Ketika DSN memberi bayangan tetang PRU 13 yang mungkin diawalkan dari tarikh sebenar berakhirnya temph 5 tahun yang diberikan rakyat kepada BN menerajui negara ini pada PRU12 yang lepas. Ramai yang tersentak,kerana memikirkan apakah ada rasional di sebalik kenyataan 'beramaran' itu. DSN sebelum berlepas ke AS menghadiri Forum Nuklear telah membuat kejutan ini ketika merasmikan konvensyen BN di selangor. Beliau juga menyeru dan menggesa semua wakil rakyat dan pemimpin BN di semua peringkat supaya turun padang mendekati hati rakyat dengan menjadikan tragedi mengaibkan BN pada PRU 12 tidak akan berulang.
Beberapa penganalisis politik tempatan menganggap bahawa kemungkinan PRU 13 akan diawalkan ada kebenarannya. Berpandukan kepada beberapa situasi semasa yang boleh mengetuk pintu hati politik DSN untuk membubarkan Parlimen sebelum tempoh sepatutnya berakhir iaitu 3 tahun lagi. Jika bersandarkan kepada keadaan politik pembangkang, maka pergolakan dan krisis terumata yang dihadapi oleh PKR selaku 'tunjang' dalam PR begitu tragis. Kekalutan ini jika dipergunakan oleh BN sepenuhnya, memungkinkan BN mendapat kemenangan lebih dari keputusan PRU 12 yang lepas. Di Pihak BN, sudah mula menampakkan ketenangan apabila parti-parti komponen mula memasuki 'temph bertenang'. MCA yang mula menampakkan sinar penyatuan dengan perlantikan Datuk Chua Soi Lek, memberi kelebihan kepada BN dalam mempercepatkan PRU13 itu. Begitu juga tanda-tanda pemulihan UMNO, MIC dan GERAKAN serta parti komponen lain termasuk BN yang dijangka akan mengadakan transformasi besar-besaran pada konvensyen hujung tahun ini.
Di Sabah, BN juga mula menunjukkan tanda-tanad penyatuan. sama ada ia berkekalan atau sebaliknya, bukanlah persoalan utama. Datuk Musa Aman telah merintis penyatuan itu dengan melantik DSSK sebagai penasihatnya, mengembalikan kepercayaan suku bajau kepada kepimpinannya. Begitu juga dengan penstrukturan BN yang dibuat menyaksikan MP KB dilantik sebagai setiausaha Bn yang baru di sabah.
Apa yang menjadi persoalan politik ialah, apakah langkah-langkah drastik yang dibuat itu akan dapat mengekang atau setidaknya membendung gelombangan sokongan rakyat di negari ini terhadap pembangkang. Ketiak beberapa bulan yang lepas, pembangkang telah mula merangka pelan pengambilaihan pentadbiran negeri apabila mengumumkan beberapa 'umpan' politik yang begitu menarik. selain daripada menjanjikan kedudukan yang lebiha baik kepada puak KDM, dengan memberi jaminan bahawa melalui pembangkang suku ini berpeluang menduduki kerusi Ketua Menteri. Hal ini ada kebenaranya kerana dalam heireraki kepimpinan pembangkang di sabah. Puak KDM adalah peneraju paling berpengaruh. Dr Jeffry kitingan, Datuk kalakau Untol dan OT John ghani..adalah antara tokoh yang tidak boleh dipersendakan.
menyedari bahawa sokongan puak KDM sahaja tidak akan menjanjikan rampasan politik di sabah pada PRU 13 akan datang, PR telah menabur janji apabila sanggup menyerahkan royalti minyak sebanyak 20% kepada sabah jika PR memerintah negeri ini. PR juga menyanggupi akan melaksanakan program pembenterasan kebanjiran PATI di sabah selain akan mengkaji kembali kedudukan perjanjian 20 perkara. Pembangkang tahu isu-isu sebegini mampu menarik minat sokongan rakyat teruatam golongan muda yang dikatakan sebagai non partisan itu.
Isu-isu besar ini dikatakan oleh pembangakng sebagai telah 'gagal' diselesaikan oleh BN di sabah walaupun rakyat telah memberi mandat kepada parti perikatan itu untuk membetulkan keadaan ini lebih 10 tahun. Apakah ada kebenaran dakwaan PR ini..? apakah rakyat Sabah tidak lagi mudah tertipu dengan janji-janji politik yang membingungkan? Di manakah langkah dan pangkah golonga muda di sabah yang sudah mual bosan dengan permasalahan yang membelnggu negeri ini berpuluh tahun tanpa penyelesaian yang konkrit? Dan bukan kesekian kalinya apakah anda juga memikirkan isu ini..? Bersama kita cari ketentuannya.

11 ulasan :
Semua wakil rakyat dan pemimpin BN di semua peringkat supaya turun padang mendekati hati rakyat dan menunaikan permintaan rakyat.
cuaca politik sukar diramal. berjanji dengan bersungguh2 pun belum tentu boleh menang. tidak dinafikan masih ramai pengikut BN yang setia dengan kepimpinan BN walaupun pihak pembangkang berusaha menjatuhkannya. sebenarnya tarikh tidak akan memberi kesan kepada mana2 parti, hanya rakyat yg mampu mengubahnya.
Selain berdoa, strategi kena betul...
Salam KM,
Kebaikkan Negara kita berpelembagaan dan mempunyai pembangkang yg begitu ramai terutamanya di Dewan Rakyat/Parlimen, tapi keburukannya ada diantara ahli Parlimen Pembangkang mahu pun Kerajaan berperangai seperti kebudak-budakan, sebagaimana yg sering kita tonton di kaca-kaca TV, meluat dgn cara mereka bertikam lidah yg kadang-kadang tidak membawa faedah langsung kpd rakyat/kawasan yg mereka wakili. Rasanya gelombang Pembangkang seperti yg terdapat di Parlimen jgn lah hendaknya terbawa-bawa ke dalam DUN Sabah khasnya, pada PRU-13 nanti, entah bila akan diadakan, kita mahu Pembangkang yg benar-benar membangkang dan isu-isu yg diketengahkan membawa faedah kpd rakyat agar kesedaran timbul di pihak Kerajaan...
Jika PRU-13 diawalkan, kerugian pasti berpihak kpd rakyat sebabnya banyak projek-projek pembangunan yg sedang dan akan dilaksanakan terencat/terhenti begitu saja, di Sabah khususnya berjuta-juta peruntukan yg disalurkan oleh Kerajaan utk memenuhi keperluan asas rakyat di luar bandar, ini semua merupakan keutamaan dalam RMK-10 dan NKRA, bagi pembangkang mereka hanya inginkan PRU-13 diadakan secepat mungkin agar Kerajaan tidak dpt menyalurkan segala peruntukan utk kebaikan rakyat dan menutup isu pembangkang yg senantiasa mereka laungkan...adalah lebih baik Kerajaan bubarkan Parlimen / DUN utk sepenggal ( 5 Tahun ) demi kebaikan rakyat yg telah memberi mandat kpd Kerajaan yg ada sekarang ini.
Sekarang ni pun...ada banyak taktik yang digunakan oleh pembangkang untuk mendekati hati rakyat...contohnya klinik bergerak dan ramailah orang-orang kampung tertarik dengan kaedah ni! BN pula...ada jugalah bagi tangki-tangki air di kampung-kampung...dan ramailah yang bersyukur kerana BN prihatin dengan isu air ni.....Bagaimana BN nak memenangi hati rakyat? Maklumlah semua orang tahu yang undi lain-lain kan?? Cuma pendapat saya BN sebenarnya tetap dekat di hati rakyat.....cuma kadangkala orang-orang yang mewakili rakyat / wakil rakyat tu yang sebenarnya menjejaskan BN. Contohnya di Daerah KP....orang-orang di sana pernah bagitau saya....mereka tidak suka wakil mereka tidak perform dan semua orang disana akan berusaha menjatuhkan 'wakil' tersebut jika tiada sebarang kemajuan telah dibuat.....Pandangan..BN seharusnya hati-hati dalam memilih wakil-wakilnya dan orang yang boleh mendekati hati rakyat selalunya ialah wakil yang rendah diri, telus, jujur, amanah dan cekap menjalankan tugas ++++ selalu turun padang! Masalahnya...yang membosankan ramai orang ni....kalau masa pilihanraya adalah wakil-wakil yang 'Mulut manis menabur seribu janji' tetapi bila undi habis......'Air liur basi ja yang tinggal dan orang-orang kampung hanya putih mata'. Pendapat saya BN sudah berusaha cuma wakil-wakilnya tu ikhlas atau tidak entahlah....cuma orang-orang kampung pun sudah tahu menilai.....ramai yang educated juga....so wakil-wakil rakyat tu hati-hatilah!
kitakita..
itulah kewajipan wakil rakyat sebenarnya..
ma kasih .semoga sukses.
2718..
janji politik adalah janji di siang hari..bila malam kelam ia akan hilang..
ma kasih.
isac..
saya setuju dgn saranan sdr tentang hal ini..ma kasih.semoga sukses selalu
SA8AH..
Ma kasih atas idea sdr yang ikhlas itu..saya eruja membacanya.teruskan semoga sdr terus mengunjungi blog KM ini.
kita-kita,,
dalam politik segalanya adalah tipu muslihat..siapa yang dapat menangkis dialah pemenang.
ma kasih.harap dapat berkunjung lagi.
Semua kenyataan disini ada kebenerannya. Pihak pembangkang banyak menggunakan taktik-taktik untuk menarik perhatian kepada rakyat, oleh itu pemimpin-pemimpin BN Sabah ini kenalah selalu turun padanag dan buktikan kepada rakyat yang kerajaan BN adalah lebih prihatin kepada rakyat dan memenuhi kehendak rakyat. Sekiranya beberapa perkara disini dapat dilakukan dan dilaksanakan maka BN mampu membendung gelombang pembangkang di Sabah.
Post a Comment