Friday, April 30, 2010



Pergolakan yang berlaku di negara jiran Thailand telah menjadi inspirasi kepada beberapa ahli politik kota belud untuk melabelkan ADUN TEMPASUK Datuk Musbah Jamli sebagai simbol "Thaksin Kota Belud" dengan berpandukan kepada keterlibatan tokoh anak petani ini dengan permasalahan akar umbi. Hampir keseluruhan isu yang dipaparkan oleh YB Tempasuk ini dalam blognya berkisar tentang kebergantungan rakyat akar umbi kepada pemimpin ADUN mereka. daripada isu kebakaran, bencana alam, isu peningkatan taraf hidup rakyat sehinggalah kepada isu pendidikan dan PIBG, Datuk Musbah dilihat sebagai 'hero' Tempasuk yang begitu dekat dengan denyut nadi penduduknya.




Atas ilham politik itu beberapa ahli politik Kota Belud 'mengandaikan' bahawa pergolakan yang berlaku di Thailand lewat beberapa bulan kebelakangan ini adalah antara pemimpin berjiwa rakyat dengan pemimpin legasi politik ketenteraan. Namun ada perkaitan dengan YB Musbah kerana Tahksin adalah merupakan PM Thailand bermula 2001 hingga 2006 dan merupakan ketua parti populis Thai Rak Thai. Kebarangkalian yang tepat dengan menyamakan Thaksin dengan YB Datuk Musbah ialah dalam aspek ekonomi. Kerana Thaksin adalah merupakan jutaan telekomunikasi di Thailand.Jawatankuasa Pemeriksaan Aset yang dilantik MKK telah membekukan 76 billon baht ($2.2 bilion) asetnya di Thailand, dan mendakwa dia menjadi terlalu kaya ketika berkuasa. Thaksin dan keluarganya mengisytiharkan aset bernilai cuma 15.1 bilion baht ketika mula berkuasa pada 2001. Sehingga kini, tiada keputusan undung-undang telah dibuat mengenai hartanya.




Datuk Musbah juga mempunyai nasib yang agak sama. dari seorang anak petani, peniaga kayu-kayan dan padi hinggalah mencatat nama antara ahli perniagaan yang berjaya di daerah Kota Belud. Barangkali atas pengalaman sebagai ahli perniagaan dan kontraktor maka visi dan misi beliau lebih banyak tertumpu kepada peluang ekonomi di daerah ini dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat. Walaupun pedapatan dan harta yang diperolehi oleh YB Tempasuk ini pernah dijadikan isu oleh pembangkang di daerah Kota Belud seperti yang dilaporkan oleh Sabahkini.net. tetapi ia tetap menjadi antara isu yang dipergunakan oleh kebanyakkan 'musuh politik' beliau seperti yang juga berlaku kepada Thaksin Shinawat.




Kini atas ketidapuasan hati masyarakat akar umbi di thailand, maka ratusan ribu masyarakat Thailand membanjir jalanraya di bangkok mendesak supaya PM Thailand membubarkan Parlimen sekaligus mengadakan pilihanraya. Walaupun isu sebegini tidak akan berlaku di daerah Kota belud, jika berlaku pengguguran datuk Musbah sebagai calon pada PRU 13 akan datang, namun sudah banyak idea dan pandangan ahli politik tempatan di Kota belud yang menaruh harap agar pemimpin Thaksin Sinawat kota belud ini akan terus menjadi wakil rakyat di tempasuk. selain kerana keterlibatannya diperingkat akar umbi, beliau juga di harapkan dapat menyempurnakan perancangan jelapang padi kota belud.




Walaupun keputusan pemilihan calon terletak di tangan pucuk pimpinan, namun ramai pemimpin masyarakat masih meletakkan Datuk Musbah sebagai ADUN yang sukar dicari ganti. bagi anda yang membaca coretan pagi ini, saya pulangkan pada anda untuk mencerna idea ini, kerana saya hanya sekadar berkongsi atas apa yang berlaku di beberapa perkampungan DUN Tempasuk terutama idea dan pandangan dari beberapa ketua kampung yang sempat saya temui.

Friday, April 23, 2010

Mohd. hanafi Mamat : Akim Menyertai Pakatan Rakyat.



Selepas SNAPP sebuah parti dari sarawak mengambil keputusan menyertai PAKATAN RAKYAT pada 20 April yang lalu dan membuat 'ikrar' politik akan menyokong calon DAP dari PR pada PRK Sibu awal bulan Mei tahun ini. Kini PR sekali lagi menerima parti AKIM sebagai anggota gabungan mereka ,walaupun PR belum berdaftra sebagai sebuah parti politik. Ini menjadikan PR mempunyai ahli komponen sebanyak 5 buah parti. Langkah ini dilihat sebagai proses pengukuhan PR sebagai sebuah gabungan parti-parti pembangkang untuk menghadapi gelombang Biru atau BN dalam fasa PRU 13 akan datang.




Hanya yang tinggal menjadi tanda tanya dan misteri politik ialah parti SAPP dan BERSEKUTU dari Sabah yang masih 'mendiamkan ' diri . Walaupun ada desas-desus menyatakan bahawa kedua-dua parti politik SAPP dan BERSEKUTU pada dasarnya telah menyatakan persetujuan untuk merealisasikan formula 'satu lawan satu' pada PRU akan datang, namun ia belum menjadi agenda muktamad kedua-dua buah parti itu, berikutan timbul beberapa cadangan supaya kesemua kerusi ADUN di sabah diserahkan kepada pembangkang tempatan, manakala kerusi Parlimen di tandingi oleh calon PR. Idea awal ini dilihat dapat memberi tentangan dahsyat kepada BN di Sabah. Walaupun demikian hasrat menyertai PR masih menjadi misteri. Tidak ada kenyataan setakat ini yang dibuat oleh Datuk Yong Teck Lee mengenai hasrat menyertai PR. Begitu juga dengan BERSEKUTU.





Dari khabar pihak ketiga, menyatakan ada usaha kearah menyatukan kesemua parti-parti pembangkang di negara ini. Ramai yang berpendapat, idea dan perancangan DSAI selaku ketua Umum PKR ini adalah antara usaha terbesar untuk menghancurkan pertahanan BN pada PRU akan datang. Dengan penyatuan banyak parti dalam PR, akan menjadikan agenda utama merampas Putrajaya. Hasrat 16 Sept.masih belum berkubur. Malahan ketika berkempen pada PRK Hulu Selangor DSAI telah menyatakan bahawa gerakan pembangkang mewujudkan hasrat berkerajaan pada tarikh keramat mereka 16 Sept , sebenarnya hampir tercapai. Dalam ceramahnya beliau menunjukkan beberapa dokumen parti PKR yang menyenaraikan 30 orang ahli MP yang berhasrat memberikan sokongan kepada PR. Termasuk juga surat kepada DYMM Yang Dipertuan Agong untuk memohon dan memaklumkan mengenai perkara itu. Tetapi tuhan tidak mengabulkan hasrat itu, katanya lagi.





BN juga UMNO selaku parti teras dalam BN sehausnya menyedari perkara ini. Adalah sesuatu yang sangat besar, apabila hasrat menyatukan kesemua parti pembangkang di negara ini akan menjadi kenyataan. Di Sabah sendiri, antara kelemahan utamaparti-parti pembangkang tempatan ialah apabila tidak wujud kesepakatan dalam meletakkan calon ketika PRU sehingga berlaku pertembungan sesama mereka.





Apakah jika sesungguhnya PR berjaya mewujudkan pakatan parti pembangkang di Sabah dengan menyaksikan kemasukan SAPP dan BERSEKUTU akan mengheret BN Sabah dalam kancah pertarungan yang hebat pada PRU 13 yang dijangka berlaku lebih awal daripada waktu yang sepatutnya.Terpulang kepada BN dan PR bagaimana strategi menarik sokongan dari rakyat terutama di Sabah. Apa yang pasti isu royaliti, isu siapa Ketua Menteri, Isu PATI dan isu 20 perkara adalah antara 'umpan ' PKR terhadap rakyat Sabah. BN pula apa ?

Thursday, April 22, 2010


Samy Vellu sekali lagi membuat kenyataan bahawa beliau akan bersara lebih awal sebagai Presiden MIC yang sepatutnya berakhir pada 2012 jika calon BN di PRK Hulu Selangor kamalanathan dapat menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim. Kenyataan ini menimbulkan banyak polemik di kalangan ahli politik dan juga pemerhati politik tempatan kerana ketiadkhadiran Samy Vellu ketika PM Datuk Najib berkempen semalam, seolah-olah memberikan satu gambaran yang tidak menyenangkan.



1. Apakah kenyataan Samy Vellu ini sebagai petanda bahawa calon BN pada PRK Hulu Selangor ini mempunyai peluang yang tipis untuk meraih kemenangan , melalui respons akar umbi yang diperolehi oleh Presiden MIC itu..?


2. Apakah Samy Vellu juga menunjukkan bahawa beliau BENAR dalam pemilihan calon MIC pada PRK ini...dan pemilihan Kamalanathan adalah satu keputusan yang silap oleh DSN..?


3. Kemungkinan juga Samy Vellu, memang mengharapkan kekalahan calon BN ( bukan pilihannya, sebelum ini beliau dengan tegas dan yakin memilih timbalan presidennya G. Palanivel tetapi di tolak oleh pucuk pemimpin BN )..Dengan itu beliau boleh terus memegang tampuk kuasa sebagai presiden MIC seumur hidup..?


4. Apakah ini juga tanda bahawa Samy Vellu sudah mula tidak dipedulikan dalam suara BN..? Kerana setakat ini UMNO dan MCA sudah membuat perubahan kepimpinan ekoran kegagalan BN meraih 2/3 sokongan rakyat pada PRU12 yang lepas. namun MIC tetap dengan samy Vellunya.


5. Mungkin juga kenyataan ini untuk meraih simpati politik supaya pengundi India di Hulu Selangor menyokong calon MIC..? Setelah menjadikan umpan menyelesaikan kemelut Maika Holding yang menjadi punca ketidakpuasan hati rakyat India di negara ini..?


6. Apa pun ramai yang menganggap bahawa kenyataan ini hanyalah gimik politik Samy Vellu..kerana jika dia berkesungguhan untuk bersara awal, sepatutnya dilakukan ketika pemilihan MIC yang lalu.



7. Atau ada sebab lain yang ANDA fikirkan..? Saya pulangkan kepada anda ikut sama memikirkan.

Tuesday, April 20, 2010


Ketika PKR yang menjadi "nukleus" politik dalam dalam Pakatan Rakyat bergolak dengan seribu macam kemelut dalam usaha memperteguhkan prinsip perjuangan parti itu dalam persada kepolitikkan di Malaysia dengan bermacam-macam cabaran termasuk beberapa pemimpinnya yang terputus hubungan dengan PKR ekoran kahwin Mutaah politik mereka telah berakhir. Maka pada waktu yang sama PKR masih nampak utuh...penyertaan beberapa Individu berpengaruh dalam parti itu begitu menyuntik semangat baru pada ahlinya. Di Sabah, penyertaan Datuk Kalakau Untol, walaupun tidak meremangkan bulu-bulu politik pemimpin BN Sabah, kata mereka...tetapi nyata sedikit sebanyak membuat ramai yang memikirkan hala tuju politik di negeri di bawah bayu ini.




Di Sarawak, mendekati PRK Sibu beberapa minggu lagi menyaksikan sebuah parti tertua di bumi kenyalang itu telah bertindak menyertai PAKATAN RAKYAT. Sarawak National Parti atau SNAP itu pada mulanya adalah komponen BN yang kemudiannya di pecat dari BN pada tahun 2006 kerana ekoran krisis kepimpinan parti itu telah mengubah landskap politik Sarawak apabila parti Dayak-Iban yang diketuai oleh Edwin Dundang Bungak itu berikrar akan menjalin kerjasama dengan PR pada PRK Sibu dan PRU 13.




Kelebihan politik di Sarawak sejak penubuhan Malaysia ialah dengan memastikan kepentingan suku-suku dan bangsa mereka terpelihara dengan tertubuhnya beberapa parti berasaskan kaum dan suku. Dengan mengambil kira bahawa dengan berpayung kepada parti itu mereka boleh menyuarakan kemahuan dan kehendak akar umbi , maka SNAPP bertindak menyertai PR.




Di Sabah keadaan politik sebegini tidak berlaku.Malahan kemasukan UMNO ke Sabah dilihat sebagai mematikan USNO sebuah parti yang mewakili bumiputera Islam. Akibatnya, ramai penyokong parti itu masih bergentayangan di merata tempat dengan menyertai pelbagai parti selain daripada UMNO.


Dunia pembangkang di Sabah masih dilihat bergerak secara sendirian. SAPPbiarpun bertindak meninggalkan BN dengan menjadikan beberapa MP nya sebagai BEBAS. Namun belum ada tanda-tanda SAPP akan turut menyertai PR. Begitu juga BERSEKUTU sebah parti yang pernah mengangkat kembali populariti Datuk Haris Saleh mantan KM Sabah, tetapi gagal mendapat sokongan rakyat.



Apakah senario politik di sabahperlu diubah? dengan penyertaan parti pembangkang seperti SAPP dan BERSEKUTU dalam PR?..Kerana dengan penyertaan mereka, kepentingan rakyat yang diwakili oleh parti ini nanti jika ada akan lebih terjamin. Fikirkanlah..


Memang benar bahawa PRK Hulu selangor adalah 'talian hayat' terakhir PKR untuk menawan hati rakyat di negara ini sebelum perti itu menerima hukuman sula daripada rakyat. Memang benar juga PRK kali ini menjadi 'medan tempur' terakhir UMNO sebelum PRU 13 untuk menunjukkan bahawa parti itu sudah 'dimaafkan' oleh rakyat. Masing-masing 'kemenangan' di PRK ini, adalah kemenangan yang maha penting.



Satu demi satu 'bala' politik menimpa PKR. Bermula daripada kegagalan merealisasikan 16 Sept. sehingga hari ini, parti berasaskan perjuangan individu yang berselindung di sebalik slogan 'Selamatkan Malaysia", parti PKR tidak habis dilanda gelombang ketidakpercayaan. satu demi satu wakil rakyatnya bertindak keluar parti dengan pelbagai alasan sama ada peribadi atau kehilangan kepercayaan kepada kepimpinan PKR. Dan terbaru apabila ADUN Bakar Arang Kedah, Tan Wei Shu meninggalkan PKR dengan alasan yang sama.



Seketika ,suatu masa dulu apabila wakil rakyat meninggalkan parti itu, DSAI dan beberapa pemimpin PKR dengan 'megah' menyatakan bahawa mereka sedang dalam proses 'pembersihan'. Malahan dengan harapan yang tidak putus DSAI mengemukakan tajdid politiknya bahawa selepas tragedi itu PKR akan bertambah kuat .



Beberapa wakil rakyatnya yang menuntut fasakh politik pula, masih berada dalam situasi "BEBAS" tetapi menyatakan sokongan kepada Umno dan BN. Proses pembersihan PKR nyata begitu lama. Saat menghadapi PRK HS, PKR makin terdesak dengan agenda pembersihan roh perjuangannya.



Apa yang menjadi siulan politik BN ialah, PKR telah benar dibersihkan sehingga tidak ada sudah calon tempatan yang berkelayakan dicalonkan di Hulu Selangor. Nama-nama yang disenaraipendekkan termasuk Dr.Halili telahpun 'menceraikan' dirinya dari PKR. Setelah PKR puas menghentam peribadi calon UBN dalam beberapa PRK semenjak PRU 12, kini giliran UBN pula memulangkan paku keras kepada PKR, apabila calonnya Datuk Zaid dipertikaikan 'kesucian' peribadi dan pegangan serta pendiriannya terhadap hukum Hudud dan Qisas.



Sedangkan bagi PKR pemilihan Datuk Zaid adalah bertepatan kerana calon itu adalah antara pemimpin UMNO yang tahu selok belok kelemahan UMNO terutama beberapa kes berprofil tinggi. Dengan harapan bahawa kemunculan Zaid dalam Parlimen akan menjadi gandingan mantap kepada regu pemimpin PKR DSAI, maka sama ada kehendak pimpinan Cabang PKR di Hulu Selangor bersetuju atau tidak dengan pencalonan Zaid ,bukanlah penting sangat. Kerana yang lebih utama ialah strategi memperkukuhkan kedudukan ketua umum PKR itu berjalan dengan baik. Seandainya kes liwat DSAI mengakibatkan sekali lagi beliau disumbat ke dalam penjara atau sebaliknya, setidak-tidaknya ada 'dewa' baru yang diturunkan di Hulu Selangor yang menjadi pembela.



Jika bersandarkan kepada situasi terkini bahawa PRK HS menyaksikan satu lawan satu setelah dua wakil bebas bertindak menarik diri, maka ia akan menjadi satu pertarungan sengit dalam abad politik di negara ini. Zaid bukanlah calang-calang orangnya. Dikhabarkan antara peguam yang mempunyai kekayaan hartabenda di negara ini. namun kerana faktor peribadinya, mungkin menjadi perkiraan kepada penduduk di HS. Sama ada PKR sedang meneruskan pembersihan dirinya atau sebenarnya sedang menuju kehancuran..akan terjawab apabila keputusan PRK ini akan diumumkan.

Monday, April 19, 2010


"Keputusan beberapa kumpulan peneroka tanah kerajaan negeri Sabah yang menemui Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia beberapa hari yang lepas, dilihat sebagai ‘mencurah air di daun keladi’ . Ini berikutan kerana ketiadaan peruntukan khas kepada YDP Dewan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat, apatah lagi kerana beliau bukannya bergelar wakil rakyat".Demikian kata rakan saya petang tadi.



Isu pengambilan tanah milik kerajaan yang diterokai oleh rakyat di Sabah bukanlah satu perkara kecil tetapi sudah mencapai tahap kronik. Seperti yang dikatakan oleh wakil peneroka itu sdr.Jeffry Kideng, bahawa bukan sahaja hasil dan tanah mereka di rampas tanpa pampasan malahan rumah kediaman mereka juga turut dibakar dan mereka dihalau dari tanah yang diusahakan oleh mereka.



Beberapa bulan yang lepas, ada usaha dibuat oleh Datuk Ramli Marhaban selaku wakil rakyat Bugaya untuk menemui beberapa orang peneroka di semporna yang terlibat dalam kes seperti ini. Khabarnya nama-nama mereka sudahpun diberikan. Namun hingga kini khabar itu menjadi mimpi hampir 1000 orang peneroka yang terlibat di kawasan Semporna dan Tawau tidak termasuk di daerah kunak dan Lahad Datu.


Justeru tindakan beberapa orang peneroka menemui TSP hanyalah dilihat sebagai memohon ehsan dan pertimbangan supaya isu ini boleh dibangkitkan di Parlimen seterusnya boleh dibahaskan. Selain mungkin kerana ketiadaan sudah saluran ‘diplomatik’ dengan pihak kerajaan negeri yang diketuai oleh Datuk Musa Aman. Tanah-tanah yang diambil itu khabarnya diusahakan oleh beberapa buah Koperasi.


Walaupun sudah melalui saluran tertentu, termasuk SUHAKAM, dan beberepa badan bukan kerajaan seperti CASH juga melalui Media massa seperti TV3, namun keluhan para peneroka ini, tidak dipedulikan. Akhirnya sebagai langkah terakhir, mungkin mereka mengambil keputusan menemui Speaker Dewan Rakyat TSPM.



Apakah langkah seterusnya yang bakal diambil oleh TSP? apatah lagi mereka yang datang adalah rakyat Sabah sendiri? Bolehkah atau adakah peruntukan undang-undang yang membolehkan TSP meminta dewan membahaskan usul mengenai permasalahan ini ? Bagaimanakah ‘hubungan’ baik TSP dengan Datuk Musa Aman memberi kelebihan kepada TSP menjadi ‘orang tengah’ kepada kemelut tanah milik kerajaan yang diusahakan oleh rakyat ?



Barangkali PERKASA SABAH belum bersedia memperjuangkan isu ini? Maklumlah YDP nya pun masih ‘sibuk’ di Hulu Selangor.

Sunday, April 18, 2010

Benarkah Zaid Ibrahim adalah aset terbaru kepada DSAI..?


Kata Mantan PM, Tun Dr. Mahathir ketika mengulas tentang PRK hulu Selangor bahawa rakyat harus tidak melihat kepada 'calon' tetapi melihat kredibiliti parti, kerana kata beliau, calon yang baikpun jika parti tidak baik maka calon tersebut tidak akan boleh berbuat apa-apa.




PM Datuk Seri Najib ketika berada di AS juga menyatakan bahawa beliau terpaksa dan bertindak berani membuat keputusan yang sukar untuk masa depan negara. Walaupun kenyataan ini berkaitan dengan 'keberanian' DSN merangka dan melaksanakan MEB menggantikan DEB yang banyak menimbulkan kontrovesi sama ada di kalangan bukan melayu dan juga orang melayu sendiri. Namun, kenyataan "membuat keputusan sukar' itu juga ditafsirkan oleh kebanyakan pemerhati politik sebagai berkaitan dengan PRK Hulu Selangor. Begitu sukar DSN memilih Kamalanathan yang merupakan ketua penerangan MIC dengan menolak calon pilihan presiden MIC Datuk Samy Vellu yang tercedera ketika penamaan calon ekoran terjatuh dan melanggar kawat berduri bersama Datuk Shafie Afdal yang turut sama mengalami kecederaan kecil di siku.



Kata TPM Tan Sri Muhyuddin pula, kerana atas kehendak akar umbi dan menepati konsep calon 1Malaysia,maka Kamalanathan dapat mengenepikan G.Palanivel, calon pilihan Samy Vellu. Kata Muhyiddin lagi, kemenangan BN di Hulu selangor lebih penting daripada kemenangan individu. Calon Bebas V.S. Chandran dari MIC juga telah dipecat dari parti itu kerana bertindak mencalonkan diri.Ramai juga yang menjangkakan PRK Hulu Selangor adalah cerminan kepada PRU13 yang akan datang. Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali pula menyifatkan bahawa BN perlu menang di Hulu Selangor untuk mengembalikan kestabilan politik di negara ini. Berikutan dengan itu tanggapan para pelabur akan bertambah baik terhadap negara.




Di pihak pembangkang, keputusan PKR mencalonkan Zaid Ibrahim dilihat sebagai meludah ke langit dan jatuh ke muka sendiri. sebelum ini PKR begitu lancang mengkritik UMNO keran meletakkan beberapa calon yang 'rendah moral' kerana terlibat dalam beberapa slandal rasuah dan politik wang. Kini 'ludah' itu terpercik ke muka DSAI apabila meletakkan Zaid Ibrahim yang dikatakan pernah melakukan skandal yang sama ketika dalam Umno. Malahan dunia blog begitu rancak dengan isu 'kaki' botol yang dikaitkan dengan Zaid Ibrahim. Seorang peguam yang berjaya, bersikap liberal dan dilaporkan pernah bersengkang hujah dengan PAS dalam perlaksanaan Hukum Hudud. Ketika mengulas isu kaki botol itu menyatakan bahawa ia adalah isu lama dan sebagai manusia biasa, dia tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan dia telahpun memohon ampun kepada Allah atas kesilapan itu.




Jika bersandarkan kepada komposisi kaum di Hulu Selangor..ada kemungkinan Datuk Zaid akan meraih sokongan yang lebih..tetapi itu bukanlah menjadi asas kepada kemenangan itu. Kerana tindakan SPR memindahkan 13,488 pengundi di kawasan lain telah menjadi isu besar kepada PKR. Bagi BN, ia juga menjanjikan laluan yang sukar kerana penolakan pencalonan G.Palanivel juga akan mempengaruhi sokongan pengundi MIC di kawasan itu.



Penduduk Hulu selangor begitu penting dalam landskap politik kedua-dua parti BN dan PR.Kerana keputusan mereka adalah lambang kepada keutuhan dan kesempurnaan politik dan agenda BN dan PR. sejauhmana PRK Hulu Selangor menjadi cerminan kepada PRU13..? Bersama kita tunggu pada 25 April ini.

Wednesday, April 14, 2010


Ketika DSN memberi bayangan tetang PRU 13 yang mungkin diawalkan dari tarikh sebenar berakhirnya temph 5 tahun yang diberikan rakyat kepada BN menerajui negara ini pada PRU12 yang lepas. Ramai yang tersentak,kerana memikirkan apakah ada rasional di sebalik kenyataan 'beramaran' itu. DSN sebelum berlepas ke AS menghadiri Forum Nuklear telah membuat kejutan ini ketika merasmikan konvensyen BN di selangor. Beliau juga menyeru dan menggesa semua wakil rakyat dan pemimpin BN di semua peringkat supaya turun padang mendekati hati rakyat dengan menjadikan tragedi mengaibkan BN pada PRU 12 tidak akan berulang.

Beberapa penganalisis politik tempatan menganggap bahawa kemungkinan PRU 13 akan diawalkan ada kebenarannya. Berpandukan kepada beberapa situasi semasa yang boleh mengetuk pintu hati politik DSN untuk membubarkan Parlimen sebelum tempoh sepatutnya berakhir iaitu 3 tahun lagi. Jika bersandarkan kepada keadaan politik pembangkang, maka pergolakan dan krisis terumata yang dihadapi oleh PKR selaku 'tunjang' dalam PR begitu tragis. Kekalutan ini jika dipergunakan oleh BN sepenuhnya, memungkinkan BN mendapat kemenangan lebih dari keputusan PRU 12 yang lepas. Di Pihak BN, sudah mula menampakkan ketenangan apabila parti-parti komponen mula memasuki 'temph bertenang'. MCA yang mula menampakkan sinar penyatuan dengan perlantikan Datuk Chua Soi Lek, memberi kelebihan kepada BN dalam mempercepatkan PRU13 itu. Begitu juga tanda-tanda pemulihan UMNO, MIC dan GERAKAN serta parti komponen lain termasuk BN yang dijangka akan mengadakan transformasi besar-besaran pada konvensyen hujung tahun ini.


Di Sabah, BN juga mula menunjukkan tanda-tanad penyatuan. sama ada ia berkekalan atau sebaliknya, bukanlah persoalan utama. Datuk Musa Aman telah merintis penyatuan itu dengan melantik DSSK sebagai penasihatnya, mengembalikan kepercayaan suku bajau kepada kepimpinannya. Begitu juga dengan penstrukturan BN yang dibuat menyaksikan MP KB dilantik sebagai setiausaha Bn yang baru di sabah.

Apa yang menjadi persoalan politik ialah, apakah langkah-langkah drastik yang dibuat itu akan dapat mengekang atau setidaknya membendung gelombangan sokongan rakyat di negari ini terhadap pembangkang. Ketiak beberapa bulan yang lepas, pembangkang telah mula merangka pelan pengambilaihan pentadbiran negeri apabila mengumumkan beberapa 'umpan' politik yang begitu menarik. selain daripada menjanjikan kedudukan yang lebiha baik kepada puak KDM, dengan memberi jaminan bahawa melalui pembangkang suku ini berpeluang menduduki kerusi Ketua Menteri. Hal ini ada kebenaranya kerana dalam heireraki kepimpinan pembangkang di sabah. Puak KDM adalah peneraju paling berpengaruh. Dr Jeffry kitingan, Datuk kalakau Untol dan OT John ghani..adalah antara tokoh yang tidak boleh dipersendakan.


menyedari bahawa sokongan puak KDM sahaja tidak akan menjanjikan rampasan politik di sabah pada PRU 13 akan datang, PR telah menabur janji apabila sanggup menyerahkan royalti minyak sebanyak 20% kepada sabah jika PR memerintah negeri ini. PR juga menyanggupi akan melaksanakan program pembenterasan kebanjiran PATI di sabah selain akan mengkaji kembali kedudukan perjanjian 20 perkara. Pembangkang tahu isu-isu sebegini mampu menarik minat sokongan rakyat teruatam golongan muda yang dikatakan sebagai non partisan itu.


Isu-isu besar ini dikatakan oleh pembangakng sebagai telah 'gagal' diselesaikan oleh BN di sabah walaupun rakyat telah memberi mandat kepada parti perikatan itu untuk membetulkan keadaan ini lebih 10 tahun. Apakah ada kebenaran dakwaan PR ini..? apakah rakyat Sabah tidak lagi mudah tertipu dengan janji-janji politik yang membingungkan? Di manakah langkah dan pangkah golonga muda di sabah yang sudah mual bosan dengan permasalahan yang membelnggu negeri ini berpuluh tahun tanpa penyelesaian yang konkrit? Dan bukan kesekian kalinya apakah anda juga memikirkan isu ini..? Bersama kita cari ketentuannya.

Monday, April 12, 2010




Bukan sedikit isu yang mendasar PRK di Hulu Selangor yang dijangka berlangsung 25 April ini. Malahan ada pemerhati politik yang “bebas” dengan lantang dan berseloroh meminta PM DSN dan ketua pembangkang DSAI supaya melepaskan kerusi parlimen masing-masing untuk ‘mencalonkan’ diri di PRK Hulu Selangor ini. Bagi pemerhati yang berkecenderungan untuk melihat politik yang matang dapat dilahirkan di Negara ini..masih beranggapan bahawa PRK Hulu Selangor ini adalah petanda besar kepada peribadian politik dua tokoh penting iaitu DSN dan DSAI. Banyak sebab yang dijadikan asas kepada hipotesis awal itu. Bukan sekadar kerana mantan MP Hulu Selangor adalah mantan ahli dan pemimpin Umno yang pernah menjadi timbalan MB, dan pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam exco Selangor yang ketika itu di bawah BN. Malahan yang menariknya ialah Dr.Zainal Bertindak meninggalkan Umno pada 2005 dan menyertai PKR seklaigus memberi kemenangan kepada beliau sebagai MP Hulu Selangor dengan majority tipis 198 undi mengalahkan calon MIC Datuk G Palanivel pada PRU 2008.




Apa yang membuatkan ramai pemerhati politik melabelkan PRK Hulu sebagai PRK paling panas selepas PRU 12 ialah kerana kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang ‘kemenangan’ dalam PRK ini akan melonjakkan imej parti mereka. Sekaligus dijadikan sebagai kayu ukur kepada momentum sokongan rakyat. Malahan kata mereka PRK kali ini adalah antara peribadi DSN dan DSAI. Kalau BN menang, maka ia akan menjadi sebagai isu motivasi yang sangat besar apabila menghadapi PRU 13 akan datang.




Malahan secara politik PRK Selangor ini akan menjadi lambing kepada sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN. Bagi DSN sendiri, jika BN menang ia adalah hadian terbesar bagi beliau yang sudah genap setahun menjadi PM. Ia akan menjadi petanda sama ada, apa yang dilaungkan oleh media massa milik kerajaan bahawa rakyat sudah mula menerima gagasan penyatuan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh DSN itu ,benar berlaku atau sebaliknya. PRK hulu Selangor ini akan menjadi asas kepada kepercayaan rakyat, sama ada benar atau tidak rakyat sudah mula menunjukkan perubahan sokongan kepada DSN dan BN. Kerana itu kemenangan PRk kali ini begitu penting kepada Umno dan BN. Kerana yang berentap di gelangang kali ini,bukan MIC dan PKR, bukan juga BN dan PR..tetapi antara Umno dan PKR.. Justeru itu seperti yang dikatakan oleh A. Kadir Jasin..bahawa MIC letaklah calon terbaik mereka..sekalipun ia tidak akan mempengaruhi sokongan orang melayu kepada MIC dan BN…kerana yang paling utama ialah sejauh mana orang melayu yang merajuk kepada Umno…sejauhmana orang melayu yang meninggalkan Umno akan ‘kembali’ mempercayai gagasan dan mentality pemimpin melayu.





Ini bertepatan kerana, komposisi pengundi di Hulu Selangor menyaksikan majoritinya ialah orang melayu iaitu sebanyak 53.9 %, 26.7% adalah pengundi Cina, dan hanya 19% pengundi India. Bagaimanakah MIC akan menarik sokongan orang melayu yang berjumlah lebih 30,000 orang itu. Dan apakah juga perubahan yang didendangkan oleh Presiden baru MCA Datuki Chua Soi Lek akan menarik sokongan lebih 20,000 pengundi kaum Cina di hulu Selangor. Kerana itu kemenangan pada PRK kali ini bukan sahaja secara moralnya penting kepada Umno tetapi juga penting kepada MIC untuk mengembalikan aura politik mereka yang berguguran pada PRU 12 yang lepas. Manakala MCA juga penting ,kerana sebagai bukti bahawa Dr Soi lek adalah ‘dewa’ politik yang diturunkan untuk menyelamatkan krisis MCA yang berlarutan sekian lama itu.





Bagi PR dan khususnya PKR, mengekalkan kemenangan di Hulu Selangor adalah satu kewajipan politik untuk mengukuhkan ideniti parti mereka yang sarat dengan krisis pemimpin yang teruk apabila beberapa MP parti itu bertindak menjadi wakil bebas. Secara peribadi bagi DSAI PRK HS ini adalah benteng terakhir beliau dalam mengekalkan pengaruh PKR di mata rakyat sebelum kes liwatnya yang bakal diputuskan pada bulan ogos tahun ini. Sama ada DSAI dipenjara atau dibebaskan..sama saja kerana PRK HS ini akan menjadi momentum penting bagi PKR mendapatkan sokongan rakyat. Apatah lagi Selangor yang sudah diperintah oleh PKR sudah 2 tahun dikatakan gagal membawa pembangunan kepada rakyat negeri itu. Bahkan kata mereka lagi, PKR menumpang kepada pembangunan yang di bawa oleh BN di Selangor. Tentunya Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan dapat tidur lena dengan situasi terbaru ini.





Jika PKR dapat mengekalkan kemenangan pada PRK ini, apatah lagi dapat menambah majority kemenangan sebelumnya..maka ia akan menjadi satu isu besar yang boleh ‘diperdagangkan’ dalam PRK di Sarawak. Kerana itu PKR akan bermati-matian mempertahankan kawasan Hulu Selangor ini daripada jatuh ke tangan BN. DSN dan DSAI juga secara Roh politik terlibat sebagai pencatur kepada parti masing-masing. Mungkin ada kebenaran bahawa DSN perlu melepaskan kawasan Parlimen Pekan, begitu juga DSAI melepaskan Parlimen Permatang Pauh untuk menjadi calon di kawasan orang melayu ini dengan sedikit orang Cina dan India. Mungkin juga sebagai membutikan bahawa 1 malaysia gagasan murni DSN dan “ketuanan rakyat” gagasan DSAI sama ada benar mendapat perhatian orang melayu atau sebaliknya.

Sunday, April 11, 2010


Penubuhan skuad P169 kota Belud secara dasarnya membawa satu gambaran bahawa dalam merangka program mendekati golongan muda sama ada yang berpendidikan tinggi atau tidak harus berada dalam keadaan “mudah” diikuti . Pendekatan kepada golongan sasar seperti yang diilhamkan oleh MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan begitu besar gagasannya, sehingga sukar untuk sebilangan besar “Peranak” Sama atau Iranun atau Dusun yang boleh mentafsir apa yang tersurat dan tersirat kepada penubuhan skuad “misteri” ini.



Di samping keberadaan skuad ini dengan tidak mempunyai link secara terus dengan Umno KB. Juga kewujudannya yang tidak berteras kepada kepopularan MP Kota Belud itu, mengundang banyak tanda Tanya, kerana pada asasnya program elit itu nyata menampakkan ‘kegagalan’ awal sebelum menempa kegagalan yang lebih besar.



Penulisan ini cuba melihat baik dan buruknya serta halatuju skuad ini dari sudut pandang golongan muda di Kota Belud. Memang dari persepktif positif, kewujudan skuad ini akan mendekati golongan muda supaya tidak terus terbiar dan terpesona delam pelbagai wacan dan idea kontras dalm soal kepolitikan dan pembangunan modal insane serta naluri bernegara. Teringat kita suatu ketika dulu Apabila Pemuda Umno, melancarkan program terjunan ke kutub Utara. Kita jugapernah disajikan dengan program mendekati golongan mat rempit dengan mengadakan program di litar perlumbaan. Kononya kerana golongan muda sekarang berbeda dengan golongan muda zaman pertengahan. Maka untuk mendekati golongan ini harus merangka satu program yang mendukung prinsip naluri golongan ini. Ertinya harus Nampak elit, bertenaga, mempunyai kerangka bermusim dan memerlukan modal yang besar.



Namun apa yang berlaku kepada program itu..? apakah golongan muda pada PRU 12 yang lepas telah melepaskan tempias kemarahan mereka kepada kerajaan dan UBN dengan memberi sokongan kepada pembangkang..? Kesan dan impak kepada program itu langsung tidak memberi advantage politik kepada UBN pada PRU 12..? Kenapa ?



Inilah yang merisaukan kebanyakkan golongan muda di Kota Belud dengan penubuhan skuad yang membawa gagasan besar yang memungkinkan tidak terpikul oleh kebanyakkan golongan muda di KB.. Saat ramai yang menganggangur, ramai yang tercicir dengan pemurniaan jiwa dan akhlak..saat ramai yang tercicir dari arus pendemokrasian pendidikan..maka satu skuad elit ditubuhkan untuk merasai denyut nadi golongan ini..? Kewajarannya mungkin dipertikaikan…



Adalah lebih baik merangka satu program untuk merapatkan penglibatan golongan muda dengan parti Umno KB terutama sayap pemuda. Kerjasama yang erat antara MP Kota Belud dan Umno KB memungkinkan melahirkan ikatan ukhuwah yang berkekalan. Seandainya Datuk Rahman tidak berada lagi di KB pada PRU 13 akan datang..setidak-tidaknya hubungan intim UMNO KB dan diri dan kepimpinannya akan membuahkan kegemilangan politik peribadi pada jangka panjang.



Satu yang harus diingat o0leh Datuk Rahman bahawa golongan muda yang celik ICT di Kota Belud termasuk menguasai maklumat ketiga..tidak sangat mementingkan keelitan itu. Inilah yang membezakan antara pemimpin pemuda Pembangkang dengan pemimpin muda UMNO. Kerana UMNO sering mempamerkan keelitan sehingga golongan sasar merasa pemimpin muda ini tidak bersama –sama dengan mereka. Golongan muda lebih melihat soal ketirisan, kebocoran,kes pencabulan amanah, soal pendapatan dan gaya hidup pemimpin yang begitu elit dan "berada" dengan hanya menceburkan diri dalam politik sekelip mata.



Kebergantungan skuad P169 ini kepada modal besar dan keelitan nampaknya tidak akan mencapai sasaran yang sepatutnya. Di mana idea dan gagasan ini berkesudahan..? hanya datuk Rahman yang mengetahuinya.

Saturday, April 10, 2010



Pergolakan yang berlaku lewat di parlimen dengan disaksikan secara langsung ribuan mata rakyat begitu membuatkan kita berfikir bahawa dimana kualiti wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dan berkhidmat denga rakyat tatkala memperjuangkan agenda rakyat di Dewan rakyat yang mulia itu. Bukan sekadar membahaskan pelbagai isu yang melibatkan kepentingan Negara dan rakyat tetapi juga sikap dan tindakan wakil-wakil rakyat yang digelar “yang Berhormat” dan “yang Berkhidmat” itu sungguh-sungguh membuatkan hati kita tersentak dengan situasi itu.



Wakil-wakil rakyat yang berbahas,berdebat dan berhujah demi kepentingan Negara dan rakyat itu diselangseli dengan unsure-unsur politik yang keterlaluan. Kata-kata kasar, biadap, dan kurang sopan begitu menyelimuti medan perbahasan itu. Bukan sekadar mempamerkan tuduhan dan unsure-unsur politik peribadi yang keterlaluan, malahan sudah sampai YDP Dewan rakyat juga diperlekehkan. Sehingga Tan Sri Pandikar Amin dicap sebagai “dictator” hanya kerana beliau tidak memberikan ruang untuk pihak pembangkang mengungkitkan isu-isu yang tidak melibatkan kepentingan Negara dan rakyat.




Kenyataan Karpal Singh itu telah membawa kepada pergantungan ahli dewan itu selama 10 hari. YDP Tan Sri Pandikar Amin, sewajarnya dilihat sebagai ‘pengerusi ‘mesyuarat dan bukan ahli kepada parti-parti tertentu. Soal kepada kecenderungan kepada pihak tertentu tidak harus ditimbulkan di Dewan rakyat, kerana sebagai YDP Tan Sri pandikar Amin sangat arif dengan tugas dan peranannya. Perkataan “dictator” bukan sahaja membawa pengertian pengekalan kuasa secara zalim dan secara kekerasan tetapi juga ia membawa satu gambaran buruk bahawa Dewan Parlimen turut diheret dalam konteks politik kuasa.




Bagi rakyat Sabah dan Kota Belud khususnya, kenyataan Karpal singh kepada YDP Tan Sri Pandikar Amin itu sebagai “diktator’ cukup menghiris hati dan nurani masyarakat di daerah ini terutamanya Orang Iranun yang sebangsa dan sedarah dengan pemimpin suku minority ini. Karpal singh tidak harus melemperakan tuduhan yang boleh membawa kepada sikap benci masyarakat Sabah. Kerana itu semua akan membawa kepada penafian bahawa Tan Sri Pandikar seorang dikatator.



Apakah tujuan dan motif karpal singh berbuat demikian..? Maka tidak ada lain selain daripada motif politik yang tidak tercapai. Masyarakat Kota Belud dan Orang Iranun sangat tahu perihal pemimpin mereka. Sepanjang tan Sri pandikar megemudi suku Iranun dalam persada politik Sabah dan Nasional…malahan tidak ada satu petanda dan krisis politik yang membenarkan bahawa Tokoh Iranun itu seorang “diktator’ .Malahan keputusan TSP meletakkan jawatansebagai ketua umno Kota Marudu sejurus selepas dilantik sebagai YDP dewan rakyat cukup membuktikan bahawa tokoh itu tidak membawa kepada sikap berat sebelah.




Tidak cukup dengan apa yang berlaku di parlimen, ahli politik DAP itu sekali lagi mengulangi kenyataannya di luar dewan dan mencabar TSP supaya membawa kes itu di mahkamah. Apakah YDP akan menuruti rentak politik pembangkang ini..? Apakah keputusan TSP menggantung Karpal singh akan menggelapkan ‘keterbukaannya..? Atau apakah natijah kepada masyarakat Iranun, apabila pembangkang memperkecilkan pemimpin mereka..? Atau persoalan yang wajar diberi perhatian ialah, apakah sikap DAP dan pembangkang di dewan rakyat akan membetulkan persepsi masyarakat kota belud kepada pembangkang..? Bersama kita fikirkan.