Monday, November 1, 2010


Sukar untuk kita pastikan sama ada 'naluri' kepimpinan USBO masih begitu relevan pada masyarakat bumiputera Islam di Sabah, kerana sejak kepimpinan kelas 1 NGO itu yang 'disenyawakan' dengan pentarbiyahan politik pada beberapa tahun kebelakangan ini mendapat "bunga" dari kepimpinan bukan majoriti di Sabah...sudah mula nampak betapa USBO akhirnya semakin dilupakan. Dan jika pengukuran dan tanda aras diguna pakai di Batu Sapi..bukan sesuatu yang patut dirahasiakan bahawa bumiputera Islam yang mewakili 60.1% daripada keseluruhan jumlah pengundi di kawasan itu adalah dari rumpun USBO. Maka ada pihak yang menyatakan bahawa keperitan dan kemiskinan yang lewat dialami oleh sejumlah ramai rumpun USBO di Batu Sapi, bisa sahaja menjadi cerminan kepada kepimpinan USBO. Benarkah?

Saya menjadi rasa terpanggil menerbitkan artikel ini atas satu sebab yang amat kuat, iaitulah bila ada pemimpin peringkat MT USBO yang "singgah" sebentar melabuhkan tinta dan minda mereka dalam blog kerdil Kelapa Mawar ini. Suatu ketika YDP PERKASA SABAH, Sdr Musli Oli menyifatkan beberapa pemimpin USBO yang dulunya 'diikat' dengan sumpah kesetiakawanan dalam perjuangan itu bertindak 'mengkhianati' perjuangan itu. Dan dengan tidak berlapis, sdr Musli yang juga AJK USBO menyifatkan mereka sebagai 'pengkhianat". Walaupun pada dasarnya, Saya merasakan perlebalan sebagai terlalu ekstrem, tetapi saya menyanjungi 'keberanian' itu dalam ruang lingkup dan pendirian matang. Asasnya agak mudah, kerana menurut Sdr Musli, meninggalkan rakan bersendirian setelah mengecapi 'nikmat' dan habuan politik yang bersifat sementara itu dengan mengenapikan segala rempah ratus perjuangan mendaulatkan bangsa adalah namanya "pengkhianat".

Mungkin tanggapan itu berkaitrapat dengan 'kemurungan' kepimpinan USBO yang diketuai oleh Datuk salleh Tun said dan Tan Sri Pandikar Amin. USBO bukan sahaja semakin dilupakan, tetapi juga membiarkan DSA sendirian menghadapi 'musuh' lama yang mendapat kuasa bukan atas faktor majoriti tetapi atas faktor 'nasib'. Dan jika berpaksikan kepada PRK Batu Sapi..adalah wajar rumpun USBO diberikan tempat dalam barisan kepimpinan atasan negeri Sabah.

Kemudian faktor terkuat yang menyuntik motivasi kepada saya dalam paparan artikel ini ialah ulasan sdr Solymone iaitu sdr Ajin gagah yang juga AJK USBO. Dalam artikel terdahulu mengenai response saya kepada ucapan DSSK sewaktu perhimpunan UMNO beberapa minggu lepas berkaitan dengan keperluan "Pasukan" dan "kumpulan" dalam sesuatu perjuangan. Dan antara idea sdr Ajin ialah berkaitan betapa perlunya satu rombakan kepimpinan USBOI dilakukan jika tidak lagi memberi signifikan kuat kepada NGO tersebut. Supaya menurut beliau kepimpinan itu diambil alih oleh mereka yang berkesanggupan dan mempunyai visi yang lebih 'bersih' dan 'tawaduk'. Mengingatkan saya kepada, betapa suatu ketika dulu DSSK dan TSP begitu bersungguh-sungguh untuk membela masyarakat rumpun USBO ini. Namun sekarang 'kesungguhan' itu mula menampakkan kemeruduman. Dan sayugia bila AJK mula berani bersuara..maka kepimpinan tertinggi USBO seharusnya mengambil jalan lurus untuk kembali kepangkal jalan.

Jika sekiranya, BN dapat mengekalkan majoriti di Parlimen 185 ini, ada kemungkinan bahawa satu arus baru dalam kepimpinan USBO yang mewaikili suku majoriti ini akan mendapat pengiktirafan. Namun jika sebaliknya..USBO harus memikirkan bahawa sudah saatnya, kepimpinan muda diberikan ruang.

2 ulasan :

Observer said...

1. SYABAS DAN TAHNIAH SAUDARA KM DI ATAS ARTIKEL YANG BERANI BERTERUS TERANG INI DAN JUGA ATAS KEIKHLASAN SAUDARA IR,AJIN G NMEMBUAT KOMEN TERHADAP USBO.KOMEN DAN CADANGAN IN I PERLU DIAMBIL PERHATIAN SERIUS OLEH KEMPIMPIANAN DALAM USBO DEMI UNTUK MENGANGKAT MARTABAT,MEMPERKASA DAN SETERUSNYA MEMBAWA HALATUJU USBO KE ARAH YANG LEBIH JELAS DAN BERFOKUS.

2. JIKA SAUDARA2 KITA DARI KALANGAN KAUM KADAZANDUSUN BANGGA DENGAN KDCANYA SEMOGA SUATU KETIKA NANTI KAUM BAJAU AKAN BANGGA DENGAN USBO SEBAGAI PEMBELA DAN PENJANA MEREKA DALAM MENGHARUNGI CABARAN2 HIDUP RUMPUN BANGSA MEREKA DI MASA2 MENDATANG.

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
Ada segelintir ahli dan pemimpin dlm USBO hanya menggunakan platfom pertubuhan ini sebagai landasan utk persinggahan sementara " transit", bila ada musibah dan tragedi yg melanda maka mereka akan membisu seribu bahasa, seperti apa yg terjadi didepan mata kita semua..dan tidak menghairankan jika suatu hari nanti mereka akan memuja USBO ini kembali seperti org Jepun menyembah matahari jika mereka dalam kegelapan utk menyuluh jalan didepan...JGN KITA TERPEDAYA.