Tahun 70-an USNO terlalu kuat di Kota Belud. Tiga kawasan DUN dan satu parlimen dikuasai USNO.
Apabila Parti Berjaya ditubuhkan pada tahun 1976, Usno kalah di Tempasuk, Kedamaian dan Parlimen, hanya Usukan menjadi kubu kuat Usno sehingga Usno dibubarkan pada tahun 1991; dan kini dikuasai oleh UMNO.
Setelah Berjaya ditumbangkan, Tempasuk, Kedamaian dan Parlimen Kota Belud dikuasai oleh PBS (PBS menumbangkan kerajaan Berjaya pada tahun 1985).
Hanya Tempasuk dan Parlimen Kota Belud berjaya ditawan oleh BN daripada PBS tahun 1994 sementara Kedamaian masih genggaman PBS.
Setelah PBS diterima semula ke pangkuan BN.. Kini semua DUN dan Parlimen dikuasai oleh BN.
Persoalannya siapa kata BN tidak boleh kalah di Kota Belud? Sejarah menunjukkan, bahawa BN boleh kalah.
Persoalannya sekarang, belum ada parti yang boleh menggugat kekuatan BN Kota Belud. PKR, PAS tidak boleh menggugat BN, sebabnya kedua-dua parti itu tidak mempunyai pemimpin di peringkat daerah yang boleh dihandalkan. SAPP yang berpersidenkan keturunan cina, walaupun ada peminat di Kota Belud, namun belum ada taji untuk menggugat BN Kota Belud yang ditunjangi UMNO.
Atas sebab kepincangan parti-parti pembangkang ini lah dimanafaatkan oleh para pemimpin utama daerah ini untuk bersifat acuh tak acuh tentang permasalahan rakyat, terutama penyediaan sumber pendapatan, air bersih dan peningkatan infrastruktur.
Para pemimpin utama daerah ini merasa bahawa mereka berada di kedudukan selesa, ertinya, jika bertanding mewakli BN, pasti menang.
Disebabkan merasa selesa, maka keutamaan para pemimpin utama daerah ini adalah kedudukkan dalam parti. Atas sebab itulah, untuk merebut jawatan dalam parti, maka pemimpin tertentu itu menggunakan segala cara untuk menang, terutama mempergunakan kekayaan yang ada pada mereka.
Satu contoh yang logik bahawa pemimpin tertentu mempergunakan parti sebagai tapak berkuasa adalah melalui pemimpin parti yang mengelilingi mereka. Cuba lihat bagaimana latar belakang AJK parti yang menang pada setiap pemilihan. Para AJK ini adalah mereka yang bersifat angguk tanpa boleh membantah. Jika ada Zaid Ibrahim dalam bahagian parti, sudah tentu lain jadinya.
Bukan salah para AJK ini menang, kerana siapapun mahu menang dalam setiap pertandingan, yang salahnya arahan-arahan kepada perwakilan daripada pemimpin tertentu itu, bahawa, si anu si anu perlu menang, si polan si polan jangan diundi, kerana boleh menggugat kestabilan parti.
Akhirnya disebabkan keselesaan, tiada hadangan, maka akhirnya keluhan rakyat yang bagaimana hebatnyapun, pemimpin tetap bersifat acuh tak acuh. Giliran kapan BN boleh kalah di Kota Belud, hanya rakyat yang jenuh menentukkannya.
dipetik dari one kota belud.blogspot.pengendali :Musram Rakunman
30 ulasan :
Diharapkan pemimpin KB akan memberi perhatian.
walaupun BN kuat di Kota Belud, tidak bermakna pemimpin BN bersikap sambil lewa terhadap rkyat KB. kerana jika rkyat sudah bosan, sokongan mereka akan beralih ke pihak lain.
people are tend to change the vote depends on the party performance. So better watch out and don't be too over confident...
Kalah itu tidak mustahil Jika kita tengok sendiri BN di Kota belud sebelum ini tidak pernah kalah oleh PBS, dan setelah PBS masuk BN maka ini menguatkan lagi parti ini. tapi jika PBS kekal menjadi pembangkang tidak mustahil BN akan kalah lagi. Jika PKR dan PAS pula itu sudah pasti memang sukar mereka mahu menembuskan kubu kuat BN kecuali orang yang wakil PKR atau PAS adalah orang yang berpengaruh besar di Kota belud.
Jadi ini adalah peringatan dari Penulis kepada pemimpin Kota belud. Jangan ambil mudah perkara ini. Pemimpin haruslah mendekati rakyat dan memberikan bantuan kepada mereka.
jika pemimpin Kota Belud membaca artikel ini, dan jika masih belum ada tindakan seperti yang dituntut oleh penduduk Kota Belud, jangan salahkan rakyat mahupun pembangkang jika berlaku perubahan besar selepas PRU akan datang. mungkin masa itu pemimpin2 Kota Belud tidak perlu lagi mendengar rungutan serta desakan dari penduduk Kota Belud.
Let this be a reminder to BN not to be too confident that they will win all the time. If the people really gets tired of them, the people can vote them out.
Lot's of voters are now smarter, so don't underestimate people's power.
pendirian rakyat boleh berubah bukan sahaja disebabkan oleh kemampuan parti membawa pembangunan dan kemampuan pemimpin dalam membela nasib rakyat, tetapi juga boleh berubah disebabkan emosi setelah pemimpin yang ada hari ini tidak peduli dengan daerah Kota Belud yang telahpun mengangkat mereka sebagai pemimpin.
pemimpin2 KB sering bersaing antara satu sama lain. masing2 nak mengukuhkan pengaruh sehingga kebajikan rkyat diabaikan. adalah lebih baik jika mereka bekerjasama untuk membangunkan KB. berjuanglah untuk rakyat.
"Para pemimpin utama daerah ini merasa bahawa mereka berada di kedudukan selesa, ertinya, jika bertanding mewakli BN, pasti menang"
Diharapkan pemimpin tidak terlampau yakin. Rakyat sabah boleh berubah fikiran bila2x masa sahaja. Undian mereka berdasarkan prestasi pemimpin BN.
Bangun Kota Belud!
ramai pemimpin sabah berasal dari KB..tp mungkin memang sudah nasib, KB tetap mundur..
dimanakah silapnya? rakyat atau pemimpin? tanggungjawab siapa untuk membangunkan KB?
pemimpin KB harus membuka mata dan telinga mereka..sangat memalukan KB yang selama ini melahirkan ramai pemimpin masih mundur malah lebih mundur dari daerah2 lain di sekitarnya..
mungkin pemimpin2 yang berasal dari KB ini hanya tamakkan kuasa..rakyat diperbodohkan dengan janji2 retorik..diharap BN tidak akan mencalonkan mereka ini yang tidak menjalankan tugas dengan baik seiring dengan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.
mungkin sudah sampai masanya golongan muda diberikan mandat..mereka yang sudha lama menjadi wakil rakyat dsbgnya tetapi tidak cemerlang dalam memberi khidmat kepada rakyat harus diganti..najib diharap akan bertindak jika benar2 ingin melaksanakan GTP.
Diharapkan pengundi2x di KB akan mengundi calon yang terbaik pada PRU13 yang akan datang demi masa depat Kota Belud.
salam KM,
Perenggan keempat:
"Hanya Tempasuk dan Parlimen Kota Belud berjaya ditawan BN daripada PBS tahun 1994 sementara Kadamaian masih genggaman PBS"
Untuk elakkan kekeliruan pembaca, saya tambah ayat seperti berikut: "DUN Usukan yang dimenangi UMNO dalam PRK 1991 berjaya dipertahankan parti BN (UMNO)"
Boleh dan tidak mustahil kerusi-kerusi DUN dan Parlimen Kota Belud ditawan parti pembangkang.
Jika dilihat isu-isu yg kerap dipaparkan, seolah-olah KB benar-benar bermasalah.
Isu air, isu tanah, isu lebuh raya by pass, isu kepimpinan, isu dalaman parti dan sebagainya yang menjurus kepada satu kesimpulan: BN di Kota Belud bukan berada dalam keadaan selesa!
Tapi, persoalannya, apakah pemimpin dan parti-parti pembangkang boleh menang hanya dengan bermain dengan isu?
Menyatakan orang lain tidak baik, tidak menjadikan kita lebih baik!
Apakah alternatif rakyat? Apakah pemimpin pembangkang mampu sediakan perkhidmatan yang lebih baik daripada pemimpin BN?
Persoalan-persoalan inilah yang seharusnya dijawap pemimpin pembangkang di KB. Bukan hanya cari kelemahan dan kesalahan sebaliknya memberi alternatif kepada rakyat dan pengundi bahawa mereka boleh memberi khidmat yg lebih baik!
Salam MO
sebarang kemungkinan boleh berlaku. tiada pekara yang mustahil. disebabkan itulah pemimpin perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.
selagi pemimpin menjalankan tugas mereka dengan baik, rakyat pasti akan menyokong pemimpin.
SALAM KM,
1 PERMASALAHAN ISU2 SEMASA MUNGKIN BOLEH DITEPIS OLEH BN KHUSUSNYA UMNO.TAPI PERGOLAKAN POLITIK DALAM UMNO KB ITU SENDIRI, JIKA TIDAK DIATASI SEBELUM PRU13 MUNGKIN MEMBERI KELEBIHAN KEPADA PARTI PEMBANGKANG.
2. SOAL SIAPA BAKAL CALON JUGA PERLU DIAMBIL KIRA KERANA KEBANYAK PEMILIH BAHARU ADALAH GOLONGAN REMAJA.CUBALAH KITA RENUNG2KAN DAN MEMBUAT REFLEKSI DALAM ISU INI.
SALAM PERPADUAN.
Salam KM,
Daripada sudut politik benda yang mustahil boleh jadi tidak mustahil, saya teringat kata-kata Tun Dr Mahathir bahawa politik ini tiada bukunya, bermakna ruangan dalam politik itu boleh diolah tanpa sempadan.
Mengimbas kembali senario politik Kota Belud sejak tahun 70an hingga sekarang,terlalu banyak perkara yang mustahil telah berlaku, parti politik saling berganti mewakili setiap DUN dan PARLIMEN khususnya di Kota Belud, sepak terajang pemimpin dalam soal janji seperti menanam tebu ditepi bibir, kacang lupakan kulit, hari ini berkata benar esok lusa sudah berdusta, ini semua asam garam yang masih terdapat hingga sekarang dalam permainan politik, ditambah pula dengan perubahan teknologi yang canggih bagi memudahkan perkara yang mustahil boleh jadi tidak mustahil.
Dalam penulisan KM memang tidak lekang dengan keluhan dan rintihan bahawa Daerah Kota Belud masih jauh ketinggalan dari segi kemudahan asas yang sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat Kota Belud di kawasan-kawasan ceruk kampung yang tertentu, kalau direnung adalah perkara mustahil bahawa terdapat orang kampung yang menggunakan air telaga untuk mandi dan air minuman seharian, Negara kita sudah merdeka berapa tahun? tapi pada hakikatnya di setengah-setengah negara maju air telaga ini digunakan untuk menyiram hasil pertanian, itu pun telaga moden yang dijana oleh kuasa eletrik, tetapi di Daerah Kota Belud digunakan untuk air minuman harian yang belum pasti sejauh mana tahap kebersihannya..kita sebagai rakyat biasa kadang-kadang tidak dapat memahami apakah tujuan seseorang itu untuk jadi pemimpin? samaada untuk membela nasip masyarakat atau diri sendiri, kalau nak kaya kan diri sendiri pun tidak ada masalah tapi hendaklah seiring dengan kehendak akar umbi, sambil menyelam minum air, tapi jangan pula minum air terlalu banyak nanti burok padanya.
Pemimpin masa kini hendaklah menyedari bahawa kuasa yang ada ditangan mereka boleh mengubah suasana yang gelap agar menjadi menjadi terang,dan ingatlah bahawa kita semua suatu hari nanti akan ditalqinkan.
SALAM PERPADUAN.
1. CETUSAN MINDA SAUDARA RK AMAT BERNAS DAN RASIONAL.SYABAS SAUDARA SEMOGA PEMIKIRAN SAUDARA RK DAPAT DIRUNGKAIKAN DEMI UNTUKM KEBAIKAN MASYARAKAT KB KHUSUSNYA GENERASI MENDATANG.
2. PEMIMPIN MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH YANG AMAT BERAT.SEBAIKNYA BIARLAH KITA MENANG DI DUNIA DAN MENANG JUGA DIAKHIRAT.
SALAM HORMAT.
salam KM,
sememangnya pemimpin KB membaca artikel ini namun seperti biasa kebongkakan para pemimpin ini tetap tidak mempedulikan artikel seperti ini. dari puluhan ribu pengundi KB hanya beberapa kerat yang terlibat dengan dunia media yang baru seperti FCB dan blog. politik di KB banyak dipengaruhi oleh pengaruh track record, pertolongan, kekayaan, kekuatan jentera, cara berpolitik secara halus, susur galur keluarga dan kurang melihat kepada perspektif kebolehan mengemudi sebuah kerusi dewan rakyat ataupun dewan undangan negeri. pengundi KB kurang kesedaran didalam hal seperti peranan sebenar YB mereka dalam konteks sebuah negara kononya berlandaskan demokrasi terpimpin. pengundi harus ingat, apakah keberadaan pemimpin mereka dalam kerajaan bisa menjamin kesejahteraan mereka? atau adakah cuma hanya suara yang lantang memperjuangkan nasib rakyat yang lebih penting? seharusnya kesedaran memilih seorang yang budiman harus dipertingkatkan dalam diri pengundi KB? isu keperluan asas contohnya, silap siapa? mengapa kemasukan kemajuan fasiliti seperti dikawal di KB? Adakah kemajuan ini bakal mengubah pemikiran politik pengundi KB? jika KB lengkap fasilitinya maka sudah tentu pelbagai pembangunan lain yang lebih advance akan masuk dan ini akan memulakan proses pembandaran sebuah pekan koboi dan seharusnya parti pemerintah sering gerun jika proses pembandaran tidak dikawal kerana kekalahan BN banyak dikawasan bandar yang lebih ramai educated pengundinya...dari segi ekonomi KB masih dikatakan OK namun banyak boleh diperbaiki, sebuah pekan yang sentiasa sesak di pagi hari menunjukkan kuasa beli yang tinggi bukanlah satu tempat yang dikatakan mundur namun melihat pada fasilitinya ia tidak matching..apapun kami dari pembangkang sentiasa menerangkan kepada rakyat kepincangan ini.
Semoga pemimpin KB akan beri perhatian:)
Bak kata orang ambil yg keruh, buang yang jernih :)
Terima komen secara positif bagi menambahbaik kualiti perkhidamatan.
Ya mantra. Justeru para pemimpin harus lebih berusaha utk mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap mereka :)
Setuju Salmalini. Cara terbaik mengekalkan kuasa yg ada ialah mendekati rakyat, memunhi keperluan mereka bagi memastikan kepercayaan rakyat kekal kukuh :)
Semoga para pemimpin dapat buktikan mereka adalah yg terbaik utk rakyat.
Post a Comment