Friday, May 11, 2012


Selepas lautan manusia berwarna Kuning membanjiri dataran Merdeka dan di beberapa tempat seluruh negara dua minggu lepas, hari ini satu lagi lautan manusia berwarna "merah' memenuhi stadium Bukit Jalil sempena ulangtahun UMNO yang ke -66.Jika diibaratkan UMNO itu Manusia, dengan umur 66 tahun rasanya sudah 6 tahun berpencen. Biasanya orang yang berpencen akan duduk diam di rumah, mengimbau kegemilangan lampaunya sewaktu masih muda dan bertenaga. Tentu pada benaknya, sudah banyak jasa yang dicurahkan kepada negara.

Sindrom baju berwarna mula mewarnai iklim politik di negara ini. Mungkin kerana pengaruh negara jiran Thailand yang setiap kali mengalami perubahan kepimpinan, biasanya rakyat akan memakai baju warna tertentu menyatakan sokongan atau bantahan.

sempena ulang tahun UMNO, penyokong UMNO memakai baju MERAH sebagai tanda sokongan kepada parti dan kepada PM Datuk seri Najib Tun Razak. Antara KUNING dan MERAH kedua-duanya adalah warna jalunbg gemilang. Ertinya kedua-dua perhimpunan itu tujuan asalnya untuk keamanan dan kesejahteraan Malaysia yang tercinta.

UMNO mahukan kesinambungan kepimpinan supaya pembangunan dapat diteruskan, walaupun ia memberi gambaran seolah-olahnya hanya UMNO yang boleh berbuat demikian. KUNING pula mahukan ketelusan dalam sistem pemilihan kepimpinan negara, supaya demokrasi tumbuh subur di negara ini.

Antara MERAH dan KUNING mana pilihan anda?

0 ulasan :