Musim melimpahkan peruntukkan pembangunan dan bantuan kepada rakyat telah tiba lagi, peruntukan demi peruntukan diumumkan oleh parti pemerintah.Bukan sedikit tetapi berballion ringgit. Duit siapakah yang digunakan? Jawabnya duit rakyat. Dari sumber mana diperolehi? Jawabnya dari sumber cukai yang dibayar oleh rakyat? Apakah perlunya pembangunan dihadkan hanya pada waktu PRU? Jawabnya sudah menjadi kewajiban sang pemerintah untuk membangunkan negara ini. Sesiapa juga baik BN dan UMNO atau Pakatan Rakyat yang menjadai KERAJAAN, maka tanggungjawab itu tergalas di bahu mereka.
Namun yang peliknya ialah bila peruntukan dan bantuan LUARBIASA yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat hanya menjadi "ANGPAU" ketika PRU. Setakat hari ini, dianggarkan bantuan kepada rakyat secara "cash' telah melebihi 30 billion. Tidak termasuk kepada keluarga FELDA yang menerima anggaran RM 15 ribu ringgit pada satu keluarga, walaupun menurut Rafizi ketua strategi PKR, berdasarkan maklumat pasaran saham dan penyenaraian FELDA di Bursa KL, sepatutnya ketua keluarga dalam FELDA memperolehi antara RM 50 ribu.
Walapun bantuan dan peruntukan berbillion ini dinafikan oleh parti UMNO dan BN sebagai "gula-gula' menjelangnya PRU 13, namun bagi anak-anak muda yang berpendidikan, perkara ini tidak dapat menyanggah tanggapan mereka. Apa yang berlaku sudah menjadi tradisi di negara ini setiap kali PRU atau PRK akan berlaku limpahan peruntukan yang banyak, seakan menjadi PESTA bagai pemimpin kerajaan mengumumkan peruntukan di sana sini. Persoalannya benarkah rakyat yang mendapat manfaatnya?
secara atas kertas, rakyat di sesuatu kawasan akan menerima impak kepada peruntukan itu, misalnya jalan raya yang menelan peruntukan RM 40 juta seperti ayng dimaklumkan oleh TPM di kawasan Kadamaian ketika mengadakan lawatan ke kawasan tersebut. Namun kerana peruntukkan itu diberikan secara mendadak, maka semacam ada pengabaian berlaku di kawasan lain. Banyak peruntukan di musim PRU ini tidak dirancang dalam temph rancangan Malaysia seperti dalam belanjawan negara.
Selalunya selepas PRU, kerajaan akan mengutip kembali "PERBELANJAAN" yang digunakan sewaktu PRU tersebut. Cukai dan harga barang serta pengurangan subsidi dalam beberapa sektor ekonomi akan dilakukan. Diramalkan harga minyak akan naik sekaligus harga barangan akan melonjak. Tarif elektrik, tarif bayaran telefon mudah alih, tarif perkhidmatan, tarif air dan bermacam-macam lain, termasuklah cukai jalan yang dijangka akan mengalami kenaikan.
Yang terbeban ialah rakyat. Rakyat ahnya dapat menikmati kemanisan peruntukan jutaan ringgit dalam temph masa berkempen selepas Parlimen dibubarkan. Purata 30-60 hari selepas itu Rakyat menanggung akibatnya selama 5 tahun. Begitulah gilirannya berlaku. Sekarang inipun, PDRM mempergiatkan aktiviti menyaman kenderaan di bandar dan di pekan-pekan seluruh negara. kata orang kampung mahu meningkatkan kutipan bayaran saman.
Bagi rakyat yang celik ilmu, sewajarnya menceritakan kerasionalan isu ini kepada saudara terdekat supaya, jelas dan tidak terlalu terpesona dengan tradisi politik yang diamalkan oleh rejim tertentu. rasionalkan minda dan fikirlah dengan tenang, ke mana hala tuju negara ini kita bawah 5 - 10 tahun akan datang.
Selalunya
5 ulasan :
menjadi tangungjawab kerajaan memberi bantuan dan pembangunan kepada rakyat. segala bantuan dari kerajaan harus kita hargai.
Ongkili berkata bahawa penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjanji untuk membina rumah panjang yang konkrit di Kg Tinangol di Matunggong apabila dia berkempen di kawasan itu pada pilihan raya negeri 1994.
Datuk Musa Aman menegaskan mengenai kepentingan pemimpin masyarakat diperlukan untuk menyebarkan maklumat yang betul mengenai dasar-dasar kerajaan agar rakyat tidak akan terpengaruh dengan dakwaan dan isu-isu yang dimanipulasi oleh pembangkang.
Kerajaan haruslah menlaksanakan tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat. Jangan kerana terdesak baru melakukan sesuatu kepada rakyat.
mungkin selepas ini, perlu wujudkan satu undang2 dimana kerajaan tidak boleh hulurkan bantuan atau mengumumkan apa2 projek dalam jangka masa setahun sebelum pilihanraya bermula.. amacam??
Post a Comment