Mana-manapun tamadun di dunia ini, baik ketamadunan yang diasaskan oleh keutuhan dan penguasaan politik yang strategik, atau penguasaan kepada perekonomi, atau juga ketinggian pemoralan dan pengakhlakan masyarakatnya, pasti akan melalui apa yang dinamakan sebagai keruntuhan, kemusnahan dan kemerosotan. Sama ada keruntuhan itu disebabkan oleh kerana pewarisan kepimpinan yang lemah sehingga berlaku pengabaian kebajikan rakyat, atau juga kerana apa yang dipanggil sebagai 'kebangkitan' rakyat atau "people power" manifestasi dari rasa ketidakpuasan hati juga penindasan secara diam oleh golongan pemerintah atau pengabaian tanggungjawab oleh pemimpin.
Di Sabah isu demostrasi atau tunjuk perasaan secara aman lantaran kerana dasar dan program kendalaian parti pemerintah tidak sehaluan dengan kehendak rakyat jarang kita dengar. bah kan biasanya kalau ada pun ketidakpuasan hati rakyat, langkah 'mendiamkan' diri adalah satu langkah 'selamat'. Ada juga yang begitu 'berani' mempertikai , malahan membawa isu ketidakpuasan hati mereka itu ke mahkamah untuk diadili. Misalnya isu 'rampasan' tanah oleh peneroka tanah milik kerajaan. walaupun isu ini sudah difailkan namun hingga kini tidak ada kata putus yang boleh digunakan untuk mengadili isu itu. Biasanya bila rakyat berkelompok menghadapi pihak pemerintah, maka suara mereka tenggelam oleh kuasa yang dimiliki oleh pemerintah.
Di Kota Belud, seingat saya sejak kepimpinan di daerah ini silih berganti seawal Allahyarham Tun Mustapha..kita tidak pernah disajikan dengan isu "pemberontakan' terhadap dasar dan program pemimpin ataupun pemerintah. Biasanya rakyat ibarat mentimun, menggelek pun luka digelek pun luka. kalau ada kebangkitanpun..biasanya musnah oleh kekebalan kuasa politik yang maha dahsyat. Maka itu saya tidak heran jika, banyak program kerajaan di daerah ini menimbulkan polemik senyap kepada masayarakat daerah Kota Belud. Ada yang pro dan ada yang kontra.
Namun sejak sebegitu ramai golongan berpendidikan di kota belud, senario kesenyapan ini mula berubah. Rakyat dan golongan muda yang mula mendominasi secara perlahan tetapi akan berlaku keatas jumlah sebahagian besar pengundi berdaftar di Kota belud, sudah ada suara-suara memprotes dan menuntut supaya pihak pemimpin menunaikan janji mereka bahkan ada yang berani mempertikaikan segala bentuk projek pembangunan yang disifatkan oleh mereka mencetuskan kedaifan dan kemiskinan.
kalau sebelum ini, di daerah Kota belud begitu panas mengenai isu pembinaan jalan raya Bypass Kudat-Kota belud yang dikatakan kerana mendatangkan malapetaka kepada penduduk yang ramainya adalah golongan petani, sehingga berlaku protes secara aman dan sudah dikeudarakan di dada-dada akhbar termasuk Berita harian dan juga di wajah-wajah blog para blogger Kota belud, kini malapetaka banjir yang telah merungikan Petani beberapa bulan yang lepas juga telah menimbulkan polemik kepada rakyat.
Perkampungan yang terlibat sekitar kg taun Gusi, jawi-jawi dan Kotabungan serta Tawadakan telah dilaporkan mengalami kerugian serius kepada tanaman ruji mereka itu padi. apa yang tidak menjadi ketiadapuasan hati rakyat di perkampungan ini ialah bila isu pampasan dan bantuan yang dijanjikan oleh para pemimpin teruatam Datuk rahman dahlan, dan datuk Musbah Jamli tidak kesampaian. Rakyat mula bangun menyatakan tuntutan mereka. Apakah senario ini akan menjadi trend di Kota Belud pada jangka dasarwarsa akan datang?
Tan sri Muhyiddin yassin, Timbalan Perdana Menteri, mengingatkan supaya pemimpin turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat, nampakanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. ramai pemimpin di Kota belud ini termasuk beberapa 'mantan' pemimpin yang lebih senang berseloka dan bergurindam dengan kata-kata manis mereka di dunia cyber.
Pernahkah kita membaca di blog atau di FCB Datuk Salleh Tun Said yang memperkatakan bagaimana harus menyelesaikan masalah bekalan air di daerah ini? Atau pernahkah kita membaca di Blog atau FCB Tan Sri pandikar yang mengupas persaoalan dan permasalahan rakyat di kOta belud mengenai kesesakan dan keperluan mengatasi masalah itu? Pernahkah kita membaca di Blog Datuk japlin Akim memperkatakan masalah dan cara menangani di kawasan Usukan? Atau barangkali kita pernah melihat Datuk Musbah Jamli turun padang ketika banjir dan berjanji untuk memberikan bantuan tetai hingga kini tidak kesampaian? dan Datuk rahman dahlan yang ketika banjir menaiki helikopter mengelilingi kawasan yang ditimpa bencana kemudiannya membawa Datuk Musa Aman ke Kota belud dan memberikan bantuan alah kadar..selepas itu senyap begitu sahaja. Atau bagaimana pula dengan wakil rakyat Kedamaian yang langsung tidak terdengar suaranya? Justeru itu saya tidak heran kalau kebangkitan rakyat di kota belud ini berterusan selagai keperluan dan hak rakyat tidak ditunaikan.
46 ulasan :
SALAM KELAPA MAWAR
sdr antara blog KB yang aktif..tahniah..!
penduduk di kota belud jauh sekali mengamalkan budaya "demontrasi" di tengah-tengah jalan atau pun bangunan2 kerajaan bagi menarik perhatian pemimpin2. ini menunjuk kan penduduk di situ telah hilang sabar dengan perangai pemimpin yang tidak sudah-sudah sengaja mengabaikan janji dan tanggungjawab terhadap rakyat di bawah pimpinan nya. jika tidak mampu melayan kehendak penduduk, jangan bercita-cita menjadi pemimpin. memang tiada seorang pemimpin yang akan menunaikan kehendak rakyat nya, tetapi sekurang-kurang nya adalah jalan dan kaedah lain untuk menyelesaikan nya.
saya tidak mengatakan pemimpin tertentu, sdr semua boleh menilai sendiri perangai dan tabiat mereka memimpin. saya mengikut perkembangan politik tanah air, juga isu berbangkit di kota belud. bagi saya, adalah tidak releven kepada pemimpin yang ada untuk berdiam diri jika rakyat teriak bersuara memohon bantuan, siapa rakyat kepada pemimpin? dan siapa pemimpin kepada rakyat?. jika di bandingkan dgn di semanjung malaysia, pemimpin seperti ini sudah di leparkan dengan kata-kata busuk. tapi saya sudah kata kan tadi, penduduk di sini masih mengamalkan budaya "hormat" dan "patuh" kepada pemimpin.
bintik bintik demonstrasi mula timbul di kota belud. sebelum ini kita tdk pernah mendengar penduduk merunggut sampai berhimpun seperti ini sebagai tanda protes kepada kelalaian pemimpin. fikirkan demi bangsa kita.
Ada kemungkinan juga.... Tapi apa yang penting ianya tidak menyebabkan mana2 kekacauan dan ketidak puasan hati pelbagai pihak.
permasalahan rakyat perlulah diambil berat oleh golongan pemimpin. pemimpin yang berusaha untuk membantu rakyat pasti akan dihormati oleh rakyat.
Timbalan Perdana Menteri, mengingatkan supaya pemimpin turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat. nasihat TPM itu perlulah diikuti kerana ianya adalah untuk kebaikan semua pihak.
pemimpin perlu tahu dgn keadaan rkyat, masalah yang dihadapi rkyat perlu diselesaikan, jika pemimpin megabaikan rkyat, sokongan rakyat boleh berbelah bagi.
Pemimpin harus melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap penduduk. Segala janji2x harus ditunaikan. Pemimpin mestilah mengamal program turun padang untuk mendekati penduduk dan mengetahui masalah mereka. Pemimpin harus mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. Jangan kecewakan mereka.
program turun padang perlu dilakukan bagi mendekatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.
Waah Kota Belud ni byk betul ahli politik ya...
Golongan2 yg politically conscious pun byk jg...sekadar membuat kesimpulan berdasarkan jumlah bloggers dr Kota Belud yg sangat aktif...
berkembangan yg baik, teruskan usaha kamu..
Memang betul kata TPM itu, pemimpin haruslah turun padang untuk memyelesaikan masalah dan melihat apa kekurangan ditempat tersebut. Jangan hanya pentingkan diri sendiri.
Jangan samapi rakya memberontak, itu kita tidak inginkan berlaku. Oleh itu tolong dan bantulah rakyat yang memerlukan pertolongan itu.
bukan semua pemimpin di Kota Belud negatif spt yg terlintas di fikiran para blogger...namun begitu ada juga blogger yg cakap tak serupa bikin...hari ini menyanjungi pemimpin namun lain hari mencipta provokasi demi memantapkan penulisan dan isu-isu yang tidak relevan...para blogger patut mempunyai fikiran yg boleh membina minda rakyat bukannya meracuninya...kalau semua pemimpin di Kota Belud negatif...lucutkan saja mereka semua...kita lantik dikalangan rakyat...kita sendiri akan tahu apa akan jadinya politik di Kota Belud dan pembangunan di Kota Belud...
Salam,
1. Saya tertarik dengan solon KM mengenai pernahkah kita Melihat dalam lam an FB DSSK Dan TSPA mereka membicarakan bagaimana mengatasi masalah air dsb.
2. Saya mengatakan saya tartaric kerana sepanjang ingatan saya, pihak-pihak yang kuat atau lantang mengkritik tsbt juga tidak pernah memberikan cadangan bagaimana masalah berkenaan atau apa-apa juga masalah yang dihadapi yang kononnya mereka anggap sebagai berpunca daripada kelemahan pemimpin terdahulu. Kalau itulah amalannya, maka jelaslah kepada semua bahawa "bercakap atau mengkritik" memang mudah. Tetapi, untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik, belum tentu lagi.
3. Setakat bercakap, burung pun pandai bercakap...
4. Begitu juga, kalau sebum ini paparan mengenai kegagalan DSSK Dan TSPA ditonjolkan, tetapi Allah mama kuasa, paparan berikutnya mengenai semua pemimpin yang pernah menjadi wakil rakyat usukan mengikut penulisan berkenaan membuktikan bahawa semua pemimpin gagal memajukan usukan. Persoalan saya kenapa? Kalau TSPA Dan DSSK dikatakan hanya mementingkan diri sendiri, bagaimana pula dengan Tun Mustapha, japlin Dan tun Said?... Kenapa sebum ini dikatakan bahawa Tun Mustapha Dikatakan oleh penulis ttu sebagai bapa pembangunan Sabah? Beliau juga pernah menjadi ketua menteri, kenapa usukan masih mundur?
4. Maka, masih relevenkah isu bahawa TSPA dan DSSK kononnya tidak sulu bangs Dan kawasan mereka? Atau ini membuktikan bahawa pihak berkenaan beragenda?
5. Saya serahkan kepada sdra sekelian untuk menilainya secara rational.
Salam dari
BELUM PENDEKAR
AGAK2NYA ADA KA ORG D SEBALIK MEREKA2 YANG ANGKAT MANILA KAD TU AR?
Kadang kala orang yang dah lama bersabar pasti akan meletup juga amarahnya.. So, ketidakpuasan hati rakyat haruslah diambil kira :)
Betul Samm. Nasihat TPM tu patut dituruti. Jangan abaikan kerana ia pasti mengundang kemarahan ramai pihak.
Ya supra. Malah jika rakyat terus diabaikan tidak mustahil rakyat akan hilang kepercayaan terhadap pemimpin.
Semoga para pemimpin melakukan sesuatu dalam kadar segera bagi menanggani isu sebegini terus berlaku. Laksanakan t/jawab sebagai pemimpin sebaik mungkin bagi mengelakkan ketidakpuasan hati timbul!
Apapun, saya doakan semuanya berada dalam keadaan baik :)
Salam KM,
Kebangkitan rakyat di Sabah akan bermula jika ada anasir-anasir jahat yg akan meracuni pemikiran rakyat di serata Negeri Sabah...tetapi mentaliti rakyat Sabah masih boleh memikirkan baik dan burok jika berlaku revolusi dalam apa bentuk pun.
Kita fokas dgn Kota Belud tentang berbagai masalah rakyat yg masih KIV..air, eletrik, bantuan bencana alam,jalan raya, pertanian, kesesakan kenderaan khusus di kwsn pekan, nelayan, petani, pengangguran, dan pengagihan projek-projek kecil kerajaan..semua permasalahan yg tersenarai adalah disebabkan percaturan kehidupan harian penduduk Kota Belud, kita telah berhadapan dgn segala permasalahan ini bukannya baru, sejak tahun 70an lagi kita telah bergelombang dan berdepan dgn gejala ini, kenapa ianya tidak dapat diatasi atau sekurang-kurangnya mengurangkan masalah tersebut, malahan ianya bertambah rumit untuk diselesaikan.
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Kota Belud khasnya hendaklah mengubah cara berfikir dan berikhtiar secara kolektif agar kesemua permasalahan ini dapat dikurangkan, yg paling utama BERSATU utk menyatakan hasrat kepada pemimpin setempat, jika pemimpin tersebut hendak ditukar maka kita harus bersatu dalam pilihanraya utk menolak kepimpinan beliau yg kita rasa masih berada ditokok yg lama, setidak-tidaknya pemimpin yang baru akan menyedari hakikat sebenar yg dihadapi oleh penduduk Kota Belud..wallahwallammbissawab.
1 SALAM KM.SAYA AMAT TERTARIK BILA MEMBACA BLOG SAUDARA BEBERPA BULAN YANG LALU.LANTAS ITU SAYA CUBA MEMBERI KOMEN DAN MENCETUSKAN PENIKIRAN DALAM BLOG SAUDARA.CETUSAN IDEA DAN KOMEN2 SAUADARA AMAT SAYA KAGUM SERTA GAYA PENULISAN YANG AWALNYA TIDAK MEMIHAK KEPADA MANA2 PUN PEMIMPIN.
2. WALAUPUN ADA KALANYA KOMEN SAUDARA TERHADAP PEMIMPIN POLITIK DI KB KHUSUS DSSK DAN TPA ADA LOGIK DAN RASIONALNYA BERDASARKAN FAKTA YANG DUIKEMUKAKAN DEMI UNTUK MEBINA DAN SEKURANGNYA MENYEDARKAN MEREKA.
3. SAYA PERNAH MENGATAKAN DI SINI DSSK DAN TPA ADALAH MANAUSIAN BIASA JUGA SEPERTI KITA.ADA KEKUATAN DAN ADA KELEMAHAN TERSENDIRI.BEGITU JUGA BILA KITA PERGI JAUH PM ATAU SIAPA JUGA MANUSIA TAK MEGIRA DIA PEMIMPIN,PEJAWAT AWAM,AHLI KOPRAT MEREKW JUGA MANUSIA BIASA.
4. BAGAIMANA PUN,SEJAK2 AKHIR INI SAYA SEPANDAPAT DENGAN SAUDARA BP DIMANA BEBERAPA ARTIKEL SUADARA DI SINI AGAK PELIK DAN BILA DIANALISIS SEDALAM-DALAMNYA SAUDARA MEMPUNYAI AGENDA TERSENDIRI UNTUK MENANAMKAN BIBIT KEBENCIAN MASYARAKAT KOTA BELUD KEPADA DSSK DAN TPA DAN SETERUSNYA INGIN MELIHAT RAKYAT DI DAERAH TUAN SENDIRI TIDAK BERSATU DAN INGIN MELIHAT MEREKA BERPECAHBELAH DAN SETERUSNYA MEMBENCI PEMIMPIN2 INI.APA SEBAGAI SEORANG YANG INTELECTUAL DAN MENGANGGAP DIRINYA SEBAGAI PROFESSIONAL MEMPUNYAI MINDA YANG SEMPIT DAN TIDAK BERPANDANGAN JAUH.MUNGKIN KECUALI SAUADARA KM PERLU DIKECEWAKAN OLEH MEREKA ATAU MEMANG SENGAJA MEMBUNUH KARIER POLITIK MEREKA SECARA HALUS.
5. KITA HARUS FAHAM KEDUA PEMIMPIN INI TELAH MEBINA JARINGAN MEREKA DI MANA JUGA DI MALAYSIA INI.KETOKOHAN MEREKA SUDAH TERBUKTI.JASA,BAKTI DAN PENGORBANAN MEREKA DALAM ARUS PEMBANGUNAN KB TIADA YANG BOLEH MENAFIKAN.KITA HARUS MENGERTI "NET WORKING" ATAU JARINGAN AMAT PENTING DAN MEMUDAHKAN SESUATU URUSAN KITA.JIKA ESOK PEMIMPIN BAHARU SEBAGAI PENGGANTI SUDAH PASTI ORANG LUAR DI SANA (NEGERI DAN PERSEKUTUAAN)YANG ADA KUASA AKAN MENGAMBIL MASA UNTUK MENILIAI DAN MELETAKKAN KEPERACYAAN
KEPADA YANG BAHARU.
6. SAUDARA KM,
SEDARILAH SAUDARAKU....SUATAU MASANYA DSSK DAN TPA AKAN BERSARA DARI ARENA POLITIK INI.KEPIMPINAN MEREKA MASA KINI MASIH DIPERLUKAN.KITA SEPATUTNYA BELAJAR DAN BERGURU DARI MEREKA TENTANG ILMU POLITIK MELALUI PENGALAMAN MEREKA.ADALAH RUGI BAGI MEREKA YANG SUKA DAN MINAT DALAM POLITIK TETAPI MENJAUHIKAN DIRI DARI DSSK DAN TPA.
MAAF SAUDARA KM JIKA KOMEN SAYA KALI INI MENGURIS HATI SAUDARA.TAPI SAYA IKHLAS SAUDARA INGIN MELETAKAN BLOG SAUDARA RANGKING NO.1 DI KB,SABAH DAN MALAYSIA.
SALAM HORMAT DAN PERPADUAN.
Walaubagaimanapun, harap keamanan dan kesejahteraan rakyat Sabah akan senantiasa terpelihara.
Salam sdra Observer,
1. Saya meneliti komen sdra. Dan, saya bersetuju bahawa tulisan KM "diagendakan" terutamanya terhadap DSSK dan TSPA walaupun adakalanya beliau menyentuh juga pemimpin lain seperti DMJ, DARD, DJA, DTL dan sebagainya. Pun demikian, apa yang beliau utarakan mengenai pemimpin-pemimpin lain selain DSSK dan TSPA pada saya tidak lebih daripada usaha mengaburi mata pembaca agar "agenda" sebenar beliau dan "rakan" beliau tidak kelihatan jelas.
2. Saya percaya bahawa antara kalangan pemimpin di KB, DSSK dan TSPA mempunyai kelasnya yang tersendiri. Pun demikian, mengambilkira bahawa semua pemimpin juga seolah-olah "tidak betul" pada kaca mata KM, saya tertanya-tanya, siapa lagi agaknya yang layak untuk menjadi pemimpin di KB ini?..
3. Teringat saya kepada gurauan seorang kana lama saya mengenai seseorang di kampung beliau. Rakan saya tersebut menceritakan bahawa sipolan ini semasa bersembang di suatu petang memberitahu semua yang lain bahawa Ketua Kampung sediada tidak layak menjadi Ketua Kampung. Lalu, rakan-rakannya yang lain bertanya kepada sipolan ini akan adakah sianu layak? jawapan sipolan tidak. Dan, setelah hampir semua orang dikampung tersebut telah disebut secara satu persatu kecuali nama sipolan, sipolan tetap menjawab "TIDAK LAYAK". Maka, jelaslah kepada rakan-rakannya bahawa sebenarnya sipolan ini yang teringin sangat menjadi Ketua Kampung.
4. Fikir-fikirkanlah...
Pemimpin perlu sentiasa ingat tanpa rakyat yang menyokong mereka, takkan mereka boleh berada di mana mereka sekarang.
mungkin keadaannya lebih baik jika pemimpin atasan mengambil tindakan tegas kepada pemimpin2 yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.
atau mungkin jika media di Sabah sama aktifnya dengan media di semenanjung, pasti pemimpin2 di setiap kawasan terdesak untuk bergerak melaksanakan tanggungjawab masing2.
salam KM,
bilamana isu kebangkitan ini dibangkitkan saya pun ras teruja membacanya. untuk suatu demo yang mahu diberi perhatian haruslah satu demo yang memerlukan perancangan yang teliti dan bakal memberi impak positif pada rakyat yang teraniaya. jika hanya membuat demo yang tidak kemana dan dipandang enteng sahaja oleh pemimpin BN yang kononnya juara rakyat yang juga terus disokong oleh rakyat KB tapi bukan saya, demo itu takkan memberi kesan. seharusnya ada langkah membawa KARAM singh walia secara tersusun dan agak senyap supaya tiada penghalang politik terutamanya. jika sudah terpampang di buletin utama atau aduan rakyat, dalam masa seminggu tidak mustahil masalah ini selesai tak perlu pun ke mahkamah. dalam keadaan menghampiri PRU13 ini dan parti pemerintah tampak terlalu terdesak permintaan rakyat teraniaya ini bakal diselesaikan dan itu turut bakal jadi gula2 politik...hahaha.. amun aku pesut tigad ku betisku..
kepada kakanda observer dan BP, saya sudah lama melihat perkara tersebut dan saya percaya saudara BP sudah sekian lama mendapat tahu cara dan style penulisan KM, saya pun dulu macam observer, namun perut yang buncit takkan dapat disorok dalam baju sempit... diluar durian nampak tajam namun orang tetap kenal bijinya, selaput putih menyelimuti koko orang tahu bijinya yang dijemur, kg kelumpang terkenal dipitas, orang tahu mesti mati karan paling kurang 3kali sehari..hahahamau tapuk mana lagi...
Assalamuwalikum anakanda KM..
1.saya mengikuti setiap inci penulisan di blog ini. Seperti yg saya katakan dulu..hanya isu yg menarik yg akan saya ulas..selebihnya saya banyak tersenyum dan cuba melupakannya..
2.Namun sebagai org Kb saya bterima kasih atas pendedahan demi pendedahan yg dibuat oleh KM..biarpun ada rakan kita yg sangat sangsi kerana KM menulis 'beregenda"...betulkah? atau barangkali khayaln mrk saja.
3. Apa yang saya hairan ialah mrk ini terutama kekanda BP asyik mempertikaikan kredibiliti penulisan KM...kononnya beragenda utk menjatuhkan TSP dan SSK..saya rasa itu benar..(harap KM dpt berikan penjelasan)
4. Apa yg diutarakan mengenai tajuk ini adalah benar iaitu org KB sudah mula tunjuk perasaan secara aman..(kenapa isu ini yg tdk diulas oleh BP dan sekutunya)
5. Saya rasa ada benar juga sprti yg didakwa oleh KM mengenai Blog pemimpin KB dan FCB mrk..selama saya mengikuti nya..saya tdk pernah terbaca mengenai masalah org KB dan cara mengatasinya...dulu ada Datuk Rahman kasi kluar mgenai masalah bekalan air...
6. Saya mohon maaf banyak2 kp pemimpin di KB sabab myokong idea anakanada KM ini..tapi itu benar?
7. cuba kekanda BP dan sekutu layari blog TSP. SSK, DJA, DHMJ, DARD dan kemudian baca paparan mrk..apakah yg disuarakan oleh KM itu bukan benar?
8. Janganlah kita curiga dgn kbenaran...buktikan dulu..
9. teruskan anakanda KM...saya restui idea ini..
Salam dari ayahanda
Datu Kabogatan Kinabungan
Datu Pitung..
1.kita dari keturunan yg sama sb bgelar "datu" hahahahha
2. saya bersetuju dgn ieda ulasan anakanada itu..kita ramai pemimpin yg suka berdiam diri...
3. ada yg cakap demontrasi itu di dorong oleh pihak lain..saya tdk percaya benda itu sbb rakyat sekarang ni sdh tau hak mereka..
4. ada kemungkinan kebimbangan anakanada Km ini boleh menjadi trend kp org KB...
salam hormat anakanda datu Pitung..
anakanda Rojokobog..
1. saya setuju dgn idea anakanda bahawa org KB juga mesti berubah...jangan terlalu mengharap kp pemimpin dn kerajaansampai mau di suap sahaja..
2. saya juga setuju supaya org KB berubah memberikan sokongan membuti tuli kp pemimpin tertentu...kalau tdk memberikan apa-apa pembangunan dn keselesaan hidup ketepikan mereka sahaja..undi rosak atau undi org lain..ubah pemikiran itu jgn mudah dibeli oleh RM 50..
salam hormat Rojokobog
anakanada Watasikadi
As educated youths, relative should open up mind see issue that talked about...what the issue true or not? what important is leader get change in order to meet will of the people..
SALAM DK,
what most important is the problem of people must solve efficiently not about who lead because i see leader nowadays not true leaders but only leaders for their periuk nasi..
1. KEWARASAN DAN KEBIJAKSANAA MENILAI SESUATU BERDASARKAN LOGIK DAN RASIONAL BUKAN KERANA DIPENGARUHI OLEH PERASAAN MARAH DAN BENCI ADALAT SATU PENILAIAN YANG TEPAT.
2. ADAKAH GAMBAR BEBERAPA ORANG BERDIRI DENGAN MENGANGKAT MANILA KAD YANG BERTULIS BERUPA BANTAHAN DAN TIDAK KEPUASAN HATI DAN KEMUDIAN DIAMBIL GAMBAR DAN DIUAR-UARKAN SEBAGAI SATU DEMONTRASI YANG BENAR-BENAR IKHLAS ATAU SEKADAR MANJADIKANNYA BAHAN UNTUK MEMBURUK-BURUKKAN SESEORANG.
3. JIKA BEGITU SESIAPA PUN BOLEH BUAT DAN MENGARAH BEBERAPA ORANG DENGAN MENULIS SESUATU BANTAHAN DI ATAS MANILA KAD UNTUK SESIAPA PUN PEMIMPIN2 POLITIK ATAU SESIAPA PUN KEMUDIAN GAMBAR ITU DIPUTAR BELITKAN UNTUK SESUATU AGENDA TERSENDIRI.
4. BILAKAN RASA BENCI DAN CEMBURU MENGUASAI JIWA DAN PEMIKIRAN SESEORANG YANG SEMPIT MAKA APA JUGA TINDAKANNYA DAN CETUS PEMIKIRANNYA PASTI TIDAK ADALAGI NILAI LOGIK DAN RASIONALNYA.
5. RASA KECEWA PERLU KITA HINDARI DARI.JIKA PERASAAN KECEWA ITU KITA TURUTI PASTI AKAN MEROSAKKAN DIRI KITA SENDIRI.LIHATLAH GOLONGAN ORANG2 YANG KECEWA DALAM POLITIK.SESEORANG YANG MUDAH KECEWA SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA DEMI UNTU KEPENTIGAN DIRINYA SENDIRI.
6. MASYARAKAT KB PERLU MEMPUNYAI PEMIMPIN2 PELAPIS DALAM SEMUA BIDANG APA LAGI DALAM BIDANG POLITIK.GENERASI PEMIMPIN POLITIK BAHARU KB ATAU YANG MAHU MENCEBUR DIRI DALAM BIDANG POLITIK PERLU MELIHAT SECARA POSITIF DAN BERPANDAGAN FUTURISK KE ATAS KEMPMPINAN DSSK DAN TPA.MEREKA PERLU DIIKHTIRAF OLEH OLEH GOLONGAN INI SABAGAI MENTOR DALAM POLITIK.APAKAH DENGAN MENGGANTI MEREKA SECARA DRASTIK BOLEH MENJANJIKAN KEMAJUAN SEKELIP MATA DI KB BOLEH BERLAKU?
7. SEBAGAI PEMERHATI SAYA BERPENDAPAT KEPIMPINAN TPA DAN DSSK MASIH DIPERLUKAN BUAT MASA KINI SE KURANG2NYA DUA PENGGAL LAGI KECUALI JIKA KESIHATAN MEREKA TIDAK MENGIZINKAN.
8. APA JUGA KITA PERKATAKAN DI SINI
BERSAMA SAUDARA-SAUDARA SAYA KM,BP,WATA,DK,DP DAN LAIN2 DIPENGHUJUMGNYA DAN RUMUSANNYA KITA MEMERLUKAN POLITIK PERPADUAN DI KALANGAN SUKU KAUM DI KB SAMADA IRRANUN,BAJAU,KADAZANDUSUN DAN TIONGUA.KITA PERLU SEMAIKAN SEMANGAT INI DAN SUASANA KEHARMONIAN LEBIH2 LAGI DI KALANGAN SATU2 KAUM ITU SAHAJA.
JIKA KITA MENGAMALAKAN BUDAYA KETAM BILA SEEKOR NAIK KELUAR DARI BALDI TAPI LEBIH BANYAK YANG MENARIK DARIPADA KELUAR,SAYA YAKIN SAMPAI BILA2 PUN BANGSA KITA TIDAK AKAN MAJU KE HADAPAN.LANTARAN ITU ORANG LAIN AMAT MUDAH UNTUK MEMECAHBELAH DAN MENGHANCURKAN PERPADUAN KITA YANG KITA SENDIRI MENGAKU SEBANGSA DAN SEAGAMA DENGANNYA.HARUS KITA SEDAR JUGA,APA JUGA KITA LAKUKAN PERLU SEIRING DENGAN "NAWAITU"/NIAT IKHLAS KITA SEBENARNYA.JIKA DISEBALIKNYA LAMBAT LAUN TUHAN AKAN TUNJUKKAN KESILAP YANMG KITA LAKUKAN DAN PASTINYA JUGA MASYARAKAT TAHU AGENDA KITA SEBENARNYA.
SALAM HORMAT DAN PERPADUAN.
Salam semua,
1. Apapun pandangan serta ulasan bloggers yang lain terhadap penilaian saya mengenai penulisan KM, saya juga tidak kisah. Ini adalah kerana penilaian saya adalah berdasarkan pengamatan ikhlas tanpa rasa prejudice kepada KM.
2. Barangkali ramai yang tidak sedar bahawa isu yang dibangkitkan oleh KM, khususnya mengenai DSSK Dan TSPA tidak lain Dan tidak bukan mengenai kegagalan menyediakan bekalan air di kampung2, kegagalan memberikan jalanraya, kegagalan menaikkan economi Dan penindasan kerana membina jalan bypass. Inilah isu yang di ulang-ulang sejak sekian lama. Walaupun telah banyak penjelasan diberikan mengenai isu-isu berkenaan, namun ia tetap digunakan seolah-olah penjelasan tsbt tidak mereka fahami. Begitu dungukah mereka sehingga sedemikian bebalnya pemahaman mereka? Sebab, andai mereka faham, perkara2 tsbt bukan isu lagi sebenarnya.
3. Kadang2, saya berpendapat bahawa hanya Ada dua sebab mengapa tulisan sebegini dikemukakan. Pertama, Ada pihak yang takut tidak dapat peluang untuk menjadi YB kerana selagi dua tokoh ini wujud, mereka tidak dapat mengatasinya. Mereka sedar akan tahap kekuatan kedua-dua tokoh pemimpin ini dan atas sebab itu, perang saraf dibuat agar kekuatan mereka diharap terjejas. Kedua, Ada pihak yang sengaja menulis sedemikian dengan harapan kedua-dua tokoh pemimpin ini rasa tergugat dan akan "membayar" mereka agar berhenti dari menulis. Bayaran inlah yang mereka harapkan sebenarnya. Ini bukan perkara aneh kerana memang Ada pihak yang berbuat demikian.
4. Adakah benar bahawa kehidupan kita masih sama spt dulu? Saya lihat rata2 org kampung sudah Ada kereta kancil skrg.. Anak2 kb juga semakin ramai yang keluar universiti.. Masuk maktab dsb.. Dengan keadaan dimana makin ramai yang telah bekerja, adakah logic orang kampung makin susah spt yang digambarkan?... Sebab itu saya kata saya amat meragui tujuan Dan agenda mereka.
Salam
BELUM PENDEKAR
Salam...tumpang lalu kpd yang empunya ruang,
saya semakin tertanya2 siapa BP yang begitu beria-ia menajdi tok selampit kpd TPA dan DSK...
Sejak komen MO mengenai identity BP, mngkin ada kebenaranya...ataukah BP juga merupakan penulis upahan yang dibayar untuk menegakkan benang yang sudah sememangnya basah...
komen saya mengenai kenyataan kegagalan pemimpin menyediakan kemudahan air bersih, jalan raya serta perekonomian yang baik...BP dan Observer seakan meludah ke langit...pemimpin tugasnya menyelsaikan masalah rakyat serta menyediakan keperluan bukan kerana kuasa semata2 ataupun mengaut keuntungan...rakayat disalahkan kerana tidak bagi cadangan, bagaimana rakyat bagi cadangan kalau telinga ditutup...
Kalau betul kedua2 pemimpin ini ada networking dengan pemimpin atasan....na!! buktikan, senang cerita selsaikan masalah rakyat!!!
SALAM ADINDAKU..HATI SEORANG WNITA (HSW),
1 SAYA TERTARIK UNTUK MENGULAS SEDIKIT KOMENTAR HSW DALAM BLOG.SAYA TIDAK MEMIHAK MANA PIHAK DALAM SOAL INI.SAYA LEBIH TERTARIK DAN BERMINAT UNTUK MEMBICARAKAN BAGI MENGWUJUDKAN SENARIO POLITIK PEMBANGUNAN DI KB DALAM KONTEKS PERMUAFAKATAN SECARA JITU TERDIRI PELBAGI KAUM DAN SUKU DI KB.
2. ZAMAN SEKARANG BUKAN LAGI ZAMAN MENYANYIKAN LAGU BANGAU OH BANGAU.SYA PERNAH MENAKAN DI SINI ,SABAGAI ANAKJATI KB PERLU BERFIKIRAN TERBUKA DAN FUTURISTIK BUKAN MERACUNI PEMIKIRAN RAKYAT UNTUK MENGHANCUR MASA DEPAN POLITIK ORANG LAIN JIKA SESEORANG MASIH LAGI RELEVAN KEPIMPINANNYA DITERIMA SECARA MAJORITI.
3. MASYARAKAT KB PERLU MEMIKIRKAN DAN MENJANGKA SIAPA PEMIMPIN2 SELEPAS DSSK DAN TPA.DI SINILAH SAYA TEGASKAN DAHULU ADALAH RUGI BAGI MASAYARAKAT KB KHUSUS GENERASI BAHARU MENJAUHIKAN DIRI DARI PEMIMIMPIN2 POLITIK KB KHAS DSSK DAN TPA YANG BANYAK PENGALAMAN.JIKA SESORANG ITU MENGANGGAP DIRI SEORANG YANG PROFESIONAL DAN INTELEK SERTA BERSAMA DALAM SATU KAPAL BERSAMA DSSK DAN TPA SELOK-ELPK DAN MOLEKNYA DEKATI MEREKA DAN CETUSKAN IDEA BAGAIMANA MEMBANTU MEREKA MEMBANGUN KB.KECUALI ADINDAKU HSW YANG TIDAK SEHALUAN KAPAL BERSAMA MEREKA MAKA KOMEN SAUDARA SAYA TIDAK PERTIKAIKAN.KITA FAHAM.TAPI BUKAN SEPERTI ANJING MENYALAK BUKIT.
3. BERHUBUNG DENGAN MENGANGGAP SAYA DAN BP" MELUDAH KE LANGIT TERKENA MUKA SEN DIRI" TIDAK TIMBUL DAN KENA MENGENA DENGAN SIMPULAN BAHASA INI.JIKA DITAKDIRKAN TPA DAN DSSK KEMBALI ADA KUASA SAYA YAKIN SAYA MASIH BEGINI TIDAK BERUBAH STAIL HIDUP SAYA.MALAH SAYA TIDAK ADA KEPENTINGAN APA2 DENGAN MEREKA.CUMA YANG SAYA PERSOALKAN MISI UTAMA PENULISAN SAUDARA KM SEJAK2 AKHIR2 INI LARI DARIPADA MISI ASALNYA.
4. ENTAHLAH JIKA HATI NALURI ADINDA HSW INGIN MELIHAT SENARIO POLITIK SEPERTI BUDAYA KETAM WUJUD DI KB.ATAU JIKA JUGA ADINDA PERNAH DIKECEWAkAN OLEH DSSK DAN TPA?JIKA PERNAH SAYA NASIHATKAN ADINDAKU HSW JANGAN MENGIKUT PERSAANMU.ATAU MUNGKIN JUGA ADINDAKU HSW MEMILKI BENIH2 KEBENCIAN KEPADA DSSK DAN TPA SELAMA INI.SAYA INGIN NASIHTKAN ADINDAKU HSW KIKISKAN BUANGKAN BENIH2 KEBENCIAN ITU DARI HATI NALURI ADINDAKU HSW.JIKA TIDAK SAYA PERCAYA ADINDAKU AKAN RASA TIDUK TAK LENA,MAKAN TAK KENYANG DAN MANDI TAK BASAH SEBAB ASYIK MEMIKIRKAN MENJATUHKAN DSSK DAN TPA DALAM ARENA POLITIK DAERAH,NEGERI DAN KEBANGSAAN.
5.MAAF ADINDAKU JIKA KOMEN SAYA MENYENTUH PERSAAN ADINDA HSW.SESARILAH ADA KALANYA KITA BOLEH MENGALAH TAPI ADA KALA KITA [PERLU MENJADI PEJUANG DALAM MENEGAKAN PRINSIP KITA SENDIRI UNTUK MELIHAT ANAK BANGSA SENYUM DAN CERIA SELALU WALAU PUN MEREKA MENGHADAPI CABARAN DI MASA-MASA MENDATANG ATAU KETIKA ITU.
SALAM HORMAT DAN PERPADUANKHUSUS ADINDAKU HSW.
Salam HSW,
1. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah... Lucu benar rasanya analisa sdra ini... Sdra tidak baca ke bahawa MO sendiri telah memento maaf kepada TSPA kerana telah tersilap mengaitkan beliau dengan saya. Walaupun saya telah memaklumkan bahawa saya adalah saya Dan bukan TSPA, beliau terus mengatakan bahawa BP adalah TSPA Dan akhirnya, setelah beliau tahu kebenarannya, beliau telah memento maaf.
2. Lalu, bila sdra mengatakan bahawa pendedahan MO itu Ada benarnya, saya fikir pemikiran sdra cukup beku Dan bercelaru. Kerana adanya pemikiran kelas kambing beginilah maka wujudnya tohmahan yang tidak menentu terhadap DSSK Dan TSPA. Sudahlah tidak tahu hujung pangkal, tidak pula mahu faham penjelasan orang lain.. Bukankah dungu namanya kalau begitu wahai sdra HSW?
3. Saya fikir, kata-kata yang paling sesuai menggambarkan tindakan orang2 spt sdra ialah pepatah China yang berbunyi spt berikut "the wise man asks questions of himself; the fool questions others".
4. Pada saya, tiada hinanya saya mempertahankan pemimpin yang saya percaya quality kepimpinannya. Yang hina sebaliknya ialah orang spt sdra yang hanya pandai mempersoalkan pencapaian orang lain kononnya Ada kelemahan itu Dan ini tetapi tidak pernah member cadangan yang membina bagaimana untuk mengatasi masalah tsbt. Tiba2, mengeluarkan kenyataan kononnya bagaimana mahu beri cadangan kalau pemimpin ini tidak mahu dengar... Pada saya itu alasan murahan. Lebih baik sdra katakana saja sdra memang tidak Ada cdgn yang baik Dan sdra ini hanya pandai member critic saja.
5. Begitu juga saya tidak perlu dibayar untuk mempertahanakan pemimpin tertentu. Saya tidak spt sdra yang mengharapkan bayaran untuk sesuatu yang sdra buat. Agaknya, kalau DSSK atau TSPA membayar sdra mlm ini, mlm ini juga nada ulasan sdra Akan berubah 360 darjah. Maka mulalah sdra memuji mereka berdua. Jangan ingot saya Dan sdra observer tidak punya prinsip spt sdra. Untuk makluman, kami berdua tidak memerlukan apa-apa dari pemimpin ini. Yang kami mahu lihat ialah KB suatu masa nanti Akan berjaya setanding dengan tempat2 yang lain.. Kalau diri kami, kami boleh dianggap sudah berjaya atas usaha kami sendiri. Dan, utk berjaya, KB memerlukan pemimpin yang pandai, bukan pemimpin cap ular.
5. Saya nasihatkan sdra supaya membuat rujukan bagaimana agaknya sesuatu projek pembangunan itu dilaksanakan supaya sdra faham. Jangan ingot bila jade wakil rakyat saja maka seseorang itu dengan sendirinya Ada lampu alladin yang boleh menjelmakan apa saja kemahuan kita..
6. Kasihan saya dengan pemikiran sdra ini...
Salam
BELUM PENDEKAR
Salam HSW,
1. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah... Lucu benar rasanya analisa sdra ini... Sdra tidak baca ke bahawa MO sendiri telah memento maaf kepada TSPA kerana telah tersilap mengaitkan beliau dengan saya. Walaupun saya telah memaklumkan bahawa saya adalah saya Dan bukan TSPA, beliau terus mengatakan bahawa BP adalah TSPA Dan akhirnya, setelah beliau tahu kebenarannya, beliau telah memento maaf.
2. Lalu, bila sdra mengatakan bahawa pendedahan MO itu Ada benarnya, saya fikir pemikiran sdra cukup beku Dan bercelaru. Kerana adanya pemikiran kelas kambing beginilah maka wujudnya tohmahan yang tidak menentu terhadap DSSK Dan TSPA. Sudahlah tidak tahu hujung pangkal, tidak pula mahu faham penjelasan orang lain.. Bukankah dungu namanya kalau begitu wahai sdra HSW?
3. Saya fikir, kata-kata yang paling sesuai menggambarkan tindakan orang2 spt sdra ialah pepatah China yang berbunyi spt berikut "the wise man asks questions of himself; the fool questions others".
Bersambung/-
Mohon kpd yang empunya ruang sekali lagi....
Kekanda Obsever dan Kekanda BP....
Siapa lagi saya yang seorang guru prasekolah jika dibandingkan dengan BP, walaupun belum pendekar tapi lagaknya seperti pendekar hang tuah....
Saya tiada sehebat sdra2, tiada networking apatah lagi pengetahuan tentang politik yang ada pada saya pengetahuan cuma masalah rakyat sahaja, penderitaan rakya...
Kami sebagai rakyat biasa sudah muak dan termuntah-muntah dengan alasan yang cukup lapok lebih lapok daripada bujang lapok...jawapan sedemikian selayaknya disimpin di arkib negara...air bersih, jalan raya itu sahaja yang kami minta bukannya jambatan emas mahupun ataupun air zam-zam....
kalau sudah perkara kecil begini pun sudah tidak boleh diselsaikan, apalah maknanya begitu...biasa ketua mesti lebih panjang akal daripada pengikut, ini macam 2x5..5x2...
Saya fikir tiada siapapun yang paling releven di KB sedangkan calon bidan terjun pun boleh menang....
bersamb....
alam,
Saya cuba memaksa diri untuk tidak memberi komen berkenaan dengan isu identiti BP yg cuba HSW bangkitkan dengan perasaan yang agak was-was....
Saya amati sedalam-dalamnya ramai yang 'terpercaya' dengan hipotesis ini memandangkan yang mengutarakannya boleh dikatakan dominan dalam dunia blog, namun secara puratanya ramai yang terpegun dengan penulisan BP yang kononnya dapat menggambarkan identiti beliau sebagai TSPA.
Saya bersetuju dengan pendapat BP dalam isu ini yang menyatakan bahawa penulisan beliau boleh menyaingi penulis2 yang lain termasuk para pemimpin. Justeru itu penulisan oleh BP amat professional dan penggunaan tatabahasa yang teratur sekaligus hujah2nya yang penuh dengan pro dan kontra bagi para pembaca.
Saya amat tidak bersetuju sekiranya para blogger mengkelaskan penulisan yang baik hanya dapat dibuat oleh para pemimpin sahaja walaupun hakikatnya ramai penulis yang berkeupayaan begitu lahir dari kalangan orang biasa sahaja.
meminjam kata-kata seseorang :-
1. "Dia tahu dan sebenarnya dia tahu bahawa dia tahu, golongan ini harus dijadikan pemimpin"
2. "Dia tahu dan sebenarnya dia tidak tahu bahawa dia tahu, golongan ini harus dipimpin"
3. "Dia tidak tahu dan sebenarnya dia tahu bahawa dia tidak tahu, golongan ini harus diberi petunjuk"
4. "Dia tidak tahu dan sebenarnya dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu, golongan ini harus dihindari kerana kesesatannya"
P/S : Tatkala nelayan bercakap mengenai kepakaran menanam padi"
Salam.
berfikir apabila nelayan bercakap pasal kepakaran menanam padi.
November 14, 2010 10:39 PM
Sekali lagi yang empunya ruang....
Sniper, saya tidak pernah mengatakan bahawa penulisan BP adalah bermutu tinggi/berkualiti.
Bagi saya BP hanya penulis biasa, cuma barangkali gaya penulisannya seakan-akan sama dengan seseorang individu. Jadi jangan cuba pesongkan fakta.
Kadangkala mutu penulisan orang biasa lebih baik daripada pemimpin yang hanya tahu copy paste.
SALAM.
1. SAYA BERASA SIMPATI PULA BILA ADINDA HSW MENGAKUI DAN CUBA MERENDAHKAN DIRI DRNGAN MENGATAKAN " SIAPALAH SAYA HANYA SEORANG GURU PRASEKOLAH...".TAPI SIMPATI ITU HILANG DAN BERASA KESAL BILA SEORANG MENGAKUI DIRINYA SEBAGAI SEORANG PENDIDIK APA LAGI SEBAGAI SEORANG GURU PRASEKOLAH.
2. SETAHU SAYA BERDASARKAN PENGALAMAN MELALUI PENERGAULAN BERSAMA DENGAN PARA PENIDIDK SESEORANG GURU PERLU MEMPUNYAI KEMAHIRAN MEMBUAT ANALISIS BERDASARKANM FAKTA,LOGOK DAN RASIONAL.BAGAIMANA ADINDAKU TERLALU MUDAH MEMBUAT ANDAIAN BAHAWA MUNGKIN JUGA BP JUGA SEORANG PENULISAN UPAHAN DAN MENDAPAT BAYARAN.PERSEPSI INI AMAT BERBAHAYA HANYA KERANA BP MEMPERTAHANKAN KEPIMPINAN DSSK DAN TPA DI KB.
3. ADINDAKU HSW....SEBENARNYA BP PERTAHAN SOAL PRINSIP DAN INGIN MENGIMPIKAN PERGOLAKAN POLITIK DI KB STABIL,AMAN DAN DAMAI DALAM KEADAAN HARMONIS SAUDARA BP TIDAK MAHU RAKYAT BERPECAH BELAHBP IDAMKAN PEMIMPIN2 KB BERSAQTU DALAH SATU SUARA KEPIMPINAN.MUNGKIN SAUDARA BP TELAH RASA MUAK DAN BOSAN DENGAN SENARIO POLITIK MENGADU DOMBA DAN MENAFIKAN KEWIBAWAAN,JASA DAN BAKTI YANG PERNAH DITABURKAN OLEH PEMIMPIN2 DAHULU.TENTANG PEMBANGUNAN DI KB JALANRAYA DAN LETRIK SUDAH DILAKSANAKAN.AIR BERSIH SABARLAH SEDIKIT MASA LAGI PASTI AKAN SAMPAI JUGA.JIKA INGIN TAHU LEBIH LANJUT BERTANYA KHABAR KEPADA DHM.DJA DAN DARD.TIDAK SALAH JUGA MENDAMPINGI DAN SEMBANG2 DGN DSSK DAN TPA AGAR APA YANG TERPENDAM DI MINDA DAN HATI AKAN TERURAI SEGALANYA.BUKANKAH BEGITU ADINDAKU?KAN GURU MNENGGALAKAN ANAK DIDIK SUPYA BANYAK BERTANYA.BUKAN MEMBUAT KESIMPULAN TERSENDIRI SETELAH MEMBACA ARTIKEL SAUDARA KM YANG TELAH JAUH TERPESONG DARI MATLAMAT ASALNYA.
4. WAHAI ADINDAKU HSW...MASYARAKAT KB PERLU MENDAPAT PANDUAN DAN GAMBAR YANG JELAS DAN TELUS.SEPERTI MANA ADINDAKU HSW MENDIDIK MURID2 PRASEKOLAH ITU.JANGAN SEKALI RACUNI FIKIRAN MEREKA.MEREKA IBATAR KAIN PUTIH UNTUK DICORAKAN OLEH ADINDAKU DENGAN PELBAGAI WARNA YANG MENARIK,JIKA IA HITAM..MAKA HITAMLAH..JIKA IA PUTIH MAKA PUTIHLAH.
5. ADALAH DIHARAPKAN AGAR ADINDAKU HSW HATI2 MENERIMA PENULISAN SAUDARA KM YANG TELAH LARI DARI LANDASAN ASALNYA.APA YANG SAYA HARAPKAN SEMOGA SAUDARA KM KEMBALI DENGAN MISI PENULISAN ASALNYA AGAR PARA PEMBACA BLOG I NI MENDAPAT MAKLUMAT YANG LEBIH TEPAT DAN TELUS.
AKHIR SEKALI SAYA UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADAHA DAN SELAMAT BERCUTI KEPADA ADIDNDAKU HSW.SUDAH PASTI TAHUN 2011 ATAK MENUNGGU DENGAN PELBAGAI CABARAN ISU2 PENDIDIKAN MASA KINI.SAYA PERCAYA ADINDAKU HSW BERJAYA MENGHADAPI CARAN2 SEBAGAI SEORANG GURU PRASEKOLAH.
SELAMAT MAJU JAYA ADINDAKU.
Salam sdra Sniper dan Observer,
Sesungguhnya, hanya jauhari yang mengenal manikam.. teruskan perjuangan menegakkan kebenaran. Saya percaya ramai lagi bijak pandai diluar sana yang sealiran dengan pandangan dan pemikiran orang-orang seperti kita.
Salam hormat dan salam satu perjuangan dari Kekanda,
BELUM PENDEKAR.
SALAM SAUDARA BP,
1.PRINSIP TETAP PRINSIP.KEBENARAN TETAP KEBENARAN.JANGAN BIARKAN SESIAPA YANG CUBA MERACUNI PEMIKIRAN RAKYAT DAN INGIN MENGGOLAKAN SENARIO POLITIK KB.JIKA POLITIK KB TIDAK MANTAP MAKA DUDAH PASTI ORANG LUAR AKAN MUDAH MASUK DAN MEMPORAK PERANDAKAN.AKHIRNYA TIADA ORANG LUAR AKAN MENTAFSIRKAN TIADA SEORANG PEMIMPIN KB YANG BOLEH.APAKAH INI MIMPI MEREKA YANG MENINDAKKANJASA DAN BAKTI KEMPIMPINAN YANG LAMA.
2. SUATU MASA DAN KETIKANYA PEMIMPIN BAHARU AKAN LAHIR.TIBA MASANYA YANG LAMA AKAN PERGI.YANG MUDA PERLU BELAJAR MENJADI PEMIMPIN YANG BAIK BUKAN AWAL LAGI SUDAH MEMILIKI BENIH2 CEMBURU BUTA DAN IRIHATI.APA2 PUN MEMANG BENAR JIKA SESEORANG YANG BERAGENDA TERSIRAT MEMANG ADA SAJA CARANYA.BIARKAN...BIARKAN...SI LUNCAI DENGAN LABU2NYA.
3. PERJUANGAN KITA BAGI MENCORAKAN SUASANA POLITIK YANG STABIL DAN BERSATU PADU KITA TERUSKAN AGAR GENERASI KITA AKAN DATANG TIDAK TERPINGGIR DI BUMI SENDIRI LANTARAN ANGKARA MEREKA YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN MENGAMALKAN BUDAYA KETAM.MALAH MISI KITA MENGEMABLIKAN MEREKA KEP PANGKAL JALAN JIKA TERSESAT DI TENGAH JALAN.LIHAT SAUDARA KITA MO,AKHIRNYA SEDAR DAN MEMOHON MAAF SEBENARNYA BUKAN MENGHINA DIRI SENDIRI TAP[I TELAH MENGANGKAT MARTABATNYA SEBAGI SEORANG INSAN YANG BERFIKIRAN TERBUKA.
SALAM HORMAT KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA AIDIL ADHA.
2.
We should hope for the best.
Post a Comment