Wednesday, May 9, 2012



Cerita lawatan TPM Tan sri Muhiyddin Yassin di Kota Belud beberapa minggu lepas tidak pernah dilupakan oleh masyarakat Kota Belud. Di kalangan pemerhati politik, kehadiran TPm di bumi kota belud sangat-sangat unik untuk diceritakan. Beberapa adegan yang melingkari lawatan TPM itu masih segar di ingatan penulis.

Adegan Pertama:

Sebelum lawatan TPM, Isu kebersihan Pasar Besar Kota Belud telahpun diwar-warkan dalam dunia blog dan fcb ekoran daripada keadaan pasar berkenaan yang kotor dengan Najib burung. Hal ini juga pernah dimaklumkan kepada MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan terutama apabila beberapa pemimpin pembangkang membangkitkan isu tersebut. TIDAK ADA TINDAKAN YANG DIAMBIL. MDKB juga langsung tidak membuat tindakan susulan.

Yang peliknya sehari sebelum TPM turun ke Kota Belud dan akan dijadualkan mengunjungi sebuah Restoran di pekan itu, seperti yang biasa dilakukan oleh PM Datuk Seri Najib, Pasar Besar Pekan Kota belud 'diserang' oleh hampir 10 orang pekerja mengecat bangunan pasar besar tersebut. dari Pagi hingga ke petang, kerana besoknya TPM akan minum di Restoran kota Raya berdekatan dengan Pasar besar tersebut.

Begitulah cara kerja pemimpin-pemimpin kita di Kota Belud. "Last minute" kata orang putih. Lucu kerana orang yang tidak sempat turun pada hari bangunan Pasar Besar itu dicat, tentunya terkejut keesokan harinya melihat bangunan itu bersinar dengan cat baru persis cerita ALADDIN DENGAN LAMPU AJABINYA.

Adegan kedua:

Ketibaan TPM ke Kota belud dibawa ke kawasan Kadamaian, kerana di kawasan itu tidak banyak 'kerosakan' yang boleh ditunjukkan. Kawasan yang lebih maju dari kawasan lain di kota belud. Namun yang lucunya bila Muhiyuddin minum di restoran Kota raya, tidak ada pula kehadiran rakyat bersama. hanya orang-orang kanan dan pemimpin politik di Kota Belud yang 'menunjukkan' kebaikan mereka. TPM tentu hairan kerana mana sudah rakyat Kota belud ini, tak kan tak sedar dengan kedatangan TPM orang nombor dua selepas Perdana menteri .

Seorang AJK UMNO Bahagian Kota belud melahirkan rasa kecewa kerana, sambutan rakyat kepada TPM sangat-sangat menghampakan.Hanya orang-orang tertentu yang katanya berpeluang untuk bergambar dan menemui TPM. Pemimpin bukan untuk rakyat agaknya tetapi untuk orang tertentu.

Adegan ketiga:

Seorang belia yang sempat menceritakan bagaimana insiden isteri TPM yang ingin membeli kuih Pinjaram, menghulurkan wang note RM 50. Penjual tersebut kata, dia tidak ada wang kecil. isteri TPM menyimpan balik duit Rm 50 itu. kata belia itu lagi, kenapalah tak bagi sahaja 50 tu, bukannya pun banyak.


Adegan lain akan menyusul, nantikan!!!

8 ulasan :

ForestOrchid said...

salam KM bertuahlah daerah anda telah di lawati pemimpin utama, sekurang-kurang dapat juga melihat apa masalah yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar..

mantera said...

penduduk Kota Belud bertuah kerana ia akan dilawati oleh pemimpn utama, kerana lawatan itulah Kota Belud akan mengalami perubahan.

Antanum said...

Terpulanglah hendak percaya @ tidak cerita ini. Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Antanum said...

Pilihanraya sudah tidak lama lagi, pastikan anda memilih dengan bijakkan agar tidak menyesal dikemudian harinya.

Hamdan Hadillah said...

Kebersihan seharusnya diberikan keutamaan sepanjang masa dan bukannya bila ada perkara penting baru terhegeh-hegeh membersihkannya.

Bujang Senang said...

Kita bertuahlah KB dilawat oleh pemimpin besar Negara. Harap KB akan mendapat pembangunan yang baik selepas ini.

TuhauBam said...

Aiyaa..dikasi tengok yang bagus2 saja. tu pasar ada orang besar baru ada tindakan. kesian betul.

Mumbai said...

maknanya berbaloi juga la lawatan TPM.. kalau bukan kerana lawatan itu, pasar besar itu akan terus di abaikan..