Bukan sedikit isu yang mendasar PRK di Hulu Selangor yang dijangka berlangsung 25 April ini. Malahan ada pemerhati politik yang “bebas” dengan lantang dan berseloroh meminta PM DSN dan ketua pembangkang DSAI supaya melepaskan kerusi parlimen masing-masing untuk ‘mencalonkan’ diri di PRK Hulu Selangor ini. Bagi pemerhati yang berkecenderungan untuk melihat politik yang matang dapat dilahirkan di Negara ini..masih beranggapan bahawa PRK Hulu Selangor ini adalah petanda besar kepada peribadian politik dua tokoh penting iaitu DSN dan DSAI. Banyak sebab yang dijadikan asas kepada hipotesis awal itu. Bukan sekadar kerana mantan MP Hulu Selangor adalah mantan ahli dan pemimpin Umno yang pernah menjadi timbalan MB, dan pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam exco Selangor yang ketika itu di bawah BN. Malahan yang menariknya ialah Dr.Zainal Bertindak meninggalkan Umno pada 2005 dan menyertai PKR seklaigus memberi kemenangan kepada beliau sebagai MP Hulu Selangor dengan majority tipis 198 undi mengalahkan calon MIC Datuk G Palanivel pada PRU 2008.
Apa yang membuatkan ramai pemerhati politik melabelkan PRK Hulu sebagai PRK paling panas selepas PRU 12 ialah kerana kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang ‘kemenangan’ dalam PRK ini akan melonjakkan imej parti mereka. Sekaligus dijadikan sebagai kayu ukur kepada momentum sokongan rakyat. Malahan kata mereka PRK kali ini adalah antara peribadi DSN dan DSAI. Kalau BN menang, maka ia akan menjadi sebagai isu motivasi yang sangat besar apabila menghadapi PRU 13 akan datang.
Malahan secara politik PRK Selangor ini akan menjadi lambing kepada sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN. Bagi DSN sendiri, jika BN menang ia adalah hadian terbesar bagi beliau yang sudah genap setahun menjadi PM. Ia akan menjadi petanda sama ada, apa yang dilaungkan oleh media massa milik kerajaan bahawa rakyat sudah mula menerima gagasan penyatuan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh DSN itu ,benar berlaku atau sebaliknya. PRK hulu Selangor ini akan menjadi asas kepada kepercayaan rakyat, sama ada benar atau tidak rakyat sudah mula menunjukkan perubahan sokongan kepada DSN dan BN. Kerana itu kemenangan PRk kali ini begitu penting kepada Umno dan BN. Kerana yang berentap di gelangang kali ini,bukan MIC dan PKR, bukan juga BN dan PR..tetapi antara Umno dan PKR.. Justeru itu seperti yang dikatakan oleh A. Kadir Jasin..bahawa MIC letaklah calon terbaik mereka..sekalipun ia tidak akan mempengaruhi sokongan orang melayu kepada MIC dan BN…kerana yang paling utama ialah sejauh mana orang melayu yang merajuk kepada Umno…sejauhmana orang melayu yang meninggalkan Umno akan ‘kembali’ mempercayai gagasan dan mentality pemimpin melayu.
Ini bertepatan kerana, komposisi pengundi di Hulu Selangor menyaksikan majoritinya ialah orang melayu iaitu sebanyak 53.9 %, 26.7% adalah pengundi Cina, dan hanya 19% pengundi India. Bagaimanakah MIC akan menarik sokongan orang melayu yang berjumlah lebih 30,000 orang itu. Dan apakah juga perubahan yang didendangkan oleh Presiden baru MCA Datuki Chua Soi Lek akan menarik sokongan lebih 20,000 pengundi kaum Cina di hulu Selangor. Kerana itu kemenangan pada PRK kali ini bukan sahaja secara moralnya penting kepada Umno tetapi juga penting kepada MIC untuk mengembalikan aura politik mereka yang berguguran pada PRU 12 yang lepas. Manakala MCA juga penting ,kerana sebagai bukti bahawa Dr Soi lek adalah ‘dewa’ politik yang diturunkan untuk menyelamatkan krisis MCA yang berlarutan sekian lama itu.
Bagi PR dan khususnya PKR, mengekalkan kemenangan di Hulu Selangor adalah satu kewajipan politik untuk mengukuhkan ideniti parti mereka yang sarat dengan krisis pemimpin yang teruk apabila beberapa MP parti itu bertindak menjadi wakil bebas. Secara peribadi bagi DSAI PRK HS ini adalah benteng terakhir beliau dalam mengekalkan pengaruh PKR di mata rakyat sebelum kes liwatnya yang bakal diputuskan pada bulan ogos tahun ini. Sama ada DSAI dipenjara atau dibebaskan..sama saja kerana PRK HS ini akan menjadi momentum penting bagi PKR mendapatkan sokongan rakyat. Apatah lagi Selangor yang sudah diperintah oleh PKR sudah 2 tahun dikatakan gagal membawa pembangunan kepada rakyat negeri itu. Bahkan kata mereka lagi, PKR menumpang kepada pembangunan yang di bawa oleh BN di Selangor. Tentunya Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan dapat tidur lena dengan situasi terbaru ini.
Jika PKR dapat mengekalkan kemenangan pada PRK ini, apatah lagi dapat menambah majority kemenangan sebelumnya..maka ia akan menjadi satu isu besar yang boleh ‘diperdagangkan’ dalam PRK di Sarawak. Kerana itu PKR akan bermati-matian mempertahankan kawasan Hulu Selangor ini daripada jatuh ke tangan BN. DSN dan DSAI juga secara Roh politik terlibat sebagai pencatur kepada parti masing-masing. Mungkin ada kebenaran bahawa DSN perlu melepaskan kawasan Parlimen Pekan, begitu juga DSAI melepaskan Parlimen Permatang Pauh untuk menjadi calon di kawasan orang melayu ini dengan sedikit orang Cina dan India. Mungkin juga sebagai membutikan bahawa 1 malaysia gagasan murni DSN dan “ketuanan rakyat” gagasan DSAI sama ada benar mendapat perhatian orang melayu atau sebaliknya.
1 ulasan :
Salam KM..
lama saya tidak mengunjungi blog ini ..sebab sibuk. lagi..tapi tak apalah saya nak komen sedikit tentang isu ini..
di mana-mana prk pun yang berlawan ialah UMNO dan PKR..iaitu parti orang melayu macam juga UMNO dgn Semangat 46..dulu..
DSN dan DSAI mempunyai pengaruh yang kuat..tetapi mrk tidak akan bertanding satu lawan satu di Hulu selangor..banyak sebab, antaranya kerana merak takut pengaruh mereka kan merudum.
Saya menjangkakan PKR akan menang dgn calonnya Zaid Ibrahim..sebab pembangkang masih mendapat tempat di hati rakyat walaupun kes banyak terbengkalai..siapa pun calon Umno di Hulu selangor, selagi mIC susah utk menawan hati org melayus di sana.
Post a Comment