Friday, May 25, 2012



MP KOTA BELUD, Datuk Rahman Dahlan dicemuh oleh golongan muda disekitar perkampungan Tamau berikutan kenyataannya mengenai isu kelewatan SK Tamau yang telah memasuki tempoh tiga tahun. Hari Khamis lepas kehadiran Datuk Rahman Dahlan di sekolah terbabit atas program penyampaian Bantuan KOAM kepada pelajar di sekolah tersebut terpaksa memberikan kenyataan penuh muslihat politik ,mengenai isu kelewatan pembinaan bangunan baru SK Tamau, Kota Belud.

Dalam ucapan di hadapan ibubapa dan guru, Datuk Rahman Dahlan menyatakan bahawa beliau "TERLUPA" memaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merangkap Menteri Pelajaran Malaysia mengenai Isu Kelewatan pembinaan Bangunan SK Tamau ini dalam lawatan TPM ke Kota Belud bulan lepas. Sambil menyatakan bahawa "TERLALU" banyak isu yang dibawa oleh beliau untuk dimaklumkan kepada TMP pada waktu itu, Datuk Rahman Dahlan juga seolah-olah menganaktirikan isu Keleweatan Sk Tamau ini. Ini memberi gambaran kepada masyarakat Kota Belud khususnya suku Iranun bahawa Datuk Rahman Dahlan buknalah pemimpin mereka kerana bagaimana sektor pendidikan yang merupakan NADI kepada Masyarakat dalam proses perubahan dan pembangunan jangka panjang, DILUPAKAN begitu saja oleh MP Kota Belud ini.

Apakah Isu utama yang dibawa dan dimaklumkan oleh Datuk Rahman Dahlan kepada TPM yang sebegitu penting sehingga membelakangkan harapan penduduka sekitar kampung Tamau, walaupun sebelum ini dalam rekod menunjukkan Rahman Dahlan telah tiga kali melawat tapak pembinaan Sk Tamau yang kini baru menunjukkan proses sekitar 80%. Dalam dalam lawatan itu sudah beberapa kali Rahman Dahlan melontarkan Harapan akan menyelesaikan isu keleewatan sekolah berkenaan.

Kenyataan Rahman Dahlan dalam majlis itu telah mengundang cemuhan kepada beliau. Pemuda dan belia yang mengikuti sepenuhnya kenyataan Rahman Dahlan itu telah melahirkan rasa curiga dan kebimbangan bahawa Rahman dahlan bukanlah pemimpin yang CAKAP SERUPA BIKIN. Dalam FCB dan BLog serta Twitter, Rahman Dahlan dikecam, di cemuh dan dipertikai malahan dicap sebagai penipu dan pembohong kerana suka berjanji dan memberi harapan palsu kepada masyarakat berkenaan isu kelewatan pembinaan sekolah berkenaan.

Walaupun sebagai meredakan kemarahan masyarakat kampung Tamau, Rahman berjanji sekali lagi ,walaupun seudah banyak janji ditabur bahawa beliau akan mengadakan perjuimpaan khas bersama TPM dan akan memaklumkan mengenai kelewatan Sk Tamau ini, namun golongan belia ini langsung tidak mengharapkan Rahman dahlan lagi. Dalam response di fcb dan Twitter, diberitahu bahawa sudah ada pemaklumkan kepada Perdana Menteri dalam FCB dan Blog 1 Malaysia serta twitt kepada PM mengenai isu kelewatan Sk Tamau ini. Rahman Dahlan akan seperti cacing kepanasan selepas ini. Kita tunggu!!!!

5 ulasan :

mantera said...

bagaiaman boleh terlupa? pasti ini akan menaikkan kemarahan penduduk.

me gusta said...

DARD perlu lebih profesional dan peka dengan tugas beliau.

me gusta said...

Jawapan terlupa itu memang membangkitkan kemarahan. Jangan sampai pengundi hilang kepercayaan, sudahlah.

Batresiah said...

Sebaiknya setiap perkara yang telah dijanjikan kepada penduduk seharusnya dikotakan. Jangan biarkan penduduk ternanti-nanti dan ini akan menyebabkan penduduk tidak percaya dengan pemimpin lagi.

Borneo Paradise said...

lain kali bawa buku dan catit setiap aduan yang dikemukakan oleh rakyat.. jangan dibakul sampahkan aduan rakyat.. kita faham tugas sebagai wakil rakyat memerlukan mereka mengingati banyak perkara, namun itu sudah menjadi tugas mereka dan tanggungjawab mereka.. kalau tidak mampu melakukan tugas itu, kenapa perlu dia menduduki kerusi wakil rakyat??