Saya masih ingat apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan dengan skandal seks dan perlakuan luar tabii pada tahun 1998, umat Melayu dan rakyat Malaysia terbahagi kepada tiga golongan besar.Pertama yang mempercayainya, kedua tidak mempercayai dan ketiga enggan mahu mencampuri pertikaian politik. Anwar Ibrahim bersama pengikutnya berarak di Jalanraya melaungkan "reformasi' dan "konspirasi". Waktu itu kedua-dua istilah ini sangat-sangat popular.
Senario ini tidak berakhir, apabila Anwar dibebaskan dari rengkukan Penjara Sungai Buluh pada zaman Pak Lah dan kemudian bergiat aktif semula dalam politik,isu ini kembali diulangtayang. Anwar dikaitkan semula dengan kes liwat bersama pembantunya Saifulo Bukhari Azlan. Selepas itu pendedahan video seks oleh Datuk 'T' yang dikatakan melibatkan Anwar. Moral Anwar bukan sahaja dicalar, bahkan seakan mahu dimatikan dalam persada politik negara. Yang peliknya semakin dikaitkan dengan pelbagai skandal seks, Anwar semakin mendapat perhatian di kalangan rakyat jelata.
Pimpinan PKR diserang dengan pelbagai pendedahan seks . Terbaru Azmin Ali yang dikaitkan dengan perlakuan "aiskrim' atau seks oral.Gambaran yang diberikan seolah-olah pimpinan pembangkang mempunyai masalah moral yang teruk? Mat Sabu dengan skandal khalwat, Badrul Amin juga sama. Exco Selangor "elly" juga dimalukan dengan gambar separuh bogelnya.
Persoalnya mengapa pimpinan pembangkang sahaja yang mendapat liputan media massa perdana? Apakah pimpinan UMNO dan BN semunya 'maksum' dan tidak pernah terlibat dalam skandal seks? masalahnya ialah kerana media massa masih tidak bebas menyampaikan liputannya secara adil.
1 ulasan :
As salam Sdra KM,
1. Sudah agak terlalu lama saya tidak menjenguk blog saudara... Nampaknya, masih aktif cuma komen yg diberi telah byk berkurangan.. Saya tidak berniat utk memberi komen "apakah tafsiran saya" atas keadaan tsbt. Saya fikir pembaca bijik menilai Dan mentafsirnya.
2. Sebaliknya, yang membuatkan saya terpanggil utk memberi sedikit komen ialah, soalan saudara di atas... Agak lucu soalan itu saudara... MENGAPA HANYA PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG TERPALIT DENGAN SKANDAL SEKS?...
3. Saya Ada jawapan sendiri atas soalan tsbt... Tapi biarlah pembaca yang menilai sendiri setelah melihat Dan mendengar ulasan Dan penjelasan org2 yang pernah rapat dgn PEMBANGKANG spt Dato nalakaruppan, Dato zulkifli nordin, ezam, umi hafilda Dan ramai lagi.. Utk itu sila buka utube Dan Taip saja Nama mereka ini... Akan Ada jawapannya.... Lihat, dengan Dan nilai... Soalnya, selama ini mereka menggambarkan bahawa merekalah manusia suci Dan menuduh org lain yg rendah moral dsbnya... Skrg Pekong sendiri dah terdedah... Saya HANYA mampu geleng kepala...
Post a Comment