. Cadangan anda akan ditimbangkan sebagai input untuk Belanjawan 2013," kata Najib di Majlis Konsultasi Belanjawan 2013 yang dihadiri oleh semua pemegang kepentingan di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri yang mempengerusikan sesi itu, berkata tema Perundingan Belanjawan 2013 ialah Memacu Transformasi Ke Arah Negara Maju.

"Malaysia kini dalam tahun ketiga perjalanan ke arah menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

"Banyak yang sudah kita capai dalam tempoh yang singkat ini. Bagaimanapun, masih banyak yang mesti dilakukan," katanya.

Sementara itu, perdana menteri berkata kerajaan perlu menyediakan peluang saksama untuk pendidikan dan pekerjaan selain memastikan kualiti hidup rakyat yang lebih tinggi.

Beliau berkata kerajaan juga akan memberi tumpuan untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi bagi mengukuhkan daya saing untuk bersaing dalam pasaran global.

Perdana menteri juga memberi jaminan bahawa penyepaduan fiskal berada pada kedudukan yang baik untuk mencapai sasaran defisit jangka sederhana sekitar tiga peratus menjelang 2015. 

"Saya menyedari mengenai kebimbangan terhadap pengurusan fiskal kita. Kami terus komited untuk mengukuhkan kewangan awam.

"Mengekalkan momentum pertumbuhan ketika wujud cabaran luar merupakan keutamaan, namun ia akan dilakukan dengan penuh tanggungjawab," kata perdana menteri.

Najib berkata beberapa inisiatif sedang dilaksanakan dalam regim perbelanjaan selain usaha untuk meningkatkan kutipan perolehan.

Beliau berkata pengurusan nilai telah dilaksanakan untuk projek-projek pembangunan melebihi RM50 juta manakala belanjawan pusingan dua tahun, yang diperkenal tahun lepas, menyediakan pengurusan perbelanjaan anjal.

"Selain itu Kajian Perbelanjaan Awam dilaksanakan dengan bantuan Bank Dunia dan kerajaan bertindak atas cadangan. Kita juga sudah membentuk jawatankuasa di Perbendaharaan untuk mengkaji isu-isu fiskal berkekalan jangka panjang," katanya. (Bernama)

Monday, May 28, 2012



Sekarang semacam ada perubahan besar dalam dunia cyber. Perdebatan dan perbahasan berlangsung cukup meriah di Sabah. Kalau dulu laman Blog dan laman FCB serta Twitter lengang dan 'berdebu' , kadang-kadang tiada komen dan ulasan meskipun dari trafik maya jelas menunjukkn peningkatan persinggahan pembaca. KINI ia telah berubah, barangkali setelah diadakan bengkel Cyber Tropper oleh BN dua hari lepas, pejuang-pejuang Cyber Upahan BN ini telah mula menyusup masuk. Pelbagai pandangan dan pendapat diberikan mengikut isu panas. Ini satu perkembangan yang baik dan perlu diteruskan.

Dalam situasi ini, kelapamawar tidak terkecuali. Pelbagai isu mendapat perhatian pejuang cyber BN ini. bedanya hanya kerana kita menulis bukan menyebelahi sesiapa walaupun kadang-kadang ada isu yang menyebelahi pihak lain dan ada isu pula yang memanaskan punggung pihak lain. Kelapamawar masih berada pada status NEUTRAL..

Apa yang melucukan hati saya apabila ada juga komen dan ulasan dari cyber Tropper ini yang jelas terkeluar dari isu yang dipaparkan. menyerang kredibiliti Kelapamawar dan bukan isu pokok yang ditimbulkan. Itulah bezanya jika kita mengulas isu atas kepentingan orang lain. Lebih-lebih lagi kalau diupah untuk itu. Macam manapun benarnya dan relevannya isu yang dipaparkan tetapi kerana sebab tertentu, maka ia juga dianggap tetap salah. Biarkan...kerana ketenteraman penulisan dan pencetusan idea tidak pernah menjadikan situasi itu sebagai halangan.Malahan ada yang inbox kelapamawar dengan kata-kata kesat dan lucah!

Ramai blogger dan fcbokker di Kota belud ini yang terdiri daripada golongan muda yang berada pada kedudukan atas pagar. Mereka menulis dan mempostkan sesuatu isu dalam alam maya ini bukan kerana ditaja oleh pihak tertentu atau di upah tetapi itu adalah atas inspirasi minda mereka. kekalutan, kejelekitan dalam menongkah arus politik negara dengan dendangan pelbagai lagu sumbang telah mencetuskan perubahan pegangan dan pandangan politik golongan ini. Justeru jika ada yang BERANI mengkritik  pemimin tertentu itu bukan bermakna satu gerakan penyanggahan sedang berjalan di KB. Tetapi itu adalah ilham suci yang lahir dari pengamatan golongan ini.

Selamat berjuang untuk Cyber Tropper!!

S

Selamat


pemimpin tertentu, itu bukan bermakna kerana


Tun Mahathir yang masih berbisa dalam politik negara akhirnya mengakui bahawa PM Datuk Seri Najib masih memerlukan banyak masa untuk menguatkan kerajaan yang dipimpinnya. Sambil membayangkan bahawa PRU 13 mungkin mengambil masa untuk diadakan termasuk kemungkinan lepas Hari raya Puasa. Tun M juga masih menyalahkan pentadbiran sebelum ini iaitu Pak Lah yang disifatkannya sebagai lemah .


KUALA LUMPUR, 28 Mei — Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau masih lagi memimpin kerajaan yang lemah, mengulangi pendirian supaya pilihan raya ditangguhkan sehingga selesai bulan puasa yang akan tamat pada Ogos.

Bekas perdana menteri itu dipetik Bloomberg dalam satu temuramah khas berkata, perdana menteri perlu menanggunhkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya yang mesti dilakukan dalam masa setahun.

“Apabila lemah, beliau perlu berhadapan dengan kritikan. Tapi bila berhadapan dengan masalah ini, apa pun yang dibuat tidak akan cukup,”


kata bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) ini, dan menambah, Najib mewarisi perikatan yang lemah, yang mana memenangi pilihan raya 2008 dengan nisbah yang paling kecil sejak Merdeka.






Najib mengambil alih pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009, bagi mengurangkan rekod kekalahan 82 kerusi Parlimen dan lima negeru dengan pemerhati melihat dengan mengembalikan kuasa dua per tiga majoriti, Najib dijamin memegang kuasa yang besar.

Najib telah melaksanakan beberapa pembaharuan demokrasi untuk memberikan lebih kebebasan kepada rakyat, namun pengkritik melihat ia hanyalah remeh dengan lebih banyak undang-undang lama digantikan.

Perdana menteri masih lagi menguruskan perhimpunan ketiga Bersih pada 28 April lalu dan pentadbirannya telah mengemukakan saman badan pemerhati pilihan raya tersebut minggu lalu kerana menyebabkan berlakunya kerasakan terhadap kenderaan kerajaan berpunca daripada pertembungan antara polis dan perusuh.


Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air serta menahan 512 perusuh apabila menceroboh Dataran Merdeka dengan merempuh halangan pihak polis.



Kaji selidik Merdeka Center mendapati 92 peratus pengundi menuntut daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya dilaksanakan dengan 48 peratus melihat daftar pemilih sedia ada tidak lengkap.

Dr Mahathir turut berkata kepada akhbar tersebut Najib perlu mengambil lebih masa sebelum melaksanakan pilihan raya bagi memperoleh kemenangan daripada kaum Cina yang majoritinya menyokong pembangkang, Pakatan Rakyat.

Najib sebelum ini berkata piloihan raya bakal dilaksanakan “tidak berapa lama lagi” disamping khabar angin Parlimen akan dibubar sebelum sidang berikutnya Jun ini

Namun hari ini, The Malaysian Insider melaporkan BN sedang meneliti kemungkinan pilihan raya akan dilaksanakan pada September kerana kaji selidik dalaman mendapati parti itu mampu memenangi 146 kerusi Parlimen dengan sekurang-kurangnya 80 pasti menang, lebih 140 yang dimenangi pada 2008 tapi kurang 148 untuk majoriti dua pertiga majoriti.

Pentadbiran Najib memberikan fokus utama kepada demografi namun cadangan pemansuhan bantuan dana pinjaman pendidikan oleh PR mungkin mengakibatkan undi belia, kunci utama pengundi yang meliputi sekurang-kurangnya 20 peratus daripada 12 juta pengundi.

Hampir 60 peratus pengundi baru adalah Melayu, komuniti dominan di negara ini.

Oleh Shannon Teoh

Sunday, May 27, 2012



Speaker Dewan Undangan Negeri, datuk Salleh Tun Said yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Belud menerima kecaman dari pelbagai pihak ekoran kenyataannya yang dibuat secara terbuka berkenaan 20 Perkara yang selama ini menjadi tunjang pejuang-pejuang poliitk berhaluan kiri di Sabah. Salleh dalam ucapannya dalam bengkel Cyber Toppers yang diadakan untuk menangkis propaganda pembangkang dalam alam maya dipetik berkata bahawa 20 perkara yang melibatkan Sabah sarawak sudah tidak SAH danm TERBATAL setelah sebahagiannya menjadi Akta Malaysia 1963.

Hari ini pemimpin dalam BN sendiri melahirkan bantahan kepada kenyataan Datuk Salleh itu. Timbalan Presiden PBS, Datuk Maximus Ongkili menyifatkan 20 perakar sebagai relevan sampai bila-bila.Sebelum ini Pakatan Rakyat melalui BUKU JINGGA memberi outonomi kepada Sabah berkaitan dengan 20 perkara apabila diberikan mandat memerintah pada PRU 13 termasuk mahu menaikkan royalti minyak sehingga 20% kepada Sabah dan kelantan.

Daripada perbincangan ilmiah bersama beberapa pakar sejarah dan Politik di UMS, beberapa bulan lepas, kelapamawar dimaklumkan bahawa 20 perkara adalah Hak-Hak sabah yang tertangguh. Seharusnya di tunaikan.

Datuk Salleh sewajarnya meminta pandangan ahli akademik dan sejarawan tanahair sebelum membuat kenyataan. Kerana kenyataan sejarah dan kenyataan politik adalah dua perkara yang berbeda.

Saturday, May 26, 2012


KOTA KINABALU: Former Chief Minister Tan Sri Harris Mohd Salleh is challenging Sabah State Reform Party (Star) Chairman, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, to a debate on Sabah being colonised by Kuala Lumpur.

Since Chief Minister Datuk Seri Musa Aman has a very busy schedule, Harris said he is challenging Dr Jeffrey to the debate, instead.

"I know the Chief Minister is a very busy man and I hope Dr Jeffrey will take this offer," he said in a statement, Thursday.

Because it is very unlikely that the ruling party would accept the Star Chairman's offer, he said he was offering himself to debate with Dr Jeffrey. He said Dr Jeffrey could pick any time and place for the debate.

However, he proposed that the event be an open debate which anyone could attend.

"I also propose that Tan Sri Hamid Egoh and Tan Sri Herman Luping be the moderators for the debate," he said.

Harris said Dr Jeffrey should come prepared by listing all evidence that Kuala Lumpur is colonising Sabah.

"Also, the debate content should be confined and based on your (Dr Jeffrey) contention and evidence," he said.

He said because it was Star that initiated the debate, all expenses that incur from the event should be borne by the party. Harris said he is offering himself to debate with Dr Jeffrey instead of Musa in the interests of Sabahans.

"And, more importantly, to correct any wrong perception between the State Government and the Federal Government," he said.

Harris expressed hope that Dr Jeffrey would accept the offer as soon as possible so that he could arrange a meeting to discuss the proposed debate.

Sabah Star challenged Musa to a debate when the latter issued a statement that the "opposition is lying about the State being colonised by the Malaya-run Federal Government".

Star claimed it has all the facts, statistics and figures to prove that Sabah has been internally colonised by Putrajaya since Sept 16, 1963, when the Federation of Malaysia was formed.

Friday, May 25, 2012



MP KOTA BELUD, Datuk Rahman Dahlan dicemuh oleh golongan muda disekitar perkampungan Tamau berikutan kenyataannya mengenai isu kelewatan SK Tamau yang telah memasuki tempoh tiga tahun. Hari Khamis lepas kehadiran Datuk Rahman Dahlan di sekolah terbabit atas program penyampaian Bantuan KOAM kepada pelajar di sekolah tersebut terpaksa memberikan kenyataan penuh muslihat politik ,mengenai isu kelewatan pembinaan bangunan baru SK Tamau, Kota Belud.

Dalam ucapan di hadapan ibubapa dan guru, Datuk Rahman Dahlan menyatakan bahawa beliau "TERLUPA" memaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merangkap Menteri Pelajaran Malaysia mengenai Isu Kelewatan pembinaan Bangunan SK Tamau ini dalam lawatan TPM ke Kota Belud bulan lepas. Sambil menyatakan bahawa "TERLALU" banyak isu yang dibawa oleh beliau untuk dimaklumkan kepada TMP pada waktu itu, Datuk Rahman Dahlan juga seolah-olah menganaktirikan isu Keleweatan Sk Tamau ini. Ini memberi gambaran kepada masyarakat Kota Belud khususnya suku Iranun bahawa Datuk Rahman Dahlan buknalah pemimpin mereka kerana bagaimana sektor pendidikan yang merupakan NADI kepada Masyarakat dalam proses perubahan dan pembangunan jangka panjang, DILUPAKAN begitu saja oleh MP Kota Belud ini.

Apakah Isu utama yang dibawa dan dimaklumkan oleh Datuk Rahman Dahlan kepada TPM yang sebegitu penting sehingga membelakangkan harapan penduduka sekitar kampung Tamau, walaupun sebelum ini dalam rekod menunjukkan Rahman Dahlan telah tiga kali melawat tapak pembinaan Sk Tamau yang kini baru menunjukkan proses sekitar 80%. Dalam dalam lawatan itu sudah beberapa kali Rahman Dahlan melontarkan Harapan akan menyelesaikan isu keleewatan sekolah berkenaan.

Kenyataan Rahman Dahlan dalam majlis itu telah mengundang cemuhan kepada beliau. Pemuda dan belia yang mengikuti sepenuhnya kenyataan Rahman Dahlan itu telah melahirkan rasa curiga dan kebimbangan bahawa Rahman dahlan bukanlah pemimpin yang CAKAP SERUPA BIKIN. Dalam FCB dan BLog serta Twitter, Rahman Dahlan dikecam, di cemuh dan dipertikai malahan dicap sebagai penipu dan pembohong kerana suka berjanji dan memberi harapan palsu kepada masyarakat berkenaan isu kelewatan pembinaan sekolah berkenaan.

Walaupun sebagai meredakan kemarahan masyarakat kampung Tamau, Rahman berjanji sekali lagi ,walaupun seudah banyak janji ditabur bahawa beliau akan mengadakan perjuimpaan khas bersama TPM dan akan memaklumkan mengenai kelewatan Sk Tamau ini, namun golongan belia ini langsung tidak mengharapkan Rahman dahlan lagi. Dalam response di fcb dan Twitter, diberitahu bahawa sudah ada pemaklumkan kepada Perdana Menteri dalam FCB dan Blog 1 Malaysia serta twitt kepada PM mengenai isu kelewatan Sk Tamau ini. Rahman Dahlan akan seperti cacing kepanasan selepas ini. Kita tunggu!!!!









Thursday, May 24, 2012






Debat Khairy-Rafizi berkenaan dengan Pemansuhan PTPTN dan halatuju pendidikan tinggi mencuit hati ramai pihak. Selain keduanya sebelum ini sudah berdebat di London, majlis debat itu juga disiarkan secara Langsung di kaca TV melalui saluran Astro Awani. Ramai yang percaya Astro lebih sedikit terbuka berbanding TV3 apatah lagi RTM.

Saya mengikuti debat ini dari mula hingga akhirnya. Penilaian secara tuntas saya katakan bahawa soal menang atau kalah bukan pokok atau isunya tetapi yang paling besar impaknya ialah kepada dua isu utama iaitu : Pertama, rakyat mahu tahu, apa rasional kepada cadangan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan PTPTN dan apakah pula rasional BN yang tidak mahu  menerima cadangan PR itu. Kedua memalui debat ini juga telah membuka lembaran baru dalam kesuburan Demokrasi di negara ini. Ada yang masih mahu mengekalkan kepercayaan kuno bahawa DEBAT bukan prinsip demokrasi. Saya sendiripun tidak tahu dari mana punca ilmu fahaman sedemikian kerana dalam sejarah pentadbiran tamadun Manusia, DEBAT digalakkan terutama dalam penguasaan ilmu mantik danb kerasional.

Namun yang menggamit rasa saya dari dua aspek yang saya katakan itu, ialah berkenaan dengan KEBERANIAN moderator perdebatan itu yang melontarkan cabaran kepada dua pemimpin utama politik di negara ini, iaitu PM Datuk Seri Najib dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya juga memulakan budaya DEBAT POLITIK ini dalam era perjuangan politik mereka.Nyata bukan ikut-ikutan tetapi keperluan supaya rakyat dapat membuat penilaian mengenai kerangka pemikiran kedua-dua pejuang politik kepartian ini. Apa salahnya jika Najib-Anwar mencipta sejarah dalam soal ini.

Mengulas dua spek yang saya katakan tadi, nyata Rafizi menguasai medan DEBAT tersebut. Dari awal Rafizi mengutarakan bahawa betapa perlunya PTPTN itu dimansuhkan, beliau berkata pemansuhan PTPTN ini bukan sekadar untuk 'membayar' hutang pelajar terdahulu tetapi berkait dengan dasar pendidikan tinggi di negara ini. dalam perkiraan beliau katanya menjelang tahun 2020, negara terpaksa menanggung beban hampir 170 billion melalui PTPTN jika mengambil kira kadar kutipan balik sepanjang 15 tahun lepas yang hanya mencapai 10% daripada dana PTPTN yang telahpun dikeluarkan. Rafizi berhujah bahawa keberdayaan pelajar ini membayar hutang bukan kerana sikap tetapi kerana prospek ekonomi negara dan global yang lembab dan krisis yang dihadapi. Harga barang naik mendadak, kadar UPAH rendah, peluang pekerjaan sempit dan kadar pengangguran berada pada paras merisaukan.

Bersandarkan kepada situasi sama yang dialami di AS, Rafizi cuba menyakinkan pendengar bahawa AS juga terpaksa menanggung hampir 1-3 Trillon ekoran dasar yang hampir serupa dengan PTPTN. Jadi sebelum keadaan parah, baik kerajaan memansuhkan PTPTN sambungnya lagi.

Dalam soal ini, bagi saya angka bukasn ukurannya. Kita tahu angka boleh dimanipulasi oleh sesiapa saja termasuk Rafizi, tetapi penerangan yang jelas serta rasional disebalik cadangan memansuhkan PTPTN itu telah berjaya dicerakinkan oleh Rafizi dengan cukup baik.

Di pihak Khairy, saya merasa hampa kerana nyata, khairy bukan sahaja tidak menerangkan rasional kepada penolakan pemansuhan PTPTN tetapi juga GAGAL meyakinkan Minda saya bahawa kerajaan akan menghadapi krisis teruk ekoran pemansuhan PTPTN ini. Apakah kerajaan akan bankrup? apakah kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi kepada rakyat? apakah kerajaan akan gagal memertabatkan pendidikan bertaraf dunia? atau apakah kerajaan akan mengamai krisis kewangan yang parah dan moral pelajar yang teruk akibat pemansuhan PTPTN? Itu semua tidak disentuh oleh Khairy.

Apa yang dikatakan oleh Khairy semuanya berkaitan dengan kegagalan PR di selangor, dengan memberi bayangan bahawa semua janji PR itu adalah Bulan dan Bintang yang tidak mampu ditunaikan. Sedangkan isu itu tidak berkait langsung dengan soal perdebatan. melainkan jika perdebatan itu berbunyi begini : PEMANSUHAN PTPTN, HANYA SEKADAR RETORIK PAKATAN RAKYAT.

Analisis ini akan bersambung...

Tuesday, May 22, 2012

Setiausaha PAGISA Sdr Milus Aloh yang juga lebih mesra dipanggil sebagai Cikgu Milus, disebut-sebut antara calon bagi parti PKR di Kawasan N2 Tanjong Kapor, Kudat. Kelapamawar menerima maklumat ini daripada seorang ahli keluarga sdr Milus yang turut mengesahkan kemungkinan itu.

Pada PRU 2008 N2 Tanjung kapor adalah antara kawasan Panas di  Kudat apabila kawasan berkenaan menyaksikan pertarungan 8 penjuru di mana  seramai 5 calon BEBAS mencuba nasib. Calon PKR pada waktu itu  NG Kim Kiat hanya memperolehi undi sebanyak 1831 sekaligus memberi laluan kemenangan kepada calon BN TEO CEE KANG yang memperolehi undi 6629. seorang lagi calon BEBAS TSEN HENG CHONG memperolhi undi 3010.

Jika berdasarkan rekod ini, kawasan berkenaan bukanlah kawasan yang boleh dimenangi olehi PKR. Justeru seolah memberi gambaran bahawa jika benar Sdr Milus Aloh berminat bertanding di kawasan ini, ada kemungkinan akan hilang wang deposit, apatah lagi sindrom menolak calon import mula melanda bumi Sabah sejak kebelakangan ini.

Saturday, May 19, 2012


AHLI Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR Pusat, Hajjah Zuraida Kamaruddin berkata Skandal Seks Menteri Luar Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Shafie Apdal dengan artis Zahida Rafiq yang membabitkan wang sejumlah RM1.5 juta bukan perkara kecil dan sepatutnya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan undang-undang yang setimpal.

"Kita tahu Shafie Apdal sekarang makanpun tak kenyang, tidurpun tak lena kerana asyik memikirkan Skandal Seksnya dengan pelakon tersebut yang sudah nyata dan terang perkara ini akan mengubur dirinya di persada politik tanah air," kata Zuraida ketika menyampaikan Ceramah Perdana di Taman Miramas, kediaman Ketua Sri Kandi PKR Semporna, Nazmahwati Walli.

Katanya ahli-ahlipun UMNO sekarang sudah memandang serong terhadap Shafie kerana Skandal Seksnya terdedah kepada umum, terutama dari mana beliau memperolehi wang tunai untuk diberikan kepada Zahida sedangkan jawatannya sebagai Menteri KKLW tidak memungkinkan beliau memperoleh wang yang sebegitu banyak.


Kata Zuraida, sekalipun sebelum ini Shafie dan Zahida menafikan Skandal Seks mereka dan memfailkan saman terhadapnya, namun penjelasan bekas pemandu yang gajinya dibayar Shafie, Noor Azman Azemi dan keluarga Di Raja Kedah, Dayangku Intan telah menyerlahkan segala rahsia yang disembunyikan selama ini.


"Kita sudah dengar khabar bahawa Shafie akan digugurkan pada PRU Ke-13 dan BN Sabah mencalonkan muka baru kerana beliau telah mengotorkan imej UMNO/BN, terutama Skandal Top-Up," kata Zuraida yang menyambut baik keputusan Perdana Menteri menggugurkan Shafie.


Walaupun sudah 20 tahun menjadi ahli Parlimen Semporna dan Menteri Kabinet, namun Shafie gagal membangunkan Semporna, terutama kemudahan asas, melainkan yang dilaksanakan oleh pihak swasta atau agensi persekutuan yang tidak mempunyai kaitan dengan beliau.


“Tengok sahaja jalan masuk ke pekan Semporna, hanya sehala dan menyebabkan kesesakan dan kemiskinan penduduk kampung di pesisir pantai dan kepulauan. Kita terkejut kerana ramai terpaksa menjadikan peminta sedekah sebagai profesion untuk meneruskan kehidupan yang amat sukar di Semporna," ujar Zuraida yang kesal kerana BN gagal membangunkan Semporna.


Kata Zuraida, beliau hairan kerana jika untuk menaiktaraf jalan dan jambatan kayu di kawasan kampung di pesisir pantai dan kepulauan tiada peruntukan, tetapi ada pula wang RM1.5 juta untuk diberikan kepada Zahida.


"Pemimpin BN seperti Shafie ini wajib disingkir keran apa gunanya rakyat Semporna mengharapkan bantuan dan kepimpinannya lagi sedangkan beliau sudah tidak mampu menunjukkan contoh teladan yang baik," ujar Zuraida yang menggesa agar penduduk Semporna melakukan jihad menyingkirkan pemimpin yang tidak amanah seperti Shafie dan tiga Adun yang sedia ada.


Para pemimpin UMNO, kata Zuraida, kalau bercakap bukan main besar; kata mereka, sejak BN/UMNO memerintah Sabah ramai golongan bumiputera telah menjadi jutawan dan hanya 10 peratus orang bumiputera Sabah yang masih miskin.


Sehubungan itu, Zuraida menyarankan rakyat Semporna harus bangun serentak menukar kerajaan yang ada sekarang kerana melakukan penindasan terhad rakyat; terutama dalam isu Mini Estate Rumpai yang sudahpun dimeterai perjanjian (MOU) tapi projeknya hanya indah khabar dari rupa./~sabahkini.net

Friday, May 18, 2012

Desas desus jgabar politik dari bumi Kota belud membisikkan, berlaku perubahan besar di saat-saat akhir senarai dan penetapan calon pada PRU 13 dalam parti UMNO dan BN di daerah itu. senarai calon yang diilhamkan oleh UMNO KOTA BELUD, tidak menjadi panduan khusus tetapi akan diambil kira. Senarai nama calon sudah berada pada pemerhatian Najib. UMNO telah menentapkan calonnya secara muktamad.

Di Kota Belud, Datuk Musbah Jamli yang sebelumnya ini dicadangkan akan bertanding di Tempasuk, terpaksa melupakan kehendak penyokongnya itu, apabila berita dari Semenanjung mengkhabarkan Pembantu Menteri Pertanian ini akan dicalonkan di P169 Kota Belud pada PRU 13 nanti.

DUN USUKAN menyaksikan, Datuk Salleh Tun Said mempunyai peluang paling besar diturunkan, tetapi namanya masih dalam perhatian Najib. Ada kebarangkalian satu muka baru akan diturunkan di USUKAN.

DUN TEMPASUK, ketiadaan Datuk Musbah, memungkinkan dua nama besar akan bersaing dalam merebut sebagai calon pilihan. Namun setakat ini daripada response di sekitar para pemerhati politik, memaklumkan akan ada kemungkinan paling Besar Sdr Roslan Hj. Manshor diturunkan, menjadi calon sekaligus dianggap pilihan paling sesuai mewakili suku Iranun setelah Tan Sri Pandikar Amin dikatakan masih 'direhatkan".

DUN KADAMAIAN masih lagi dikongkong oleh PBS, apabila kawasan itu menyaksikan calo0n dari PBS akan diturunkan.

Thursday, May 17, 2012


AJK Bahagian UMNO KOTA BELUD Sdr Roslan Hj Manshor dalam wall Fcbnya hari ini menjemput seluruh rakan Fcb dan juga masyarakat kota Belud untuk hador dalam satu majlis politik "MAJLIS RAMAH MESRA PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT' yang akan diadakan pada 25hb.Mei ini bermula jam 8.00 malam, bertempat di perkarangan rumah sdr Roslan di Kg. Tamau.

Majlis yang diadakan ini antara lain bertujuan untuk mendekatkan lagi rakyat dengan pemim pin sedia ada, disamping akan membolehkan rakyat mengutarakan permasalahan mereka kepada pemimpin di daerah Kota Belud. Antara pemimpin yang dijangka akan hadir pada malam itu ialah Datuk Musbah Jamli,ADUN N6 Tempasuk merangkap Pembantu Menteri Pertanian serta MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi penganjur sdr Roslan Hj Manshor, mengharapkan agar seluruh masyarakat kg Tamau dan sekitarnya akan datang hadir pada malam itu. Dalam majlsi berkenaan juga, dijangka pelbagai isu berbangkit akan diperjelaskan oleh kedua-dua pemimpin yang akan hadir pada malam itu.

Pendedahan sebuah blog mengenai seorang ahli parlimen PKR di Kapar, S. Manikavasagam yang dikatakan 'boleh' meninggalkan PKR tetapi dengan habuan RM 10 juta adalah tidak benar. MP Parlimen Kapar itu menafikan berita tersebut.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam menafikan bahawa beliau pernah meminta RM10 juta daripada bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo pada 2008 untuk keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas, seperti dakwaan sebuah blog, semalam.

Sebaliknya, Manikavasagam mendakwa, beliau yang sebenarnya dipelawa oleh bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu secara gurauan di sebuah hotel, di sini, hujung 2008.

“Memang saya akui ada bertemu dengannya (Dr Khir), tetapi secara kebetulan. Ketika itu, saya mempunyai urusan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di bangunan bersebelahan hotel berkenaan. Saya kebetulan berjumpa dengan Dr Khir ketika minum kopi bersama rakan di situ.

“Beliau tawar saya (wang) untuk keluar parti, tetapi secara bergurau sebab masa itu isu (penyelewengan) pasir sedang hangat diperkatakan. Bukan saya yang minta. Ramai yang ingat saya akan keluar PKR masa itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas dakwaan sebuah blog yang mendakwanya memerlukan RM10 juta untuk keluar PKR.

Dalam pada itu, Manikavasagam yang juga Naib Ketua Cabang PKR Kapar turut menafikan dakwaan yang menyatakan beliau ada bertemu dengan Dr Khir beberapa hari sebelum perjumpaan di hotel berkenan.

“Seingat saya, saya tidak pernah berjumpanya (Khir) sebelum pertemuan itu,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap penulis blog berkenaan, Manikavasagam berkata, beliau tidak akan berbuat demikian kerana menyifatkan isu itu sudah lama dan hanya membuang masa.

Manikavasagam mengingatkan pihak terlibat supaya tidakmembuang masa ‘membelinya’ kerana beliau akan terus setia bersama PKR.