Wednesday, May 9, 2012



Projek bekalan air bersih di Kota Belud yang sudah dimulakan 5 bulan lepas sedang rancak dijalankan. Hampir ke seluruh pelosok perkampungan, jentera pengorek dan kontraktor dilantik sibuk menjalankan kerja-kerja penyambungan dan penanaman batang paip. "korek dan Tanam" itu "prinsip' kerja kontraktor berkenaan. Perkembangan ini sangat positif kerana setelah hampir  30 tahun masyarakat Kota Belud dibelenggu masalah bekalan air bersih, nampak gayanya masalah itu akan dapat diatasi tidak lama lagi.

Namun yang merunsingkan kita ialah pendedahan yang dibuat oleh seorang Blogger kota Belud dalam blognya yang mendakwa, batang-batang paip yang dipasang itu menyebabkan penyakit kronik pada jangka panjang kerana dibuat daripada bahan Asbestos yang di dakwa oleh blogger ini sangat merbahaya dan telapun diharamkan di beberapa negara.

Ikuti pendedahan blogger ini :

Pemasangan paip air yang sedang rancak di buat di sekitar Kota Belud. Rasa suka dan gembira memang tak terkata, namun setelah beberapa hari memandang batang-batang paip tersebut rupanya adalah seperti paip asbestos. Kalaulah anggapan saya ini benar maka penduduk di sini akan berhadapan dengan bahaya.







                                                             Batang Paip Asbestos






Pekerja Sedang Memasang Batang Paip




Kerja Pemasangan Di Sepanjang Jalan Kg Tamau


Apa yang saya tahu bahawa paip tersebut sebenarnya tidak selamat digunakan. Pengguna air daripada paip asbestos mengakibatkan pengguna keracunan. Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan bahawa 100,000 pekerja mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan asbestos. Manakala beribu lagi terkorban daripada pendedahan dalam alam sekitar.


Paip asbestos banyak digunakan sebagai atap rumah, dinding, siling, jubin lantai, dan brek kenderaan. Asbestos satu ketika dulu dianggap sebagai bahan bangunan yang utama tetapi kini dikenali sebagai salah satu pembunuh di tempat kerja yang terbesar


Bahaya asbestos telah di ketahui banyak Negara di dunia, tetapi nampaknya kerajaan Kita tidak peka terhadap bahaya kepada rakyatnya sendiri. Terdapat 54 buah negara di seluruh dunia telah mengenakan pengharaman, menghadkan atau mengecualikan untuk penggunaan kecil asbestos. Di Malaysia, hanya crocidolite (asbestos biru) dilarang tetapi penggunaan chrysotile (asbestos putih), amosite (asbestos perang), tremolite, anthophyllite dan actinolite dibenarkan. Ini bermakna rakyat masih terdedah kepada bahaya penyakit yang berpunca daripada asbestos.


Oleh itu, boleh jadi bekal pengguna aip paip di kawasan Kota Belud ini akan menghadapi bencana penyakit kronik tidak dalam 5 tahun tetapi 10 atau 30 tahun kemudian……. Saya, keluarga dan masyarakad di sini akan berisiko mengalami keracunan, kanser paru-paru, asbestosis, mesothelioma dan kematian kerana penyakit berpunca daripada batang paip tersebut.


0 ulasan :