Monday, May 7, 2012


PILIHANRAYA umum dijangka mungkin berlaku seawal Julai depan sebelum bulan Ramadhan kerana Bersih 3.0 tidak memberikan kesan terhadap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN), demikian menurut sumber BN.

The Malaysian Insider difahamkan pilihanraya tidak akan dilaksanakan pada Jun ini kerana Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara selama dua minggu bermula pertengahan Mei, walaupun beliau akan menghadiri perjumpaan 'Rakan BN' di London pada 14 Mei.
"Selepas sambutan ulang tahun Umno pada 11 Mei, Perdana Menteri akan menghadiri satu majlis di London, majlis graduasi anak lelaki beliau sebelum ke Sepanyol untuk bercuti," jelas sumber kepada The Malaysian Insider.

"Berkemungkinan pilihan raya tidak akan berlaku dalam bulan Jun. Julai seperti sangat sesuai memandangkan kebanyakan pemimpin BN sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya, katanya dan menambah, ia mungkin dilaksanakan sebelum 19 Julai memandangkan bulan puasa dijangka akan bermula. Lebih 60 peratus rakyat Malaysia beragama Islam dan berehat daripada aktiviti politik ketika bulan puasa.

Sumber lain menjelaskan Pengerusi BN itu telah mula mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan dan penyokongnya di seluruh negara, dengan lawatan terbaru beliau ke Gua Musang Jumaat lalu yang mana telah mengenepikan dakwaan piihan raya akan dilanjutkan ekoran insiden keganasan Bersih 3.0.

Malah beliau menegaskan hanya rakyat yang akan menentukan tarikh sebenar pilihan raya. Beberapa laporan media antarabangsa menjangkakan Najib akan menangguhkan pilihan raya umum ke-13 selepas insiden Sabtu lalu.

Namun Perdana Menteri itu, ketika menjawab soalan pemberita di sini, tersenyum apabila diajukan persoalan tersebut dan menjelaskan "tarikh pilihan raya tidak akan tergugat dengan perkara itu."

"Ia terpulang kepada rakyat. Kita akan membuat keputusan berdasarkan pandangan rakyat terhadap kerajaan, tunggu sahaja," kata Najib.

Sumber itu turut menjelaskan Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah melawat ke semua negeri sejak beberapa bulan lalu bersama dengan ketua BN Sarawak minggu lepas dan timbalannya di Sabah pada hujung minggu lalu.

"Mereka yakin dan BN negeri turut yakin. Pilihanraya semakin hampir," kata sumber tersebut.

Beliau menjelaskan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 yang dijalankan serentak di 11 negeri dan 80 negara di seluruh dunia hanya menguatkan lagi sokongan pengundi untuk menghadapi pilihanraya.

"BN masih kuat. Bersih hanya memberikan kesan yang minimum kerana ia dirosakkan oleh PKR dan keganasan sewaktu protes tersebut telah mengubah pendirian pengundi atas pagar," tambah sumber.

Rating Najib telah meningkat mendadak kepada 69 peratus dalam kaji selidik terbaru telah mewujudkan spekulasi pilihanraya bakal dijalankan pada Jun depan, walaupun penggal BN memerintah masih lagi berbaki hingga Mac tahun depan.

Pakatan kerajaan tersebut menguasai 138 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan menguasai kesemua negeri kecuali empat diperintah Pakatan Rakyat (PR).

Pilihanraya seterusnya bakal menyaksikan lebih 2.2 juta pengundi baru, yang telah mendaftar antara pilihan raya sebelumnya pada 2008 dan penghujung tahun lalu. Hampir 60 peratus pengundi baru berbangsa Melayu, bangsa dominan di negara ini.

Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pertambahan pengundi tertinggi adalah Selangor dengan 165,222 individu, diikuti Johor (124,240), Perak (96,710), Sabah (86,927), Kedah (84,704), Kelantan (69,344), Penang (64,029), Sarawak (63,305), Kuala Lumpur (61,040), Pahang (59,639), Terengganu (45,190), Negeri Sembilan (42,009), Melaka (31,827), Perlis (9,881), Labuan (2,863) dan Putrajaya (1,920).

Bersih, pertubuhan dengan 84 gabungan NGO. telah menolak daftar pemilih SPR dan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih ketika perhimpunan mereka sejak 2007, dan terbaru pada 28 April lalu, yang menyaksikan ribuan masyarakat turun ke jalanan untuk mengadakan tunjuk perasaan aman duduk bantah.

Perhimpunan itu bagaimanapun bertukar ganas setelah perusuh mula meruntuhkan penghadang yang didirikan bagi mengelakkan mereka memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Pentadbiran Najib telah melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 pada Julai lalu apabila membentuk pasukan khas pilihan Parlimen (PSC) berkaitan pilihan raya, namun Bersih tetap berkeras daftar pemilioh SPR masih lagi tidak bersih sepenuhnya.

21 ulasan :

wake said...

So many speculations about this. I don't think it will be done sooner or later due to BERSIH.

mantera said...

dari dulu byk ramalan mengenai PRU, kali ini diramai bulan Julai, kita tgk ia benar atau tidak.

onong said...

Saya rasa PRU tdk akan diadakan pada bulan 7 ni.

Unknown said...

Let's wait and see.

Unknown said...

I think the oppositions are getting excited.

Unknown said...

Just maybe.

atasagar said...

betul, hanya rakyat yang dapat menentukan tarikh sebenar pilihan raya...

atasagar said...

"Ia terpulang kepada rakyat. Kita akan membuat keputusan berdasarkan pandangan rakyat terhadap kerajaan, tunggu sahaja," kata Najib.

sokong kenyataan beliau.

atasagar said...

apa yang pasti, PRU-13 akan diadakan tahun ini..semua rakyat tahu akan hal ini..huhuhu

atasagar said...

tidak mungkin kerana insiden 28 Apr lalu membawa kesan yang besar..

atasagar said...

tapi, apa yang perlu ialah isu 'phantom voters' harus ditangani secepat mungkin sebelum tibanya PRU-13

POP said...

hope it will be held on this July. this is the time we have been waiting for.

POP said...

i believe many people will be guessing about the date of the big event.

POP said...

we'll wait and see.

Anonymous said...

Dahulukan RCI sebelum adakan PRU13.

Anonymous said...

Perhimpunan Bersih tidak memberikan kesan yang signifikan atau perubahan mendadak. Peserta Bersih hanya dikelirukan dengan perjuangan pembangkang yang semakin terdesak mahu berkuasa.

TuhauBam said...

Bersiap2 saja la menghadapi PRU13.

thinaj said...

This is just speculation.

thinaj said...

Be sure to register as a voter if you have not done it yet.

Sanih Alias said...

Mengenai PRU ini rasanya sukar untuk kira ramal. Sudah kerap diramal oleh peramal-peramal politik namun sehingga sekarang tidak ada yang mengena.

Mumbai said...

ada beza sikit ramalan kali ini dengan ramalan sebelum ini.. kalau dulu dia akan kata 'menurut sumber dari dalam', kali ini dia tukar kepada 'menurut sumber dari BN'.. ala, jangan buang masa la buat2 ramalan.. tunggu saja pengumuman rasmi..