Friday, April 23, 2010

Mohd. hanafi Mamat : Akim Menyertai Pakatan Rakyat.



Selepas SNAPP sebuah parti dari sarawak mengambil keputusan menyertai PAKATAN RAKYAT pada 20 April yang lalu dan membuat 'ikrar' politik akan menyokong calon DAP dari PR pada PRK Sibu awal bulan Mei tahun ini. Kini PR sekali lagi menerima parti AKIM sebagai anggota gabungan mereka ,walaupun PR belum berdaftra sebagai sebuah parti politik. Ini menjadikan PR mempunyai ahli komponen sebanyak 5 buah parti. Langkah ini dilihat sebagai proses pengukuhan PR sebagai sebuah gabungan parti-parti pembangkang untuk menghadapi gelombang Biru atau BN dalam fasa PRU 13 akan datang.




Hanya yang tinggal menjadi tanda tanya dan misteri politik ialah parti SAPP dan BERSEKUTU dari Sabah yang masih 'mendiamkan ' diri . Walaupun ada desas-desus menyatakan bahawa kedua-dua parti politik SAPP dan BERSEKUTU pada dasarnya telah menyatakan persetujuan untuk merealisasikan formula 'satu lawan satu' pada PRU akan datang, namun ia belum menjadi agenda muktamad kedua-dua buah parti itu, berikutan timbul beberapa cadangan supaya kesemua kerusi ADUN di sabah diserahkan kepada pembangkang tempatan, manakala kerusi Parlimen di tandingi oleh calon PR. Idea awal ini dilihat dapat memberi tentangan dahsyat kepada BN di Sabah. Walaupun demikian hasrat menyertai PR masih menjadi misteri. Tidak ada kenyataan setakat ini yang dibuat oleh Datuk Yong Teck Lee mengenai hasrat menyertai PR. Begitu juga dengan BERSEKUTU.





Dari khabar pihak ketiga, menyatakan ada usaha kearah menyatukan kesemua parti-parti pembangkang di negara ini. Ramai yang berpendapat, idea dan perancangan DSAI selaku ketua Umum PKR ini adalah antara usaha terbesar untuk menghancurkan pertahanan BN pada PRU akan datang. Dengan penyatuan banyak parti dalam PR, akan menjadikan agenda utama merampas Putrajaya. Hasrat 16 Sept.masih belum berkubur. Malahan ketika berkempen pada PRK Hulu Selangor DSAI telah menyatakan bahawa gerakan pembangkang mewujudkan hasrat berkerajaan pada tarikh keramat mereka 16 Sept , sebenarnya hampir tercapai. Dalam ceramahnya beliau menunjukkan beberapa dokumen parti PKR yang menyenaraikan 30 orang ahli MP yang berhasrat memberikan sokongan kepada PR. Termasuk juga surat kepada DYMM Yang Dipertuan Agong untuk memohon dan memaklumkan mengenai perkara itu. Tetapi tuhan tidak mengabulkan hasrat itu, katanya lagi.





BN juga UMNO selaku parti teras dalam BN sehausnya menyedari perkara ini. Adalah sesuatu yang sangat besar, apabila hasrat menyatukan kesemua parti pembangkang di negara ini akan menjadi kenyataan. Di Sabah sendiri, antara kelemahan utamaparti-parti pembangkang tempatan ialah apabila tidak wujud kesepakatan dalam meletakkan calon ketika PRU sehingga berlaku pertembungan sesama mereka.





Apakah jika sesungguhnya PR berjaya mewujudkan pakatan parti pembangkang di Sabah dengan menyaksikan kemasukan SAPP dan BERSEKUTU akan mengheret BN Sabah dalam kancah pertarungan yang hebat pada PRU 13 yang dijangka berlaku lebih awal daripada waktu yang sepatutnya.Terpulang kepada BN dan PR bagaimana strategi menarik sokongan dari rakyat terutama di Sabah. Apa yang pasti isu royaliti, isu siapa Ketua Menteri, Isu PATI dan isu 20 perkara adalah antara 'umpan ' PKR terhadap rakyat Sabah. BN pula apa ?

13 ulasan :

Kota Belud Ku said...

Jika PKR berjaya menyatukan parti-parti pembangkang di Sarawak dan sabah..saya nampak satu perubahan besar sedang berlaku terutama dlm soal-soal keppembangkangan di dua buah negeri ini.

Di Sarawak keputusan selama ini dibuat oleh kerajaan negeri tanpa yes men dri KL..kalau PKR berjaya menguasai Sarawk..kedaan ini berubah..

di Sabah juga begitu selama ini keputusan dibuat dgn merujuk KL kalau PKR menguasai Sabah..kedaaan ini akan berterusan namun umngkin ada seddikit perubahan..

watasikadi said...

kalo masuk PR jadi muslihat..kalo masuk BN bukan muslihat? Zahrain,zulkifli dan lain2 keluar PR : Apa muslihat BN? sekali tengok zahrain pulak hampir-hampir menyebabkan beberapa MP sabah benar2 keluar BN..DSSK terpaksa di ambil menggunakan jet PM (Malaysia jet) di KK untuk memujuk YB Datuk Ghafur Salleh yang benar2 mahu keluar BN.. napa ndak ambik DHMJ Jak pujuk dorang? kan DHMJ dikatakan lebih hebat dari DSSK? kakakaka

dave said...

Parti2 pembangkang masing2 mempunyai agenda & kepentingan sendiri...mereka pasti ingin meletakkan calon dari parti mereka sendiri untuk diletakkan di tempat atau kerusi tertentu apabila PRU diadakan nnt...so persoalan sama ada Parti2 pembangkang boleh bertolak ansur diantara satu sama lain, terutamanya di sabah adalah satu persoalan yg menarik untuk dilihat nnt...

Paquin said...

soal politik ni kan, susah sangat mahu diramal.. apap2 pun boleh jadi.. hhmmmm....

Paquin said...

Betul tu dave:)
Tunggu dan lihat sajalah apa kejadiannya nanti.

BELUM PENDEKAR said...

Salam Kelapa Mawar,

1. Pada pandangan saya, Berapa banyakpun parti-parti kecil di semenanjung yang menyertai Pembangkang, ianya tidak akan mengguggat kedudukan BN di sabah dan sarawak. Lainlah kalau BN memang sengaja mengambil tindakan "membunuh diri" dengan tidak berbuat sesuatu.

2. Saya mengatakan demikian kerana, asas perjuangan politik bagi orang-orang Sabah dan Sarawak adalah untuk "pembangunan" serta "kemajuan". Orang Sabah dan Sarawak rata-ratanya tidak heran dengan politik pembohongan, fitnah dan simpati yang ditiupkan oleh sesetengah pihak. Perkiraannya mudah, andai BN yang bertunjangkan parti UMNO yang berasal dari semenanjung di dakwa gagal dalam memabawa pembangunan dan kemajuan ke sabah dan sarawak, maka apa bezanya dengan Pakatan Rakyat. Apakah jaminan bahawa kesungguhan mereka untuk memperjuangkan nasib rakyat kedua-dua negeri ini melebihi pemimpin-pemimpin BN?. Bukankah lebih mudah dan lojik untuk menyimpulkan bahawa PKR juga sama? Jika itu hakikatnya, maka untuk apa rakyat sabah dan sarawak menyokong PKR? Kalau BN mereka dakwa tidak mampu membawa apa-apa selepas 50 tahun merdeka, maka saya optimis PKR juga tidak akan berupaya membawa perkara yang mereka janjikan kepada kedua-dua negeri ini. Jelas, Anwar bukanlah tokoh seperti Tun Mahathir yang boleh diharap membawa kemajuan kerana kepintaranya. Bahkan barangkali tidak salah kalau saya katakan bahawa PKR hanya berniat untuk mempergula-gulakan rakyat kedua-dua negeri ini untuk kepentingan politik mereka.

3. Barangkali mereka lupa bahawa, sentimen politik rakyat sabah dan sarawak berbeza dengan mereka di semenanjung. Yakinlah bahawa rakyat negeri ini tidak mudah terpedaya dengan fitnah dan isu murahan yang dijadikan sebagai isu seperti Satu Malaysia dan sebagainya. Begitu juga isu ISA, Kehakiman dan sebagainya. Rakyat sabah dan sarawak tidak peduli dengan Satu Malaysia yang dikatakan ditiru dari Israel kerana Parti Pas juga menggunakan konsep yang sama dari Israel iaitu "PAS untuk Semua" berbanding "Israel Untuk Semua", tambahan pula, orang yang berapi-api membangkitkan bahawa Kerajaan Malaysia kononnya telah bersekongkol dengan Israel adalah orang yang sama yang diketahui umum lebih ramai kawan Israel nya.
Peduli apa orang sabah dan sarawak dengan isu ISA kerana kami tidak pernah menghasut orang lain atau melakukan perkara-perkara yang mengancam keselamatan negara. Hanya mereka yang suka membuat salah akan merasa takut dengan ISA ini.

4. Maka, hasrat PKR untuk ingin kelihatan lebih "besar dan gagah" dengan kemasukan SNAP dan AKIM hanya sia-sia dalam konteks sabah dan sarawak.

bayugunung said...
This comment has been removed by the author.
bayugunung said...

Salam,

PAS 4 All adalah versi kpd Islam rahmat sekalian alam. Mengaitkan PAS 4 All dan Izrail 4 all perlu diteliti dari sumbernya. PAS 4 all terbit dari dlm n bukan pengaruh dari luar utk memenuhi tuntutan Islam sesuai utk semua bangsa dan peringkat.


Sekretaria Pemuda Pakatan Rakyat (SEPAKAT) telah membuat laporan polis isu kerajaan M'sia - APCO. Isu ini ada bukti konkrit dan di akui sendiri oleh Nazri Aziz.Sila bawa pemuda umno kalau betul ada hubungan konkrit anuar-izrael.isu ini bukan isu pukul rata atau isu atas angin.

Putera Orange said...

KAlau rakyat malaysia timur nak kan pembaharuan kamu semua wajib menyokong pembangkang. tidak kira lah bawa pembagunan ke tidak. selama 50 thn bn pegang malaysia timur, ape yg bn lakukan. jadi cuba buat pembaharuan dengan menyokong pakatan rakyat. anda mampu mengubahnya..

pendekarwati said...

Salam Saudara Belum Pendekar,

Saya bersetuju dengan pandangan saudara. Penduduk di Sabah & Sarawak mahukan pembangunan dan kemajuan.

Isu - isu selain daripada pembangunan dan kemajuan bukan menjadi tumpuan rakyat kami.

Jika benar Pakatan Rakyat bolehlah menyatukan semua parti - parti kecil untuk menjadi pembangkang ndi Sabah& Sarawak... Ia akan menjadi satu pencapaian yang HEBATLAH untuk DSAI...

Saya berkata demikian kerana, parti sendiri, sudah susah nak dijaga... pakatan 3 parti sedia ada pun sudah tidak sehaluan... Apa lagi kalau parti - part kecil di Sabah dan sarawak....

Saya rasa, kalaulah hendaklah mengalahkan BN di Sabah dan Sarawak... Pembangkang kena original... iaitu yang sememangnya keturunan dari Borneo.. yang membawa isu - isu sejati untuk Orang Borneo...

BELUM PENDEKAR said...

Saudara Putera Orange,

1. Jawapan saya kepada saranan saudara ada dalam perenggan 2 ulasan pertama saya iaitu "...Kalau BN mereka dakwa tidak mampu membawa apa-apa selepas 50 tahun merdeka, maka saya optimis PKR juga tidak akan berupaya membawa perkara yang mereka janjikan kepada kedua-dua negeri ini".

2. Banyak persoalan yang dibawa atau dijanjikan oleh PKR nampaknya terlalu longgar untuk diterima secara lojik. Hanya mereka yang tidak mahu melihat dengan "mata hati" yang terpikat dengan janji kosong sedemikian. Yang hairannya, walaupun telah beberapa kali ditipu, penyokong PKR di Malaysia Barat masih tetap percaya tanpa berfikir akan kenyataan yang sebenarnya. Peristiwa 16 september 2009 misalnya adalah pembohongan yang jelas. Begitu juga pengakuan Zulkifli Nordin mengenai pembabitan PM dan Isteri dalam kes tertentu. Malangnya, orang-orang ini tetap tidak mahu menerima kenyataan.

3. "PKR mampu mengubahnya?"... hahahahahahahahah kenyataan yang paling lawak pernah saya dengar... Maaflah saudara, kami di Malaysia Timur tidak sebodoh yang di sangkakan. Jadi, jangan fikir kami boleh dibohongi dengan kata-kata yang sedemikian dangkal.

4. Saya setuju dengan pandangan Pendekarwati, kalaupun ditaksirkan bahawa pada suatu masa nanti Malaysia Timur tidak lagi menyokong BN, PKR bukanlah pilihan kami sebagai pengganti. Kami ada pilihan lain yang lebih baik untuk kepentingan kami di Malaysia Timur ini. Saya sudah jelaskan, kalau BN gagal, maka apa bezanya dengan PKR yang juga dari semenanjung?. Jangan fikir hanya pemimpin dari semenanjung yang pandai mentadbir. Pemimpin kami di Sabah dan Sarawak juga mempunyai kebolehan yang sama bahkan barangkali lebih baik lagi.

5. Kalau terpaksa, lebih baik kami membentuk pakatan parti yang dianggotai oleh parti dari Sabah dan Sarawak sahaja agar kami tidak lagi perlu merujuk apa-apa perkara tertentu ke Kuala Lumpur seperti sekarang dan kami dapat menentukan masa depan serta nasib kami sepenuhnya.

Wassalam.

pendekarwati said...

Hidup One BORNEO!!

Kris Jr said...

Setiap parti ada muslihat tersendiri. Pgundi perlu bijak menilai