Sunday, April 11, 2010


Penubuhan skuad P169 kota Belud secara dasarnya membawa satu gambaran bahawa dalam merangka program mendekati golongan muda sama ada yang berpendidikan tinggi atau tidak harus berada dalam keadaan “mudah” diikuti . Pendekatan kepada golongan sasar seperti yang diilhamkan oleh MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan begitu besar gagasannya, sehingga sukar untuk sebilangan besar “Peranak” Sama atau Iranun atau Dusun yang boleh mentafsir apa yang tersurat dan tersirat kepada penubuhan skuad “misteri” ini.



Di samping keberadaan skuad ini dengan tidak mempunyai link secara terus dengan Umno KB. Juga kewujudannya yang tidak berteras kepada kepopularan MP Kota Belud itu, mengundang banyak tanda Tanya, kerana pada asasnya program elit itu nyata menampakkan ‘kegagalan’ awal sebelum menempa kegagalan yang lebih besar.



Penulisan ini cuba melihat baik dan buruknya serta halatuju skuad ini dari sudut pandang golongan muda di Kota Belud. Memang dari persepktif positif, kewujudan skuad ini akan mendekati golongan muda supaya tidak terus terbiar dan terpesona delam pelbagai wacan dan idea kontras dalm soal kepolitikan dan pembangunan modal insane serta naluri bernegara. Teringat kita suatu ketika dulu Apabila Pemuda Umno, melancarkan program terjunan ke kutub Utara. Kita jugapernah disajikan dengan program mendekati golongan mat rempit dengan mengadakan program di litar perlumbaan. Kononya kerana golongan muda sekarang berbeda dengan golongan muda zaman pertengahan. Maka untuk mendekati golongan ini harus merangka satu program yang mendukung prinsip naluri golongan ini. Ertinya harus Nampak elit, bertenaga, mempunyai kerangka bermusim dan memerlukan modal yang besar.



Namun apa yang berlaku kepada program itu..? apakah golongan muda pada PRU 12 yang lepas telah melepaskan tempias kemarahan mereka kepada kerajaan dan UBN dengan memberi sokongan kepada pembangkang..? Kesan dan impak kepada program itu langsung tidak memberi advantage politik kepada UBN pada PRU 12..? Kenapa ?



Inilah yang merisaukan kebanyakkan golongan muda di Kota Belud dengan penubuhan skuad yang membawa gagasan besar yang memungkinkan tidak terpikul oleh kebanyakkan golongan muda di KB.. Saat ramai yang menganggangur, ramai yang tercicir dengan pemurniaan jiwa dan akhlak..saat ramai yang tercicir dari arus pendemokrasian pendidikan..maka satu skuad elit ditubuhkan untuk merasai denyut nadi golongan ini..? Kewajarannya mungkin dipertikaikan…



Adalah lebih baik merangka satu program untuk merapatkan penglibatan golongan muda dengan parti Umno KB terutama sayap pemuda. Kerjasama yang erat antara MP Kota Belud dan Umno KB memungkinkan melahirkan ikatan ukhuwah yang berkekalan. Seandainya Datuk Rahman tidak berada lagi di KB pada PRU 13 akan datang..setidak-tidaknya hubungan intim UMNO KB dan diri dan kepimpinannya akan membuahkan kegemilangan politik peribadi pada jangka panjang.



Satu yang harus diingat o0leh Datuk Rahman bahawa golongan muda yang celik ICT di Kota Belud termasuk menguasai maklumat ketiga..tidak sangat mementingkan keelitan itu. Inilah yang membezakan antara pemimpin pemuda Pembangkang dengan pemimpin muda UMNO. Kerana UMNO sering mempamerkan keelitan sehingga golongan sasar merasa pemimpin muda ini tidak bersama –sama dengan mereka. Golongan muda lebih melihat soal ketirisan, kebocoran,kes pencabulan amanah, soal pendapatan dan gaya hidup pemimpin yang begitu elit dan "berada" dengan hanya menceburkan diri dalam politik sekelip mata.



Kebergantungan skuad P169 ini kepada modal besar dan keelitan nampaknya tidak akan mencapai sasaran yang sepatutnya. Di mana idea dan gagasan ini berkesudahan..? hanya datuk Rahman yang mengetahuinya.

6 ulasan :

bayugunung said...

Salam,

Mitak ijin copy artikelnya..

Sniper said...
This comment has been removed by the author.
Sniper said...

Ya…..satu lagi pandangan yang perlu diberi perhatian dan….penulisan yang agak baik saya rasa…namun begitu…penulis masih agak kabur dengan penubuhan skuad yang sebenarnya bukan elit pun….dan pandangan penulis berkaitan dengan “mudah diikuti” bukan lah label yang sesuai untuk skuad ini..kerana hanya golongan remaja yang betul-betul mempunyai semangat sukarelawan sahaja yang akan minat kepada skuad ini…dan penulisan yang tidak secara emosi patut diberi pujian kepada penulis ini…
Besar sangat kah gagasan skuad ini???skuad hanyalah salah satu komponen daripada beratus komponen yang ingin menghulurkan bantuan dengan caranya sendiri…walau beribu komponen yang ada di kb belum tentu dapat menyelesaikan permasalahan rakyat yang ada di kb….namun skuad ini tampil juga untuk menyertai yang lain bagi menghulurkan bantuan kepada agensi-agensi kerajaan yang ingin menyalurkan maklumat mereka(agensi) ke peringkat akar umbi mengikut acuan skuad…seperti juga yang lain…..
Seperti juga NGO’s yang lain skuad ini juga berdiri seperti mereka yang ada semangat sukarelawan…namun mereka juga tiada link terus kepada UMNO KB…namun hasrat agensi-agensi kerajaan..insyallah akan disampaikan keperingkat akar umbi mengikut “style” yang tersendiri….namun bukan lah ia tiada link dengan UMNO KB secara terus menerus..tetapi sekiranya acuan skuad ini diterimapakai oleh UMNO KB untuk menyampaikan hasrat mereka…saya rasa skuad ini akan tampil membantu…saya rasa penulis akan faham…
Program elit yang gagal????ELIT??Elit ka??begini lah…jika kita membaca sebuah buku tu jangan lah kita ambil berat akan tajuknya…sebab tajuk buku itu tidak semestinya manggambarkan kesemua isi kandungan buku itu…akan tetapi jangan lah pula hanya bertanya kepada orang apa yang diceritakan buku itu…baca lah sendiri buku itu pasti kita akan faham dan fikiran kita akan tercerna…dan mengelakkan kita berfikiran tertutup....namun apa sekiranya akan difikirkan oleh orang bila nama Skuad ini Persatuan Dondang Sayang?????manis tu….mungkin lebih lembut..tetapi sesuai kah dengan golongan remaja yang mempunyai semangat sukarelawan??PERSATUAN DONDANG SAYANG????

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
Siapa manusia normal di muka bumi Allah ini tidak berkehendakkan masalah dan kerumitan yang dihadapainya dapat diselesaikan? dan kita tidak akan dapat memuaskan/menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh setiap orang dibawah jagaan kita kecuali bilangannya amat sedikit, keujudan skuad 169 sekurang-kurangnya dapat kita tafsirkan seperti ungkapan diatas, keprihatinan mereka dalam menjalankan tugas dan fungsi skuad ini walau pun tidak dapat memenuhi semua kehendak warga Parlimen P.169 Kota Belud, ada orang yang beranggapan sekecil hama pun pertolongan mereka akan tetap dihargai,bahasa mudahnya daripada tiada, lebih baik ada, tiada rotan akar pun berguna..pada dasarnya jgn lah UMNO Kota Belud salah mentafsir (Jika ada) skuad ini sedangkan masalah di Cawangan-Cawangan pun mereka tidak dapat selesaikan, APA MASALAH DI CAWANGAN? Tanya dan turun sendiri ke bawah bertanya dgn Ketua-Ketua Cawangan dan ahli-ahlinya, jgn tanya atau cari Pengerusi juga Setiausaha Cawangan sebabnya ada diantara Cawangan-Cawangan tersebut belum ada penjawat Pengerusi dan Setiausaha, apa tah lagi Bendahari, jgn terkejut jika semua jawatan dan kerja-kerja di Cawangan di buat oleh Ketua Cawangan ...jangan asyik mengejar tak dapat yang digendung berciciran..yang peliknya bila tiba mesyuarat bahagian baru lah sibuk turun ke kampung-kampung mendampingi akar umbi terutama ahli-ahli UMNO, kenapa UMNO dan ahli-ahlinya wujud ketika musim pemilihan saja..tepuk dada tanya lah kemahuan..berapa ramai ahli UMNO berkeahlian seumur hidup di Kota Belud, pernah UMNO bahagian Kota Belud menghargai keahlian seumur hidup mereka?apa inisetif dan galakan penambahan ahli UMNO oleh Pengerusi dan AJK Biro keahlian UMNO bahagian untuk menarik golongan muda menyertai parti keramat yang akan kiamat jika dibiarkan begitu saja, mungkin adalah usaha-usaha yang dijalankan tapi hangat-hangat tahi ayam, terhenti begitu saja, diibaratkan seperti penyapu baru, permulaan saja rajin lepas tu???.....sekurang-kurangnya idea utk mengujudkan skuad 169 ini ada misi dan visi tersendiri demi meringankan beban masyarakat di salah satu Daerah yang termiskin di Malaysia ini, kita harapkan sesiapa saja Ahli Parlimen (BN) yang akan datang agar tidak memansuhkan skuad ini, kalau dapat diberi peranan yang lebih meluas lagi dan dipertingkatkan keupayaannya, KERANA SETIAP PERMULAAN, DISITU KITA AKAN DAPAT KELEMAHANNYA,TAHNIAH buat Skuad 169 dan sekalung TAHNIAH juga SYABAS buat UMNO Bahagian Kota Belud jika dapat mengujudkan suasana harmoni dikalangan ahli akar umbi.

SoRobogh said...

..bulih saya mintak ijin limpas..

Sniper said...

test