Saturday, April 10, 2010



Pergolakan yang berlaku lewat di parlimen dengan disaksikan secara langsung ribuan mata rakyat begitu membuatkan kita berfikir bahawa dimana kualiti wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dan berkhidmat denga rakyat tatkala memperjuangkan agenda rakyat di Dewan rakyat yang mulia itu. Bukan sekadar membahaskan pelbagai isu yang melibatkan kepentingan Negara dan rakyat tetapi juga sikap dan tindakan wakil-wakil rakyat yang digelar “yang Berhormat” dan “yang Berkhidmat” itu sungguh-sungguh membuatkan hati kita tersentak dengan situasi itu.



Wakil-wakil rakyat yang berbahas,berdebat dan berhujah demi kepentingan Negara dan rakyat itu diselangseli dengan unsure-unsur politik yang keterlaluan. Kata-kata kasar, biadap, dan kurang sopan begitu menyelimuti medan perbahasan itu. Bukan sekadar mempamerkan tuduhan dan unsure-unsur politik peribadi yang keterlaluan, malahan sudah sampai YDP Dewan rakyat juga diperlekehkan. Sehingga Tan Sri Pandikar Amin dicap sebagai “dictator” hanya kerana beliau tidak memberikan ruang untuk pihak pembangkang mengungkitkan isu-isu yang tidak melibatkan kepentingan Negara dan rakyat.




Kenyataan Karpal Singh itu telah membawa kepada pergantungan ahli dewan itu selama 10 hari. YDP Tan Sri Pandikar Amin, sewajarnya dilihat sebagai ‘pengerusi ‘mesyuarat dan bukan ahli kepada parti-parti tertentu. Soal kepada kecenderungan kepada pihak tertentu tidak harus ditimbulkan di Dewan rakyat, kerana sebagai YDP Tan Sri pandikar Amin sangat arif dengan tugas dan peranannya. Perkataan “dictator” bukan sahaja membawa pengertian pengekalan kuasa secara zalim dan secara kekerasan tetapi juga ia membawa satu gambaran buruk bahawa Dewan Parlimen turut diheret dalam konteks politik kuasa.




Bagi rakyat Sabah dan Kota Belud khususnya, kenyataan Karpal singh kepada YDP Tan Sri Pandikar Amin itu sebagai “diktator’ cukup menghiris hati dan nurani masyarakat di daerah ini terutamanya Orang Iranun yang sebangsa dan sedarah dengan pemimpin suku minority ini. Karpal singh tidak harus melemperakan tuduhan yang boleh membawa kepada sikap benci masyarakat Sabah. Kerana itu semua akan membawa kepada penafian bahawa Tan Sri Pandikar seorang dikatator.



Apakah tujuan dan motif karpal singh berbuat demikian..? Maka tidak ada lain selain daripada motif politik yang tidak tercapai. Masyarakat Kota Belud dan Orang Iranun sangat tahu perihal pemimpin mereka. Sepanjang tan Sri pandikar megemudi suku Iranun dalam persada politik Sabah dan Nasional…malahan tidak ada satu petanda dan krisis politik yang membenarkan bahawa Tokoh Iranun itu seorang “diktator’ .Malahan keputusan TSP meletakkan jawatansebagai ketua umno Kota Marudu sejurus selepas dilantik sebagai YDP dewan rakyat cukup membuktikan bahawa tokoh itu tidak membawa kepada sikap berat sebelah.




Tidak cukup dengan apa yang berlaku di parlimen, ahli politik DAP itu sekali lagi mengulangi kenyataannya di luar dewan dan mencabar TSP supaya membawa kes itu di mahkamah. Apakah YDP akan menuruti rentak politik pembangkang ini..? Apakah keputusan TSP menggantung Karpal singh akan menggelapkan ‘keterbukaannya..? Atau apakah natijah kepada masyarakat Iranun, apabila pembangkang memperkecilkan pemimpin mereka..? Atau persoalan yang wajar diberi perhatian ialah, apakah sikap DAP dan pembangkang di dewan rakyat akan membetulkan persepsi masyarakat kota belud kepada pembangkang..? Bersama kita fikirkan.

4 ulasan :

Hussin Lampoyang said...

KM..

karpal singh harus eminta maaf secara terbuka kepada rakyat sabah dan orang Iranun di KB..macam mana bolehkah..?

Tatap PAS said...

Salam...

Apa khabarnya pemimpin KB itu..? kalau betul pemimpin KB yang bukian diktator kenapa cuba mengatur kepimpinan peringkat pemuda di KB..?

sapa nak jawab benda ni..?

Unknown said...

Ayat "diktator" ditujukan kepada Speaker Dewan Rakyat, bukan kepada bangsa atau asal keturunannya,

BELUM PENDEKAR said...

Salam KM,

1. Agaknya sesuai sangat kalau sdra Tatap PAS rujuk kamus Dewan Bahasa untuk mendapatkan makna Diktator.

2. Tertarik dengan soalan Tatap PAS, saya mendapatkan info dari web Parlimen dan saya mendapati bahawa apa yang berlaku antara Speaker Dewan Rakyat dengan Karpal Singh(KS) ialah, KS menuduh Speaker sebagai Diktator kerana Speaker tidak membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh Wakil Parlimen Batu untuk membahaskan usul dibawah Peraturan Mesyuarat 18(1)yang beliau kemukakan sebelum itu. Tindakan Speaker adalah berdasarkan Peraturan Mesyuarat 43 yang menyatakan bahawa "Keputusan Yang Di-Pertua adalah muktamad dan TIDAK boleh diminta timbangkan semuladan tidak boleh diulangkaji oleh Majlis Mesyuarat kecuali dikeluarkan Usul bersendirian. Sekiranya Speaker membenarkan rayuan berkenaan, ini bermakna Speaker telah melanggar Peraturan Mesyuarat.

3. Sebagai wakil Parlimen yang sudah berpuluh tahun dalam Parlimen, KS tahu mengenai perkara tersebut tetapi sengaja bertindak demikian kerana kepentingan politik beliau dan parti pembangkang. Beliau dan konco-konco nya hanya akan mematuhi Peraturan Mesyuarat jika mereka dapati ianya memberi kelebihan atau memihak kepada mereka pada masa itu. Nampaknya, puluhan tahun berada di dalam Parlimen tidak mengajar KS apa-apa mengenai peraturan mesyuarat. Dengan penjelasan di atas, saya ingin bertanya; adakah salah Speaker tidak membenarkan Ahli Parlimen Batu merayu supaya usul beliau dibaca?... Dan, adakah dengan menolak perkara yang salah itu maka Speaker adalah DIKTATOR?..

4. Teringat saya satu insiden semasa KS berbahasa mengenai titah diraja baru-baru ini dimana beliau telah menuduh 3 wakil rakyat yang keluar dan disingkir dari PKR sebagai pengkhianat. Bila ditanya oleh wakil rakyat BN apakah wakil Rakyat Tawau dan Sepanggar juga boleh dilebel sebagai pengkhianat kerana telah keluar dari Barisan Nasional, KS kata TIDAK, mereka bukan pengkhianat.

5. Sesungguhnya, inilah cerminan ahli politik pembangkang yang sebenar.. Double standard. Menggunakan peraturan yang berlainan untuk diri mereka dan peraturan yang lain untuk golongan yang tidak sehaluan. Meminta orang lain mematuhi Peraturan dan Undang-Undang sedangkan mereka sendiri tidak pernah mematuhinya.

6. Justeru, jangan percaya atau mudah terpedaya dengan sesuatu perkara yang "kelihatan benar" tanpa usul periksa. Semak kebenarannya terlebih dahulu.